Sayang sayang semua...I've to stop PIA at this point. Publisher told me to focus on my manuscript...insyaALLAH, we'll meet PIA on printed version..pray for me, pray for the great idea to come, and may ALLAH put everything at ease.. ^^v >> and insyaALLAH, the next entry will be AWAK?!
mY wOndErWaLL
WELCOME!comel tak blog baru kite??hihi...i really hope after this I'll extra spirit to update new entry...bcoz I really love this cute skin! ^^
MAY
ALLAH,bless,you
nAviGate?

Profile Blog Links Joined Credits
I am ME
writing and reading are part of me. bla..bla..bla..okayy sebab I love talking+merapu+gelak tak ingat dunia. so fullstop! ^^

FriEndS + faCebOoking
Sakeena Wonderwall

Create Your Badge
SpiLL
Daily Reads
EDNIN | DENA | Dr. CINTA | Yasmin Mogahed | 7sW

Rotten Things
April 2011 | May 2011 | June 2011 | July 2011 | August 2011 | September 2011 | January 2012 | February 2012 | March 2012 | May 2012 | June 2012 | July 2012 | August 2012 | September 2012 | October 2012 | November 2012 | December 2012 | January 2013 | April 2013 |

pia 23
pia 22
pia 21
pia 20
pia 19
pia 18
pia 17
pia 16
pia 15
pia 14

mAsTerPieCe?? HAHA :P
Links

pia 10
Written at Wednesday, July 25, 2012 | back to top

"Along mana bu?" Pia betulkan letak dress warna guava pink tu di bahu. karang senget benget pulak. Dahlah dia ni jenis rimas pakai baju ala-ala puteri ni. Yang Along ni pun satu, orang nak tanya pasal photographer ni, bukan kawan dia ke? Hilang pulak tiba-tiba.

"Dia pergi jemput ayah kamu." Oh! Penat je dia menyumpah-nyumpah. 

"Lama dah?" Muka dia riak risau. Jam dikerling dekat-dekat nak tercabut jarum jam tu. "Yang kamu risaukan Along tu kenapa? Baik risaukan Zakwan. Mana tak sampai-sampai lagi." Abah mencelah, dia garu kepala yang berselendang manik kristal tu perlahan. Isk! Dengan Along kemana, Zakwan tu tak risau sangat. Dia dah nak dekat sampai dah, dalam sejam lagi aje. 

Along ni merayap aje. Dia kalau boleh nak Along ada dekat sisi dia, saat-saat genting macam ni. Dia kena ada Along. Along la yang selalu tiup semangat kat dia. Mau menggeletar kaki tangan kejap lagi. Kurang-kurangnya tengok muka Along, ibu, abah dengan Aiman, tak adalah terasa macam ala-ala duduk dalam peti ais.

"Kejap lagi sampailah Zakwan tu, Along ni kenapa lama sangat?"

"Rumah ayah kamu tu dekat aje kan? Lama apanya, baru lima minit Along hilang, yang Pia dah macam kucing hilang anak ni kenapa?"

HEHEHE, ibu ni. Asal tembak aje kena batang hidung dia. "Mana ada, Pia nervous la bu. Tersangat ni." Tangan di lekap ke dada. Fuh, jantung berlari-lari anak ni, kira tengah warming up ke apa ni? Sebelum pecut 100 meter?

"Selawat banyak-banyak, ibu doa semoga semua berjalan lancar. InshaALLAH." Puan Baya berlalu ke dapur kembali, Pia duduk di birai katil. Pandang muka dia dalam cermin. Ngee...akukah tu? Teringat lepas Zohor tadi pergi mekap. 

*

"Awak mekap dia jangan tebal, saya tak suka."

"Nak nampak rouge sikit tak?" Along geleng kepala. "Make it natural, just natural." Dia yang duduk di kerusi mekap pulak terkerut-kerut dahi.

"Gunakan warna yang efek dia sekata aje, taknak merah, pink ke, coklat ke, just nice je. Faham."

"Err..."

"Faham tak? Lips dia, letak warna asli, maksudnya warna bibir dia. Jangan nak letak merah makngah pulak, nampak tak matching dengan baju nanti." Pia dah terasa nak pecah perut. Ya Rahman, boleh dia instructed adik tu, macam dia yang punya butik ni? 

"Adik pejam mata kejap." Pia hanya menurut, Along dah tersandar dekat sofa luar, baca magazine. Selepas setengah jam, dia diarah buka mata, dia buka, tapi terus ambil baju tanpa tengok cermin. takut nak tengok, kena macam zombie, tak ke haru? Baju di sarung ke badan, dalam fitting room

Dia keluar lepas lima minit. Dia pandang cermin depan. Subhanallah...subhanallah. Itu aje yang mampu terucap.

"Encik, macam ni okay?" Along angkat muka, Maskulin di tangan terkulai jatuh ke paha. "Are you Zara?"

"Along ni...buruk ke?" Ternganga mulut Along tengok dia. Macam badut ke? "Naa..err..cantik, dah jom." Dia mengekor aje, dengan layah labuh ke punggung masuk ke kereta.

"Pia..." 

"Pia..." Puan Baya garu kepala, tengok anak perempuan dia menyengih depan cermin, abaikan panggilan dia.

"Pia oiii..." 

"ALLAHUAKBAR!" Dia urut dada, kenangan tadi terus lenyap, kena lenyek steamroll. "Ibu, terkejut Pia."

"Berangan. Tu Aisha kat luar tu, tunggu Pia." Ibu dia langkah aje setapak ke belakang, terus dia meluru keluar bilik.Aisha! "Aishaaaa! Rindunya...." Tubuh kecil molek tu dipeluk erat.

Aisha datang dengan Ashmar. Suami dia. Aisha baru aje nikah tiga minggu lepas, inai pun masih merah di jari. Tapi...Aisha dah lain. Aisha datang dengan berjubah dan bertudung labuh, dia hanya tersenyum tengok perubahan Aisha. She's different, look glowing

*****

"Siap dah?" 

"Kejap Zafran, ayah nak ambil baju." Ayah Aji berlalu ke bilik. "Ayah, Zaf tunggu kat pangkin bawah ajelah ye?" 

"Yelah." Amar Zafran atur langkah ke pangkin bawah pohon remia. Termenung. "Ada masalah ke?" Ayah Aji ambil tempat sebelah dia. Beg kecil warna hitam berisi pakaian diletak tepi.

"Mana ada apa ayah..." Ayah Aji geleng kepala. Tak nak mengaku lagi, muka macam orang sembelit macam tu, boleh nak mengelak lagi? "Orang kalau adik nak bertunang, muka gembira, yang kamu ni...terbalik pulak?"

Amar Zafran tersentak. Mak aii! Ni nama dia, tembak tepat kepada sasaran ni. Nampak sangat ke? "Nampak sangat ke Zaf risau yah?" Dia urut-urut pipi dia, konon riak risau tu boleh dibuang.

"Ayah tak nampak risau tu...tapi..." Ayah Aji letakkan tangan tuanya ke belakang Amar Zafran sebelum mengusapnya perlahan.

"Tapi??"

"Tapi ayah nampak kamu kecewa." Tersentap tangkai jantung Amar Zafran bila dengar macam tu. "Zaf kecewa Pia bertunang?? Nonsense." Dia tergelak sekejap. "Ayah ni, boleh nampak dalam mata kamu tu, bila kamu pandang Zara Sofea tu, kamu pandang dengan penuh sayang."

Wah! Ni sudah kira tilikankah? "Memanglah Zaf sayang dia pun." Perlahan. "Betul, tapi bukan sayang seorang abang kan?" Bahunya ditepuk beberapa kali sebelum Ayah Aji bangun. 

Amar Zafran garu kepala, punat unlock ditekan. Aku suka Pia? Hisy! Tu namanya mengarut tahap dewa tu. Enjin kereta dihidupkan, sebelum kereta bergerak tinggalkan rumah ayah. 

"Alhamdulillah, sampai dah." Dia matikan enjin, berkira-kira nak keluar. "Zafran..." Dia pusing balik. 

"Apa dia ayah?" Keningnya dikerutkan. "Ayah nak ingatkan, walau apapun yang jadi, Zafran kena redha, Allah dah letak yang terbaik untuk hamba-hambaNYA. Kalau pun Zaf tak ada jodoh dengan Sofea, redha dan mohonlah yang lebih baik untuk Zaf, ayah yakin ALLAH dah aturkan yang terbaik untuk Zaf." Amar Zafran terkaku di kerusi duduk pemandu.

"Along, Pia cari macam nak selongkar satu rumah, kenapa lambat?" Pia berdiri depan pintu belakang rumah, rombangan pihak lelaki dah sampai sepuluh minit yang lalu. "Pia cari apa?" Dahi dah berkerut.

"Alonglah. Mana kawan Along, si Photographer bertauliah tu?" Kain disingkap sedikit kerana labuh. "Ohh...dia dah sampai dah, tengah masuk jalan kampung ni." Mata dia tak lepas dari muka bermekap tipis tu. Aku suka Pia? Zara Sofea? Ayah cakap betul ke? Dia letakkan tangan ke dada. Jantung dah terasa semacam. Inilah benda yang paling mengarut sekali kat alam ni buat masa ni. Abaikan, Amar Zafran!

"Jomlah masuk, Pia naik segan ni kalau Along tak ada. Majlis ni tak boleh jalan." Amar Zafran kerut dahi. Ni apahal pulak macam aku nak jadi tunang dia ni?

"La, go on ajelah, pihak berwajibkan ada?" Dia maksudkan abah. Dia bukannya penting pun. "Dia orang buat pantun-memantun pulak kat depan sana, Pia dah naik pening dah. Abah tu pantun merapu. Naik keras perut Pia ni tahan gelak tau tak?"

"Haa? Abah berpantun? Biar betul ni?" Dia berjalan laju menuju ke depan, abah tersengih-sengih tengok dia.

Dia nampak papa dengan mama Zakwan, papa Zakwan sendiri jadi wakil untuk berpantun. Dia rasa nak tepuk dahi, parah kalau abah berpantun ni.

"Tadi test aje tu, ni yang betul-betul pantun ni. Pantun dua kerat saya pandailah." Papa Zakwan berdehem sedikit. Amboi, ada test pulak sebelum mula, rehearsal apa?

"Riuh kicau burung kedidi, saya datang satu famili."

Servis balas dari abah. "Pagi tadi makan roti jala, hentam sajala." Riuh-rendah bunyi orang ketawa, abah ni, lawak sungguh.

"Redah malam hitam pekat, kami datang bawa hajat."

Abah servis balik. "Awat redah malam buta? Hajat nak minang siapa?" Gelak lagi. Sampai papa Zakwan pun dah gelak.

"Berhati pijak duri keman, kami nak sunting bunga di taman."

"Pijak buat apa duri keman? Kami tadah bunga setaman." Hancusss...bah, hancussss! Dia dah tergelak, boleh abah main-mainkan pantun dia orang? Entah empat hari empat malam orang tu karang, abah cantas macam tu aje.

"Kalau begitu jawapannya, kami terima seadanya."

"Alhamdulillah, itu yang keluar dari mulut abah.

Johan dah ajak budak berdua ni pergi photoshoot, dia malam mengikut, segan nak tengok adegan-adegan yang bakal teraksi depan mata.

-Segan ke kau jealous Amar?


+Jangan nak memandai...


- Mengaku ajelah, kau suka dia kan? Sebab tu kau taknak pergi tengok.


+Aku memang taknak pergilah, ganggu dia orang nanti. 


- Tipu, kau tipu hati kau sendirilah.


+Kau diam boleh tak?


-Eii..aku yang simpan segala perasaan kau tahu? Jadi aku tahulah semuanya.


+Shut up!!!!! What the pfftttttt???


- Pergilah buang semua gambar Sarah tu, sebab kau tak cintakan dia pun, kau lukis gambar dia banyak-banyak pun sebab kau nak hilangkan perasaan kau kat Pia kan? Buat-buat cinta kau mendalam konon, padahal, kau tunggu Pia kan? Kau tak sanggup kan tengok Pia bertunang?


+ Aku sangguplah bodoh!


-Bodoh? Kaulah bodoh, hey, kau ingat ayah kau tak perasan tadi, masa mama Zakwan sarungkan cincin, kau palingkan muka? Hah bodoh?

"Shittt!" Dia tarik rambut kuat, sambil bersila atas katil.

"Astaghfirullahal 'azim. Kenapa ni Zafran?"

"Err..ayah, tak ada apa, Zaf sakit kepala." Terus dia bangun, capai tuala masuk ke bilik air. Ayah hantar dia dengan ekor mata.

*****

Tok! Tok! Tok! Pintu bilik di ketuk perlahan. "Assalamualaikum Pia, Along ni...yuhuuu!" Dia rapatkan bibir ke pintu.

"Waalaikumussalam, anything?" Pia keluar pegang telefon bimbit di telinga. "Am I interrupting?" Dia garu kepala. She's talking on the phone dengan tunang tersayanglah pulak.

"Gimme, five minutes?" Dia angguk. "Kat depan, ambil angin luar." Dia terus berlalu.

"Along, ada apa tadi cari Pia?" Pia menapak ke arah dia dengan palazo warna hitam + t-shirt + cardigan + pashmina. Ringkas tapi cantik.

"Naa..can we talk? It won't take long, just five to ten minutes?"


"ALLAH, Along tanya macam tak biasa bercakap dengan Pia." Dia dah garu kepala. "Err, takut jugak orang  tu marah nanti kacau tunang dia." Dia sengih.

"Mengada, Along nak cakap apa?" Pia betulkan pashmina yang ditiup angin. "You look glowing." Cantik, dan saya mengaku saya rasa macam nak cubit pipi awak sekarang ni Zara Sofea.

"Hisy! Merepek."

"Happy eh?" Pia senyum pandang langit. "Of course I'm happy."

"I can see that from your eyes yang shining macam Shin Chan tu." Mengusik.

"Heyp!" HAHAHA.Pia gelak. Ada ke? "Zara Sofea..." Keluhan berat dilepaskan.

"Yes! Inche Amar Zafran Ahmad Zaki?"

"I think this is the right time for me."

"I didn't get it Along. Please, straight."


"Along rasa dah tiba masa untuk Along lepaskan tanggungjawab Along untuk jaga Pia selama dua puluh satu tahun ni kepada yang lebih berhak." Terasa sebak berbuku di dada, lepas ni, bukan dia lagi yang akan temankan Pia pergi mana-mana, bukan dia yang akan marah kalau Pia lewat makan. Bukan dia yang akan take care pasal Pia, tapi Zakwan.

"Along, kenapa cakap macam tu?" Pia pandang dia dengan mata berkaca. "I don't have any rights Pia after this. No."

"Along..."

"Along betul, kan?" Dia pandang depan, tak sanggup nak tengok muka insan kat sebelah.

"Along jauh hati dengan Pia ke?" Pia dah kesat air mata. Ya ALLAH, Pia, kalau Along halal sentuh Pia, Along takkan biar airmata tu gugur setitik pun ke pipi.

"Naa...esok Along nak balik KL tau?"

"Pia baru bertunang kelmarin. Sebab, Along jauh hati dengan Pia ke?" Sebab Along sayang Pia, Amar Zafran bersuara dalam hati. "No, actually I have an appointment with Dr Hafeez.And got lot of worrrkkksss to settled down." Pia kesat mata yang berair dengan pashmina. "Along sakit??"


"Hisy! Ada ke doa Along macam tu, Along nak bincang pasal eye surgery ayah tu, dia cakap ada cara untuk sembuhkan ayah." Tapi sebab lebih jelas, Along tak sanggup nak tengok Pia dengan Zakwan. Hisy! Apa kau merepek ni? Hah? Zafran? Otak tertinggal dalam almari apa kau ni?


"Ohh..sorry..."


"S'okay" Pendek, bangun dan berlalu masuk ke dalam rumah.


 *****

"Walaupun DIA tak tetapkan jodoh kamu dengan Sofea, kamu kena ingat ALLAH mungkin akan hadiahkan kamu seseorang yang lebih baik dari Sofea. Doakan agar ALLAH kuatkan hati kamu, lepaskan dia dengan kasih sayang juga." Itu pesan ayah, malam tadi. Hari ni dia dah ada di KLIA nak bertolak balik sana.

"Nah. Untuk Pia." Dia hulurkan hadiah berbalut kemas dalam kotak warna coklat keemasan tu. Pia tahan kening berkerut. Apa Along mimpi bagi hadiah ni? Tak pernah-pernah pun? Cepat dia tarik reben ungu yang mengikat kotak. 

"Subhanallah, Instax Camera??? Alongg! I really wish I could hug you at this moment!" Ya Tuhan. Dia baru tengok dengan Along dekat mall masa pergi cari hantaran bertunang hari tu. Hari ni, kamera warna putih pink tu dah terletak kemas dalam kotak.

"Sukalah tu kan?" Abah kat sebelah bertanya bila tengok dia tersengih sampai telinga. "Mestilah! Eh! Abah pergi sana, ambil gambar dengan Along, ibu sekali." Abah dah pergi belakang Along, buat tanduk dari belakang. Along tak sedar sebab sibuk berbual dengan ibu. Senyap-senyap dia candid gambar Along dengan ibu abah macam tu. 

"Ayah, sini dengan Zaf, Pia tolong, Along dengan ayah." Along heret Ayah Aji sekali sebab Dr Hafeez cakap, ayah boleh jalani pembedahan secepat mungkin. "Ok, satu dua tiga..." Klik! Pantas dia merakam detik-detik dengan keluarga kat tengah Lapangan Terbang Bayan Lepas ni.

"Amboi! Kan main lagi, ni yang kat sini ni tengah holding beg kau orang segala ni, taknak pulak ambil gambar??"Aiman muka bengang tahap tak keluar asap ikut telinga aje lagi, Pia terus snap gambar Aiman yang penuh beg dekat tangan.

"Pia, jaga diri, jaga famili, jaga iman, jaga amal." Amar Zafran berpesan. Pia anggukkan kepala. "You too, Mr Amar Zafran.

"Lepas ni, Along dah susah nak lawat Pia, sebab lepas ni Along banyak kerja, tanggungjawab lagi besar."

"Alaaa..." Muncung sedepa ditarik. "Mengada sangat dia ni Long, jangan di layan." Ibu bersuara. Pia sengih.

"Along..."

"Yup!"

"Jaga diri nak..." Puan Baya bersuara sayu. Amar Zafran hanya mengangguk. "InshaALLAH bu. Along pergi dulu."

"Yelah..."

"Along!" Pia jerit. "Anything??" 

"Thanks for this?" Instax camera diayun ke atas. Dia nampak Along mengangguk laju. 


notakaki: okay...first of all...tahu entri ni banyak berterabur...sebab puasa kot..heh! alasan kan? sorry for the late posting... :) big smile for all of you..ramadhan kareem.. may ALLAH bless...


Labels:

pia 9
Written at Friday, July 13, 2012 | back to top



Along petang ni temankan Pia pergi tengok baju tunang eh?” Eat  Pray Love tu diletak ke tepi, sila ditarik ke atas kerusi. Amar Zafran geleng kepala. Sila ditarik atas kusyen selang satu tempat duduk dari Pia.

“Alah..kejap aje, Pia janji.” Dia keluarkan jari kelingking, buat isyarat janji. Amar Zafran mencebik. “Kejap Pia tu, adalah macam Along nak dekat tercabut kaki kan?” Nada perli.

Pia menjuihkan bibir. “Taknak sudahlah, orang ambil cab aje. Mintak tolong pun susah.”

"Bukan taknak tolonglah, Zakwan mana pulak kali ni?" Remote controller dicapai dari meja kopi. Punat merah ditekan.

"Dia? Sarawak, tengok projek kat sana." Amar Zafran angkat kepala bila tiba-tiba piring berisi jeruk mempelam muda terhidang depan mata. Yummeh! Terus dicapai jeruk tu sekeping bawak masuk mulut. Duduk rumah ni, alamat perut akan memboyot dengan jayanya, sebab ibu akan menjamu apa sahaja yang dia inginkan. 

"Tu dah basuh tangan ke belum tu?" Amar Zafran mengukir sengih. HEHE! "Alah, ibu ada garfu kan senang ni?" Punggung dah melekat kat kusyen, mana dia nak bangun lagi dah.

"Dah melekatlah tu, kan? Ibu taknak ambil. Kalau Along setuju nak temankan Pia pergi petang nanti, baru ibu pergi ambil."

Amar Zafran matikan sengihan. "Sejak bila, ibu pro budak yang tak reti lap hingus ni?" Dia maksudkan Pia, yang tak-reti-lap-hingus tu. "Alonggg!" Pia dah terjerit. Mau dia tak panggil Pia macam tu, dia ingat lagi, kalau dulu, dia suruh Pia lap hingus, mesti budak kecik bertocang dua tu, tenyeh hingus dia sampai penuh ke pipi.

"Ibu pergi ambillah, duduk dengan kau orang ni, asyik nak bertekak aje."

"Panggil macam tu, taknak teman!" Amar Zafran silangkan tangan.ke dada. "Ala...Alonggg....please!"

"Hentikanlah, teknik kotor Pia tu, nak tak nak Along memang kena temankan Pia pun, nak kena batang penyapu dengan abah kalau tak temankan?" Dia terus fokus pada skrin televisyen besar tu.

"HAHAHA!!" Pia gelak jahat. Kalau dia tau dari awal, tak adanya dia nak buat sesi mengorat-Along-demi-kepentingan-diri tadi.

"Nah, garfunya." Ibu datang bawakan mangkuk dengan serbuk asam + garfu kecil bermata dua. Dia capai garfu, cucuk mempelam, cicah serbuk asam. Kunyah! Yummmeeeehhhhh! Ibu memang terbaiklah.

"Pukul berapa nak gerak?" Dia pandang muka Pia, yang asyik dengan jeruk. "Lepas Zohorlah."

"Taulah, pukul berapa?" Sambil tu, dia buat isyarat bagus dekat ibu yang berada di sebelah. "Dua setengah macam okay kot?"

"Okay, tepat dua setengah, tunggu dalam kereta, lambat seminit, tinggal." Selamba dia tuturkan ayat tu. Pia dah muka geram. Hiash!

*****

"Yang ni okay tak?" Pia keluar dari fitting room dengan baju rona ungu cair. Amar Zafran pandang sekilas, lepas tu geleng kepala lagi. Pia mendengus geram. Masuk kali ni, dah lima pasang baju dicuba, tapi Along tetap dengan gelengan dia tu. 

Macam Along pulak nak bertunang dengan dia, mengalahkan Zakwan. Nasib Along aje ada kat rumah tadi, terpaksalah dia tebalkan muka mengajak. Kalau tak, jangan haraplah dia nak pakai idea Along tu, semua baju serba tak kena. 

Besar sangatlah, kecil sangatlah, warna masam, terang sangat. Yang paling best. "Pia nak bagi lembu Pak Atan kejar sekampung ke??" Alahai...dia yang dengar Along komen pun dah rasa macam nak baling selipar kat muka dia. Cheesecake aje! 

Dia masuk balik ke fitting room, bawa baju warna hijau kecoklatan kali ini. Entah apa pendapat Along kejap lagi. Susah betul bawa perunding imej ni sekali datang tengok baju.

"Bosannya!" Amar Zafran mengeluh di sofa, dia bangun. Mata meliar di segenap ruang. Tiba-tiba matanya tertancap pada sehelai dress yang ringas disulam manik di bahu dan di pinggang. Terus terjatuh hati rasanya.

"Adik, baju ni..."

"Ye? Encik suka ke? Ni baru aje siap pagi tadi." Adik yang bernama Aida berdasarkan tag nama dia tersenyum manis. "Jual tak?" Terus soalan tu diterjah dulu.

"Err...abang nak beli ke? Boleh nak jual, tapi jarang orang nak beli, sebab biasanya mahal." Dia sentuh kain jenis sifon tu lembut. Cantik! Itu aje yang bermain dalam hati dia sekarang ni.

"Saya beli." Pendek. Muktamad. Itu keputusan dia. "Hah? Ni material dia dari Korea encik, err...harga dia seri..." 

"Saya-nak-beli-ni." Perlahan dia tunjukkan baju pink cerah tu perlahan, dengan nada tegas. 

"Ok-kay." Adik kecil molek tu, cepat-cepat tarik patung yang bersarung baju sifon tu ke belakang. "Bagi saya dulu." Dia minta dari adik tu. 

"Al-long..." Pia keluar dengan baju warna hijau kecoklatan. Tapi terus terbisu, sebab Along hulurkan baju warna pink cerah tu ke arah dia.

"Suits you." Pendek aje, dia tarik baju tu masuk ke dalam semula, pakai aje, pandang cermin, terus rahang bawah rasa longgar sekejap. "Subhanallah...aku ke tu?" Dia tanya diri sendiri. Cantiknya baju ni.

"Along..." Pia keluar dengan baju Along bagi tersarung kemas di badan. Giliran Along ternganga sekejap. Cantiknya budak-tak-reti-lap-hingus-ni. Bila masalah you grown up Pia? And now you're getting engage pun.

"Cantiknya..bakal isteri encik." Pia dah merah muka, Amar Zafran tergelak besar. "Adik, kalau saya nak cari isteri, saya nak yang lawa, macam ni dikira comot, tahu?"

"Keji betullah Along ni. Ni abang sayalah." Rasa nak terkam budak nama Aida ni hidup-hidup pun ada. "Tapi, you both looked suits to each other, that why kita orang ingat, couple." Amar Zafran rasa nak tersedak, Pia pun sama. ADA KE???

"Confirm! Ni deposit, baki masa datang mekap nanti. Boleh?" Budak-budak kat situ mengangguk. Dia tengok Along keluarkan beberapa not seratus, bapak mahal, takkanlah mekap dengan sewa baju banyak ni? Dia terus-terusan pandang resit di tangan Along. Chinta Bridal Boutique? Masa kahwin taknak dah ambil kat sini.

"Berapa Along? Tadi?" Pia keluarkan purse dari tote bag. "Tak payah, tu hadiah Along untuk Pia."

"Hadiah?" Pia muka berkerut.

"Along beli baju tu, bukan sewa." Dia berhenti depan Curry Houz. Tolak pintu, terus masuk. Pia masih lagi depan pintu, kaku sambil mulut terbuka. 

"Pia, hello?? Are you asking for flies to come inside your mouth ah?"

"Along...Pia.."

"Don't talk too much, kita minum dulu." Tote bag Pia ditarik. Takkan nak tarik tangan, mampus Pia mengamuk. Lagipun, lepas Pia cukup umur, dia tak pernah pun sentuh Pia. Pia pun, terus pakai tudung sampai hari ni. Yang dia tau, rambut Pia panjang. Itu sahaja. Titik.

*****

"Dah besar anak ibu...dah nak kahwin pun..ibu ingat Along dulu." Pia tersengih. Puan Baya mengusap kepala dia atas riba. "Macam cepat sangat tak?"

Puan Baya menggeleng. "Tak payah persoalkan tu semua, itu kan kerja ALLAH sayang." Pia mengangguk.

Dia diam sebentar. "Pia macam kesian kat Along, Pia pulak yang langkah bendul." Jari-jemari Puan Baya dibiarkan bermain atas rambut ikal dia yang cecah pinggang. Along tak ada, bermaharajalelalah jawabnya.

"Jangan nak fikir sangat, Along tu kalau boleh nak bagi Pia yang terbaik, tahu?" Puan Baya pandang muka Pia, Pia mengangguk. Memang pun, sampai baju tunang yang harga berapa tu pun, Along sanggup belikan untuk dia. 

"Pian nak bertunang berapa lama?" Terpacul soalan tu dari mulut ibu dia. "Tiga bulan kot rasanya, Zakwan pun taknak lama-lama bu, sebab dia takut, macam-macam sekarang boleh jadi kan?"

"Yelah, ibu pun setuju jugak macam tu, ingat...TUNANG tu bukan tiket keluar sesuka hati tau?" Puan Baya tekankan perkataan tunang tu. Pia tersenyum. InsyaALLAH bu, tak adanya.

"Ni mana abah kamu, tak balik-balik lagi dari kedai Halim tu, cakap nak pergi sekejap aje, ni dah melarat-larat ni."

"Alah bu, bukan tak tau, situ kan abah banyak geng!" Pia bangun, tolak rambut ke belakang, ikat dengan getah di tangan.

"Tulah pasal, ibu ni suruh beli rempah gulai ikan, melalut-lalut menyembanglah tu." Puan Baya bangun, ke dapur, tatang popia inti daging yang Pia siapkan ke depan. Pia sibuk sarung tudung keluar ke depan. Seluar palazo warna biru terang tu dibetulkan sedikit.

"Assalamualaikum..." Dua beranak tu toleh ke belakang. Encik Ahmad dah balik, jinjit beg plastik warna hijau, Pia agak ada rempah kot dalam tu? Sebab ibu pesan rempah tadi kan?

"Abah, jumpa Pak Ajis ke?"

Encik Ahmad muka pelik. "Mana Pia tau?" Pia mencebik. "I've sixth-sense, remember?"

"Perasan.." Encik Ahmad ambil tempat sebelah Zara Sofea, popia tu dicapai seketul, sebelum dicicah sos.

"Elleh..." 

"Mana Pia tau?" Encik Ahmad tak puas hati, "Abah, kalau suruh pergi kedai Halim, belilah apa pun, kalau terjumpa Pak Ajis kat warung sebelah tu, yang seminit pun jadi sejam, kan?"

"HAHAHA...Pia ni, Pak Ajis tu pelawak tau tak? Tak senang duduk abah ni, asyik nak berdekah-dekah aje ketawa." Pia ketawa bila dengar ayat abah dia tu. Realitinya, memang Pak Ajis macam tu pun.

*****

"Wan jangan keluar mana-mana hari ni, esok nak tunang kan? Duduk rumah aje, awak tu darah manis." Zakwan tarik senyum. Mama ni, takut sangat jadi apa-apa dekat dia.

"Mama ni, risau sangatlah..." Iphone ditarik dari poket seluar. "Mau tak risau, ma ni dah warga emas tahu? Tapi nak tunggu anak yang sorang ni kahwin pun, macam nak tunggu tiang elektrik berbuah." Puan Rohaya tarik telinga anak teruna dia sedikit. 

"Ma ni...ada ke?"

"Apa yang ada?"

"Tiang elektrik berbuah tu? HAHAHA...boleh tahan jugak mama ni buat lawak eh?" Zakwan tergelak. Apa punya hiperbola la mama dia ni. 

"Esok nak bertolak pukul berapa?" Puan Rohaya menyoal. Tangan ligat melekat manik-manik kristal berwarna-warni atas kain net untuk dilapik buat hantaran esok. Dia pemilik butik pengantin terkenal dia sini. Makanya, semua dia nak buat sendiri untuk anak teruna dia. Pekerja yang ramai pun kira arahan mandatori, tak bagi sentuh apa-apa.

"Lepas Subuh eloklah ma, berapa kereta esok ni?" Zakwan kerutkan kening sambil perhati ibu dia lekatkan manik-manik tu. "Elok sangatlah tu, esok Pak Su, Pak Ngah, Pak Caq kamu memang confirm pergi. Kawan-kawan kamu tu? Jadi ke?"

"Omar, Eid, dengan Lee jadi, yang lain, semua ada urusan." Zakwan mencongak dalam kepala, maknanya enam keretalah konvoi esok?" Puan Rohaya mengangguk. 

"Ma, pomander ball tu dah siap ke belum?" 

"Yang kecil-kecil untuk hantaran ni ma dah siapkan dalam bilik tu, kejap lagi bawa keluar." Hantaran yang mama dia ubah ni, grand tahap tak hengat. Dia pun macam teruja sekejap. Cantik sungguh. Dia sengih sambil taip mesej ringkas.

+ hope everything will go as planned for tomorrow.. :)

- me too...tengah buat apa?

+tolong mama gubah hantaran ni sayang..

-eiii..anak teruna pun buat jugak ke? :P

+ni anak teruna wedding planner tahu? see the leg la...

- hahahah...apalah jadi semua hantaran tuu..

+what are u doin'?

- same...

+really? awak..can't wait to see you..nak tengok sangat baju tunang yang Along pilih tu...

-it's really...beautiful, trust me, kalau mulut awak tak ternganga esok, memang tak sah!

+ really??

-yup! awak...ada banyak kerja ni...i'll text you later? boleh?

+ boleh sayaaannggg... :)

- ye sayaaannngggg... assalamualaikum..luv you..

+waalaikumussalam..luv u too.. take care..

- you too take care... :)

+:)

Orang sebelah Utara tersengih, orang sebelah ibukota pun tersengih. Patulah orang panggil 'darah manis' pun, manis sungguh! Dua-dua kulum senyum, dalam hati, ALLAH yang tahu, betapa bersyukurnya dengan kurniaan ILLAHI atas perasaan indah itu. Ia cinta. 


Labels:

pia 8
Written at Tuesday, July 10, 2012 | back to top


Pia masih bergolek-golek atas katil. Ibu dekat luar, lepas terjaga pukul 7.00 pagi tadi, dia terasa nak sambung tidur, hari ini off day selama seminggu. Makanya, bangun lewat telah menjadi kebiasaan. Dia capai telefon dari meja solek. Taip mesej ringkas.

awak assalamualaikum...

Tak sampai seminit, bunyi deringan kedengaran, menandakan mesej masuk. Pantas jemari halus runcing dia menekan kekunci. 

waalaikumussalam...dear, sihat? how's home?

- sihat...awak? eh! mestilah ok! :)

+ good, awak, minggu depan saya kena pergi dubai lagi tau? sebulan...


- lamanya.. :(

+ kan? tapi I've decide, after I come back, selepas sebulan, kita tunang..

Pia terkaku sekejap, baca mesej semula, dekat-dekat 10 kali, bila dia sedar benda tu betul, dia terduduk. Telefon di tangan bedering minta diangkat.

"Hel..llo.." Tergagap-gagap dia bersuara.

"Ye, betul, tak payah nak gagap sangatlah." Zakwan terkekeh-kekeh ketawa.

"Awak, serius?"

"Of course I'm serious, kalau tak buat apa saya sanggup bagi Along tumbuk muka saya?" Pia tergelak sekejap.

"Tell your family, saya balik, kita cari barang hantaran dengan baju tunang."

"Tak cepat sangat ke?" Teragak-agak ayat tu keluar dari bibir.

"Naa..benda baik kan? Buat apa tangguh?" Zakwan menyoal. Pia dia macam tugu. Sungguh, tak sangka benda ni jadi secepat ini. 

"Err..yelah." Selepas beri salam. Dia tekan butang merah, meluru keluar dari bilik, dapatkan ibu yang tengah kat laman, siram pokok.

"Ibu...."

"Ya sayang..." Puan Baya kelihatan masih membelek-belek pokok kesayangan. 

"Ibu...Zakwan, dia nak meminang Pia bulan depan." Teruja sungguh dia rasa saat ni, mengalahkan orang nak menikah. Kalau orang ambil gambar dia sekarang mesti semua jenis yang senyum ekstra gula, sampai telinga!

"Hah??"

"Iye, betul bu." 

"Alhamdulillah..." Dia raih tubuh Puan Baya ke dalam pelukan dia. Tak sangka, Zakwan dengan dia secepat ni. Kalah orang marathon! HAHAHA.


*****

"Along okay tak ni?" Dia menyoal Along yang tengah layan Hawaii Five-O, sambil makan keropok Twisties.

"Along!" Barulah si Amar Zafran ni berpusing menghadap muka si Zara Sofea. "Mende?"


"Ish! Bencilah cakap dengan Along ni bu." Pia dah mengesot sedikit, rapat ke sebelah kanan Puan Baya.

"Along ni, Pia tanya kan? Sibuk dengan Twisties dia tu." Puan Baya tunjuk muka.

Amar Zafran jungkit bahu. "Along okay aje, asalkan Pia ikut syarat-syarat Along." Dia jungkit kening tengok Pia yang pakai pashmina biru berbunga merah kecil tu. Pia ketap bibir. Along dia ni mengalahkan orang nak buat peraduan beli dan menang. Nak ada terma dan syarat bagai.

"Apa syarat dia?" Lemah soalan tu keluar dari bibir. Ngee! Dia rasa tak sedap hatilah! Macam nak dengar yang bukan-bukan aje?

"Along nak baju melayu teluk belanga warna kelabu dengan hijau pucuk pisang serba satu. Along nak cincin yang batu dia glow in the dark, lepas tu nak wallet baru, lagi tambah dengan kasut kulit. Kalau ada bajet lebih, belikanlah belt Dunhill yang baru." Lepas habis dia cakap. Dia jungkit-jungkit kening dekat Pia, Pia dah terasa telinga mahu keluar asap. Kan?? Dia dah agak dah, mesti benda luar alam keluar dari mulut Along ni.

"Along...tu macam hantaran tau tak? Demand nak mampus!" Tangan disilangkan ke dada. "Nak tunang tak?Haa..kalau nak sila patuhi syarat-syarat yang dinyatakan ye?" Along bersuara. Aiman yang duduk sebelah abah dah tergelak-gelak.

"Along, mintak dengan Kak Pia macam Along yang nak kahwin dengan Kak Pia." Si kecik Aiman bersuara. Pia dah gigit bibir, sampai sakit. Geramnya!

"Zakwan pun tak demand macam Along ni, duit berkoyan-koyan tu simpan buat apa? Pergilah beli sendiri. Kalau Pia tokey balak tak apa jugak."

Pia mencebik. Amar Zafran sambung makan Twisties dengan muka selamba habisan.

"Along..." Ibu dengan abah bersuara. Amar Zafran terkekeh-kekeh ketawa. Papp! Selamat sebiji bantal kusyen mendarat di tengah-tengah belakang dia.

"Kidding, alah, go on jelah, tanya Along buat apa? Bukan Along boleh bagi keputusan apa pun, abah ni ha yang pihak berwajib." Hawaii Five-O kembali ditatap.

Pia tersenyum. Senang hati, rasa macam nak pangkah kalendar sekarang jugak, tunggu sebulan macam tunggu tiang elektrik berbuah rasanya. "Alhamdulillah, syukur." Dia meraup tangan ke muka.

*****

"Cepatlah, hari ni Pia belanja Along." Dia berjalan laju masuk ke dalam Euro Moda. Amar Zafran dengan muka curious tahap apa, mengikut dari belakang.

"Nak buat apa masuk sini? Alah, Pia pakai ajelah baju sewa, tak payah nak mengada-ngada tempah segala."  Pia pandang muka Along yang dah bertukar muka penat. Sengaja.

"Along, okay, just wait for me outside, I'll be there in half an hour?" Dia tanya Amar Zafran. Amar Zafran menonong keluar duduk di kerusi yang kosong. Sangat penat kalau temankan budak shopaholic ni kemana-mana, naik lenguh kaki dia tinggal tak tercabut aje lagi.

"Kat luar tau? Along letih ni." Pia hanya mengangguk. Dia terus masuk ke bahagian kain ela plain yang penuh berwarna-warni tu. Fuh! Naik rambang mata nak pilih. Warna apa ye? Dia pejamkan mata sekejap, mengingat. Jari dipetik, dah ingat!

"Akak! Kejap." 

"Ye dik? Adik nak pilih kain ke?" Pia pantas mengangguk. "Bagi saya kain yang paling cantik warna kelabu dengan hijau pucuk pisang, material tak kisahlah, yang penting kain tu cantik. Saya nak serba sepasang untuk baju teluk belanga."

"Oh, okay, kalau yang ni macam mana?" Akak tu dah tarik kain satin warna kelabu dengan hijau pucuk pisang. "Cantik! Kualiti dia okay tak?" Akak tu mengangguk. Pia tersenyum.

"Tapi saiz orangnya macam mana ya?" Pia garu kepala, mata meliar cari Along kat luar. Hah! Tu dia.

"Tu orangnya." Pia tunjuk ke satu arah. "Oh, okay akak potongkan." Akak tu berlalu, Pia berlalu tunggu di kaunter bayaran.

"Done! Along, jom."

"Pergi mana lagi?" Suara sengaja dilirihkan, untung-untung budak sorang ni faham yang dia lapar.

"Makan."

"Yes! Your treat." Amar Zafran rasa nak kapak si Pia ni cukup-cukup. Saya lapar!

"Lepas makan kita pergi tengok wallet pulak." Pia sibuk jinjit beg besar sendiri. Along ni pun satu,bukannya nak membantu sangat pun. Tau perut dia aje.

"Ala...Pia pergi dengan Zakwan tak boleh ke yang tu? Along penatlah."

"Pia dah pergilah dengan dia, mama dia temankan, tapi ni nak kena Along ada, baru seronok...tahu?" Amar Zafran gelengkan kepala. "Yelah..." Serius, dalam dua tiga hari ni, mood dia tak berapa nak betul, sebab kerja menimbun-nimbun. Ipad kena ada selalu dekat tangan, kadang-kadang dia online aje untuk pantau anak buah dia buat kerja. 

*****

Adi merenung kawannya lama, macam ada masalah kewangan negara aje dia tengok keadaan Amar Zafran sekarang ni. Haish! " Wei! Kau dah kenapa bro?" Dia gawangkan tangan depan mata Amar Zafran.

"Kau kenapa?" Amar Zafran menyoal. Adi dah muka pelik. "Kau tu yang kenapa?"

"Mana ada apa..." Dia gelengkan kepala. "Aku tak sedap hatilah Adi." Apa yang berkecamuk di dalam kepala otak dia tadi, dia luahkan. Pasal ketidaksedapan hati dia tentang Pia.

"Bukan kau ke yang setuju?" Dia mengangguk bila dengar soalan Adi, memanglah dia setuju, Pia nak bertunang dengan Zakwan, tapi hari ni dia rasa lain pulak.

"Hati, kalau rasa tak seronok tu, kadang-kadang kerja setan. Tak ada apalah tu, hang jangan dok pikir sangatlah." Dia tersengih dengar loghat utara yang keluar dari mulut Adi.

"Yelah." Pandangan kembali difokuskan ke arah Ipad yang berada di tangan. Tiba-tiba teringat reaksi dia dua hari lepas, masa sampai rumah lepas habis temankan Pia shopping.

*

"Along tolonglah, berat kot?" Amar Zafran mencebik. "Beli banyak-banyak, semua Pia punya, Along punya tak ada satu habuk pun, tapi Along yang teruk mengangkat kan?" Saja nak bagi Pia sakit hati. "Mintak tolong sikit pun payah." Giliran Pia buat duckface.


"Merajuklah  tu, tengok, sepatutnya Along yang merajuk hentak-hentak kaki ni tau? Bukan Pia."


"Yelah, bawaklah ni." Dia hulurkan beberapa beg ke arah Along. "Nak letak kat mana ni?"


"Bilik Alonglah."


"Hisy, inikan Zakwan punya, buat apa buat semak kat bilik Along pula?"


"Itu Along punya." Pendek jawapan Pia. Amar Zafran menganga. Biar betul?



Masuk dalam bilik, dia hempas badan ke katil, pandang beg-beg berisi barang yang Pia cakap barang dia tadi. Di tarik semua beg ke arah dia atas katil. Beg warna coklat ditarik. Huh? Belt Dunhill?? Biar betik Pia ni???

Beg warna merah pula ditarik. Wallet? Terus beg yang terakhir ditarik rakus. Kain pasang kelabu dengan hijau pucuk pisang???? Pia!!!! I'm kidding! Ya ALLAH...boleh budak ni pergi beli segala benda yang diminta luar alam tu kat dia?

Tapi malam tu juga wallet bertukar, yang lama disimpan rapi. Sebab Pia juga yang bagi, yang baru diletak di meja. Kain pasang diletak dalam beg plastik untuk diupah.Tali pinggang lama dah berganti baru tersangkut kemas di sebelah pintu bilik. Dan dialah manusia paling unik sekali, sebab malam tu dia tidur sambil tarik sengih sampai telinga.


notakaki: entri lambat tahap siput sebab kita bZZZZZ gilaaaa! Sebab tempat kerja pindah gi tempat baru..maaf sekalian (ayat macam beratus org baca entri kita...miahhaha)

Labels: