Sayang sayang semua...I've to stop PIA at this point. Publisher told me to focus on my manuscript...insyaALLAH, we'll meet PIA on printed version..pray for me, pray for the great idea to come, and may ALLAH put everything at ease.. ^^v >> and insyaALLAH, the next entry will be AWAK?!
mY wOndErWaLL
WELCOME!comel tak blog baru kite??hihi...i really hope after this I'll extra spirit to update new entry...bcoz I really love this cute skin! ^^
MAY
ALLAH,bless,you
nAviGate?

Profile Blog Links Joined Credits
I am ME
writing and reading are part of me. bla..bla..bla..okayy sebab I love talking+merapu+gelak tak ingat dunia. so fullstop! ^^

FriEndS + faCebOoking
Sakeena Wonderwall

Create Your Badge
SpiLL
Daily Reads
EDNIN | DENA | Dr. CINTA | Yasmin Mogahed | 7sW

Rotten Things
April 2011 | May 2011 | June 2011 | July 2011 | August 2011 | September 2011 | January 2012 | February 2012 | March 2012 | May 2012 | June 2012 | July 2012 | August 2012 | September 2012 | October 2012 | November 2012 | December 2012 | January 2013 | April 2013 |

pia 23
pia 22
pia 21
pia 20
pia 19
pia 18
pia 17
pia 16
pia 15
pia 14

mAsTerPieCe?? HAHA :P
Links

Jay-Hana 1
Written at Wednesday, August 22, 2012 | back to top

Jack Daniels yang tinggal separuh botol tu di tuang masuk ke gelas. Air berwarna kuning tu disisip ke bibir. Rasa perit sejuk seperti membakar tekak tu diabaikan. Terasa khayal dalam dunia sendiri. Habis satu gelas dia keluarkan Malboro Lights dari kocek seluar. Ini dunia dia...dunia tanpa sempadan yang diletak atas lambang kebebasan hidup. 

"Jay, dah dahlah tu, jom gi lepak rumah aku." Suara kasar berbunyi dibelakang. "Blahlah kau, kau tau kan limit aku?" Rokok disedut rakus. Asap berkepul-kepul keluar dari mulut dan hidung. Dia tak peduli pun gambar ngeri yang terpapar pada kotak rokok. Dia cakap, asal mulut aku tak rosak, aku akan tetap tegar dengan benda ni.

"Kau ni tak habis-habis limit, aku dah muaklah!" Lelaki bersuara kasar itu membentak.

"Ada aku kesah?" Dia jeling lelaki di sebelah. "Jay jomlah, kau rasa sekali mesti nak lagi punya, benda tu macam dadahlah, ketagih."

"Kau yang ketagih bodoh! Hey! Kau kalau desperate sangat, kat lorong belakang tu, banyaklah!" Dia dah menjerit. Puntung rokok yang tinggal suku dibuang ke jalan, dilenyek dengan kasut Nike, lunyai. Dia memang bengang, lelaki tak guna ni bukan tak tahu yang dia letak tiga limit dalam kebebasan dia. Satu, minuman keras hanya sebotol. Dua, no drugs! Tiga, dia takkan tidur dengan mana-mana jantan.

"Brengsek!" Lelaki itu cuba menariknya ke tengah jalan yang bertali-arus. 

"Jasmin Hana!" Dia berpaling. Pegangan lelaki itu terlepas. Ya, nama dia Jasmin Hana, J-A-S-M-I-N  H-A-N-A. Seorang gadis berusia lapan belas tahun, yang hidup bebas, tanpa ada rasa dosa. Tanpa tahu apa itu pahala. 

"Balik sekarang!" Lelaki berbadan sedikit gempal itu bercekak pinggang. "Kau siapa? Nak jerit-jerit nama aku pulak?" Dia berpusing. Sling bag diletak kemas di bahu.

"Pak Su ni, sayang."

"Whoa! Sayang? Pak Su? Aku tak kenal pun kau sebelum ni? Oh! Lupa, aku mana ada mak bapak, sebab tu aku tak kenal kau eh?" Leather jacket berwarna coklat cerah di zipkan. Menutup sebahagian dada yang terdedah.

"Ya Rabbi, Hana, Pak Su ingat mama dengan babah dah tak abaikan kamu lepas Pak Su balik Johor. Pak Su tak sangka kamu masih macam ni, baliklah nak."

"Hey! Kalau kau ingat aku ada mak bapak, kau silap, sebab aku tak ada mak bapaklah!" Dia menjerit betul-betul depan muka lelaki yang membahasakan dirinya Pak Su itu.

"Hana, minum?" Lelaki itu menutup hidung. Bau minuman keras yang menyengat hidung tak dapat ditahan lagi. "Kau peduli apa, aku nak togak lapan botol sekaligus pun? Hah?" Mukanya dah memerah.

"Hana, tak baik doakan mama dengan babah tak ada, cuba doakan mereka berubah?" Pak Su dia geleng kepala. "Who cares? Kau tau tak? Yang aku ni dah tak tengok muka mak bapak aku dekat setahun? Hah? Walaupun duduk serumah??!!" Memang! Dia memang cakap betul kali ni, bila dia balik dari kolej, mak bapak dia dah keluar, dan bila dia nak keluar malam, tak pun menginjak ke pagi, mama dengan babah dia tidur.

"MasyaALLAH." Pak Su dia meraup muka.

"Kau tak payah nak tunjuk alimlah, baik kau blah sekarang." Langkah diatur terhuyung-hayang membelah kepekatan malam ke kereta yang diparkir. 

Dia jadi macam ni, semua sebab mama dengan babah jugak. Tipulah kalau dia cakap mama dengan babah dah bagi ilmu agama yang cukup untuk anak-anak. Dia bukan nak tipu, tapi memang betul, mama dengan babah tak pernah ajar pun dia mengaji, sembahyang. Di rumah, minuman keras dah jadi macam air mineral. Mama dengan babah tak pernah panggil ustaz mengajar dia. Dan setiap kali ada kelas agama di sekolah, dia akan lari ke tempat lain.

Mama dengan babah memang tak pernah berubah. Takkan berubah, sebab mama dengan babah juga ada dalam Zouk tadi, tapi mama dengan babah hanya senyum melihat tingkah dia. Sebab tu dia lebih rela cakap dia anak yatim piatu, dari cakap yang dia anak babah dengan mama. 

Jasmin Hani, kembar dia jauh berbeza. Tapi Jasmin Hani hilang, mama dan babah dah halau dia keluar. Sebabnya cuma satu, Jasmin Hani bersolat dirumah, Jasmin Hani nak sambung belajar ke Mesir. Ya, mama dengan babah malu, kalau-kalau anak mereka jadi ustazah! 

*****

"Jay! Where'd you go? It's been long, I didn't see you?" Roti gardenia disapu mentega kacang lantas disuap ke mulut. Jasmin Hana membeku di kerusi. Seriously, the awkward moment is, when you feel like your mother isn't your mother anymore.

"Jay, I'm talking to you!" Datin Zira memekik. Memetir suara dia menerobos ke telinga Jasmin Hana. Roti yang tinggal separuh di tinggal dalam pinggan. "I'm done!" Kerusi ditolak ke belakang kasar. 

Dia dah bosan hidup macam ni, hidup macam tak ada hala tujuan. Ramai orang sanjung mama dengan babah dia. Tapi dia tak pernah sanjung mereka. Dia tetap ingat pesan Pak Su, walau sejahat mana pun mama, mama tetap insan  yang melahirkan dia. Sebab tu, biarlah dia tak nampak muka mama dengan babah. Kalau tak, macam tadilah jadinya.

Bukan dia tak pernah sanjung mama dengan babah, tapi hidup mama dengan babah buat dia tertekan, bersosial, minum, maksiat dah jadi benda biasa. Dan bukan dia bodoh sangat untuk tak tahu, yang papa ada share besar  dekat kelab Mr. James, dan memperoleh keuntungan dari situ, selain dari syarikat pembekal bahan mentah dia. 

"Payid, kau kat mana?" HTC Sense dilekap ke telinga. "Pick up aku dekat tempat biasa, aku nak lepak mapley."

"Kau macam tak okay?" Payid teragak-agak bertanya. Si Jay ni, mood dia tak boleh jangka, kejap macam bom jangka, kejap macam ais batu. Kalau dia tengok muka Jay ni semacam, sepatah haram pun dia tak bercakap. Cuma hari ni aje, mulut dia dah terlebih isu insuran nak kena lempang, sebab tu dia tanya.

"Kau gaduh lagi?"

"Biasa bro, famili macam sampah, kucar-kacir. Aku dah tak boleh nak tahan lagi dah, ikut hati ni, dah lama aku nak blah dari rumah tu. Tapi, jadi macam hari tu punya keslah." Dia keluarkan Gatsby Moving Rubber dari sling bag. Rambut yang dipotong boycut tu dikemaskan. Chewing gum dimasukkan ke mulut, hilangkan bau rokok yang menyengat tadi. 

Dia pernah lari dulu, tidur rumah Sofea, budak yang sukakan dia. Dan dia mengaku dia pun sukakan budak tu, sampailah babah tahu yang dia jalinkan hubungan songsang. Babah sekat akaun + segala benda yang boleh mengeluarkan wang untuk membolehkan dia balik ke rumah. 

Konon nak survive tak nak hidup dalam rumah neraka tu, tapi bila dia sehari kerja dekat gerai burger Payid, dia dah give up, balik rumah semula. Babah marah sangat, tapi dia buat bodoh. Sebab dia dah lali. Suka hatilah dia nak songsang ke apa, lebih kurang aje dengan dia orang.

"Aku nak bagi kau tinggal dengan aku, kau paham-paham ajelah, aku ni kan tak tahan dengan kau punya minum tu." Jay...berhentilah minum.

"Gila, karang tak pasal-pasal aku kahwin free dengan kau, kau nak ke?" 

"Huh! Aku nak yang pakai tudung aje, spesies kau ni entah lelaki entah perempuan pun aku tak tahu."

"Keji weh! Aku perempuan apa."

"Tapi kau tak pakai tudung."

"Lantaklah, janji aku suka kau, kau suka aku kira okay apa, kan?" Perut dia terasa nak pecah tengok muka Payid, takut sungguh kalau terkahwin dengan dia ni.

"Banyaklah kau, tak hingin aku." Dia gelak terkekeh-kekeh. Payid turut sama ketawa.

"Mapley mana Jay? Biasa?"

"Biasa."

Kereta di parkir di depan Restoran Nasi Kandar Nawab Shah. Tempat biasa dia selalu lepak dengan Payid bila ada masa free.

"Hold, hold! Aku macam nampak mama aku dengan jantan la." Dia turunkan badan ke bawah. Sumpah, tu memang mama, dengan lelaki Inggeris. 

"What the pfffttttt???" Payid dah mengurut belakang dia. "Kau memang tak pernah nampak?" Payid tanya. Dia menggeleng. Memang tak pernah nampak pun. "Aku selalu..." Perlahan Payid bertutur, memang dia selalu nampak mama Jay keluar masuk hotel, tapi dia tak sanggup nak biarkan Jay tanggung semua ni.

"Mama aku tu macam perempuan yang mula dengan huruf P tu kan?"

"She's you mom, aku rasa tu bukan benda yang baik kot kalau kau nak cakap mama kau macam tu, mana tahu tu klien dia?" Dia cuba pujuk hati Jay.

"Hello? Kau dah lupa ke mama aku tu macam mana? Hugs, kiss, raba-raba ni benda biasa kot?" Dia tekan pelipis. 

"Hisy! Cuba ingat ALLAH?" Walaupun dia bukan budak baik. Tapi dia masih kenal ALLAH, Tuhan yang satu.

"Sheesh! Sebut aku taulah, tapi kalau kau nak tanya apa-apa aku memang fail..." Lemah dia bercakap.

"Dahlah, jom makan." Dia buka pintu kereta Persona tu. Kalau nak terang lebih lanjut pasal Islam, memang dia takkan buatlah, diri sendiri pun tempang takkan nak ajar orang kan?

"Roti tisu satu, roti tampal satu, tomyam, nasi putih. telur mata, ayam tanduri. Air, jus epal dua." Dia order pantas. 

"Kau yang makan ke? Belaan kau yang makan ni?"

"Kureng! Aku nak makanlah, lapar kot?" Dia usap perut di sebalik leather jacket warna coklat cerah yang tak pernah berenggang dari dia tu. Sebab, ni hadiah dari Min. Jasmin Hani, kembar dia. Kakak dia. Hadiah terakhir dari Min sebelum dia keluar dari rumah tu.



notakaki: cerita baru...hehehe..PIA hold kejap, idea belakang2 banyak tapi nak sambung depan2 tak reti pulak...

haa...tunggu wonderwall versi raya eh...

Labels: