Sayang sayang semua...I've to stop PIA at this point. Publisher told me to focus on my manuscript...insyaALLAH, we'll meet PIA on printed version..pray for me, pray for the great idea to come, and may ALLAH put everything at ease.. ^^v >> and insyaALLAH, the next entry will be AWAK?!
mY wOndErWaLL
WELCOME!comel tak blog baru kite??hihi...i really hope after this I'll extra spirit to update new entry...bcoz I really love this cute skin! ^^
MAY
ALLAH,bless,you
nAviGate?

Profile Blog Links Joined Credits
I am ME
writing and reading are part of me. bla..bla..bla..okayy sebab I love talking+merapu+gelak tak ingat dunia. so fullstop! ^^

FriEndS + faCebOoking
Sakeena Wonderwall

Create Your Badge
SpiLL
Daily Reads
EDNIN | DENA | Dr. CINTA | Yasmin Mogahed | 7sW

Rotten Things
April 2011 | May 2011 | June 2011 | July 2011 | August 2011 | September 2011 | January 2012 | February 2012 | March 2012 | May 2012 | June 2012 | July 2012 | August 2012 | September 2012 | October 2012 | November 2012 | December 2012 | January 2013 | April 2013 |

pia 23
pia 22
pia 21
pia 20
pia 19
pia 18
pia 17
pia 16
pia 15
pia 14

mAsTerPieCe?? HAHA :P
Links

pia 16
Written at Tuesday, October 30, 2012 | back to top

"Dah berwuduk?" Pia angguk kepala bila ibu tanya macam tu. Dia turunkan lengan jubah yang disinsing hingga ke siku masa berwuduk tadi. Malam ni dia sendiri minta dengan ibu dengan abah untuk buat majlis khatam Quran sebelum majlis akad nikah dia dengan Along. Tapi malam ni pun dah sibuk dah, semua orang kampung pakat berkumpul kat luar, tengah gotong-royong siapkan apa yang patut. 

Dia ambil tempat dekat depan ustazah yang akan dengar bacaan dan tegur bacaan dia, Dah lama dia tak baca Quran, tak tipu, sangat lama dia tinggalkan, harap-harap bacaan dia masih lancar lagi. Dia memang tak sempat sejak sambung belajar lepas SPM dulu. Okay, mengaku, alasan tak logik langsung. 

"Bismillahirrahmanirrahim...." Mula kedengaran ayat pembuka setiap surah itu. Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Amar Zafran duduk bersila sambil pilih telur-telur ayam yang dah siap direbus untuk diletakkan sekali dengan bunga pahar esok. Telinga dia menangkap jelas bacaan-bacaan ayat suci yang dialunkan oleh Zara Sofea. Sesekali suara ustazah perlahan dan lembut membetulkan panjang pendek bacaan. Dia tersenyum sendiri.

"Zafran, hulurkan ayah bekas tu." 

"Haa??" Tiba-tiba, dia terdengar suara. "Ayah, nak apa tadi?"

"Bekas tu, hulurkan ayah nak letak telur yang pecah-pecah ni, boleh bagi budak-budak tu makan." Dia terus capai bekas tu hulurkan, telinga masih tetap pada bacaan bakal isteri. Bakal isteri??? Memang macam tak logik langsung bunyi dia.

"Doa kamu dah termakbul kan?" Dia pandang muka ayah sambil sengih. Alhamdulillah.

"Alhamdulillah ayah, tak salahlah selama ni kalau apa yang hati Zaf rasa tu, selama ni betul, Zaf pun..."

"Dah nak habis tu, Along, angkatkan pinggan-pinggan ni semua, dia orang nak isi roti arab ni." Arahan abah tu buat dia terhenti terus untuk bercakap dengan abah, kalut dia angkat pinggan nak isi roti untuk dicecah kuah sardin tu.

"Along, pergi ambil inai kat belakang rumah tu, ibu nak giling ni esok nak pakai kan?" Amar Zafran tetap sengih, jeans disinsing sampai ke bawah lutut, pisau yang dihulur ibu dicapai, terus dia melangkah ke belakang rumah ambil inai.

"Along mana bu?" Pia muncul kat depan pintu dengan jubah hitam yang bersulam benang perak dan manik.

"Ambil inai, tak lari pun." Terus muka dai terasa kena simbah minyak panas. Sheesh! Kenapa pulak ni? Tiba-tiba muka Along muncul dengan daun inai di tangan. Pia tunduk. Amar Zafran terkaku sekejap. 

"Err..mana nak letak ni ibu?"

"Bak sini, ibu suruh kanak-kanak kat dalam tu leraikan daun dia." 

"Amboi, sedondon dia orang haaa!" Terus Pia pandang arah lain. Dia perasan yang baju Along pakai dengan baju yang dia pakai tu sama warna! Adoiii! Along ni pun, pergilah pakai baju raya tahun lepas ke tahun ni ke? Ni tak, baju raya tiga tahun lepas tu juga yang nak disarungnya. Dia melangkah masuk bila topik tu dah jadi bualan sampai Along sendiri dah garu kepala tak tahu nak cakap apa.

*****

"Pia takutlah bu..." Dia merengek tiba-tiba. Dia susah payah heret ibu naik kereta abang Ahmad. Along naik kereta dengan abah. Dia rasa menggeletar seluruh badan. Sungguh! Dia rasa nak parkinson sekarang ni. Hati beristighfar, moga ini yang terbaik, moga dia benar tulang rusuk Along yang bengkok. Along yang akan meluruskan dia, Along yang akan bawa dia ke syurga. InsyaALLAH.

"Selawat banyak-banyak. Baca doa yang ibu bagi tu, ingat tak?" Dia peluk lengan Puan Baya erat. Dia gementar, padahal bukan dia yang nak lafaz akad nanti.

"Dah sampai, jom turun." Lutut dah rasa nak tercabut. Dia keluar perlahan dari pintu kereta. Berdiri, nampak Along depan mata, dengan baju melayu putih tersarung di badan, senyum. Manis. Lagilah lutut rasa tak berdaya nak tampung berat badan sendiri. Along, stop smiling or saya-akan-jatuh-gedebuk-kat-sini?

Dia labuhkan punggung atas kusyen yang disediakan. "Bismillahirahmannirrahim..." Perlahan perkataan tu disebut. Dia pandang muka abah yang tengah senyum. 

"Kita boleh mulalah ya?" Pia diam, pandangan dia ditumpukan sepenuhnya di belakang Along. Lama, sampai ke saat Along berjabat tangan dengan abah. Abah yang akan menikahkan sendiri dia dengan Along. Dan selepas tu terdengar ucapan sah dari mulut saksi, dan saat itu juga dia nampak abah mengalirkan airmata buat pertama kali sepanjang hidup dia.

Along hulurkan tangan dia sambut, cincin selamat tersarung ke jari manis. Dia sendiri nampak tangan dia menggeletar, tangan Along pun menggeletar saat menyarungkan cincin. Dia tunduk, cium tangan Along. Sejuk beku tangan dia jangan cakaplah, memang mengalahkan salji. Along tak cium dahi dia. Dia tahu, biarkan ciuman di dahi tu, hanya untuk dia dengan Along, cukuplah sekadar dia salam dengan Along. Walaupun ni kali pertama lepas bertahun lamanya, dia dengan Along halal bersentuhan. Subhanallah. Ini hikmahnya...dia dengan Along halal. Alhamdulillah.

"Pia..." Dia berpaling. Ibu! Terus airmata meleleh ke pipi. Dia peluk ibu dengan abah, Along pun. Ibu peluk Along erat.

"Jemputlah, semua ke rumah saya, ada makan-makan sikit." Abah bersuara, sambil lap mata yang dah memerah. 

"Jom, naik kereta abah."

"Eh, abang Ahmad? Kan Pia naik dengan dia tadi?"

"Ni abang kamu kat sebelah ni, nak naik kereta abang Ahmad buat apanya?" Dia garu kepala. Lupalah pulak. Dia ambil tempat duduk belakang. Along pun, ibu dekat depan. 

"Alhamdulillah..." Perlahan ayat pujian tu keluar dari bibir Along. Tiba-tiba Along capai tangan dia. Terus rasa macam kena kejutan elektrik. Muka dah memerah. Ngee! Apahal rasa macam kena simbah cili sos ni?

Dia pusing arah lain, biarkan tangan dalam genggaman Along. Dan, percaya atau tak? Dia tersenyum pandang langit malam yang penuh bintang. Amar Zafran senyum juga sambil pandang depan. 

*****

"Long, pindahkan barang-barang Along tu masuk bilik Pia, bilik ni saudara-mara nak menumpang tidur." Amar Zafran garu kepala. Dia masuk keluarkan baju-baju dari almari. Laptop, tab, dan segala benda alatan mekap dia, dia usung letak depan pintu bilik Pia. Dia garu kepala lagi sekali. Macam mana ni?Nak ketuk? Nak redah je? Ke nak tunggu melangut depan pintu bilik ni?

Tok!Tok!Tok! Dia ketuk pintu perlahan sebelum buka pintu bilik Pia. Kali pertama dia jejak bilik Pia. Sungguh! Dia tak pernah nak masuk pun bilik tu. Bagi dia, itu satu penghormatan untuk Pia, dia takkan ceroboh sesuka hati dia. Kaki diatur ke katil, barang-barang diangkut sikit-sikit. Pia tak ada mungkin keluar makan kat bawah khemah kut?

"Al-long." Terus dia pusing, nampak Pia dengan t-shirt + kain batik, dengan tuala balut kepala.

"Err, Pia! Ibu suruh Along pindah sini. Suadara-mara yang berkoyan-koyan tu nak tumpang tidur kat bilik Along."

"Ooo..." Dia ketap bibir, dia mana pernah duduk sebilik dengan Along. Maksudnya berdua, dengan pintu tertutup.

"Along kemaskan baju Along dululah, kejap lagi Along mandi." Pia duduk sebelah Amar Zafran. "Along pergilah mandi, biar Pia kemaskan ni."

"Betul ni?" Pia angguk, tanda jawapan. Terus dia bersimpuh atas katil, hela nafas berat dan capai baju-baju tu untuk digantung dalam almari.  Banyaknya pulak baju pakcik ni!

"Pia, baju Along mana?" Amar Zafran berdiri depan almari, cari baju melayu warna krim dia. Pia membelakangi dia.

"Dalam tulah, yang warna krim kan?" Pia masih lagi lipat seluar-seluar yang bertaburan atas katil. Banyak sungguh kain baju Along ni, nasib almari tu besar.

"Aah! Tapi tak ada pun." Dia pusing. Pia bangun. Berjalan menuju ke almari yang penuh dengan baju yang bergantungan. Dia pandang Along. Terus dia pusing ke katil balik. Baju melayu warna krim tu rupanya ada je dekat dalam longgokan baju yang dia tengah lipat.

"Ada tak Pia?"

"A..ada." Dia letakkan baju tu dibelakang untuk Along capai. "Dah ke?"

"Dah-dah." Pia pusing. Dengan muka yang memerah. Tapi Along memang jenis hati kering, selamba je. Siap sengih lagi.

"Along tak pergi tolong kat luar ke? Basuh dulang ke apa ke?" Amar Zafran menggeleng. "Along nak baring kejap. Penat!" Terus dia berbaring, sambil pandang siling. Pia beku kat situ. Gila! Mana pernah seumur hidup dia, dia duduk atas katil dengan Along macam ni? Zaman kecil pun tak pernah! Mulalah penyakit dekat masjid tadi nak datang balik. Bukan dia nak menghalau Along, tapi dia nak keringkan rambut, segan kalau Along ada sekali.

"Along keluar dulu sayang." Dia terhenti. Sa-what? Sayang???

"Okay." Pendek. Tapi jantung dia ritma dah lari. Terus dia buat-buat sibuk susun baju dalam almari. Lepas siap, dia buka tuala yang membalut kepala. Sungguh rimas. Dia keringkan dengan tuala besar yang lagi satu, dia tak suka gunakan pengering rambut sebab nanti rambut rosak. Rambut yang separas pinggang tu disisir rapi. Tengah sibuk-sibuk larikan jari-jemari celah rambut tu tiba-tiba dia dengar suara.

"Pia..." Dia pusing. Nampak Along terpaku depan pintu.

"Subhanallah..." Cantiknya Pia. Amar Zafran terpaku depan pintu. Yang lawa ni, Zara Sofea ke? Isteri aku?Dia raup muka. Dia tak pernah tengok Pia tak berhijab lepas Pia cukup umur dulu. Tiba-tiba dia tersengih kat situ.

"Along, tu dah kenapa tu? Mereng pulak dah?" Pia buat-buat selamba, muka ditahan riak dari berubah. Pakcik ni pun, tak nampak ke aku tengah beristirehat ni? Pengacau sungguh.

"Tak...Along nak tukar pakai seluar, senang nak buat kerja, jeans Along mana?" Dia tanya. Saja nak mengada, padahal nampak aje jeans tu dekat hujung katil.

"Tu.." Pia juihkan bibir. "Pia kalau buat duckface tu, comel sangat."

"Ehh! Pia memang comel sejak azali pun. Adui! Baru perasan ke??"

"A'ah, comel macam mulut platipus." Selamba dia capai tuala di rak untuk tukar seluar, baru je tuala diikat ke pinggang, Pia laju je keluar dari bilik. Dia gelak besar.

"Along!" Sempat dia capai bantal kecil atas katil sebelum dia baling ke muka Along dia.

Dia atur langkah ke pintu dapur. "Ibu! Ada apa-apa Pia nak tolong ke?" Puan Baya pandang dia sambil gelengkan kepala. "Pergi tengok Along tu." Dia garu kepala. Kan dah tengok tak sat?

"Mana suami kamu?" Dia dengar Cik Jah, jiran sebelah tanya dia. Untuk tiga minit tadi, dia memang terlupa terus yang Along tu suami dia. Ngeee! Tiba-tiba terasa bulu roma meremang dan terus seram sejuk.

*****

"Along..Along.." Pia sentuh tangan Amar Zafran. "Along." Kali ni kuat sikit. Telinga rally cap kapak, kejut dengan speaker funfair kot baru nak bangun.

"Along, bangunlah. Subuh, dah lewat ni." Pia pandang jam. Pukul enam pagi, tepat. Dia dah bertelekung. Cakap semalam bukan main lagi, nak kejut Pia subuhlah, kita jemaah sama-samalah.

"Hmm...."Dia nampak Amar Zafran menggeliat. Tenyeh mata. Pandang dia. "Morning sayang." Pia ketap bibir. Muka dah berblusher pagi-pagi buta lagi."Along pergilah mandi, berwuduk, kita jemaah. Cepat sikit."

"Yelah, tunggu kejap." Pia labuhkan punggung di birai katil, sebelum pintu bilik kedengaran diketuk.

"Pia, solat sayang." Ibu. "Dia buka pintu perlahan. Jengukkan muka sikit. "Err..ibu pergilah solat dulu dengan yang lain-lain, kejap lagi Pia jemaah dengan Along."

"Tak bangun lagi?" Pia garu kepala. "Err..Along mandi."

"Oohh..." Puan Baya tersenyum. Pia terus tutup pintu bilik. Dia nampak Along keluar dari bilik air, pantas dia bentangkan sejadah untuk bersolat. 

Usai aminkan doa panjang, Amar Zafran pusing. "Salam." Pia salam. "Cium tangan." Pia cium tangan. Amar Zafran tiba-tiba tergelak. "Along saja je kan??" 

"Tak, untuk biasakan Pia." Dia bangun lipat sejadah. Pia diam lagi. "Along.." 

"Hmm..." Pendek. "Along tak kisah ke kalau Pia panggil Along, 'Along'?"

"Okay je, kenapa? Pia dah teringin nak panggil abang pulak? Ke sayang?" Pia jeling tajam. "Betul ke?" Dia nampak Amar Zafran mengangguk. "Zara, this is the best morning I ever had." Dia senyum. Pia senyum. 

"Sayang tau tak? Kelebihan solat Subuh ni?" Pia geleng. "Tapi yang Pia tau, kalau kita solat Subuh ni ganjaran pahala dia besar, sebab solat Subuh ni ambil masa orang tengah nyenyak tidur kan?" Dia nampak Along mengangguk. "Bangun, duduk sini." Dia tarik tangan Pia untuk duduk di birai katil.

"Bukan tu aje, solat Subuh ni, ganjaran pahala dia lebih indah dari dunia ni, dengan isi-isinya sekali." Pia tersenyum. "Kalau jemaah lagi besar kan pahala dia?" Dia bertanya. "Betul, pahalanya macam kita bersolat satu malam penuhlah." 

"Along, kalau hari-hari tazkirah pendek macam ni boleh?" 

"Definitely." Pendek. "Apa agenda hari ni?" Pia terasa nak tanya. "Kita pergi tengok baju kahwin dulu. Lepas tu pergi beli bunga pahar, bekas hantaran tak payah kan?" Pia angguk. Tiba-tiba teringat sesuatu.

"Along, kenapa mas kahwin tu banyak sangat?" 

"La, tarikh birthday Along dengan Pia, kan?" Baru dia perasan, tapi dia tak minta pun. "Banyak tu Long."

"Tu hak Pia, suka hati Pia nak buat apa pun dengan duit tu nanti." 

Pia diam. "Goodies bag, jangan lupa." 

"InsyaALLAH." 

"Jom breakfast." Dia tengok jam dah menginjak pukul tujuh pagi. Pantas tudung dicapai untuk tutup kepala. Ramai lagi bukan muhrim kat luar sana. 

"Jom."


p/s: assalamualaikum...sorry I really busy past few days.. ini je yang termampu..harap kau orang happy... :)  


Labels:

pia 15
Written at Tuesday, October 23, 2012 | back to top

Amar Zafran keluar dari bilik dia lepas hilangkan penat. Dia memandu dari KL-Kedah dekat enam jam. Badan rasa sengal-sengal, itupun berhenti rehat, kalau dia memang straight dari sana tadi, mau tertidur tengah jalan.

Kaki melangkah keluar, nampak ibu, abah, Aiman, dengan Pia dengan bersembang. Aiman masih dalam cuti semester. Duduk melingkar aje kat rumah ni, nak kerja abah tak kasi. Jangan haraplah abah nak bagi, kalau naik motor pun kelajuan nak sama dengan kelajuan bunyi, siapa nak kasi. Kan?

"Eloklah, semua dah ada ni, Along nak cakap sikit." Fuh! Tabahlah hati, Amar Zafran, sedia mental fizikal sebelum dapat jawapan nanti.

"Along nak bincang apa?" Abah tanya. "Maaf kalau Along spoil mood semua, Along nak cakap pasal majlis Pia, lagi sebulan setengah tu." Dia nampak Pia mematung.

"Along dah jumpa calon ke?" Pia tanya selamba, padahal dalam hati, dia dah kalut. Siapa gerangan nak jadi suami dia tu?

"Inilah yang Along nak cakap, macam ni, apa yang Along nak cakap ni, terpulang pada Pia. Kalau Pia terima, alhamdulillah. Tapi, kalau tak, kita batalkan majlis tu." Dia hela nafas berat. Dalam kereta dia hanya fikir ini aje.

"Siapa Long?" Pendek. "Along tak dapat cari pengganti Pia. Tapi..." Dia berhenti sekejap, tarik nafas, dalam.

"Tapi?" Pia menyoal lagi sekali.

"...Along yang akan jadi pengganti." 

"Al-Long?" Spontan Pia rasa nak tercekik. Walaupun dia hanya telan air liur.

"Itu yang Along cakap, kalau Pia tak setuju, kita batalkan majlis tu, Along bukan tak cari Pia, tapi Along tak tahu siapa yang layak untuk Pia, Along sendiri pun tak layak, tapi Along cuma nak halalkan hubungan kita, itu aje. Cuma apa yang Along boleh janji, Along akan cuba berikan yang terbaik, berikan bimbingan untuk Pia, kita sama-sama berubah ke arah lebih baik. Insya-ALLAH."

Pia terasa ada air jernih gugur jatuh ke pipi. Eh? Dia nangis? Dia tak sedar pun yang Along boleh buat dia menangis sebab keharuan. Dia kesat mata dengan hujung blaus warna biru laut yang tersarung di badan.

Okay Pia, inhale exhale, inhale exhale, inhale exhale. Fuh! Dia terasa hati sedikit lapang. Wajah di alih ke muka Along, yang lain-lain pandang muka dia tak berkelip, sekarang ni macam yang lain-lain tu kena stop motion, hanya dia dengan Along aje benar-benar hidup saat ni. 

"Pia terima." Dia anggukkan kepala. Amar Zafran ternganga. Sungguh itu jawapan Pia untuk dia? 

"Haaa????" Lain-lain keluar soalan terkejut beruk. "Pia akan teruskan majlis tu dengan Along, sebab Pia dah nekad, Pia tak kisah pun siapa yang akan jadi suami Pia, dan kalau Along dah berjanji untuk bimbing Pia, alhamdulillah." Dia sambung minum teh dengan selamba. Hati terasa lapang. Tak tahu kenapa? Patutnya dia dah boleh meroyan tahap naga bila Along cakap, Along yang akan jadi pengganti. Dia sisip lagi air teh dalam cawan.

Tak semena-mena dia terpandang Along. Terus darah menyerbu ke muka. Shessh! Apahal pulak ni? Tiba-tiba aje? Sebab? Sebab Along tengah pandang dia? Dia memang tak pernah bercakap dengan pandang terus ke mata Along. Apa yang dia nampak, Along ikhlas melalui matanya. Tu dia! Boleh baca mata orang pulak dah! 

"Pia..." Abah bersuara. "Chill abah, ibu, Pia serius."

"Aiman tak kisah, lagipun Aiman memang nak suruh Along jadi pengganti pun."

"Haa???" Pia dengan Amar Zafran bersuara. "I mean, I'd prefer Along than 'jejaki-jejaki'." Pia tergelak. Abah pun turut serta. Alahai, boleh buat lawak pulak??

Pia bangun mengangkat dulang di tangan. Puan Baya membuntuti dari belakang. Pia berdiri di depan sinki, statik. "Pia, betul ke?"

Dia mengangguk. Berpaling ke arah Puan Baya. "Ibu, Pia serius. Esok Pia pergi pejabat agama." Dia buka pili air, cawan-cawan dibawa ke pili untuk dicuci.

"Pia...Pia jangan mainkan perasaan Along."

"Ibu, kalau orang lain, belum tentu orang tu boleh bahagiakan Pia, tapi kalau dengan Along, Pia yakin Along boleh bahagiakan Pia. Along tak pernah tinggal Pia sendiri, susah senang Along, susah senang Pia ibu. Along dah banyak berkorban untuk Pia."

"Alhamdulillah, lepas ni ibu tak payah nak bimbang dah kalau kamu keluar dengan Along." Pia senyum dalam tangisan. 

"Alhamdulillah." Diluar juga kedengaran ungkapan rahmat itu.

*****

Amar Zafran dah berpusing-pusing kat ruang tamu, tunggu Pia keluar lepas solat Zohor, dia rasa macam serba tak kena. Sungguh! Betul ke Pia ni?

"Along." Pendek. "Pia." Dia tergamam sekejap.

"Kenapa?" Pia pusing pandang keluar. "Can we talk?" Telinga dia cekap menangkap maksud 'can we talk' Along tu. Dia angguk.

"Buaian sana." Pia atur langkah ke laman yang menempatkan buaian kayu tu.

Amar Zafran ambil tempat, jauh dari Pia, Pia hujung sebelah sana, dia hujung sebelah sini. Dia kerling sekejap Pia yang berada di sebelah. Dia nampak Pia main pintal-pintal selendang yang dipakai. Cuak ke?

"Pia betul ke?"

"Betul."

"Pia ada masa lagi tau, untuk ubah fikiran?"

"Along, Pia terima Along bukan sebab simpati, bukan sebab Pia nak lari dari Zakwan, bukan sebab sesiapa pun yang paksa Pia, tapi sebab Pia yakin yang Along boleh bahagiakan Pia." Dia tunduk, pandang kaki, pandang selipar yang ada bentuk hati tu.

Gulp! Nak cakap apa ni Amar Zafran. "Err...err." Sudahnya dia diam, tak tahu nak cakap apa-apa.

"Kenapa Along nak jadi pengganti?" Terus Amar Zafran rasa nak tepuk dahi bila dia dengar soalan tu.

"Al...Along rasa lebih baik Along yang jaga Pia sendiri dari orang lain, dan Along nak halalkan hubungan dengan Pia, dengan ibu." Sebab Along cintakan Pia.

"Kejap lagi, kita pergi pejabat agama. Ambil borang?"

"Boleh. Pia tahu tak benda apa nak kena bawa semua?"

"Tak tau, sebab dengan Zakwan pun Pia mana pergi-ambil-isi-hantar semua." Tekak terasa berpasir nak menyebut.

"Ooh..Along pergi siap dululah."

"Along!" Dia panggil. Tapi pandangan tetap pada rumput laman rumah.

"Ye?"

"Promise me?"

"What?"

"Mend my broken heart."

"InsyaALLAH." Itu jawapan Along, dan itu juga yang diharapkan. Memang hati dia hancur pun. Tapi bukan sebab hancur tu, dia pilih Along. Bukan. Tapi sebab lain, sebab yang dia dengan ALLAH saja yang tahu.

*****

"Kena buat HIV test la Pia, Pia dah buat?" Pia geleng kepala. "Along?" Dia nampak Along menggeleng.

"Banyak ke darah dia ambil Pia?" Aikk? Tak hilang lagi takut kena ambil darah tu? "Satu beg." Sengaja. Dia diam pandang ke luar sambil tahan gelak. Sungguhlah encik ni, takut sangat kena ambil darah.

"Pia betul ke ni?" Pia angguk. Serius.

"Pia..." 

"Satu tiub ajelah, ALLAH, takut sangat."

"Sekeh karang!"

"Beranilah! Amboi bukan main nak sekeh anak dara orang."

"Suka hatilah, kalau dah halal, Along sekeh-sekeh kepala Pia tu, sampai kemek."

"Chiss." Pendek jawapan dia. Ada ke nak kahwin dengan aku semata-mata nak sekeh kepala aku?

"Kita gerak teruslah pergi klinik, buat HIV test. Boleh?" Pia angguk aje.

"Pia dah pergi kursus kahwin? Ustaz tu cakap yang tu kena ada."

"Ada je. Pia dah pergi."

"Dengan Zakwan?"

"Taklah, dengan Aisha, masa study dulu."

"Ohh.."

"Along?" Tanya orang, dia tu? "Dahh..."

"Bila??" Tak pernah tau pun. "Along bawa budak-budak ofis sekali, kita orang pergi ramai-ramai. Kan abang Ahmad nak kahwin hari tu, memandangkan usia dia dah lanjut, Along bawa je budak-budak yang belum pergi kursus tu sekali harung. Dia malu." 

La...malu pulak dia. "Along, bila balik sini lagi?"

"Kenapa?" 

"Baju nikah? Dengan kenduri?"

"Tengok schedule dulu, nanti Along cakap dengan Pia." Yelah, malam ni dia dah nak bertolak balik sana, duit habis beribu-ribu tambang pergi balik pun. Tapi dia tak kisah, asalkan dapat jumpa famili. 

*****

"Selesai satu bab." Along regangkan badan. Borang-borang semua dah siap isi. HIV test result pun dah terselit sekali. Pia pun sama, khusyuk mengisi borang.

"Abah, ni pegesahan wali ni dengan saksi macam mana?" Pia tanya abah. "Takpe, esok abah bawa borang jumpa kadi."

"Ibu, abah, tarikh cadangan untuk menikah ni?" Amar Zafran pula bersuara. Pia angkat kepala. Ngee!

"Susah juga kalau bakal pengantin dua-dua serumah ni ye? Haru dibuatnya kan sayang?" Dia tanya ibu.

Dua-dua dah tarik kerusi. "Macam ni." Abah bermukadimah. "Abah dengan rasa senang hatinya, nak suruh kau orang berdua menikah awal."

"Haa??" Masing-masing terlopong. "Bukan apa, senang sikit kerja abah sebelum kenduri tu, kau orang dah halal, abah dengan ibu taklah bimbang sangat. Macam mana?"

Amar Zafran dengan Pia saling memandang. "Pia macamana?"

"Pia tak kisah. Pia ikut aje." Dia jungkit bahu + juihkan bibir.

"Eloklah macam tu. Dua minggu lagi eloklah, isi cepat-cepat hantar borang cepat-cepat. Abah ingat nak buat akad nikah kat masjid malam. Lepas tu boleh ajak orang masjid datang terus ke rumah, buat jamuan kesyukuran. Dua minggu lepas tu sepatutnya tarikh kenduri kan?"

"Aah." Dua-dua serentak menjawab.

"Abah ingat, nak buat sehari lepas tarikh sepatutnya tu, hari Ahad, sebab hari tu jugak, Anniversary ibu dengan abah."

"Elok sangatlah tu bah, Along okay aje. Pia?"

"Pia pun okay aje. Tapi kann...." Idea muncul macam mentol menyala tiba-tiba. "Along taknak ke masuk meminang Pia?"

"Budak ni, sekeh karang!" Pia gelak. "Habis nak jugak letak harga ni, kalau boleh nak mahal sikit, hantaran nak RM60,000 + mas kahwin sebidang tanah. Itu aje pun." 

"Pia ni kann..."

"Ampun,ampun, Pia gurau ajelah."

"Eh! Boleh, esok ibu dengan abah hantar rombongan meminang, dekat aje, berjalan dari dapur ke ruang tamu sana." Puan Baya mencelah.

"Kak Pia ni, nampak sangat materialistiknya tu." Tu dia, Aiman ni. "Eleh! Dia pun sama." 

"Tapi sekurang-kurangnya Aiman suka Kak Pia kahwin dengan Along."

*****

Laptop yang tengah terpapar artikel Majlis Perkahwinan yang Diberkati itu dipandang. Sesekali kepala diangguk-anggukkan. Sungguh, dia baru tahu apa itu perkahwinan yang diberkati. Dan saat ni SII dicapai, dicatatkan apa-apa yang patut. Semuanya kena rombak balik. Dia berwuduk, bersolat, sebelum keluar ke ruang menonton. 

"Guys!" Dia ambil tempat antara ibu dengan abah. "Pia nak cakap sikit, pasal majlis nikah dengan majlis kenduri tu."

"Kenapa?" Aiman tanya. "Sebab Kak Pia nak, majlis tu berkat."

"Apa Pia nak buat?"

"Cadangan abah untuk panggil orang masjid tu okay, cuma baju nikah aje, Pia nak pergi beli je baju putih jenis kaftan tu, pakai. Tak mengikut bentuk badan." Ibu tersenyum.

"Makan malam tu, Pia ingat nak buat makan dalam satu dulang, I mean four to five person per-dulang."

"Kongsilah? Makan sekali?" Dia angguk bila Pia tanya macam tu. "Okay, boleh, sebab orang masjid dah biasa makan macam tu."

"Pasal photographer dah okay, sebab dia perempuan. Senanglah nak ambil gambar." Masing-masing angguk mengiakan.

"Pasal pelamin semua tu, Pia rasa taknak buatlah ibu, sebab membazir, kalau setakat nak ambil gambar kat tangga pun boleh aje, edit-edit jadi cantik jugak." 

"Ibu tak kisah pun."

"Lain-lain pasal majlis kenduri, nanti Pia bincang dengan Along." 

"Alhamdulillah, ikutlah, mana baik bagi Pia."

"Satu lagi, cakap dekat tukang masak, makanan pengantin dengan tetamu sama je. Tak payah bezakan." Semua angguk lagi. "Nanti abah cakap dengan Pak Ngah Halim." Pia menangguk.

"Pia tempah akad berapa ratus?" 

"Dua ribu, campur dengan Along punya peminat, kawan-kawan segala."

"Okay, abah nak bajet daging lembu ni. Karang takut tak cukup." Pia sengih. "Abah, Pia ingat nak jemput budak-budak Rumah Budi tu. Datang sini, boleh?"

"Anak-anak yatim?" Ibu tanya. Pia mengangguk. "Boleh sangatlah, ibu rasa kita letak tabung sekali, orang-orang kampung suka bagi duit dekat tuan rumah balik, padahal kita niat sedekah, kalau nak bagi sangat kita masukkan terus dalam tabung tu,boleh buat dana untuk dia orang." 

"Elok sangatlah cadangan awak tu."

"Kalau boleh Kak Pia nak jemput kumpulan nasyid sekolah Aiman dulu, menyanyi kat sini. Boleh?"

"Betul ke ni?" Aiman tanya. "Betullah." 

"Aiman contact dia orang sekarang juga." Dia bingkas bangun. Pia tersenyum.

"Pia rasa tu je kot buat masa ni?" Dia pandang ibu dengan abah.

"Okay, nanti apa-apa kita bincang lagi." Pia berlalu lepas dengar abah cakap macam tu. Alhamdulillah, moga setakat ni, majlis tu akan diberkati ALLAH. InsyaALLAH.

Telefon dicapai. Nombor Along dicari dan tersu dilekap ke telinga.

"Pia, assalamualaikum."

"Waalaikumussalam, Along dah tidur ke?"

"Belum, kenapa?"

"Pia ada rombakan pasal majlis tu."

"Apa yang Pia nak rombak?" Amar Zafran bertanya.

"Pia taknak mekap-mekap tebal, Pia nak yang ringkas. Pia jemput anak-anak yatim, makanan pengantin sama aje dengan tetamu."

"Kenapa?" Orang hujung sana ketawa kecil.

"Along, orang nak berkatlah!" Dia geram, Along ni kannn! 

"Ye ye, Along rasa Pia kena tukar baju masa majlis kenduri sekali, bagi ringkas, kalau boleh pakai baju biasa aje, kain sifon tu. Itu pun dah cantik."

"Memang pun, baju nikah sekali Pia dah tukar. Pia ingat nak pakai jubah aje masa kenduri tu, Along rasa?"

"Along tak kisah pun. Janji Pia jaga maruah Pia, maruah Along, cukuplah."

"Ye ye. Cop! Cop! Nak tanya, jurumekap tu lelaki ke perempuan ke dua dalam satu?"

"Perempuanlah, ada ke Along nak bagi dua dalam satu pulak mekap Pia." Pia tergelak. "Thank God. Pia ingat dua dalam satu.

"Ada lagi benda yang Pia nak ubah?"

"Ada, pelamin Pia tak buat tau, membazir." Dia diam sekejap. "Okay." 

"Hantaran semua Pia taknak tau Along, Along bagi mas kahwin aje."

"Okay, tarahal, jimat poket ni ha."

"Cheesecake, kedek la Long."

"Kedek-kedek pun bakal suami awak juga Cik Zara Sofea oii!" Ngee! Dia ketap bibir. Kalau Along ada depan mata. Sah-sah dia pusing arah lain. Dalam telefon beranilah kan?

"Okaylah, Along pergilah siapkan kerja tu."

"Yup! Take care, assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Permohonan untuk nikah pun dah diluluskan. Tinggal Along nak balik aje. Dia pandang SII di tangan. Lagi seminggu. Seven days and counting. And the new journey will begin.


notakaki: Maaf gangguan kesihatan melanda dua hari ini..alhamdulillah..boleh juga siapkan entri untuk tatapan awak2 yang tersayang..berchenta saya ngadap benda ni..hahahhaa (alhamdulillah juga ilham dari DIA tak pernah putus.

-ada yg ckp jgn bagi cite ni klise. insyaALLAH...xcliche..dan kali ni saya akan letak lebih banyak pengisian..doakan naskhah ini akan menjadi naskhah yang baik.. :) moga yg KHaliQ memberkati kita semua... amin :)


Labels:

pia 14
Written at Saturday, October 20, 2012 | back to top

"Tunggu!" Pia dengar suara menjerit, saat mata dia dah kelam, penuh dengan air mata bila nampak tangan Zakwan dah bersalaman dengan tok kadi kat masjid tu. Dia berpaling. Zakwan terhenti. Subhanallah! ALLAH Maha Besar! Along berdiri depan pintu masjid. Abah berdiri di belakang. 

"ALLAHUAKBAR! Along." Dia bangun lari ke pintu. "Alhamdulillah, Pia selamat." Amar Zafran berdiri dengan Pia berlindung di belakangnya. Sungguh, dia berdoa agar Pia sempat diselamatkan.

"Kalau kau nak Zara Sofea, kau kena berdepan dengan aku dulu." Pantas Along heret tangan abah balik ke kereta. Zakwan meluru keluar dari pintu masjid. Dia berdiri di tangga.

"Hoi! Selagi adik kau tak jadi milik sesiapa, aku akan tetap dapatkan dia!" Along terus meluru ke depan, cekak leher baju melayu Zakwan, dan...BUKKK! Sedas. BUKKK! Dua das, dan lagi sekali tiga das. Zakwan terduduk. Pia menuju kedepan, kali ni hilang rasa was-was untuk berdepan dengan lelaki tak guna tu.

"Reza Zakwan, aku Zara Sofea, takkan lupa apa yang kau buat ni sampai mati!" Alhamdulillah, ALLAH dah makbulkan doa-doa orang teraniaya macam dia. Mujurlah si Zakwan tak guna cara halus untuk dapatkan dia. Dan Zakwan tak sentuh pun dia, dia berterima kasih untuk itu.

Pintu kereta ditarik, dan dia masuk duduk di belakang, raup muka beberapa kali. Tunduk dan picit pelipis. Dia rasa nak pitam sekarang ni.

"Pia, okay tak ni?" Pia angkat kepala. Pandang muka abah dia. "Okay bah, sakit kepala aje ni, sebab tak makan apa-apa kot dari semalam?"

"Pia okay tak?" Along jenguk kepala dari tingkap kereta yang terbuka. Pia angguk lemah. Amar Zafran pergi ke kereta sebelah, baru dia perasan Abang adi ada sekali, maknanya Along heret Abang Adi ikut? Takut jadi apa-apa dengan dia? Macam tu?

Amar Zafran ambil tempat duduk pemandu. Dia nampak mata Along merah, macam tak cukup tidur, Along fikir pasal diakah? Pia berbaring di kusyen belakang. "Lepas ni kita pergi balai, buat repot." Bingkas Pia bangun.

"Tak payahlah Long." Amar Zafran tak jadi teruskan perjalanan. Kenapa pulak dah dengan Zara Sofea ni?

"Pia, sedar tak yang dia dah buat salah? Culik Pia datang sini?" Pia diam. Along macam bengang aje suara? Along marah dia ke? "Pia nak berterima kasih dengan dia."

"G-I-L-A!" Itu yang keluar dari mulut Along. "Along, dia tak ragut kesucian Pia, itupun besar rahmat dia Long, dia tak hantar santau ke apa ke, itu lagi besar rahmat dia, Pia bersyukur." Air mata dah meleleh-leleh turun ke pipi. Macam mana kalau Zakwan memang ragut kesucian dia? Masa depan dia macam mana? Pandangan orang kampung macam mana?

*****

"Along.." Amar Zafran buat tak tahu, geram dengan Pia sebab Pia taknak Zakwan ke muka pengadilan. "Along...you heard me right?" Pia tahan suara, dia rasa nak pitam sebab terlampau lapar.

"Pia nak apa?" Kasar soalan tu keluar dari mulut. Tapi tiada jawapan. Dia berhentikan kereta tepi jalan, abah tertidur. Dia dah telefon ibu cakap Pia selamat. Ibu gembira sangat dengan Aiman. Abah letih, letih dari bab memikir sampai bab nak datang selamatkan Pia ni. Dia turun tengok keadaan Pia di belakang. "Pia..."

"Hmmmm..." Perlahan dan tersekat-sekat. Sungguh dia tak mampu nak jawab panggilan Along. "Abah, abah!" Amar Zafran kejutkan Encik Ahmad. "Kenapa?"

"Pia ni, macam lemah aje abah?" Dia menyoal. "Pia lapar kot? Sebab dari pagi semalam dia tak makan. Ini dah nak masuk Maghrib ni." Dia mengangguk.

Dia berhentikan kereta di R&R Gurun, terus keluar tunaikan solat Maghrib, tinggalkan Pia dengan abah. Usai Maghrib, dia bergegas belikan sesuatu untuk isi perut, bawak balik ke kereta.

"Abah, pergilah solat dulu, Along temankan Pia ni." Dia nampak Pia lemah lagi. "Pia, Pia nak mandi? Ibu ada bekalkan baju untuk Pia tukar?" Pia mengangguk, dia capai sekali beg telekung yang ibu bekalkan.

Lepas segarkan badan, dia terus solat Maghrib sebelum pergi balik ke wakaf untuk jumpa Along. "Along...nak makan." Amar Zafran sengih.

"Nah, ni nasi lemak, sandwich tuna, jagung manis, dengan roti, air mineral dengan Revive, you choose." Pia tergelak. Tu dia Along, macam dia tak makan seminggu.

"Along, I'm not dying." Amar Zafran gelak besar. Pia pilih nasi lemak dengan roti coklat. "Along..." Dia gigit roti tu perlahan.

"Yup!" Amar Zafran pandang langit. Macamlah langit tu nampak bintang-bintang. Redup sekeliling, macam nak hujan adalah.

"Thanks...sebab selamatkan Pia." Kalaulah Along tak datang. "He's you hero." Abah tiba-tiba muncul di belakang. "ALLAH, hero sangatlah." Pia tergelak bila dengar Along dia cakap macam tu.

"I'm no hero Zara Sofea, but I'll be your hero." Perlahan perkataan-perkataan tu disusun keluar dari bibir. "Sampai bila?" Dia tanya balik perlahan. Encik Ahmad hanya jadi pemerhati.

"Forever." Dia pandang muka Zara Sofea yang bersuluh spot light berdekatan wakaf tu. Pia diam sesaat. "Forever." Diulang balik perkataan tu sambil tarik senyum sampai telinga.

"Dah-dah nak forever ke ever ke, jom Isyak dulu, ibu dah bising sampai sekarang tak muncul-muncul lagi kat rumah nun." Dua-dua bingkas bangun. Terus ke surau. Encik Ahmad memerhati kedua anak dia. Yang di selamatkan nampak lega. Tapi yang pelik tu, yang jadi penyelamat, senyumnya sampai ke telinga tu, apa yang dia seronok sangat entah? Dia menggeleng kepala sebelum turut ke surau, solat Isyak.

******

"Hoi! Selagi adik kau tak jadi milik sesiapa, aku akan tetap dapatkan dia!"

Sejak semalam, perkataan tu terngiang-ngiang kat telinga. Dia kusut. Serabut. Sungguh. Dia dengar apa yang Zakwan cakapkan kat Along. Ibu pula cakap dia lega sebab sekeping kad kenduri pun belum edar lagi. Jadi kenduri tu tak jadi. Tapi kenapa dia rasa lain? Kenapa dia rasa kenduri tu perlu diteruskan? Tapi bukan Zakwan yang akan jadi pengantin lelaki, tapi orang lain. Orang yang dia harus usahakan untuk jadi suami dia.

"Ibu!" Dia melaung, dah tiga hari dia Istikharah, tapi petunjuknya tetap sama. Hati dia berat mengatakan majlis tu kena diteruskan.

"Kenapa ni sayang?" Pia duduk atas kerusi berdekatan dengan abah, Along dan Aiman. "Pia nak teruskan majlis kenduri tu." Masing-masing terdiam. Yang kedengaran cuma kipas di atas kepala yang berputar. Senyap sunyi.

"No kidding, ALLAH bagi petunjuk untuk Pia teruskan semua ni. Along, Along kena carikan pengganti untuk Pia." Dia bangun dan terus berlalu, siapa pun selepas ni, apa pun lepas ni, orang tu akan jadi suami dia, dan dia redha dan letakkan sepenuh kepercayaan kat Along.

"Pia..."

"Abah, ibu, this is the best way to escape from him." Dia senyum. Hati yang hancur cuba dibaiki, cuba dicantum balik untuk kekuatan tu.

"Tau, tapi siapa? Bukan senang tau Pia nak cari calon suami sekarang ni. "Along tak rasa Along boleh dapatkan orang yang nak jadi suami Pia tu dalam masa terdekat. Kita bukan nak cari orang untuk jadi sub-kontraktor yang bila-bila masa boleh muncul, Zara Sofea." Pia rasa nak tepuk dahi. Apakah? Along aku ni? Siap sub-kontraktor tu tak menahan. Taulah businessman, tapi yang ditaramnya dalam percakapan harian siapa suruh entah.

"Along cubalah." Dia seakan merayu. "Yelah."

"Tapi kak Pia..." Pia tersenyum. "Abah, ibu, Along, Aiman...Pia tak paksa, kalau Along boleh cari, tak apalah, tapi kalau Along tak dapat cari pun tak apalah. Kita batalkan majlis tu." Muka masing-masing nampak lega. Pia rasa lapang, tenangkan hati, masuk tidur.

*****

Bola boling tu di baling ke arah pin-pin yang sedia menunggu. Aneh! Sebab ini kali keempat berturut-turut satu pun dia main tak strike. Dia belek jari sendiri. Sambil berjalan menuju ke tempat yang Adi tengah tunggu.

"Kau apahal bro? Muka kelat macam tertelan cencorot hidup?" Amar Zafran tergelak. Perumpamaan. Melampau.

"Kau ni, memang suka keluar perumpamaan yang diluar batas norma tu kan?" Kali ni Adi yang tergelak. Gelak besar sampai manusia-manusia tu pandang ke arah dia. "Gila! 'Di luar batas norma' tu bukan diluar batas norma punya ayat pertuturan kau ke?" Amar Zafran tergelak lagi.

"Serius bro, kenapa?" Dia kembali ukir muka serius. Amar Zafran tepuk belakang kawan dia tu. "Aku nak kahwin."

"Whoa! Tiba-tiba je ni kenapa? Tak ada angin, tak ada ribut." 

"I'm dead serious, Adi." Kali ni Adi terdiam. "Bro, lu ingat kahwin ni macam pilih galaxy punya series ke?"

"Aku taulah."

"Siapa?" Pendek tapi padat soalan Adi. 

"Zara Sofea."

"Zara Sofea, nice name." Amar Zafran sengih. Memang pun. "Wait! Wait! Kau jangan cakap ni Zara Sofea yang..."

"Adik aku." Terus dia potong cakap Adi. "Kau gil..."

"Kau lupa? Dia tu adik angkat aku??" Kali ni Adi diam terus. Lama. Amar Zafran sambung game dia. Giliran Adi bangun lepas beberapa kali Amar Zafran duduk dekat lane.

"So! Zara tau ke?" Dia menggeleng. "Kau ni, pelik akulah!" 

"Aku je nak kahwin dengan dia, dia tak tau pun. Aku pun tengah fikir macam mana nak terangkan kat mak bapak aku ni, aku nak kahwin dengan Zara." Dia kusut! Serabut. Sampai dia balik Kedah semata-mata untuk jumpa Adi. Esok baru dia nak bercerita sebenarnya, tapi Adi dah terkesan dulu dia punya mood yang tak betul ni.

"Macam nilah, kau cuba terangkan, duduk berbincang elok-elok, tengok penerimaan Zara macam mana." Betul jugak. Kalau Pia tolak dia pun, dia rela aje, sebab dia dah bersiap-sedia mental dan emosi untuk terima jawapan jenis tu.

"Thanks bro, idea kau ni kadang-kadang bolehlah pakai, walaupun tak selalunya bernas." 

"Weiii! Kojaq!" Sama-sama gelak. Amar Zafran rasa lega. Dia kena jumpa ayah, tanya pendapat ayah. 



p/s: Weehooo! Semangat nak menulis (aka menaip) sudah tiba, dengan izinNYA, idea melimpah-ruah mcm coklat tercurah ke ladang gandum... (ceewah!) hahaha..please..enjoy.. (mona: This is for you..sbb mintk kn hari khamis tu..hihi :P) syg korang semua..moga yaKHALIQ memberkati kita..insyaALLAH.. :)

Labels:

pia 13
Written at Monday, October 15, 2012 | back to top

"Just nice." Pia paksa senyum bila tengok Along keluar dari bilik persalinan. Dia memang tak boleh nak senyum dengan ikhlas lepas dapat panggilan sebelum datang cuba baju nikah tadi. Panggilan dari kawan sekolej dia dulu, Adib. Adib suruh tengok surat khabar harini. Berita kecil tapi dalamnya cerita besar. 

Dia belum lagi baca suratkhabar, sebab hati dia dah hancur sebelum baca, kalau dia baca, mau melayang jadi debu. Dia masuk ke bilik persalinan untuk cuba baju. Baju kurung moden, cantik. Dia pandang baju tu sayu. 

Dia buka pintu bilik persalinan, Along dah tunggu depan pintu. Dengan surat khabar di tangan. Sungguh, dia terkejut. Along pandang muka dia, muka sila-terangkan-dengan-lebih-jelas apa sebenarnya yang terjadi. Dia tunduk, tak berani nak tentang muka dengan Along. Dia diam, sampai keluar dari butik.

Pia berdiri di sisi kereta. Amar Zafran menyandar di badan kereta. "Pia nak putus." Tiba-tiba itu yang keluar dari mulut dia. "Pia, kenapa tak cakap awal-awal dengan Along?"

"Pia taknak orang semua tertekan fikir pasal benda ni, Pia tau dari reunion minggu lepas, tapi tak sangka benda jadi seteruk ni."

"Along rasa tu yang terbaik." Amar Zafran meraup muka sendiri. Dia rasa itu yang terbaik, dia memang tak sangka Zakwan tergamak buat Pia macam ni. Kalau ikutkan hati, dia cencang aje si Zakwan tu sampai lumat.

"Esok Pia nak ibu dengan abah pergi putuskan secara baik." Pia masuk dalam kereta.

"Pia okay?" Amar Zafran tanya.

"Okay, Pia redha sebab Pia dah mintak ALLAH tenangkan hati Pia dan bagi petunjuk jika dia bukan untuk Pia." Amar Zafran mengangguk.

"Pia baca berita tu?" Pia menggeleng. "Adib cakap, yang telefon sebelum kita datang sini, Adib." 

Amar Zafran menggeleng. Serius dia memang nak cincang manusia tak guna tu. Dia sendiri terkejut. Bila Pia masuk untuk cuba baju, dia capai surat khabar hari ni. Head news tu buat dia rasa tak senang duduk.

'ANAK AHLI PERNIAGAAN TERKENAL BERKHALWAT'

Hati dia dah rasa tak sedap. Dia baca isi dalam, tertera nama dalam tu, yang jelas maksud dia, REZA ZAKWAN, 27 TAHUN. Terus dia bawa surat khabar tu depan bilik persalinan. 

"Siapa nama pasangan khalwat dia Long?" Tiba-tiba teringat nak tanya.

"Anatasha, sepupu dia sendiri." 

Erkk! Minah kain-tak-cukup-inci tu? Anesthesia?? Dah sah masa dekat Carlton tu, nampak sangat macam Zakwan sangkut dengan minah tu.

Telefon tiba-tiba berdering kuat. Pia pandang sekilas. Zakwan!

"Helo." Pendek

"Zara Sofea...tu semua salah faham sayang." Suara hujung sana lembut.

"Excuse me, I am no Zara Sofea." Terus butang END ditekan. Tapi lagi sekali berbunyi.

"I have nothing to do with you, and go to hell with your love! I hate you!" Dan sekarang dia boleh simpulkan yang hubungan dia dengan Zakwan macam dari nothing to something and back to nothing.

"Waa..garangnya Pia, kecut perut Along." 

"Tak payah nak berlelucon sangatlah."

"Along gurau ajelah, Zara Sofea...everything happens for a reason. ALLAH takkan saja-saja nak uji hamba Dia tau?" Pia angguk.

*****

"Apa Datin cakap, ibu?" Dia tanya Puan Baya, tak sabar. Pagi tadi lepas subuh ibu dengan abah dah bertolak pergi KL, dia terpaksa redha walaupun abah yang bawa kereta. Dia bukannya tak tahu yang abah tu jenis yang nak speedy aje memanjang.

"Dia terima keputusan kita, dia pun tak sangka yang Zakwan nak buat macam tu." Pia tunduk. Malas nak fikir panjang. Ini takdir. Ini dugaan ALLAH. Dia kena terima. Macam Aisha cakap. Let go, I deserve someone better than him.

"Dia nak nikah dengan sepupu dia yang itulah, ibu?" Berat soalan tu keluar dari mulut. Dia nampak ibu mengangguk. Abah diam, tak bercakap sejak dia balik dari cuba baju nikah tu.

"Bukan jodoh Pia bu, abah, mungkin ALLAH letak insan yang lebih sekufu, lebih baik, inshaALLAH, untuk Pia nanti. Mungkin dia boleh bawa Pia pergi syurga?" Kuatlah wahai hati.

Pia bangun tinggalkan Puan Baya dengan Encik Ahmad, dia ke buaian di depan rumah. Cardigan + selendang satin yang menutup kepala dikemaskan bila ditiup angin.

Tiba-tiba telefon berdering, Along. Dia tahu dengar aje lagu You're In A Million - NeYo tu, dia dah tahu.

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam..."

"Pia, okay?" Pia angguk.

"Alhamdulillah." Pia senyum.

"Mana Along tau? Pia tak cakap pun?" 

"Well, I can sense it. I have a sixth sense."

"ALLAH, nak jugak tu, Along bila nak balik sini?"

"Oi, Along baru jejak sini, dah nak suruh balik sana, punggung pun tak panas lagi tau?" Suara sebelah sana berbunyi.

Pia gelak. "Along, Pia ingat nak pergi holiday la, dekat PD ke dekat Langkawi ke, nak hilangkan stress."

"Eloklah tu, nak pergi dengan siapa?"

"Alone." Pendek dia jawab. "Pia betul ke ni? Ajaklah ibu dengan abah sekali."

"I need time for myself Along."

"Yelah, bila nak pergi?"

"Lusa."

"Cepatnya!"

"Agaklah, nanti apa-apa hal  Pia bagitau Along."

"Yelah, assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Telefon kembali diletak di sisi. Tiba-tiba mug berisi milo yang berasap nipis terhulur depan mata. Dia pandang atas. Abah.

"Abah, jom naik buai, lama abah tak buai Pia ni!" Okay, memang over-plastic dia punya suara ceria tu. 

"Pia, duduk sini, abah nak cakap sikit." Terus kaku tangan yang tengah pegang mug warna hijau pucuk pisang tu. 

"Pia, abah percaya yang semua ni ada hikmah, ada bahagia lepas ni untuk Pia. Ada insan lain yang lebih baik untuk Pia." Semua orang cakap benda yang sama. Insan yang lebih baik. 

"Bilalah masa tu kan, abah?" Dia ukir sengih sampai telinga. "Nak ke?" Abah dia pula tersengih.

"Abah jelah carikan." Encik Ahmad sengih lagi lebar. "Abah boleh aje, kawan-kawan abah tu ramai."

"Eii, taknaklah, takkanlah kawan-kawanabah pulak??" Ngeri pulak dia dengar. "Okay what? Life begins at forty."

"Eiii, tolonglah!!!" Dia rasa nak jerit. "Abah tak rasa nak tikam-tikam ke bila kawan abah tu panggil abah, 'abah'?" Encik Ahmad tergelak besar.

"Takut benar! Abah tak kejam kot, nak bagi anak abah ni kat jejaki-jejaki tu."

"Jejaki?"

"Yelah, jejaki, jejaka + tua + pangkat aki." Pia dah terhambur tawa. Abah ni. Hilarious sungguh!

"That's my daughter. I miss that laugh and smile." Pia sengih. Terima kasih ALLAH, sebab ada lagi orang yang sayangkan dia. Ni pun salah satu hikmah juga ni.

*****

Pia kuis pasir-pasir yang memutih di pesisir pantai, dia pandang terus ke depan, pulau-pulau yang kelihatan kecil terpapar depan mata. Dia senyum. Macam tak percaya, baru aje cakap dengan Along dia nak datang sini. Tup-tup dia dah ada kat Langkawi ni. Hilangkan stress melampau yang dia hadapi dua tiga hari kebelakangan ni.

Dia labuhkan punggung atas pasir putih, biarkan ombak menyentuh hujung kaki yang bersarung selipar warna merah muda tu. "Hi." Tiba-tiba suara seorang yang amat dikenali terasa dekat dengan cuping telinga. Dia berpaling. Pia rasa macam tercekik tongkol jagung.

"Kau buat apa kat sini??" Dia rasa nak jerit. "Saya nak minta maaf."

"Maaf?? Bawak ke laut la maaf awak tu." Dia bengang tiba-tiba. "Do I have a second chance?"

"Second chance awak dah lama berlalu, lepas saya jumpa awak dengan si Anesthesia tu."

"Awak tolonglah, kalaupun awak taknak saya lagi, tolonglah bagi saya jelaskan semuanya."

"Tak mau." Pendek. Berharap sepatah perkataan tu akan buat insan tu faham kehendak dia. Aku datang sini nak hilangkan stresslah woi! Bukan nak tambah stress lagi.

"Please. Five minutes just enough for me." Kalau lima minit ni dia boleh buang Zakwan jauh-jauh. Okay, let's talk.

"Okay, kat mana?"

"My car." Zakwan bangun, Pia ikut belakang. Pia ambil tempat sebelah penumpang. Enjin kereta dihidupkan, dan terus berdesup tinggalkan pantai membiru tadi. Pia kaget. Kereta tetap terus laju meninggalkan pemandangan di belakang. Dia menoleh.

"Kau cakap lima minit aje kan? Kau nak bawak aku pergi mana ni hah??" Dia nampak Zakwan sengih. Sengih yang lain macam.

"Kau nak bawak aku pergi mana????!!!" Dia jerit, tiba-tiba pipi terasa perit. Kurang ajar! Zakwan tampar pipi dia.

"Kurang ajar! Kau berhentikan kereta ni bodoh! Berhenti!" Dia meronta. Semua emosi bercampur-campur. Air mata dah bertakung di tubir mata.

"Relaks, kalau kau taknak kena kerat lapan, kau ikut cakap aku, faham??!!" Keras suara tu bertutur, Pia meronta, kali ni lebih kuat, sebab dia nak lepaskan diri dari manusia tak guna ni. Mana Zakwan nak drag dia pun dia tak tahu. Terminal feri kelihatan jelas depan mata. Lengannya terasa kebas sebab dicekak terlalu kuat.

Tak sampai dua jam, dia dah berdiri depan bangunan imigresen ni. Tadi masa sampai sebelah sini, ada kereta menunggu dia dan Zakwan. Yang dia agak tu kawan seangkatan si RZ ni. Ya Rahman, kau lindungilah hambaMu yang tidak berdaya ini. "Kau pergi buat border pass." Kali ni dia memang betul-betul nak pengsan, dia bukannya bodoh kalau Zakwan dah suruh dia buat border pass. Zakwan nak drag dia pergi Thailand.

"Aku taknak nikah dengan kaulah!!" Dia jerit dalam kereta. Telefon bimbit dia dirampas. Kaki tangan dah menggeletar.

"Aku tunggu kat sini, kau jangan cuba nak lari, ada orang aku dah siap sedia nak tamatkan riwayat keluarga kau." Zakwan berbisik keras. Langkah dia longlai, ke kaunter untuk ambil nombor giliran.

"Border pass encik." Dia tahan tangisan. "Zara Sofea?" Dia angguk bila namanya disebut. "Adik Amar Zafran ey?" Dahi dia  berkerut sedikit. Tiba-tiba terasa macam idea dalam kepala muncul. Dia capai pensel, tulis sesuatu atas kertas yang ada di atas kaunter.

CALL MY ALONG AND TELL HIM, I'M GOING TO THAI

Kertas tu dihulur perlahan, pegawai yang memakai tanda nama Jali Subhi tu hampir bersuara. Tapi Pia terus capai border pass dan beredar.

"Zakwan please." Dia cuba merayu. "Hei, kalau aku tak boleh dapat kau, sesiapa pun tak boleh. Dan sekarang aku cuba nak dapatkan kau, sayang."

"Jahanam." Perlahan dia sebut. Tiba-tiba sehelai kain menutup hidung dia, lepas tu dia dah tak sedar apa-apa.

*****

Amar Zafran tak senang duduk, dari pagi lagi dia dah terasa tak sedap hati. Telefon digenggam erat, nombor telefon yang tertera nama Zara Sofea tu di hubungi banyak kali tapi tidak berjawab. Dia dekat KL sekarang, kalau nak balik Kedah bukan senang. Lima jam jugak tu, tapi kalau speedy macam abah, 3 jam lebih dah boleh sampai dah, tak adanya nak R&R bagai ni.

Tiba-tiba Galaxy di tangan berlagu. DIa tengok nama tu. Huh? Sekian lama menghilang mamat ni, tiba-tiba aje telefon aku, apa kes?

"Assalamualaikum." Dia bagi salam. Dia ambil tempat atas sofa dalam bilik dia di pejabat.

"Waalaikumussalam." Suara hujung talian menjawab salam.

"Ooo, hidup lagi! Apa kes?? Lama gila hilang, tup-tup hari ni telefon aku, kau kenapa ni? Kena panah petir apa semalam?" Dia bantai pemilik nama Jali Subhi tu cukup-cukup.

"Wei, sorry bro, aku agak sibuk kebelakangan ni, kursus sana, kursus sini." Dia bagi alasan.

"Kenapa kau telefon ni? Nak ajak pergi memancing ke?" Mata Amar Zafran membulat tiba-tiba.

"Hoi, ada ke? Ni aku cuma nak tanya ni."

"Apa?"

"Si, apa nama dia, Zara..Zara Safira ke apa nama adik kau tu?"

"Zara Sofea, kenapa??" Laju dia tanya bila dengar nama tu.

"Dia datang buat border pass tadi." Amar Zafran terdiam. "And she said she's going to Thai, and asked me to inform you."

"What????" Kali ni dia bangun terus, capai kunci kereta dan terus keluar dari bilik dan jumpa Zura.

"Book tiket untuk balik Penang sekarang." Sikit tegas suara dia kat situ.

"Hello, Jali, kau tau dia pergi dengan siapa?"

"Tak, aku tengok dia sorang, tapi aku macam pelik sebab dia cuma tulis dekat kertas suruh aku bagitau kau."

"Ya ALLAH, aku macam dah boleh agaklah, ada orang heret dia pergi sana." Amar Zafran tarik rambut dia rakus.

"Thanks Jali, sebab telefon aku."

"Tara hal." Talian dimatikan, dia pandang Zura yang masih berdiri kaku. "Zura, now! I need to be hurry."

"Okay-okay bos."

*****

Pia bangun, teraba-raba dalam bilik gelap yang hanya sedikit ruang untuk udara masuk tu. Dia pantas belek seluruh tubuh dia, dan alhamdulillah, dia masih berpakaian lengkap. Dalam hati, dia berterima kasih dekat Zakwan sebab tak ragut maruah dia.

Dia tadah tangan ke langit. Mohon ALLAH perkenankan segala doa dia. 

"Ya ALLAH, jika dia bukan jodohku, KAU pisahkanlah kami dengan kasih sayangMU, jika ini dugaan dari dosa-dosaku, lalu aku redha, tapi janganlah kau biarkan tangannya menghancurkan maruahku, merosakkan mahkotaku yang hanya untuk tatapan suamiku. Biarkan ianya halal. Aku mohon ya RABBI, jangan kau biarkan dia bertindak mengikut nafsu. Lapangkan hati, kuatkan imanku dalam menempuh segala dugaanMu. Amin. Amin. Amin ya ALLAH." Dia raup tangan ke muka.

"Kau buat apa tu?"

Pia sengih sinis. "Doa."

"Doa apa?" Zakwan tanya pendek. Di tangan ada beg plastik warna merah. Makanan mungkin?

"Doa supaya aku dilepaskan dari cengkaman orang macam kau ni." Datar ayat tu ditutur.

"Kau tak takut?"

"ALLAH ada." Pendek. Dan tu cukup buat si Zakwan terdiam. "Ni nasi. Makanlah." Pia pandang sekilas bungkusan tu.

Dia rela berperut kosong dari makan makanan yang belum tentu halal. Dia tau, dia masih kat Danok, dan masih banyak restoran makanan halal kat sini. Tulis halal sana sini, tapi halal bukan setakat tolak anjing dengan khinzir aje. Tapi cara penyediaan, cara sembelihan. Tu semua kena ambil kira, kalau setakat buah-buahan dia hadap lagi.

"Keluarlah, aku benci nak tengok muka orang macam kau ni." Pia rasa nak jerit masa ni, sungguh hati dia sakit, memikirkan tindakan Zakwan yang sejauh ni.

"Esok pagi, kita ke masjid. Nikah."

"Kau yakin ke kita boleh nikah dengan sah?"

"Kenapa tak boleh?"

"Kau yakin ke kau tahu syarat-syarat sah nikah?" Zakwan diam. Dia tahu ke? Pia yakin, mesej dia untuk Along tu, sampai.

"Aku keluar dulu, esok aku datang bagi baju yang cantik sikit. Kita kan nak nikah?" Pia sengih sinis. You wish Zakwan. You wish.

"May I know something?"

"What?"

"Why, you did all this?"

Zakwan sengih sikit. "Love." Sepatah. Pia diam, pergi jahanamlah dengan cinta kau tu. Zakwan berlalu, tutup pintu dan kunci dari luar.

Pia duduk atas katil kusam tu, apa akan jadi untuk hari esok?


P/S: macam cepat pulak dah update kali ni..berbahagialah kau orang semuaaaa..ngahaha... :) love you all...may ALLAH bless...

Labels:

pia 12
Written at Wednesday, October 10, 2012 | back to top

"Pia nak pergi ke?" Along ambil tempat kat sebelah abah. Kopi yang masih berasap panas tu diambil dari dalam dulang.

"Mestilah, Pia lama tak jumpa kawan-kawan lain." Pia peluk bantal strawberi dalam dakapan. Samarinda sedang bermain di dada televisyen.

"Kalau betul, Along nak sponsor tempat tidur." Along hirup kopi sedikit.

"Really? Kat mana? Kat mana?" Mata dia membulat. Teruja tahap sampai ke langit.

"Rumah Alonglah, bilik banyak." Amar Zafran jungkitkan kening.

"Euww, tolonglah, dah la orang pergi sorang, tengok-tengok free je kena tangkap basah. Dahlah nama Along bin Ahmad Zaki, Pia pulak binti Ahmad, tak ke naya tu?"

"Alaa...cakap ajelah, orang JPN lupa letak nama Zaki kat belakang nama Pia tu." Along bersuara. Pia buat muka riak menyampah dia.

"Jangan nak menggatal ye Long?" Ibu bersuara, mencerlung dia pandang muka Along. Pia terkekeh-kekeh gelak.

"Long...Carlton je pun, Pia bukan reunion dekat Golden Horses pun. Bolehlah Long."

"Queen or single?" Along swipe iPad di tangan. "Weeho! Sayang Along! Muah! Muah!" Kalau tak difikirkan Along tu bukan mahram dia, dah lama dia peluk batang tubuh Amar Zafran.

"Manjakan sangatlah budak sorang ni." Aiman ambil tempat sebelah Pia sambil sekeh kepala kakak dia.

"Jealous? Along sayang akak lebih?"

"Alahai, tolonglah, siapa yang lebih-lebih ni? Along utterly fair sayang kita semualah." Aiman ambil kusyen empat segi untuk duduk atas lantai, dia memang macam tu, kalau tengok televisyen je mesti nak kena duduk atas lantai, lagi sedap katanya.

"Aiman nak ikut ke? Along tempah bilik sekali?" Aiman pusing pandang muka Along dengan kerut seribu.

"Eh! Taknaklah, kita kan ada projek kat kolam memancing tu?" Pia mencebik, sungguhlah dua beradik ni adik-beradik ikan. Kalau orang cakap muka dia orang sama dengan ikan pun orang percaya. Asal Along balik aje, budak ni cuti, memancing aje kerjanya.

"Along lupalah Man. Pia nak single ke queen ni?" Along pandang muka Pia.

"Queen, sebab nak ajak Aisha tumpang sekali."

"Aisha bukan dah ada hubby ke kak?" Aiman bulatkan mata dia yang sedia bulat.

"Ashmar tak ikut, kerja. Kita orang jadi single la." Lepas tu masing-masing mula diam.

"Long, tak ada ke bunga-bunga yang single kat ofis Along tu?" Abah tiba-tiba aje keluarkan soalan cepumas. Pia ternganga sekejap. Cerita bunuh-bunuh yang thrill kat televisyen tu pun kalah dengan soalan thrill abah ni.

"Kenapa abah tanya macam tu?" Along tanya sambil buat muka pelik tahap apa aje.

"Amboi, kenapa? Abang nak pasang lagi satu ke?" Puan Baya membulatkan mata.

"Okay apa, kalau abang pasang lagi satu, awak dapat payung emas kat syurga." Lepas tu abah gelak besar. 

Ibu dah muka bengang. Mencebik. Pia hanya tersengih. "Abang tanya untuk anak sulung awak nilah, bila entahnya nak bagi kita menantu." Encik Ahmad ubah topik bila tengok muka isteri dia macam asam boi.

"Bercucu dululah kita bang, tunggu si Along ni." Ibu bersuara. Pia dah tehinggut-hinggu bahu tahan tawa.

"Along tunggu Aiman dulu." Along tengok Pia geram. Bantal kecil empat segi tu dibaling geram ke arah Pia.

"Aiman tak kisah." Aiman jungkit bahu.

"Bukan main lagi, umur pun tak banyak, tinggi pun tak cukup, ada hati." Pia bantai Aiman cukup-cukup. Gatal juga si Aiman ni sebenarnya eh?

"Kak Pia pun, awal dari Along lagi, apa kes?" Kening dijungkit.

"Akak lain, kes dia macam luar biasa sikit." Pia terkial-kial. Ha! Kan dah kena batang hidung sendiri.

"Dah-dah, nanti ada jodoh Along, Along kahwin jela, ni duduk atas langit lagi, manalah Along tau siapa." Amar Zafran bersuara. Masing-masing diam. Mengiakan jawapan Amar Zafran dalam hati.

*****

Dia sampai Carlton Hotel dalam pukul 2.00 petang. Itupun singgah rumah Along dulu, Along ambil kain baju dia, sebab Along kena turun Penang seminggu, cawangan sana ada masalah katanya. Dia ke kaunter untuk check-in. Matanya meliar sekeliling lobi, mana tau kalau-kalau ada terjumpa kawan-kawan dia.

Galaxy SII ditekap ke telinga. "Assalamualaikum."

"Kat mana? Aku dah nak check in ni."

"Belakang kaulah." Terus dia pusing bila dengar Aisha cakap macam tu.

"Haish! Jom naik!" Dia tayang kad ditangan. Kaki melangkah laju ke lif. Kad disentuh pada tombol pintu bilik 302 tu pantas, lampau hijau kelihatan menyala. Terus dua orang tu masuk menonong ke dalam bilik, masing-masing nak rehatkan diri lepas perjalanan yang jauh.

" Kau kejut aku lepas Zohor nanti, aku cuti, nak baring kejap lepas kau kejut aku, kita bersiap kita turun pergi cari mapley, aku lapar tahap red dragon dah ni." Pia usap perut dia. Aisha gelak. Dia capai telekung sambil mengangguk. Pia buat gaya lompat + kuak lentang atas katil, Aisha tak habis lagi berwuduk dia dah terlena.

Kaki masing-masing dah turun dari tangga, tiba-tiba Aisha terhenti, tengok ke arah lobi. Pia terhenti juga, brek mengejut. "Tu bukan RZ ke?" Dia tunjuk ke arah sofa di lobi. Pia pandang ke arah yang ditunjuk Aisha. Mata dia membulat.

"Dia cakap nak turun JB, ada hal, tapi kenapa boleh ada kat sini pulak?"

"Dia dah balik kot?" Aisha tengah cuba nak sedapkan hati si Zara Sofea. "Tak! Baru je aku telefon 30 minit lepas, dia cakap dia tengah mesyuarat. Tapi apahal pulak ada kat sini?" Dia berbisik. Gaya agen 007. Aisha garu kepala.

Mata Pia tertancap pada susuk tubuh yang baru tiba di kalangan empat orang manusia yang tengah berbincang tu. Makhluk itu berkain singkat yang dia agak dua tiga inci aje lagi boleh menampakkan benda yang tidak sepatutnya ditunjuk. Blaus putih longgar yang dekat leher corak dia macam usus kecil bersimpul-simpul dikenakan dengan kain singkat warna biru nila. Memang mengancam habis.

Makhluk tu dilihat melabuhkan punggung sebelah RZ, masing-masing dua pasang mata ni ternganga. RAPAT GILA OKAY! Manusia lagi tiga tadi bangun tinggalkan makhluk berdua yang macam belangkas versi darat ni dekat sofa warna krim tu. Pia panas hati. Dia melangkah turun. Tapi Aisha tarik bahu dia.

"NO!" Aisha berkeras. Pia gelak. "Gilalah, kau ingat aku jenis tu ke? Aku bukan nak serang tarik-tarik rambut pun, cuma nak pergi tegur dan salam je." Dia terus turun.

"Assalamualaikum." Dia berdiri sebelah sofa yang RZ duduk. Kepala manusia tu berpaling. Memang macam baru kena renjat dengan voltan 20kV, sungguh!

"Wa..waalaikumussalam." Pia berdiri, dia cuma nak tahu, apa RZ ni akan cakap, untuk perkenalkan dia dengan gadis berkain tak cukup inci tadi.

"Err, awak buat apa kat sini?" Pia senyum. "Ada majlis esok malam. I thought you off to JB?"

"No, cancel." Pia rasa nak tepuk dahi saat ni + gelak guling-guling. Bodohnya nak menipu pun tak reti, alahai...pergilah belajar dulu. Takkanlah kau ni Superman pulak, tiga puluh minit sebelum ni aku telefon, takkan tiba-tiba ada kat sini pulak? Kalau nak diikutkan, tadi dia cakap dia dekat JB, nak pergi Senai pun dah lama mana, kau ni memang gagal logiklah Encik Zakwan!

"Ooo...siapa ni?" Dia dah nampak muka perempuan tu tersengih-sengih mengalahkan apa. "Ni, m..meet my cousin, Anatasha."

"Hi, just call me Tasha." Pia sambut huluran tangan si Anatasha. "You ni siapa?" Pia diam. "You better ask him." Terus dia berlalu. Bila nampak tangan si makhluk-kain-tak-cukup-inci berlabuh atas peha si Zakwan. And he just ignore that! Macam suka aje!

"Pia, sabar okay?" Pia tengok muka Aisha. Dia sengih. "Aku okay, kalau dah tak ada jodoh aku dengan dia, aku redha." Tapi hati dia tetap terkilan sebab Zakwan sekarang dah tak macam Zakwan yang dulu. Dua-dua dah melabuhkan punggung ke sofa lobi yang jauh dari si Zakwan tadi. Sibuk bercinta kot?

"Kau betul ke okay ni?" Aisha was-was. Dia urut lembut belakang Pia. Betul ke si Zara Sofea ni okay?

"Tipulah kalau aku cakap, aku boleh redah semua ni selamba aje kan? Adalah sikit terkilan, tapi aku macam tak apa kot?" Dada terasa pedih.

"Minta dengan DIA Pia, DIA sentiasa ada." Pia angguk.

"Salah aku juga, pilih orang kelas macam tu, tak sekufu dengan aku, gaya hidup dia mungkin lain. Aku lain." Pedih lagi.

"Tak apa, kau mintalah yang terbaik dari ALLAH, kalau betul tak ada jodoh, doakan moga yang lebih baik menunggu." Dia angguk lagi.

"Aku rasa macam..." Dia terhenti sekejap.

"...I need your shoulder..."

"Sure..." Aisha sendiri tarik kepala Pia letak ke bahu dia. Pia menangis, sampai kering airmata, sampai terkesan di pipi dia.

"Okay, dah. Jom pergi jalan-jalan nak? Aku nak cari baju untuk malam esok."

"Boleh aje, janji perut aku yang tengah dondang sayang ni, terisi sepenuhnya dengan percuma." Aisha ucap perut dia disebalik jubah.

"Buruk lantak kau tak pernah hilang kan?" Pia mencebik. "Aku tetap aku." Ringkas, tapi buatkan Pia ketawa.

"Aku harap sangat tak terserempak dengan mamat tu lagi." Pia mengeluh berat.

"Aci kerat kukulah dia dah check-out, mana nak berani duduk sini lagi dah." Pia angguk. Nak mati dengan aku?

Mereka berjalan dari satu kedai masuk ke kedai yang lain, cerewet habisan si Zara Sofea ni kalau bab nak memilih baju. Dia belek dress labuh dari fabrik lycra warna hitam, tiba-tiba telefon terasa bergegar-gegar. Dia tarik dari dalam sling bag. Dia macam dah boleh agak dah siapa. Telefon di tangan dibuka.

See?? Kan? Betul makhluk ni.

+Dear, she's my cousin...not more than that

- Do I care?

+ Sayang please?? Saya taknak kita bertengkar lagi, saya sayangkan awak

- Really? Ooo..so sweet

+ Apa yang awak tengok tadi tak betul semuanya

Pia mencebik baca mesej dari Zakwan ni, tak betul konon, bila si kain-tak-cukup-inci tu labuhkan tangan kat peha kau, kau macam nak sengih tak sengih pun ada kan? Jangan nak tipulah. 

- Tapi awak macam suka je? 

+ Awak ni kenapa??? Saya cakap saya tak ada apa-apalah dengan dia! 

Aikk?? Pia buat muka pelik, patutnya aku yang marahkan dia, ni terbalik pula?? Pia ketap bibir, kuat! Tahan sebak yang dah berbuku.

- Apa-apa ajelah...look, if you really got nothing to do with her, it's okay, but why? why you mad at me? Is it true? You've a crush on her? Your cousin?

+ Hei! Aku cakap tak ada, tak adalah, yang kau ni dah kenapa??? 

- Eh?? Hei, if you want her, go and get her, I really don't give a damn!

Pergi main jauh-jauh! Jangan datang lagi, tolonglah! Dia tekan butang OFF kuat. Dia taknak berhubung dengan sesiapa sekarang ni. Zakwan, dia berubah lepas Pia tak nak MMS gambar tak bertudung dia hari tu. Sampai sekarang si RZ tu mood swing, kejap okay kejap tak.

"Pia, are you okay?" Pia angguk lepas kesat mata yang berair. Dia sambung pilih baju dengan Aisha.

Lepas dua jam berjalan, dia dah dapat apa yang dia nak, reunion yang bertemakan Color Boost tu buatkan dia pilih sleeveless dress yang labuh sampai buku lali warna biru nila, cardigan warna hijau gelap dengan half-moon hijab warna merah terang. Aisha simple dengan jubah warna ungu gelap dan tudung half-moon warna pink.


*****

Pia rebahkan badan atas katil, penat! Dia dapat mesej dari Zakwan tadi. Tanya pasal baju nikah, sebab tinggal dekat dua bulan je lagi nak nikah. Bila dapat mesej tu, dia rasa memang betul Zakwan dengan si Anesthesia tu tak ada apa-apa. Tapi, kena mintak tolong Along lagi. Disebabkan Along ada kat rumah, sebab masalah dekat Pulau Pinang tak selesai lagi. Bolehlah dia pinjam Along dengan tambah masalah Along sekali. Hewhewhew!

Dia keluar dari bilik lepas Asar. Tengok Along sibuk dengan Asus dia kat depan televisyen. Bukan main lagi, kerja punyalah penting, tapi dia boleh dengar si Dora the Exporer tu menyanyi. Apakah abang aku ni? Dah nak kena buat filem fantasi kanak-kanak ke apa?

"Along! Hihi!" Pia ambil tempat atas sofa, Amar Zafran bersila atas lantai. Laptop Asus dia letakkan atas meja kopi, kertas-kertas warna putih bertaburan di atas meja. Pia pun pening tengok.

"Kenapa? Rindu Along?"

"Cheesecake, ada ke rindu pulak." Pia terus tengok muka Dora. Malas nak layan Along dia. Kepala tengah dok perah otak macam mana nak ajak Along teman dia pergi cuba baju nikah.

"Alongg..." Pia tergagap-gagap nak beritahu.

"Hmmm..."

"Errr..." Apasallah tak terkeluar pulak perkataan waktu-waktu macam ni? 

"Apa??!" Amar Zafran kejutkan dia.

Spontan yang keluar. "Jom nikah!"

"Haaaa????" Pia tutup mulut, Along ternganga mulut.

"Ngeee...bukan-bukan, Pia sebenarnya nak ajak Along temankan Pia pergi cuba baju nikah." Dia tayang gigi penuh.

Along pandang muka dia pelik, sebelum baring atas lantai dan gelak kuat. Kurang asam Along! Pia capai kusyen besar atas lantai campak ke muka Along.

"Aiii..Pia, Pia, kalau betul Pia ajak Along tadi, on the dot dah..."

"On the dot apa??"

"On the dot Along cakap dengan abah. Anak dara dia ni kena penyakit gatal nak menikah." Dia sambung gelak lagi.

"Boleh tak ni?" Karang dia keluar kaki tangan, langsung kena pergi seorang diri nak mencuba baju.

"Hmm..Along kena tengok schedule dulu Pia, kalau sehari dua ni tak boleh rasanya, Ahmad kena turun padang selesai masalah, Along kena handle benda dekat pejabat, kalau Sabtu takpun Ahad, Along lapang kot?" 

"Pia tak kiralah, Along kena juga temankan Pia."

"Ala pergi sendiri pun boleh kan?"

"Along kena ada."

"Apa perkaitan pulak baju nikah kau orang dengan Along ni?"

"Err..Zakwan dia suruh Along cuba baju bagi pihak dia."

"Haa??" 

"Pleasee..."

"Along kalau setakat teman tahan lagi, tapi ni dah nak kena mencuba baju pulak, Along macam tekanan sikit."

"Along memang tak sayang Pia kan?" 

"Pia ni kuat merajuk tahu??"

"Bukanlah, kalau jadi apa-apa karang??"

"Hisy! Janganlah mintak macam tu. Dahlah, nanti Along fikirkan hari apa sesuai." Amar Zafran tahan geram. Si Zakwan ni nak menikah ke? Aku yang nak menikah??

"Thank youuuuu Along!" 

"Along belum decide lagilah." Pia tak membalas, dia sengih, sebabnya dia tahu yang Along akan temankan dia. Dari biarkan dia pergi sorang-sorang.



p/s : ohhhhh...masa sungguh dengki dengan saya, hahahha (alasan je kan?) sorryyy...entri lambat gila..sibuk atas urusan lain... :) moga Allah merahmati kalian semua... :) moga ALLAH memberkati kita.. aminnn 


Labels: