Pia menekur ke lantai. Kepala lutut dah rasa lembut, kerusi batu ni pun terasa lembut jugak. Parahlah si Reza Zakwan lepas ni. "Al..long buat apa kat sini?" Sungguh dia memang tak jangka kedatangan Along jenguk dia dekat hostel hari ni. "Kenapa? Along dah tak boleh datang jenguk Pia ke?"
"Pia cakap senanglah, esok-esok dia nak sentuh apa pulak?"
"Along..." Terasa bergetar-getar bibir dia nak panggil nama Along sekalipun. Memang Along pantang bila ada orang sentuh dia, ada orang kacau dia. Bagi Along, kalau betul sukakan dia, buat apa nak pikat anak? Pikat aje mak bapak terus. Tu baru kita tau ikhlas ke tak seseorang.
"Mana budak tu tinggal? Along nak slow talk la dengan mamat tu." Along bukan marah Pia la, tapi Along marah sangat dengan si Zakwan tu. Berani dia sentuh Pia? Along pun tak pernah usik Pia tau?
"Tapi..."
"Zara Sofea..." Kalau namanya Along, dah panggil nama penuh dia tu, maknanya it's mandatory. Kena bagi.
"Ada kertas dengan pen?" Hidung dah terasa pedih tahan air mata. Bukan sebab Along nak pergi jumpa Reza Zakwan, tapi sebab dia masih lagi sakit hati dengan Reza Zakwan.
"Along janji jangan hentam dia?" Pen di tangan yang tengah tulis alamat si Zakwan terhenti sekejap. Along di depan mengangguk. Along tak berani janji ni Pia, macam tak boleh je kalau tak hentam mamat tu.
"Along, jangan sampai jadi kes bunuh." Terbeliak mata Along kat depan.
"Pia ni, situ pulak, ada ke sampai Along nak bunuh dia?"
"Mana tau...Along, bukan boleh harap sangat. Kan?" Along garu kepala. "Tak adanya Along nak bunuh dia. Kalau betul Abang Adi dulu yang tangkap Along." Pia sengih. Along sengih. Abang Adi, memeber kamceng Along. Polis. Memang wajarlah Along kawan dengan dia pun.
"Janji?"
"Ye...janji. Betul."
"Zakwan tu datang balik dengan muka pecah, jagalah Along, on the dot Pia call abang Adi suruh gi tangkap Along."
"Sampai ke hati?"
"Sampai je."
"Kita tengoklah nanti." Along dah bangun. Tarik beg kertas warna kuning atas meja batu tu.
"Along, Pia tak sentuh pun lagi nasi dengan ayam masak kicap tu."
"Sapa suruh taknak makan? Terang-terang Along letak atas meja ni tadi."
"Along...." Pia gigit bibir. Terliur teringat nasi dengan ayam masak kicap ibu.
"Pia...dah jom, ajak Aisha kita makan kat pokok sena sana." Tepi kolam ikan tu ada pokok sena keliling, dekat aje dengan hostel. Memang wajarlah makan kat sana, angin kemain syok lagi.
"Sengaja kan?" Dia keluarkan telefon Nokia M-80 tu (Along yang bagi nama ni, sebab ringkasnya dari RM80). Cheesecake kan?
"Halo, halo, sila turun, makan-makan, di ulang makan-makan." Dia halo Aisha. Tak sampai pun 5 minit, dah terpacak si Aisha ni depan mata. Perut buntallah minah ni.
*****
-Jumpa aku dekat medan selera, tempat biasa
+Walawei...tetiba je, apahal?
- Jgn banyak cakap boleh tak? Bawa baju buang sepasang dua, kita kena overnight sana
+Huh?
-KL bro, ikut aku pergi KL
+Buat apa sana?
- Cari someone.
+Sapa?
-Ehhh..kau nak ikut ke tak ni?
+Adi?
-Dia tak ikut, dia ikut karang masalah.
+AA...OOooo...ok...
-Good, now pack your stuff, aku tunggu kat medan ni.
+ Now??
-Now!
Galaxy S II tu disimpan balik ke tempat asal. stereng kereta diketuk dengan jari-jemari. Sesekali jam Tag Heuer di tangan di kerling.
Tiba-tiba pintu sebelah kiri dibuka dari luar. "Bro, jom gerak." Terus Push-Start button tu ditekan.
"Kau macam nak pergi perang je aku tengok ni?"
"Mad, ada orang kacau Pia." Pendek. "Patutlah...aku dah agak, habis apa kau nak buat kat budak tu?"
"Cincang la, kepala aku buang kat laut, badan aku tanam kat Amazon, pedang samurai pun dah ada kat belakang nun." Serius.
"Whoa..bro, lu jangan main-main ni, serius ke? Lu kalau serius gua terjun je sekarang on the dot."
"Gila kau!! Ingat aku ni apa? Serial killer? Raksasa? Slit-mouth-woman ke? Apa kau ni? Sengal!"
"HAHAHA, kau tau tak? Aku dah memang nak terjun tadi? Check kau punya bonet belakang? Fuhh! Muka tak nak serius pulak! Cuak aku!" Ahmad kat sebelah dah urut dada.
*
Dua-dua batang tubuh tu berdiri tegak depan rumah besar gabak mengalahkan istana tu. "Betul ke ni bro? Kau salah alamat tak?" Ahmad tengok muka Amar Zafran. Sungguh ke sahabat aku ni? Buatnya betul dia hentak mamat tu dengan pedang samurai? Tak ke nak kena panggil wartawan televisyen buat rakaman live action kat sini? Ye dak?
"Betul, ni alamat dia. Pia kasi." Ahmad sambut huluran tangan si teman. "Wei bro! Agak-agakla, rumah dato' kot?"
Amar Zafran jalan menonong ke depan, tanpa tolehan ke belakang. "Pakcik, assalamualaikum." Dia salam dengan pengawal yang berkawal kat luar rumah besar tu. "Waalaikumussalam."
"Ni rumah Reza Zakwan ke?"
"Betullah sangat tu."
"Saya nak jumpa dia, dia ada?"
"Kamu siapa?"
"Kawan dia, pakcik tolong cakap dengan dia, Zara Sofea nak jumpa."
"Yalah."
Lima minit....
Sepuluh minit....
"Sofea...." Seorang lelaki dengan tee Levi's + seluar denim dari jenama sama keluar ke depan.
"Bro..." Amar Zafran berpeluk tubuh sambil bersandar ke dinding pagar rumah. "Lu sapa?" Ahmad dah cuak tengok aksi dua mamat ni macam nak buat WWE kat sini. Amar Zafran dah ke depan. Peluk bahu Reza Zakwan.
"Kau tanya aku sapa?"
"Mana Sofea?"
"Oooo...Sofea? Dia tak datang pun. Aku abang dia, aku nak bincang sikit boleh tak? Man to man. Dalam kereta?"
Reza Zakwan di tarik masuk kereta. Tempat duduk belakang. "Lu sap..."
BUKK! Perlahan. Kat pipi kiri. "Ni sebab kau kacau adik aku!"
BUKK! Lagi satu, agak kuat kat pipi kanan. "Ni sebab kau sentuh tangan dia."
BUKK!!! Terakhir. Betul-betul kat perut. "Ni dari aku, abang dia!"
Kolar tee Levi's tu dicekak kuat. "If you are real man, buat cara elok nak berkawan! Ingat!" Jari telunjuk di hala ke muka pemilik tee tu.
"Sorry bro. Gua bukan nak kacau lu puny..."
"Elok lu blah sekarang ni. Rasa macam nak hempuk muka lu dengan mangkuk tandas aje. Blah sekarang."
Terus si Reza Zakwan balik ke pagar rumah dengan aksi membetulkan dagu + memegang perut.
"Zaf..."
"Mad, kita balik Carlton, kau drive."
"Kau okay?"
"Okay, just uncontrolled bila masuk pasal Pia ni. Aku tak tau kenapa." Pelipis di tekan kuat. Terasa urat-urat kat kepala mula mengembang.
"Kau tak takut? Dia report polis ke?"
"Percayalah, di takkan."
"Yakin?"
"TAK AKAN Mad." Teman di sebelah diam.
p/s: Fuhhh! Lama gila kot tak berupdate...tapi macam segan nk taip...sbb bz...so hope korg xmrah..n njoy...
Pss: Entri ni mmg hancusss...rasa nk kena edit kot....kn?kn?
DAH LAMA KAN XUPDATE STORY NIE
APA PUN BETUL K X YANG KENA BELASAH 2
REZA..HUHUHUHU
gile punye protective along ni...hehehe..
bes2...
pss : x payah edit pun xpe kot...ok je...heee..=)
alonggg!! hohoho..
kak keena, sila sambung lg. hehe :D
-zainab mardhiah khairudin-
kak keenaaaaaa!!!!!! saya cup along eh!!! eh?? boleh la eh saya cup along!! sukeeee diee.. hahah
menci la reza tu.. x gntleman langsung!!! menyampah!!! grrrrr geram ngan die!!
ehehehehe lepas ni boleh la saya potong janggut yg saya kumpul selama nak tgu kak keena sambung pia 3 ni -.-" * ini ayat perli metafora*
sekian :D
komen pnjgng dri joenyz comel :)
a'ah..mmg rezalah tu...hihi..tulah laama sgt xupdate kn?huhuhu
kan?mlmpau sungguh dia...along sgt over...hihi
eh?xpyah ke?mcm kena je..xpe nnt tgk blik.. thanks!
nabbb!!!!akak baru tau ini awak...adui...pnat mencari..rupanya awak! chiskek la...nape xckp awal???
cup? boleh...xde org lagi tu...along pun single..hahaha
benci?akak pun menci dia...mnyampah..hahaha
potong? silakan...biar bersih berkilat...guna veet pun xpe...ekekeke..pahm2 kena perli...hahaha...
admit it! awak comel...thanks!
err?? kak keena, akak cari saya?
maksudnya macam mana tu? haha..
*blur plak tetibe :D
..adeh2,lama tol x dtg sni...
Post a Comment