Sayang sayang semua...I've to stop PIA at this point. Publisher told me to focus on my manuscript...insyaALLAH, we'll meet PIA on printed version..pray for me, pray for the great idea to come, and may ALLAH put everything at ease.. ^^v >> and insyaALLAH, the next entry will be AWAK?!
mY wOndErWaLL
WELCOME!comel tak blog baru kite??hihi...i really hope after this I'll extra spirit to update new entry...bcoz I really love this cute skin! ^^
MAY
ALLAH,bless,you
nAviGate?

Profile Blog Links Joined Credits
I am ME
writing and reading are part of me. bla..bla..bla..okayy sebab I love talking+merapu+gelak tak ingat dunia. so fullstop! ^^

FriEndS + faCebOoking
Sakeena Wonderwall

Create Your Badge
SpiLL
Daily Reads
EDNIN | DENA | Dr. CINTA | Yasmin Mogahed | 7sW

Rotten Things
April 2011 | May 2011 | June 2011 | July 2011 | August 2011 | September 2011 | January 2012 | February 2012 | March 2012 | May 2012 | June 2012 | July 2012 | August 2012 | September 2012 | October 2012 | November 2012 | December 2012 | January 2013 | April 2013 |

pia 23
pia 22
pia 21
pia 20
pia 19
pia 18
pia 17
pia 16
pia 15
pia 14

mAsTerPieCe?? HAHA :P
Links

pia 21
Written at Friday, January 25, 2013 | back to top

Pia atur langkah ke almari warna putih besar dalam bilik tu, buka pintu almari dia hairan, mana pergi kemeja Amar Zafran yang berlambak-lambak kat dalam tu, dia ada juga seterika dalam lima enam helai minggu lepas, tapi sekarang semua dah hilang? Rasanya baru aje kot dia cuci baju tu semua. 

Dia pusing, nampak Amar Zafran sibuk dengan tab di tangan. Mengalahkan Menteri Kewangan gaya tu, alih-alih dia pergi kejap lagi sibuk main Angry Birds, tekanan sungguh. "Along..." Dia panggil. Amar Zafran khusyuk lagi.

"Along!" Dia duduk bersimpuh atas katil, lepas tu tarik tab dari tangan Amar Zafran.

"Laa, lagi satu level aje, bagilah balik." Amar Zafran bangun, duduk bersila atas katil. "Orang panggil buat tak tahu je?" Dia buat muka stress. Kan? Tak ada kerja lain, main Angry Birds aje kerja dia kalau menghadap tab ni.

"Kenapa?"

"Mana baju-baju Along dalam almari tu semua? Kosong!" Baju kemeja Along sangat-sangat banyak, dan almari tadi, yang dia buka tu, semua harta benda Along. Almari dia bersebelahan almari Along. Tapi tak sebesar Along punya almari, nasiblah bilik ni besar, kalau tak memang sempitlah.

"Ooo..semua hantar dobi." Pia ternganga sekejap. Baju tu semua hantar dobi?

"Buat apa? Kan Pia dah cuci semua kemeja, t-shirt, slack, semua baju Along kan?" Macam kecil hati pun ada juga. Apa? Tak cuci ke aku basuh baju tu?

"Bukan, Along hantar pergi iron."

"Ya ALLAH, Along, Pia kan ada, buat apa hantar pergi dobi semua tu?"

"Banyak sangatlah nak kena seterika, sayang." Dia letakkan kepala atas riba Pia.

"Along, membazir tu kan amalan syaitan. Seronoklah dia orang tengok Along hantar berkoyan-koyan pergi seterika kat dobi sana. Dekat rumah Pia tak ada buat apa, Pia boleh gosokkan kot?"

"Along taknak susahkan Pia." 

"Along cakap macamlah Pia ni tak pernah gosokkan baju Along kan?" Dia tak kisah pun banyak mana baju Along, dah tugas dia jaga kebajikan Along, Along sekarang bukan abang angkat dia, Along sekarang dah status suami dia. Ngee! Memanglah kalau dalam sebulan tu, Encik Amar Zafran ni takkan pernah pakai baju yang sama, hari-hari baju lain-lain, tapi dia bukannya teruk pun kalau nak basuh-seterika-simpan baju tu dalam almari. Saja je kan?

"Okay-okay, lepas ni tak hantar lagi dah."

"Good, dah bangun, dahlah berat!" Dia turun dari katil, melangkah ke pintu.

"Nak pi mana?"

"Turun bawah. Anything Mr. Zafran?"

"Hot chocolate please??" Mata berair ditayang untuk Zara Sofea. Pia geleng kepala sambil senyum. dah jadi kebiasaan dia, untuk buat hot chocolate takpun banana smoothies kat rumah ni.

*****

Cucur jagung dicapai dan dicicah sos cili. Yummeh! Kalau hari-hari macam ni boleh gemuk kot? Kenapalah bini aku ni masak sedap sangat?

"Along.."

"Hmmm..." Dia jawab perlahan bila Pia panggil.

"Along kan, pernah tak ada crush masa zaman kanak-kanak dulu?"

Diam. Malas nak menjawab. Ni apa kes pulaklah tengah sedap-sedap makan cucur jagung tanya pasal crush pulak ni? Dia buat pekak.

"Along! Pia tanya ni!"

"Yang tiba-tiba keluar soalan pelik-pelik tu kenapa?"

"Ala...jawab ajelah, saja nak tahu." Pendek. Dia tengok Pia capai cucur tu seketul. "Ada...." Dia pandang muka Pia yang tengah khusyuk kunyah cucur sambil tangan peluk kepala beruang besar warna coklat. Comel!

"Ada? Cerita! Cerita! Nak dengar!"

Dia dah kerut dahi. Ni kenapa tiba-tiba ni? Pelik sungguh. "Puan Zara, rasanya kalau orang lain dah cemburu kot? Bila dengar pasal crush-crush suami dia ni?"

"ALLAH, zaman kanak-kanak je pun. Bukannya zaman orang tua sekarang ni."

"Pia nak cakap Along tua eh?" Dia dah dekatkan muka dia. Muka Pia automatik memerah. Suka sungguh kalau bab nak mengusik Zara Sofea ni.

"Naaaa..mana ada, cepatlah." Muka dia ditolak. Malu tak habis-habis.

"Okay, budak tu sebaya Pia aje. Masa Along tingkatan lima, dia baru darjah enam." Terlopong sekejap mulut Pia.

"Along biar betul, mesti dia gorgeous gila kan? Tu yang Along boleh suka dia tu." Dia kerling Pia yang dah tarik sila. Menarik sangat ke?

"Gorgeous? Alahai! Kanak-kanak tu, mana boleh pakai term gorgeous." Dia dah nak tergelak.

"Apa-apa ajelah."

"Tak gorgeous, comot adalah, tapi comel. Pakai tudung pun selekeh." Dia sengih. "Betul ke? Habis sekarang, Along still ada perasaan dengan dialah?"

"Kenapa nak tau?"

"Sebab nak taulah."

"Ada..." Terus rasa lengan dicubit. "Aii..cakap tak jeles dengan kanak-kanak?"

"Mana ada!" Dia gelak besar bila tengok Pia dah tarik muncung. "Along bergurau ajelah, yang tanya Along sangat, Pia tu? Ada crush jugak kan?" Dia sengih nakal.

"Mana adalah, Pia tak pernah pun jatuh-jatuh hati, jiwa, raga segala ni masa zaman kanak-kanak." Tu dia, punyalah menafikan fakta yang dia dah tahu.

"Alah...tak payah nak menipulah, Along taulah."

"Along tau? Haa..kalau tau cakaplah siapa?" Pia dah jungkit-jungkit kening.

"Ala, yang tulis AL-AMIN besar-besar tu? Bukan crush nama dia, siap bentuk hati lagi? Warna pink, ingat Along tak tau?"

"AL-AMIN? Hati? Pink?" Dia angguk.

"Tengok buat lupalah pulak. Cikgu maktab yang ajar matematik tu. Pia darjah lima kot masa tu?" Dia sambung makan cucur. Selamba. Tiba-tiba terasa lengan dipukul, agak kuat sampai berbekas.

"Apa pukul Along ni?"

"Along, yang tu Pia tulis dalam diari Pia kot?"

"Eleh, padanlah, tulis diari biarkan terbuka atas meja belajar, gatal anak pakcik Ahmad ni."

"Along! Jerk! Habis Along baca semualah?" Muka dah merah tak tahu nak letak mana. "Tak adalah, yang tu aje Along nampak. Ni Along nak nasihat ni, lain kali tulis diari tu, biarlah kat tempat yang tersorok, orang tak nampak, ni ada ke tulis kat meja belajar tengah-tengah rumah. Abah pun nampak tau, Along pulak yang tolong cover."

"Ngeee! Bencilah!"

"Bencilah!" Dia ejek balik. "Comel sangat Pia buat macam tu." Pia muncungkan bibir. Dia sengih, sambil sambung tengok rancangan hiburan kat depan.

*****

Bunny slipper disarung ke kaki. Hari ni nak bersenam kat mini gym kat bawah. Kononnya, tapi terus mata melekap kat televisyen, tengok rancangan gosip-gosip artis. Tiba-tiba dia terdengar seseorang yang yang diajukan soalan pasal bertudung menjawab 'saya tunggu seru'. Dalam masa yang sama dia terfikir. Tunggu seru? Habis kalau seru tak sampai? Ajal dulu yang sampai macam mana? Setahu dia menutup aurat tu wajib. Walaupun dia tutup tak sempurna, tapi sarung kaki + tudung menutupi dada tu dia memang amalkan. Bersarung kaki itupun selepas dia putus dengan Zakwan dulu.

"Haish! Musykil sungguh saya." Alat kawalan jauh dicapai sebelum TV ditutup. Dia bangun, dari penat memerah otak kenapa ramai orang cakap macam tu, baik dia pergi masak. Galaxy di atas kaunter dicapai, taip sesuatu.

+Assalamualaikum...

-Waalaikumussalam

+Hubby, balik makan tengahari tak?

-Balik, sayang masak apa?

+Tak tau lagi...Along nak makan apa?

-Along makan aje apa-apa, jangan masak banyak sangat, tak elok membazir

+Baik inche.

-Sayang Pia...

Dia terus diam bila baca mesej tu. Haish! Along ni kan, kalau sehari tak bagi muka aku macam kena sos cili, memang tak sah kan? Terus dia buka peti ais, tengok ada apa yang boleh dimasak. Alih-alih, dia pilih untuk masak tomyam campur. Macam teringinlah pulak.

"Assalamualaikum..." Terasa suara tu dekat dengan telinga. Terus jantung dia hilang rentak. Encik ni kan, suka macam tu. "Waalaikumussalam. Awal balik?" tangan sibuk nak kemas sinki yang berselerak. Segan nak menghadap tuan punya suara.

"Rindu." Kalaulah saat ni dia tengah makan peha ayam, automatik dah terlekat kat kerongkong. Dia kerling tangan Amar Zafran yang tengah elus bahu dia lembut.

"P..Pia dah siap masak, Along nak makan sekarang ke lepas Zohor?" Amar Zafran menyandar di sinki. Pia sedar Amar Zafran tengah pandang dia. Haish! Tahan muka Pia! Jangan memerah kat sini!

"Yang muka Pia merah tu kenapa?" Tangan dia yang tengah susun pinggang atas rak dicapai. Ngee!

"Mana adalah, pergilah sana Zohor cepat, tak elok kan lewat-lewatkan waktu solat." Ceewah! Baru aje baca sebenarnya semalam. Tips-tips solat sempurna.

"Iye?" Tangan dia dua-dua dah dalam genggaman Along. "Encik Amar Zafran..."

"Yes, Puan Zara Sofea."

"Pergi solat dulu, nanti Pia cakaplah kelebihan-kelebihan tu." Tapak tangan besar gabak milik Amar Zafran dicapai dan dikucup lembut. Silalah pergi! Jantung saya tengah berlari-lari atas treadmill ni tahu?

"Iye..." Pantas senyuman terukir sebelum figura tu berkemeja kelabu tu naik ke atas. Terus dia garu kepala. Macam manalah nak hilangkan perasaan yang suka mengkucar-kacirkan ritma jantung ni? Fuhh! Dia urut dada sendiri.

*****

Amar Zafran sudu tomyam masuk mulut macam tak pernah nampak tomyam empat tahun. "Along, jangan makan cepat sangatlah, makan perlahan-lahan."

"Ops! Terlupa." Lantas dikunyah isi ayam dengan nasi tu perlahan-lahan. "Along, Pia nak tanya sikit boleh?"

"Pasal?" 

"Macam ni, tadi Pia ada dengarlah, orang tu tany hamba ALLAH ni, bila dia nak bertudung. Dan hamba ALLAH tu cakap, dia tunggu seru. Pia nak tanya Along, tutup aurat tu kena ada seru ke?" Telur dadar dikepit dengan penyepit dan dimasukkan dalam pinggan.

"Ada, memang ada seru."

"Iye? Seingat Pia tutup aurat tu bukan wajib ke?" Ke dia yang tak tahu menahu? Nak kata cetek agama, tak adalah sampai bab-bab senang pun dia tak tau.

"Sayang, seru tu memang ada, tapi seru tu turun bersama kitab suci Al-Quran, dulu lagi. Seru yang mewajibkan menutup aurat ni. Ada dalam ayat surah Al-Ahzab."

"Surah Al-Ahzab?"

"O Prophet, tell your wives and your daughters and the women of the believers to bring down over themselves (part) of their outer garments. That is more suitable that they will be known and not be abused. And ever ALLAH Forgiving and Merciful, Al-Ahzab (33:59)."

"A'ah Pia pernah dengar, ustazah selalu bacakan ayat tu masa sekolah dulu."

"See, dari situ pun kita dah tahu, dah boleh interpret ayat tu, senang sangatlah nak faham, tak payah bahasa bunga-bunga pun. Tapi bila dah syaitan dok asyik cakap, alah tutup buat apa, tayanglah. Kalau tutup macam mana lelaki nak suka? Dari bisikan-bisikan tulah yang jadi tak kena tu. Padahal orang bijak pandai macam dia orang ni, tahu je kot hukum."

"Itulah, moga hamba ALLAH tu diberikan hidayah oleh ALLAH."

"Benda yang ALLAH suruh ni ada hikmah dia, bukannya saja-saja ALLAH nak suruh kita tinggalkan laranganNYA, kira kita ni manusia diberi akal untuk berfikir, kita boleh fikir kot? The pros and the contras." Amar Zafran senyum.

"Macam nilah, makan nak kena perlahan-lahan, sebab apa? Sebab takut tercekik." Dia perli Amar Zafran sebab tadi makan laju sangat. 

"Haa...itulah pasal, nak-nak kan sepatutnya kita ni makan kongsi aje satu pinggan. Tau sebab apa,?Sebab berkat yang ALLAH turunkan tu kalau dikongsi boleh dirasai, kalau tak percaya, esok kita cuba. Walaupun benda tu sikit, tapi kenyang betul." Mata dikenyit. Pia tunduk hadap pinggan. Segannya.

"Along betul-betullah."

"La, betullah ni, kalau Pia duduk kat sekolah pondok. Dia orang memang amalkan makan dalam satu dulang ni, dalam satu dulang adalah dalam lima orang. Kongsi."

"Betul ke?"

"Betul, sayang." Tengok! Ton suara tu boleh lain sikit tak? Nak romantik sangat tu kenapa?

"Dah sudah?" Pia angguk. Amar Zafran tadah tangan baca doa habis makan.

*****

"Along, Pia sakit kepalalah, ada ubat tak?" Amar Zafran pandang muka comel kat sebelah yang dah lentokkan kepala kat bahu dia. 

"Tak payah ubatlah, tak elok ubat tu penahan sakit aje, kalau Pia boleh tahan, Pia tahan." Dia elus lembut rambut lurus sampai ke pinggang tu.

"Tapi kann...dia punya sakit tu macam nak hentak-hentak kepala kat dinding aje."

"Migrain?"

"Tak tau..." Terus dia tarik kepala tu ke atas riba dia. Mata Pia membulat. Drastik sangat ke tindakan dia ni? "Syhh...dok diam-diam, Along picitkan kepala." Pia diam, sampai dia tengok mata terbuka separuh, nak tidurlah tu.

"Ehemmm!" Terus dua-dua pandang ke belakang sofa. Pia bingkas bangun. Ibu dengan abah dah tersenyum panjang.

"Bi..bila ibu dengan abah sampai?" Serentak dua orang tu bertanya.

"Baru aje, bagi salam tak ada orang jawab, pintu tak bertutup, kami redah ajelah. Tengok-tengok orang tu sibuk bercinta." 

"Abah ni...orang sakit kepalalah." Pia memuncung. "Tak ada apalah bah, saja Along picitkan kepala Pia, nak migrain kot?" 

"Yeke? Habis sekarang dah legalah?" Aiman tanya. Dia tengok Pia gigit bibir. "Dahhh! Orang nak naik kemas bilik untuk semua tidur nanti. Amar Zafran garu kepala bila tengok Pia naik tergesa-gesa dengan muka sos tomato dia.

"Err..abah, ibu, Aiman sihat?" Kaki di atur ke pintu depan sebelum dengar jawab balas ketiga-tiga figura tu. "Tu nak kemana tu?? Kita orang tak cakap apa-apa pun." Puan Baya bersuara. "Err..tengok pintu depan bu, dah kunci ke belum." 

Dia masuk balik lepas lima minit. Macam mana terlupa tutup pintu tadi? Bahaya betul. "Jomlah, kita jemaah sekali kalau belum Isya'?"

"Eloklah tu."

Lepas ambil wuduk, semua pakat-pakat berkumpul di bilik solat. "Rapatkan saf, betulkan saf." Dia bersuara sebelum laungkan iqamat. Suasana sunyi kecuali terdengar alunan surah Al-Insyirah dari bilik yang menempatkan lima orang hamba ALLAH tu.

*****

"Pia nak sambung belajar tau abah." Suara dia ceria kedengaran.

"Iye? Kat mana? Jangan jauh-jauh dahlah Pia, tinggal Along sorang-sorang nanti. Tanggungjawab tak boleh abai tau?" Dia angguk bila Puan Baya cakap macam tu.

"Mesti dekat-dekat aje ibu. Tengok gaya makhluk dua orang ni, memang dah macam belangkas kot? Mana boleh berenggang." Dia tendang kaki Aiman bawah meja. Adik dia ni kan? Memanglah.

"Along sendiri yang tak bagi Kak Pia jauh." Along pulak cakap. "Bila keputusan permohonan tu keluar sayang?" Masing-masing pandang muka Amar Zafran. Tengok! Sayang lagi. Ngee! Jadi bahanlah dia.

"Sayang??" Pakat serentak semua. Dah agak dah. "Err..Eh! Tambah lagi abah, nasi tu kenapa makan sikit sangat? Kejap lagi kita pergi ronda-ronda, Along bawak, hari ni Along cuti." Fuhh! Dia rasa nak urut dada saat ni. 

"Bila keluarnya Pia?" Abah sambung tanya.

"Dua minggu lagi kot?"

"Ooo...dah tak lambatlah ye?"

"Kak Pia sambung course apa?"

"Business Management?" Ayat penyata ke apa ni dia tak tahulah. "Tu dia! Larinya course kak Pia dengan diploma itu hari." 

"Rasanya tak boleh cope kalau engineering lagi." Amar Zafran tersengih. "Bolehlah mintak kerja dengan Along lepas habis belajar nanti."

"Berapa tahun?" Ibu tanya. "Empat." 

"Lama jugak tu."

"Emm lama, nasib baik ulang-alik." Dia pandang Along. Macam pelik aje bunyi tu.

"Macam pelik aje bunyi tu Long?" Aiman ni kan? Nak aje dia sumbat mulut tu dengan gelas kaca ni.

"Tak adalah Along rindu sangat." Perlahan ayat tu ditutur dekat dengan telinga dia. Hanya dia yang mampu dengar.  Pia terus baca doa habis makan, dan ke sinki, kalau dilayan ni, mahu sampai esok tak habis-habis.


p/s: Assalamualaikum.....ngeee! Sorry! Jangan marah! Hehe...terlalu sibuk dengan perkara penting... :) harap entri ni cukup panjang kot...alhamdulillah...siap jugak! :) have a nice day people...may ALLAH bless...

keep smiling...keep sedekah...

Labels:

pia 20
Written at Thursday, January 3, 2013 | back to top

"Baca lepas tu sambung bacaan Along, kalau ada yang tersalah Along tegur nanti." Alunan ayat pertama dari surah An-Nisaa' itu terbit dari bibir Amar Zafran. Selesai alunan ayat pertama, Pia baca dan sambung balik ayat dari surah An-Nisaa' tu. Tafsir Al-Quran berbahasa Inggeris yang Along hadiahkan untuk dia tu, di sentuh perlahan pada bait-bait ayat suci. Bibir mengalun ayat kedua pula. Belum pun suku ayat, Along ketuk lantai, perlahan.

"Salah sayang, macam ni cara baca dia." Dia dengar Along alunkan bacaan untuk ayat kedua tu, dia sambung baca lagi. Along terang hukum tajwid satu persatu untuk dia. Nota kecil di tepi dicapai, catat hukum-hukum tajwid yang diterangkan.

"Salah lagi tu, harakat tak cukup, kawalan nafas kena betul, Pia jangan baca sambil tarik nafas." Kali ni Along tunjukkan kawalan nafas untuk dia. Harakat tak betul. Tubir mata terasa berair, bukan sebab Along marah dia, tapi sebab dia dah banyak kali kena tegur, bermaksud bacaan dia masih tak betul. Maksudnya dia dah lupa apa yang Ayah Aji ajar dulu, apa yang ibu dengan abah ajar dulu. Sebab dia dah lama tinggal kitab suci ni. 

"Pia nangis ke? Pia, Along tak marah kot? Along cuma betulkan."

"No...Pia sedih sebab Pia dah lama tinggal."

"Sebab tu, Al-Quran ni kita tak boleh tinggal, kalau kita tinggal sehari pun, macam berhari-hari Al-Quran ni tinggalkan kita."

"Pia tau, Pia salah..."

"Pelan-pelan kayuhlah, jangan kalut, insyaALLAH, macam Mr. Park cakap, if you're really want something in your life, go chase after it in earnest way, and one day you'll get it. With all the huge efforts, it'll worth it., insyaALLAH, DIA tahu niat sayang tu baik." Anggukan diberi kepada Along. I'm glad to have him, and the one who broke my heart, I'd let him go, long ago

"Macam nilah, nak senang lagi, kita mula dengan makhraj huruf, nanti senang Pia dapat sebut, senanglah Pia nak membaca, lepas boleh membaca dan lepas lancar baru Along teruskan dengan hukum tajwid. Boleh?"

"Hmmm...ikut cikgulah."

"Haa...kalau ikut cikgu senang sikit. Now, go to bed. Along nak siapkan kerja kejap." Dia baca doa habis baca Al-Quran. Tafsir ditutup dan dicium lalu dirapatkan ke dada. Moga apa yang Along ajar tadi terkesan di hati, melekat macam gam gajah. InsyaALLAH.

"Along..." Kain telekung yang tersarung ditanggalkan. Dia ambil tempat sebelah Amar Zafran.

"Why?" Amar Zafran pandang Pia kat sebelah. Tiba-tiba terasa kepala Pia dah terlentok kat bahu dia.

"You're my prince charming." Amar Zafran tersenyum sikit. "And now, I know what you've said before. It's true."

"Said-what?" Agak tak faham di situ. "That, you're gonna be my hero..." Pia senyum sikit. "...forever..." Itu yang Amar Zafran sambung. "InsyaALLAH, bringing us both, to the right path to Jannah. That's a hero for." Kepala Pia diusap lembut. Amar Zafran ni sayangkan awak, Zara Sofea. InsyaALLAH.

*****

Pia jejak anak tangga atas sekali, tiba-tiba bau kurang menyenangkan menusuk hidung. Tajam, nafas terasa sesak. Bau rokok! Bilik utama diterjah, tapi tak ada sesiapa. Workstation Along pula diterjah. Kat sini, dia nampak Amar Zafran membelakangi dia, memandang tingkap.

"Al-long..."

"Pia..." Ashtray atas meja dicapai, puntung rokok yang masih tinggal separuh ditenyeh.

"Along, smoking?" Teragak-agak dia bertanya. Tapi soalan tu dijawab dengan senyuman.

"Along...I hate smokers." Amar Zafran tunduk. "I know." Amar Zafran labuhkan punggung atas sofa.

"You better quit, and since when you're smoking Along?"

"Zaman study dulu, pengaruh kawan-kawan kot? Jiwa muda lagi masa tu konon-konon." Pia ambil tempat di sofa, sebelah Amar Zafran.

"Along, abah tau?" Anggukan lemah ditunjuk. Abah tahu, itu pun sebab dia tertinggal kotak rokok dalam bilik. Lepas tu, abah bagi amaran, jangan nak merokok depan abah, depan adik-adik, depan ibu. Dia pegang janji tu, sebab itulah benda yang paling bodoh dia pernah buat sampai sekarang.

"Pia tak pernah nampak pun?" Kotak rokok Malboro warna putih tu dicapai, dibelek, gambar ngeri kat depan tu dipandang. Tak ngeri ke dia orang ni?

"Along, berhentilah. Pia tak suka. Lagipun, fatwa dah keluarkan yang merokok tu haram. Nak tak nak Along kena tinggal." Dia mengeluh, kecewa. Sebab dia baru tahu, Along seorang perokok. Dan dia benci perokok.

"Entahlah Pia, mungkin tak ada orang nak push Along suruh tinggal benda-benda ni semua." Dia genggam erat tangan Amar Zafran.

"Hubby...promise me?" Dia pandang muka Amar Zafran. "Promise." Tangan Zara Sofea yang tengah erat menggenggam tangan dia dikucup lembut. "InsyaALLAH, tapi Pia kena tolong." Sengihan lebar ditayang. "I will."

"Kenapa Pia tak pernah nampak pun Along merokok sebelum ni?"

"Tu sebab, Along taknak Pia benci Along."

"Habis, takkan nak suruh sayang pulak kalau dah merokok, nak peluk cium sambil lompat katak, bila dapat tau yang Along merokok?"

"Habis sekarang ni bencilah?"

"Fifty-fifty." Lepas dia cakap, terus mulut ditekup. Erk! Fifty tu benci, habis lagi fifty tu kau nak cakap apa pulak Zara???? Haish! Dia kerling sebelah, nampak encik suami tengah depangkan tangan ke penyandar sofa dengan gaya seronok-tak-tentu-hala.

"Pia nak turun buat hot chocolate, Along nak?" Amar Zafran pandang muka dia. Dia dah pusing arah lain. Encik janganlah pandang saya macam tu, I'm melting! Ngee! Mulut aku ni kena pakai penapis kot, asyik nak keluar ayat bikin malu diri sendiri saja. Aigoo! "Nak." Itu jawapan yang dia dengar. Cepat-cepat dia keluar dari bilik. Haish! Kedua-dua tangan dikibas kemuka. Panas!

*****

"Along, harini kita pergi klinik." Dia capai kasut dengan stokin hitam atas meja. Dihulur ke arah Amar Zafran. "Pia, you don't need to do this, Along boleh ambil sendiri kot? Pia bukan orang gaji kat sini, sayang." 

"Along ingat tau? Tengahari lepas Zohor."

"Pia telefonlah ingatkan Along." Tangan dihulur, bersambut. Klinik, ya klinik untuk berhenti merokok. Pia yang daftarkan dia untuk ke sana. Bersungguh-sungguh Pia nak dia berhenti merokok, dia pun tak tahu macam mana dia boleh terjebak dengan rokok ni semua. Mungkin masa tu, ingat merokok ni macho. Tapi, sekarang ni, bila nak bernafas pun terasa sesak dada, tu namanya baru 'macho'. Haish! Amar, what you've done? Your 'macho' gone long since your first cigar.

"Along gerak dulu."

"Ye...assalamualaikum."

"Waalaikumussalam...jangan lupa solat, jangan lupa mengaji, jaga maruah diri, jaga maruah Along." Dia angguk sambil tersenyum. Setiap hari sebelum Along pergi, Along akan ingatkan dia semua tu, dia dah boleh hafal dan amalkan. 

Kaki ditala ke bilik stor, berdekatan dapur. Hari ni, hari untuk mengemas rumah sebelum pergi klinik nanti. tiba-tiba dia perasan lukisan berdekatan tangga, yang dibingkaikan. 

"Macam kenal aje lukisan ni?" Dia pandang lukisan cat air, berlatarbelakangkan kawasan pesisir pantai yang membiru. Dengan belon udara panas di langit, dengan dua orang kanak-kanak. 

"Kenapa Pia lukis gambar belon udara ni ada budak dua orang?" Lukisan itu ditarik dari tangan dia.

"La, yang tu Along, kat sini sebelah sini Pia." Dia tunjuk dengan jari. "Along tak nak naik dengan Pia."

"Along kena jugak, sebab Pia nak tunjuk Along apa yang orang jarang dapat tengok." Pia tersenyum sumbing.

"Apa yang jarang tengok?"

"Pia nak bawa Along tengok bumi."

"Bumi?"

"Ibu cakap, Bumi ni indah, Allah ciptakan dengan cukup sempurna, nak-nak lagi kita dapat tengok dari atas, semuanya, cantiknya ciptaan Allah tu." Dia bertutur. Walaupun dia baru berusia 11 tahun masa tu, tapi dia tahu, itu yang dia paling teringin nak buat sepanjang dia hidup.

"Pia kecik lagi, tunggulah dah besar sikit Along temankan Pia, Along janji."

"Janji?"

"Janji." Jari kelingking diangkat tinggi. Janji kanak-kanak. 

"Along janji.." Dia tersedar bila perkataan tu meluncur keluar dari mulut. Haish! Melamun. Dia sentuh cermin yang melindungi lukisan tu. Ini lukisan dia, tapi mana Along dapat dia tak tahu. Lukisan yang dia lukis masa dia darjah lima dulu. Masa dia teringin sangat nak naik belon udara panas, yang sampai harini dia tak dapat naik lagi. Along simpan untuk apa? Tunaikan janji dia? Merapulah Pia, Along mungkin dah tak ingat benda apa yang dia janji tu. Dia teruskan dengan mengemas rumah.

"Pusat Rawatan Islam As-Syifaa'?" Dia belek web tu satu persatu. Lepas habis mengemas tadi, dia melepak dekat gazebo ni, lepaskan lelah. Sambil-sambil cari rawatan alternatif untuk encik suami berhenti merokok. "Ada rawatan untuk berhenti merokok?" Dia keluarkan Galaxy dari poket seluar dia. Simpan nombor pusat rawatan Islam tu.

"Boleh ajak Along nanti." Milo panas disisip sedikit. Penghilang dahaga.

*****

Lendir jernih pekat keluar dari hidung dengan mulut Along, Pia urut-urut pangkal leher encik suami. Banyaknya lendir, gayung warna merah tu suku penuh dengan lendir pekat tu. Ustaz cakap, tu tanda-tanda ketagihan rokok Along. Sampai pagi tadi, orang tak ramai, cepatlah dia dapat jumpa ustaz.

Hanya air dalam botol mineral 1.5 liter itu sahaja yang digunakan untuk rawat Along. Ayat suci Al-Quran dibaca dan dihembus ke dalam botol sebelum Along minum. Dan efek dia, sekarang nilah. Sampai meleleh-leleh air mata Along dia tengok.

"Air ni dah dibacakan dengan doa, minum pagi dengan malam, mulakan dengan selawat dengan niat untuk menyembuhkan, lagi dua minggu datang balik, insyaALLAH, saya akan bagi lagi air ni."

"Terima kasih ustaz." Amar Zafran menghulur tangan. "Tetapkan hati untuk berubah, insyaALLAH, dengan izin ALLAH, kita dapat tengok hasil dia nanti." Bahu Amar Zafran ditepuk beberapa kali, Pia melangkah keluar.

"Along rasa macam fresh sikit sekarang ni." Hidung ditenyeh-tenyeh. Pia pandang sambil senyum. Alhamdulillah. Pia mencebik bila terasa tangan dia dicapai. "Eii, tenyeh-tenyeh hidung dia pegang tangan orang pulak. Tak senonoh sungguh perangai tu."

"Biarlah." Pendek. "Pia dah isi UPU?" Pia mengangguk.

"Bila result keluar?"

"Entah. Tengoklah nanti, Pia tanya Aisha."

"Pia mintak dekat je kan?"

"A'ah. Dekat Johor."

"Jauhlah tu."

"Dekatlah, dekat Johor kan?"

"Zara Sofea..." Suara tu dah bergetar amaran. "Ye, ye Pia mintak dekat je. Dekat sini aje, tak jauh pun."

"Bagus, kalau duduk hostel pun, Along kira halal la tiap-tiap hari pergi melawat kan?"

"Tu dia, takkanlah sampai tiap-tiap hari?"

"Habis? Ehemm.." Dia berhenti sebentar sebelum Pia ditarik lebih dekat. "...kalau Along rindu?"

Muka dah terasa berbahang. Apalah pakcik ni, timbulkan soalan macam tu pagi-pagi ni?

"Kita singgah masjid dulu, Along nak rehat sampai Zohor kejap lagi." Pia mengangguk.

*****

Kaki diatur ke pintu sebelah penumpang, Along dah sedia tunggu dalam kereta, beg telekung diletak di belakang tempat duduk. "Lamanya kalau orang perempuan bersiap."

"Bukan bersiaplah, Pia tertidur."

"Tidur??? Tak heranlah Pia tak jawab telefon Along yang lapan puluh lapan kali tu."

"Agak-agaklah, masuk kali keempat tu Pia dah terjaga dah. Cuba jangan menipu sangat bunyinya?" Dia nampak Amar Zafran tersengih.

"Pia..." Muka tetap ditala ke tingkap kereta. "Hmm..."

"Pia sayang Along?" Rasa nak tercabut tali pinggang keledar tu bila dengar soalan luar orbit Along yang sungguh out of the blue tu.

"Sayang." Pendek. "Bukan, maksud Along, Pia sayang Along?"

"Pia dah jawab kan?" 

"No, I mean, sayang." Haish! Apa kau merapu ni Amar Zafran? 

"Astaghfirullahal'azim..." Sebelah tangan diraup ke muka. "Pia...Pia boleh terima Along dalam hidup Pia?" Dia pandang muka cik isteri di sebelah. Pia pandang muka dia balik. Sambil senyum. "Pia ikut janji ALLAH." Amar Zafran tersenyum.

"Along, macam manalah kalau Pia duduk hostel kan?" 

"La, macam belajar dululah, tempat je lain-lain."

"Tu Pia tau, yang Pia tanya sekarang ni, Along."

"Apa kait dengan Along pulak, Pia yang nak belajar bukan Along, takkan nak heret Along duduk hostel pulak? Tak ke pelik manusia-manusia tu pandang kita nanti? Tak pernah dibuat orang, suami-isteri duduk hostel. Rumah punyalah besar, buat apa Along nak pergi duduk sana pulak?"

"Ya RABBI, Along merepek apa ni? Pia taulah, tapi Along tu, macam mana, how you'll survive without me? Apa nak jadi dengan rumah tu? Berhabuk ke nanti? Nak-nak dekat dapur tu, kan?"

"Ooo..salah eh?"

Sengih dibuat-dibuat sengaja ditayang. "Taklah, Along semua betul, mana ada salah." Pia diam, Amar Zafran juga diam sambil tersenyum.

"I'll miss you, I'll miss your banana smoothies."

"Come again?"

"I said I'll miss your comot face."

"Menyampah." Dia dengar, dan dia sengaja buat-buat tak dengar. Tapi sengihan tiba-tiba terukir di bibir dengan sendirinya. 


p/s:  i know, this might be not worth a long wait..but i'm trying..tolak ketepi semua ke'busy'an saya untuk ini...yang dah bersawang..konon-konon entri new year..hahahaha :D, sooryyyyy...mian-ham-needa! may ALLAH bless!

Labels: