Sayang sayang semua...I've to stop PIA at this point. Publisher told me to focus on my manuscript...insyaALLAH, we'll meet PIA on printed version..pray for me, pray for the great idea to come, and may ALLAH put everything at ease.. ^^v >> and insyaALLAH, the next entry will be AWAK?!
mY wOndErWaLL
WELCOME!comel tak blog baru kite??hihi...i really hope after this I'll extra spirit to update new entry...bcoz I really love this cute skin! ^^
MAY
ALLAH,bless,you
nAviGate?

Profile Blog Links Joined Credits
I am ME
writing and reading are part of me. bla..bla..bla..okayy sebab I love talking+merapu+gelak tak ingat dunia. so fullstop! ^^

FriEndS + faCebOoking
Sakeena Wonderwall

Create Your Badge
SpiLL
Daily Reads
EDNIN | DENA | Dr. CINTA | Yasmin Mogahed | 7sW

Rotten Things
April 2011 | May 2011 | June 2011 | July 2011 | August 2011 | September 2011 | January 2012 | February 2012 | March 2012 | May 2012 | June 2012 | July 2012 | August 2012 | September 2012 | October 2012 | November 2012 | December 2012 | January 2013 | April 2013 |

pia 16
pia 15
pia 14
pia 13
pia 12
pia 11
wonderwall (raya version)
Jay-Hana 1
pia 10
pia 9

mAsTerPieCe?? HAHA :P
Links

pia 17
Written at Friday, November 9, 2012 | back to top

Pia duduk atas buaian sambil senyum, nikmati angin petang. "Assalamualaikum." Dia berpaling. Haish! Ada juga dekat sini. Dia tetap sengih tengok Along dah ambil tempat sebelah dia atas buaian. 

"Makruh sengih sorang-sorang." Gulp! Pia telan liur, Along perasan ke dia sengih tadi? Jangan dia tau apa yang aku fikir sudah.

"Ingat Along ke?" Nice shot la Along! Adeiiii! Yang dia pulak boleh pergi teringat kisah-kisah lampau dulu, bawak ke alam nyata ni kenapa entah. "Naa..." Muka macam dah terbiasa berblusher secara automatik dua tiga hari ni. Dia gosok pipi sendiri dengan dua-dua belah tangan, konon nak bagi darah yang menyerbu ke muka tu turun balik. Mana dia belajar entah?

Along tiba-tiba tolong gosok sekali pipi dia. "Kenapa? Sejuk ke?" Dia telan liur lagi. Ngee! Kenapa Along nak treat dia macam masa childhood dulu ni? Tapi ni bukan rasa macam zaman kanak-kanak dah, ni rasa segan. Kalau dulu di redah je dengan Along buat segala benda.

"Along, stop it... malulah." Dia tepis tangan yang tengah gosok pipi dia. Amar Zafran pusing belakang. "Mana ada orang pun. Along tengok tak ada oranglah yang Along gosok pipi Pia tu." Pia tunduk, segannya nak pusing. "Buat apa kat sini?" Amar Zafran tanya. Yelah, dia sudah mandi je, Pia Tak ada kat bilik. Pia pantas berpaling. "Feel the nature. Feel the nikmat." Along gosok kepala dia. "Stone head ni, tiba-tiba je turn to soft dua tiga hari ni kenapa?" Pia sengih. 

"You don't like it?" Sebenarnya dia pun tak tahu, kenapa tiba-tiba dia boleh jadi lembut, bukan keras hati macam selalu. Bukan dua tiga hari ni, tapi sejak kes dekat hotel tu. 

"Along lagi suka Pia yang sekarang." Dia sengih, Along sengih. "Pia keras hati kan dulu? Nak juga terima si Zakwan tu, taknak dengar nasihat orang langsung." 

"Pia, Zakwan tu takdir Allah untuk satukan kita. It happens not because you want him, but ALLAH led him to you, and you to me." Amar Zafran letakkan tangan atas penyandar buaian. Pia terus rasa macam kena kejutan bila tangan Amar Zafran pegang hujung bahu dia. "Sini." Terus kepala dia ditarik ke atas bahu Along. Pia pejamkan mata. "Along, kenapa hati manusia ni selalu keras?" 

"Hati ni anugerah ALLAH yang paling indah, hati boleh penuh dengan macam-macam perasaan. Cinta, rindu, kasih sayang, benci, marah, semualah. Tapi sebagai manusia, kita ada nafsu. Cinta, rindu, kasih sayang kita, kita tak serahkan pada yang ESA, tapi makhlukNya."

"Bila kita jauh dari Allah, bermakna kita sombong, kita tak jadi hamba yang baik. Kita jarang basahkan lidah kita untuk memuji sang Pencipta. Tapi kita banyak bercakap tentang hal-hal dunia. Yang membolehkan kita lalai, bila kita sedih, kita meraung-raung, kita rasa hati dah cukup hancur lebur dah. But why not, we turn to HIM?"

"ALLAH dengar kan Long, kalau kita doa?" 

"Allah tu Maha Mendengar Pia, segala apa sekali pun, even it was deep in your heart ALLAH dah tahu dah. Bayangkanlah setiap helai  daun yang gugur kat muka bumi ni, ALLAH tahu, apatah lagi hati kita."

"Subhanallah." 

"Kalau ada masa kita berzikir, kita buat. Kalau rasa nak bercakap dengan DIA, kita berdoa, dan kalau rasa nak ALLAH bercakap dengan kita, kalamullah ada."

"Quran?" Pendek. "Tapi kita kenalah faham maksud dia. Apa yang tertulis dalam tu. If we understand the meaning of the ayah, we will find the solace to our heart. InsyaALLAH. Along cakap ni, bukan untuk Pia tapi untuk Along jugak, sebab Along pun baru bertatih balik." Pia tersenyum, masa dia dengan Zakwan dulu, Zakwan tak pernah pun cakap pasal benda-benda ni semua. 

"Astaghfirullahal'azim." Dia raup muka. Tiba-tiba dia terus angkat kepala bila dia terasa kepala dia atas bahu Along. Err...dia lentok kat bahu Along ke tadi? Pantas dia pusing. "Fuhh!" Urut dada, sambil hela nafas berat.

"Kenapa?" 

"Takut orang nampak." 

Amar Zafran sengih. "Tak ada oranglah." Pia bangun, regangkan badan. Terus atur langkah untuk masuk ke rumah semula. "Tarik Along!" Pia toleh. Haa??

"Iskkkk! Along ni dahlah berat tahu? Diet sikit." Dia tarik tangan Along. Masuk rumah.

*****

"Along kena balik KL." Pia letak balik majalah CLEO yang baru dicapai. Buat gesture 'apa dia?' kat Along. Ibu pandang muka dia, dia tetap pandang muka Along. "Bila?" Pendek.

"Petang ni." Pia mengangguk-angguk kepala. Faham. "Yang kamu terangguk-angguk kenapa? Ikutlah Along balik sana." Gulp! Liur ditelan. Err..tengok, buat kelapan puluh lapan kalinya dia terlupa Along ni SUAMI dia. Haish!

"Ibu rasa kau orang ni kena tukar panggilanlah. Ibu tengok macam kamu ni selalu lupa yang kamu tu dah jadi isteri Along kan?" Waa...ibu ni memang mind-reader betullah. Err..should we? Dia dah pandang Along. Along buat tak reti. Wargghhhh! Gigit karang!

"Zara Sofea, pernikahan bukan bermaksud perkataan, menghalalkan hubungan, lafaz akad, kasih-sayang semata-mata. When you stepped into this marriage thingy, everything must be noticeable, even it was tiny like a germ." Dush! Dush! Kena sebiji.

Pia ketap bibir. "Called your hubby something sweet." Pia tahan air mata. Ibu, I'm trying. Still trying. Still crawling back to fitrah. Trying to be solehah. I have to take it step by step. "Don't be disrespectful wife, Pia." Pia terkedu. 

Dia bangun perlahan, tinggalkan ruang tamu, ke bilik. Dia perlu berkemas, ikut Along balik sana. Dia ketap bibir lagi kuat, tahan tangis. Tangan capai baju dalam almari, beg roda Hush Puppies tu diangkat ke atas katil.

"Pia..." Terasa bahu disentuh. "I'm sorry..." Ketapan bibir makin kuat. Terasa sakit. "Pia..." Along tarik dia untuk saling berhadapan. "I'm sorry..." Kali ni air jernih turun dari tubir mata. "Pia, why you so sensitive?" Along sapu air mata yang galak turun dari pipi.

"I'm sorr...

"Shhhh...Pia, Along tak kisah pun, whatever you called me, I'll be fine." Dia nampak Along anggukan kepala. Lagi laju air mata gugur. "What should I call you then? I'm no good at something like that.

"Call me Along, this word shows how close we're now and then, how deep we know about each other."

"Sekali-sekala panggil Along dengan panggilan lain. That is sweeter." Along renung mata dia. Dan dia, trembling. "Kenapa susah sangat bila Pia nak berubah jadi lebih baik."

"ALLAH sayangkan awaklah tu, dia uji awak, nak tengok sejauh mana kesabaran awak sayang." Tremble. Again.

"Bila kita jauh, ALLAH akan makin dekat sebenarnya. Tapi bila kita dekat. ALLAH akan uji kita, dengan ujian yang boleh kita tempuh. Bukan dengan ujian maha berat, yang kita rasa, kita dah give-up bila terasa benda tu tak mampu nak ditanggung. Beban tu terasa menyesakkan dada."

"Aisha tu macam senang aje berubah?" Dia nampak Aisha tenang. Senang untuk berubah. "Mana Pia tahu? Pernah Pia tanya dia?" Dia geleng kepala bila Along tanya dia macam tu. "Setiap orang, ujian dia lain-lain. Macam Along, Along tengah cuba untuk jadi hamba yang taat, suami yang boleh menjadi ketua untuk bimbing keluarga kita nanti. InshaALLAH. Dan Along juga diuji."

"Berubah tak susah Pia, tapi nak tinggalkan benda yang dah jadi sebati dalam hati kita, itu yang susah." Along gosok kepala dia. 

"Faham?" Hidung dia dicuit. Dia gosok balik hidung dia. "Faham."

"When your heart adores it much, it's quite difficult to leave it. But istiqamah will help."

Istiqamah? Apakah? Sekarang dia kena sediakan buku nota, nota kemusykilan agama. 

*****

Amar Zafran senyum bila nampak Pia terlopong. "Along this is your house?" Amar Zafran mengangguk. Dia nampak Pia melangkah masuk ke dalam rumah. "Along, kenapa kolam renang tu ada kat dalam?" Pia tunjuk ke arah kolam renang dalam rumah. 

"Ooh tu? Along suka mandi malam-malam, tengahari, pagi buta. Sebab Along taknak orang nampak Along yang kacak bergaya ni mendedahkan aurat. Along buatlah kat dalam." Pia mengangguk. Betul jugak. Bolehlah dia buat terjun tiruk dua tiga pusingan.

Pia tawaf lagi rumah tu. Dua unit rumah dua tingkat yang digabung menjadi satu memang penat untuk berjalan. "Along..dapur ni memang tak boleh pakai ke?" Dia calit sedikit habuk yang melekat pada dapur. 

"Pia, kalau nak tahu, Along ni memang sangat rajin memasak. Sungguh!" Sarkastik je bunyi? Amar Zafran dah nak gelak bila Pia buka peti ais besar gabak dia. 

"Air je?? Buah??" Apakah pakcik ni jenis vegetarian? Dia buka kabinet warna hitam putih tu. Kosong. Bekas letak beras ada satu. Dia tarik bekas tu, beras ada tapi...dah berbubuk. Haish! Lama sungguh tak memasak ni namanya.

"Rajin masak?" Dia hulur bekas beras tu ke arah Amar Zafran. "Show our room first. Pia penat."

"Princess...come with me." Along bercekak pinggang. Pia pantas paut, jalan macam puteri. Ngaaa! Merasa akhirnya, ada prince charming yang nak dirangkul lengan. Ya! He's my prince charming.

"Besarnya, boleh Pia buat workstation sekali kat sini!" Dia rasa nak meloncat-loncat atas katil sekarang ni.

"Along, got pen and papers?" Amar Zafran buka laci tepi meja. "Buat apa?"

"Nak buat senarai barang-barang yang nak kena beli. Untuk dapur kita." 

"Dapur kita?" Amar Zafran terasa nak terbang. Tak sangka ada orang nak cakap perkataan K-I-T-A tu dengan dia. 

"Lepas Asar kita pergi, boleh?" Amar Zafran sengih lagi. "Tak penat ke? Jet lag ke?" Pia geleng kepala. Rumah Along, cantik.

"ALLAH, jet lag apanya, kot duduk dalam flight 18 jam kot nak jet lag. Ni workstation Pia kat sini jelah ye?"

"Workstation Pia, jom Along tunjuk." Dia heret Pia ke bilik sebelah. "Complete, baru installed kelmarin." Gila! Siap dengan tab lagi. 

"Along, thanks..." Dia rasa nak peluk Along sekarang ni, walaupun dia segan. Sudahnya, kepala dilentokkan ke bahu Amar Zafran.

"Manja!" Pia jeling sambil jelirkan lidah.

*****

Kereta bergerak ke jalan besar, Pia belek senarai di tangan. Barang-barang elektrik dan elektronik nak beli, bahan-bahan untuk memasak lagi, semua dah cukup lengkap. Tangan menekan punat ON pada radio. Astaghfirullah - Hafiz Hamidun beralun menerobos masuk ke telinga. Along yang belikan CD ni, masa dia tanya pasal keras hati minggu lepas. 

"When your heart adores it much, it's quite difficult to leave it. But istiqamah will help."

Dia teringat apa yang Along cakap. Istiqamah, istiqamah ni apa ye? 

"Along..."

"Hmmm..." Amar Zafran masih fokus. "Along ada cakap pasal istiqamah pagi tadi kan?" Dia nampak Along mengangguk.

"Along, istiqamah tu macam mana sebenarnya eh?" Dia belajar dulu, tapi dia dah lupa sekarang, yang dia ingat istiqamah tu macam buat benda yang baiklah.

"Istiqamah? Kejap, Along kena recall balik ni. Macam dah lupa sikit." Amar Zafran ambil masa, diam sekejap. "Okay, macam nilah Along memang tak reti nak bahasa bunga-bunga ni. Along cakap guna bahasa yang Pia boleh fahamkan jelah."

"So?"

"Istiqamah ni, bila macam Pia cuba untuk berubah, contoh macam tinggalkan benda-benda yang lagha, Pia kena tetapkan hati untuk tinggalkan tabiat tu. Maksudnya, Pia kena konsisten la, kalau Pia nak tinggalkan benda tu, you should set in your heart and mind, I'll leave this 'lagha' things forever. Macam tulah lebih kurang."

"Ooo..kira macam Pia ni kena kuatkan hatilah, jangan terpengaruh dengan godaan nafsu untuk buat benda-benda tu balik?"

"Yup!"

"Lagha tu benda yang sia-sia kan?"

"Betul. Kita kena usaha untuk tinggalkan benda-benda tu sayang." Tiba-tiba Along dah sentuh tangan dia. Terus terasa kena kejutan. Ngee! Payah sungguh nak biasakan dengan keadaan yang macam ni. Fuh! Panas! Panasnya muka!

"Dah sampai. Jom!"

"Along, ni parking untuk OKU lah, alihkan cepat." Dia nampak lambang OKU tu di tiang. "Okay, Along tak perasan tadi."

Kaki diatur menuju ke tingkat atas untuk dapatkan barang-barang keperluan. "Along mana tempat letak barang-barang dapur ni, makanan segala?" Amar Zafran garu kepala.

"Heee...Along mana pernah datang beli barang-barang keperluan ni Pia, selalu Along lepak mapley je."

"Haish, patutlah beras tu berbubuk! Pemalas!"

Amar Zafran tonyoh kepala dia. "Haip! Berani cakap Along pemalas? Along bukan macam tu, Along ni sebenarnya fobia dengan dapur." Tu dia alasan, tak logik.

"Tu diaa...ada jugak manusia yang fobia dapur rupanya ye?" Terus Amar Zafran genggam tangan dia. Pia terus terkunci mulut. Ngeee!



footnote: assalamualaikum...semalam tertidurrrr...ngaaaaa....okay, this time..mmg tak panjang hope korg enjoy... :)

Labels:

Blogger 0nion_ring said...

hihi..bila nk tkr pggilan ni..sweet
thanks writer..=)

 
Blogger miss L said...

bole pulak fobia dapur ye...hahahaha...comel je along ni...

 
Blogger miz ruha said...

terlebih makan gula dah ni...
thanks keena... ^__^
suka sangatttt....

 
Blogger einaz lynna said...

wahhhhhhh.... sweet betul along nie... ekkk along fobia dgn dapur rase nak gelak je hahahahahah

 
Blogger Kak Sue said...

X pa Pia perlahan-lahan untuk berubah kearah kebahagian .... Insyallah En Amar boleh ajar Pia .... Along tu fobia dapur tapi x fobia makan kan......hehehe..
So sweet along ni....

 
Anonymous Anonymous said...

harap dia org ni jd cuople yg romantik

 
Blogger joenyz said...

Kak keeennaaaa.. oh shoo shewwwttt laaaa... hahahaah thumbs up kak keena!

 
Anonymous eifa yusof said...

sukanya.... kasi tukar laa itu panggilan. hehe

 
Blogger street writers said...

akaaaakkkkk...
nak lagi :D

-MK-

 
Blogger ~ZYX~ said...

nice...sweet je along n pia nak gi shopping together...

 
Blogger Tia Fatiah said...

ok sangat comel lahhh...pass along kat kite larr.. ihiks.

 
Blogger norihan mohd yusof said...

hope bahgia akn sentiasa hiasi along n pia hingga hujung nyawa...cute lah hubby n wife ne..jgn lh duk panggil along jer pia..nk dua2 romantik,tk kn along jer kot!

 
Blogger sAkEeNa said...

hahaha...i pun dh pening nk tukar ape..kena perah otak ni!

 
Blogger sAkEeNa said...

hahah..mengada tu sebenarnya

 
Blogger sAkEeNa said...

mr: suka??hihi..thanks..most welcome!

 
Blogger sAkEeNa said...

hahaha..silakan gelak kat encik mengada tu

 
Blogger sAkEeNa said...

aah kak sue..mengada kan?

 
Blogger sAkEeNa said...

doakan..hihi

 
Blogger sAkEeNa said...

hihi..thanks yang!

 
Blogger sAkEeNa said...

hahaha..inilah yg tengah pening

 
Blogger sAkEeNa said...

amboiii..hahaha..sabar2

 
Blogger sAkEeNa said...

hihi..ngee..

 
Blogger sAkEeNa said...

silakan ambil...tp kena line up kot..mcm ramai je

 
Blogger sAkEeNa said...

hihi...insyaALLAH..tgk enri akan datang.. :)

 

Post a Comment

<$CommentPager$>
<$I18NCommentAuthorSaid$>

<$BlogCommentBody$>

<$BlogCommentDeleteIcon$>
<$CommentPager$>

<$BlogItemCreate$>