"Pia takutlah bu..." Dia merengek tiba-tiba. Dia susah payah heret ibu naik kereta abang Ahmad. Along naik kereta dengan abah. Dia rasa menggeletar seluruh badan. Sungguh! Dia rasa nak parkinson sekarang ni. Hati beristighfar, moga ini yang terbaik, moga dia benar tulang rusuk Along yang bengkok. Along yang akan meluruskan dia, Along yang akan bawa dia ke syurga. InsyaALLAH.
"Selawat banyak-banyak. Baca doa yang ibu bagi tu, ingat tak?" Dia peluk lengan Puan Baya erat. Dia gementar, padahal bukan dia yang nak lafaz akad nanti.
"Dah sampai, jom turun." Lutut dah rasa nak tercabut. Dia keluar perlahan dari pintu kereta. Berdiri, nampak Along depan mata, dengan baju melayu putih tersarung di badan, senyum. Manis. Lagilah lutut rasa tak berdaya nak tampung berat badan sendiri. Along, stop smiling or saya-akan-jatuh-gedebuk-kat-sini?
Dia labuhkan punggung atas kusyen yang disediakan. "Bismillahirahmannirrahim..." Perlahan perkataan tu disebut. Dia pandang muka abah yang tengah senyum.
"Kita boleh mulalah ya?" Pia diam, pandangan dia ditumpukan sepenuhnya di belakang Along. Lama, sampai ke saat Along berjabat tangan dengan abah. Abah yang akan menikahkan sendiri dia dengan Along. Dan selepas tu terdengar ucapan sah dari mulut saksi, dan saat itu juga dia nampak abah mengalirkan airmata buat pertama kali sepanjang hidup dia.
Along hulurkan tangan dia sambut, cincin selamat tersarung ke jari manis. Dia sendiri nampak tangan dia menggeletar, tangan Along pun menggeletar saat menyarungkan cincin. Dia tunduk, cium tangan Along. Sejuk beku tangan dia jangan cakaplah, memang mengalahkan salji. Along tak cium dahi dia. Dia tahu, biarkan ciuman di dahi tu, hanya untuk dia dengan Along, cukuplah sekadar dia salam dengan Along. Walaupun ni kali pertama lepas bertahun lamanya, dia dengan Along halal bersentuhan. Subhanallah. Ini hikmahnya...dia dengan Along halal. Alhamdulillah.
"Pia..." Dia berpaling. Ibu! Terus airmata meleleh ke pipi. Dia peluk ibu dengan abah, Along pun. Ibu peluk Along erat.
"Jemputlah, semua ke rumah saya, ada makan-makan sikit." Abah bersuara, sambil lap mata yang dah memerah.
"Ni abang kamu kat sebelah ni, nak naik kereta abang Ahmad buat apanya?" Dia garu kepala. Lupalah pulak. Dia ambil tempat duduk belakang. Along pun, ibu dekat depan.
"Alhamdulillah..." Perlahan ayat pujian tu keluar dari bibir Along. Tiba-tiba Along capai tangan dia. Terus rasa macam kena kejutan elektrik. Muka dah memerah. Ngee! Apahal rasa macam kena simbah cili sos ni?
Dia pusing arah lain, biarkan tangan dalam genggaman Along. Dan, percaya atau tak? Dia tersenyum pandang langit malam yang penuh bintang. Amar Zafran senyum juga sambil pandang depan.
"Long, pindahkan barang-barang Along tu masuk bilik Pia, bilik ni saudara-mara nak menumpang tidur." Amar Zafran garu kepala. Dia masuk keluarkan baju-baju dari almari. Laptop, tab, dan segala benda alatan mekap dia, dia usung letak depan pintu bilik Pia. Dia garu kepala lagi sekali. Macam mana ni?Nak ketuk? Nak redah je? Ke nak tunggu melangut depan pintu bilik ni?
Tok!Tok!Tok! Dia ketuk pintu perlahan sebelum buka pintu bilik Pia. Kali pertama dia jejak bilik Pia. Sungguh! Dia tak pernah nak masuk pun bilik tu. Bagi dia, itu satu penghormatan untuk Pia, dia takkan ceroboh sesuka hati dia. Kaki diatur ke katil, barang-barang diangkut sikit-sikit. Pia tak ada mungkin keluar makan kat bawah khemah kut?
"Al-long." Terus dia pusing, nampak Pia dengan t-shirt + kain batik, dengan tuala balut kepala.
"Err, Pia! Ibu suruh Along pindah sini. Suadara-mara yang berkoyan-koyan tu nak tumpang tidur kat bilik Along."
"Ooo..." Dia ketap bibir, dia mana pernah duduk sebilik dengan Along. Maksudnya berdua, dengan pintu tertutup.
"Along kemaskan baju Along dululah, kejap lagi Along mandi." Pia duduk sebelah Amar Zafran. "Along pergilah mandi, biar Pia kemaskan ni."
"Betul ni?" Pia angguk, tanda jawapan. Terus dia bersimpuh atas katil, hela nafas berat dan capai baju-baju tu untuk digantung dalam almari. Banyaknya pulak baju pakcik ni!
"Pia, baju Along mana?" Amar Zafran berdiri depan almari, cari baju melayu warna krim dia. Pia membelakangi dia.
"Dalam tulah, yang warna krim kan?" Pia masih lagi lipat seluar-seluar yang bertaburan atas katil. Banyak sungguh kain baju Along ni, nasib almari tu besar.
"Aah! Tapi tak ada pun." Dia pusing. Pia bangun. Berjalan menuju ke almari yang penuh dengan baju yang bergantungan. Dia pandang Along. Terus dia pusing ke katil balik. Baju melayu warna krim tu rupanya ada je dekat dalam longgokan baju yang dia tengah lipat.
"Ada tak Pia?"
"A..ada." Dia letakkan baju tu dibelakang untuk Along capai. "Dah ke?"
"Dah-dah." Pia pusing. Dengan muka yang memerah. Tapi Along memang jenis hati kering, selamba je. Siap sengih lagi.
"Along tak pergi tolong kat luar ke? Basuh dulang ke apa ke?" Amar Zafran menggeleng. "Along nak baring kejap. Penat!" Terus dia berbaring, sambil pandang siling. Pia beku kat situ. Gila! Mana pernah seumur hidup dia, dia duduk atas katil dengan Along macam ni? Zaman kecil pun tak pernah! Mulalah penyakit dekat masjid tadi nak datang balik. Bukan dia nak menghalau Along, tapi dia nak keringkan rambut, segan kalau Along ada sekali.
"Along keluar dulu sayang." Dia terhenti.
Sa-what? Sayang???
"Okay." Pendek. Tapi jantung dia ritma dah lari. Terus dia buat-buat sibuk susun baju dalam almari. Lepas siap, dia buka tuala yang membalut kepala. Sungguh rimas. Dia keringkan dengan tuala besar yang lagi satu, dia tak suka gunakan pengering rambut sebab nanti rambut rosak. Rambut yang separas pinggang tu disisir rapi. Tengah sibuk-sibuk larikan jari-jemari celah rambut tu tiba-tiba dia dengar suara.
"Pia..." Dia pusing. Nampak Along terpaku depan pintu.
"Subhanallah..." Cantiknya Pia. Amar Zafran terpaku depan pintu. Yang lawa ni, Zara Sofea ke? Isteri aku?Dia raup muka. Dia tak pernah tengok Pia tak berhijab lepas Pia cukup umur dulu. Tiba-tiba dia tersengih kat situ.
"Along, tu dah kenapa tu? Mereng pulak dah?" Pia buat-buat selamba, muka ditahan riak dari berubah. Pakcik ni pun, tak nampak ke aku tengah beristirehat ni? Pengacau sungguh.
"Tak...Along nak tukar pakai seluar, senang nak buat kerja,
jeans Along mana?" Dia tanya. Saja nak mengada, padahal nampak aje jeans tu dekat hujung katil.
"Tu.." Pia juihkan bibir. "Pia kalau buat
duckface tu, comel sangat."
"Ehh! Pia memang comel sejak azali pun. Adui! Baru perasan ke??"
"A'ah, comel macam mulut platipus." Selamba dia capai tuala di rak untuk tukar seluar, baru je tuala diikat ke pinggang, Pia laju je keluar dari bilik. Dia gelak besar.
"Along!" Sempat dia capai bantal kecil atas katil sebelum dia baling ke muka Along dia.
Dia atur langkah ke pintu dapur. "Ibu! Ada apa-apa Pia nak tolong ke?" Puan Baya pandang dia sambil gelengkan kepala. "Pergi tengok Along tu." Dia garu kepala. Kan dah tengok tak sat?
"Mana suami kamu?" Dia dengar Cik Jah, jiran sebelah tanya dia. Untuk tiga minit tadi, dia memang terlupa terus yang Along tu suami dia. Ngeee! Tiba-tiba terasa bulu roma meremang dan terus seram sejuk.
*****
"Along..Along.." Pia sentuh tangan Amar Zafran. "Along." Kali ni kuat sikit. Telinga rally cap kapak, kejut dengan speaker funfair kot baru nak bangun.
"Along, bangunlah. Subuh, dah lewat ni." Pia pandang jam. Pukul enam pagi, tepat. Dia dah bertelekung. Cakap semalam bukan main lagi, nak kejut Pia subuhlah, kita jemaah sama-samalah.
"Hmm...."Dia nampak Amar Zafran menggeliat. Tenyeh mata. Pandang dia. "Morning sayang." Pia ketap bibir. Muka dah berblusher pagi-pagi buta lagi."Along pergilah mandi, berwuduk, kita jemaah. Cepat sikit."
"Yelah, tunggu kejap." Pia labuhkan punggung di birai katil, sebelum pintu bilik kedengaran diketuk.
"Pia, solat sayang." Ibu. "Dia buka pintu perlahan. Jengukkan muka sikit. "Err..ibu pergilah solat dulu dengan yang lain-lain, kejap lagi Pia jemaah dengan Along."
"Tak bangun lagi?" Pia garu kepala. "Err..Along mandi."
"Oohh..." Puan Baya tersenyum. Pia terus tutup pintu bilik. Dia nampak Along keluar dari bilik air, pantas dia bentangkan sejadah untuk bersolat.
Usai aminkan doa panjang, Amar Zafran pusing. "Salam." Pia salam. "Cium tangan." Pia cium tangan. Amar Zafran tiba-tiba tergelak. "Along saja je kan??"
"Tak, untuk biasakan Pia." Dia bangun lipat sejadah. Pia diam lagi. "Along.."
"Hmm..." Pendek. "Along tak kisah ke kalau Pia panggil Along, 'Along'?"
"Okay je, kenapa? Pia dah teringin nak panggil abang pulak? Ke sayang?" Pia jeling tajam. "Betul ke?" Dia nampak Amar Zafran mengangguk. "Zara, this is the best morning I ever had." Dia senyum. Pia senyum.
"Sayang tau tak? Kelebihan solat Subuh ni?" Pia geleng. "Tapi yang Pia tau, kalau kita solat Subuh ni ganjaran pahala dia besar, sebab solat Subuh ni ambil masa orang tengah nyenyak tidur kan?" Dia nampak Along mengangguk. "Bangun, duduk sini." Dia tarik tangan Pia untuk duduk di birai katil.
"Bukan tu aje, solat Subuh ni, ganjaran pahala dia lebih indah dari dunia ni, dengan isi-isinya sekali." Pia tersenyum. "Kalau jemaah lagi besar kan pahala dia?" Dia bertanya. "Betul, pahalanya macam kita bersolat satu malam penuhlah."
"Along, kalau hari-hari tazkirah pendek macam ni boleh?"
"Definitely." Pendek. "Apa agenda hari ni?" Pia terasa nak tanya. "Kita pergi tengok baju kahwin dulu. Lepas tu pergi beli bunga pahar, bekas hantaran tak payah kan?" Pia angguk. Tiba-tiba teringat sesuatu.
"Along, kenapa mas kahwin tu banyak sangat?"
"La, tarikh birthday Along dengan Pia, kan?" Baru dia perasan, tapi dia tak minta pun. "Banyak tu Long."
"Tu hak Pia, suka hati Pia nak buat apa pun dengan duit tu nanti."
Pia diam. "Goodies bag, jangan lupa."
"InsyaALLAH."
"Jom breakfast." Dia tengok jam dah menginjak pukul tujuh pagi. Pantas tudung dicapai untuk tutup kepala. Ramai lagi bukan muhrim kat luar sana.
"Jom."
p/s: assalamualaikum...sorry I really busy past few days.. ini je yang termampu..harap kau orang happy... :)
thanks keena...
sukanyaaa.... ^_^
tq keena,suka sgt
Kak keenaaaaa..... saya tgh hafal formula trigo yg berlambak, and suddnly this, really made my day <3
Kak keenaaaa...haha..hadoiiii..senyum sy pagi2 ni :)
-inab-
sgt hepyy....nk lg
hahahaha... suke ye along dgn pia..heheheh
Alhamdulillah..... semuanya selamat.... apalah Pia ni panggillah Abang baru ada rasa hormat sikit ..... dan ada rasa lain sikit .... takut asyik panggil Along ja macam x teringat Pia dah kahwin dengan Along pulak..... Cubalah...
tapi apa-apa pun Pia dan Along so SWEETTTTTTTT....
kawen jgak akhirnye..suke la along tu..dah dpt pujaan ati..hehehe
berjodoh akhir nye along n pia..termakhtub sudah kalimah sah,zahir batin hak sesama muge pengakhiran jodoh membawa hingga ke syurga...itu lah hikmah ALLAH jodoh pertemuan,ajal maut hanya hak dan ketentuan ALLAH.biar jauh beribu batu,walau pun dekat di mata sape leh tahu jodoh tu jodoh kite.
terubat rindu..sukenyee
hahaha...thanks muahx!
hihi..sama2..
hey how's your exam?
really? seems like i have to make something bergula overdose for the next entry..
ekekeke...silakan heppy..
sama! yay! hahah
hihi..we'll see..
tau xpeee.. :P
truee..and i'm waiting too.. :D
thanks..may it brighten up ur day..
Post a Comment