Sayang sayang semua...I've to stop PIA at this point. Publisher told me to focus on my manuscript...insyaALLAH, we'll meet PIA on printed version..pray for me, pray for the great idea to come, and may ALLAH put everything at ease.. ^^v >> and insyaALLAH, the next entry will be AWAK?!
mY wOndErWaLL
WELCOME!comel tak blog baru kite??hihi...i really hope after this I'll extra spirit to update new entry...bcoz I really love this cute skin! ^^
MAY
ALLAH,bless,you
nAviGate?

Profile Blog Links Joined Credits
I am ME
writing and reading are part of me. bla..bla..bla..okayy sebab I love talking+merapu+gelak tak ingat dunia. so fullstop! ^^

FriEndS + faCebOoking
Sakeena Wonderwall

Create Your Badge
SpiLL
Daily Reads
EDNIN | DENA | Dr. CINTA | Yasmin Mogahed | 7sW

Rotten Things
April 2011 | May 2011 | June 2011 | July 2011 | August 2011 | September 2011 | January 2012 | February 2012 | March 2012 | May 2012 | June 2012 | July 2012 | August 2012 | September 2012 | October 2012 | November 2012 | December 2012 | January 2013 | April 2013 |

pia 7
pia 6
pia 5
pia 4
pia 3
pia 2
pia 1
pia (prolog)
bismillahirrahmanirrahim...
hospital instruments

mAsTerPieCe?? HAHA :P
Links

pia 8
Written at Tuesday, July 10, 2012 | back to top


Pia masih bergolek-golek atas katil. Ibu dekat luar, lepas terjaga pukul 7.00 pagi tadi, dia terasa nak sambung tidur, hari ini off day selama seminggu. Makanya, bangun lewat telah menjadi kebiasaan. Dia capai telefon dari meja solek. Taip mesej ringkas.

awak assalamualaikum...

Tak sampai seminit, bunyi deringan kedengaran, menandakan mesej masuk. Pantas jemari halus runcing dia menekan kekunci. 

waalaikumussalam...dear, sihat? how's home?

- sihat...awak? eh! mestilah ok! :)

+ good, awak, minggu depan saya kena pergi dubai lagi tau? sebulan...


- lamanya.. :(

+ kan? tapi I've decide, after I come back, selepas sebulan, kita tunang..

Pia terkaku sekejap, baca mesej semula, dekat-dekat 10 kali, bila dia sedar benda tu betul, dia terduduk. Telefon di tangan bedering minta diangkat.

"Hel..llo.." Tergagap-gagap dia bersuara.

"Ye, betul, tak payah nak gagap sangatlah." Zakwan terkekeh-kekeh ketawa.

"Awak, serius?"

"Of course I'm serious, kalau tak buat apa saya sanggup bagi Along tumbuk muka saya?" Pia tergelak sekejap.

"Tell your family, saya balik, kita cari barang hantaran dengan baju tunang."

"Tak cepat sangat ke?" Teragak-agak ayat tu keluar dari bibir.

"Naa..benda baik kan? Buat apa tangguh?" Zakwan menyoal. Pia dia macam tugu. Sungguh, tak sangka benda ni jadi secepat ini. 

"Err..yelah." Selepas beri salam. Dia tekan butang merah, meluru keluar dari bilik, dapatkan ibu yang tengah kat laman, siram pokok.

"Ibu...."

"Ya sayang..." Puan Baya kelihatan masih membelek-belek pokok kesayangan. 

"Ibu...Zakwan, dia nak meminang Pia bulan depan." Teruja sungguh dia rasa saat ni, mengalahkan orang nak menikah. Kalau orang ambil gambar dia sekarang mesti semua jenis yang senyum ekstra gula, sampai telinga!

"Hah??"

"Iye, betul bu." 

"Alhamdulillah..." Dia raih tubuh Puan Baya ke dalam pelukan dia. Tak sangka, Zakwan dengan dia secepat ni. Kalah orang marathon! HAHAHA.


*****

"Along okay tak ni?" Dia menyoal Along yang tengah layan Hawaii Five-O, sambil makan keropok Twisties.

"Along!" Barulah si Amar Zafran ni berpusing menghadap muka si Zara Sofea. "Mende?"


"Ish! Bencilah cakap dengan Along ni bu." Pia dah mengesot sedikit, rapat ke sebelah kanan Puan Baya.

"Along ni, Pia tanya kan? Sibuk dengan Twisties dia tu." Puan Baya tunjuk muka.

Amar Zafran jungkit bahu. "Along okay aje, asalkan Pia ikut syarat-syarat Along." Dia jungkit kening tengok Pia yang pakai pashmina biru berbunga merah kecil tu. Pia ketap bibir. Along dia ni mengalahkan orang nak buat peraduan beli dan menang. Nak ada terma dan syarat bagai.

"Apa syarat dia?" Lemah soalan tu keluar dari bibir. Ngee! Dia rasa tak sedap hatilah! Macam nak dengar yang bukan-bukan aje?

"Along nak baju melayu teluk belanga warna kelabu dengan hijau pucuk pisang serba satu. Along nak cincin yang batu dia glow in the dark, lepas tu nak wallet baru, lagi tambah dengan kasut kulit. Kalau ada bajet lebih, belikanlah belt Dunhill yang baru." Lepas habis dia cakap. Dia jungkit-jungkit kening dekat Pia, Pia dah terasa telinga mahu keluar asap. Kan?? Dia dah agak dah, mesti benda luar alam keluar dari mulut Along ni.

"Along...tu macam hantaran tau tak? Demand nak mampus!" Tangan disilangkan ke dada. "Nak tunang tak?Haa..kalau nak sila patuhi syarat-syarat yang dinyatakan ye?" Along bersuara. Aiman yang duduk sebelah abah dah tergelak-gelak.

"Along, mintak dengan Kak Pia macam Along yang nak kahwin dengan Kak Pia." Si kecik Aiman bersuara. Pia dah gigit bibir, sampai sakit. Geramnya!

"Zakwan pun tak demand macam Along ni, duit berkoyan-koyan tu simpan buat apa? Pergilah beli sendiri. Kalau Pia tokey balak tak apa jugak."

Pia mencebik. Amar Zafran sambung makan Twisties dengan muka selamba habisan.

"Along..." Ibu dengan abah bersuara. Amar Zafran terkekeh-kekeh ketawa. Papp! Selamat sebiji bantal kusyen mendarat di tengah-tengah belakang dia.

"Kidding, alah, go on jelah, tanya Along buat apa? Bukan Along boleh bagi keputusan apa pun, abah ni ha yang pihak berwajib." Hawaii Five-O kembali ditatap.

Pia tersenyum. Senang hati, rasa macam nak pangkah kalendar sekarang jugak, tunggu sebulan macam tunggu tiang elektrik berbuah rasanya. "Alhamdulillah, syukur." Dia meraup tangan ke muka.

*****

"Cepatlah, hari ni Pia belanja Along." Dia berjalan laju masuk ke dalam Euro Moda. Amar Zafran dengan muka curious tahap apa, mengikut dari belakang.

"Nak buat apa masuk sini? Alah, Pia pakai ajelah baju sewa, tak payah nak mengada-ngada tempah segala."  Pia pandang muka Along yang dah bertukar muka penat. Sengaja.

"Along, okay, just wait for me outside, I'll be there in half an hour?" Dia tanya Amar Zafran. Amar Zafran menonong keluar duduk di kerusi yang kosong. Sangat penat kalau temankan budak shopaholic ni kemana-mana, naik lenguh kaki dia tinggal tak tercabut aje lagi.

"Kat luar tau? Along letih ni." Pia hanya mengangguk. Dia terus masuk ke bahagian kain ela plain yang penuh berwarna-warni tu. Fuh! Naik rambang mata nak pilih. Warna apa ye? Dia pejamkan mata sekejap, mengingat. Jari dipetik, dah ingat!

"Akak! Kejap." 

"Ye dik? Adik nak pilih kain ke?" Pia pantas mengangguk. "Bagi saya kain yang paling cantik warna kelabu dengan hijau pucuk pisang, material tak kisahlah, yang penting kain tu cantik. Saya nak serba sepasang untuk baju teluk belanga."

"Oh, okay, kalau yang ni macam mana?" Akak tu dah tarik kain satin warna kelabu dengan hijau pucuk pisang. "Cantik! Kualiti dia okay tak?" Akak tu mengangguk. Pia tersenyum.

"Tapi saiz orangnya macam mana ya?" Pia garu kepala, mata meliar cari Along kat luar. Hah! Tu dia.

"Tu orangnya." Pia tunjuk ke satu arah. "Oh, okay akak potongkan." Akak tu berlalu, Pia berlalu tunggu di kaunter bayaran.

"Done! Along, jom."

"Pergi mana lagi?" Suara sengaja dilirihkan, untung-untung budak sorang ni faham yang dia lapar.

"Makan."

"Yes! Your treat." Amar Zafran rasa nak kapak si Pia ni cukup-cukup. Saya lapar!

"Lepas makan kita pergi tengok wallet pulak." Pia sibuk jinjit beg besar sendiri. Along ni pun satu,bukannya nak membantu sangat pun. Tau perut dia aje.

"Ala...Pia pergi dengan Zakwan tak boleh ke yang tu? Along penatlah."

"Pia dah pergilah dengan dia, mama dia temankan, tapi ni nak kena Along ada, baru seronok...tahu?" Amar Zafran gelengkan kepala. "Yelah..." Serius, dalam dua tiga hari ni, mood dia tak berapa nak betul, sebab kerja menimbun-nimbun. Ipad kena ada selalu dekat tangan, kadang-kadang dia online aje untuk pantau anak buah dia buat kerja. 

*****

Adi merenung kawannya lama, macam ada masalah kewangan negara aje dia tengok keadaan Amar Zafran sekarang ni. Haish! " Wei! Kau dah kenapa bro?" Dia gawangkan tangan depan mata Amar Zafran.

"Kau kenapa?" Amar Zafran menyoal. Adi dah muka pelik. "Kau tu yang kenapa?"

"Mana ada apa..." Dia gelengkan kepala. "Aku tak sedap hatilah Adi." Apa yang berkecamuk di dalam kepala otak dia tadi, dia luahkan. Pasal ketidaksedapan hati dia tentang Pia.

"Bukan kau ke yang setuju?" Dia mengangguk bila dengar soalan Adi, memanglah dia setuju, Pia nak bertunang dengan Zakwan, tapi hari ni dia rasa lain pulak.

"Hati, kalau rasa tak seronok tu, kadang-kadang kerja setan. Tak ada apalah tu, hang jangan dok pikir sangatlah." Dia tersengih dengar loghat utara yang keluar dari mulut Adi.

"Yelah." Pandangan kembali difokuskan ke arah Ipad yang berada di tangan. Tiba-tiba teringat reaksi dia dua hari lepas, masa sampai rumah lepas habis temankan Pia shopping.

*

"Along tolonglah, berat kot?" Amar Zafran mencebik. "Beli banyak-banyak, semua Pia punya, Along punya tak ada satu habuk pun, tapi Along yang teruk mengangkat kan?" Saja nak bagi Pia sakit hati. "Mintak tolong sikit pun payah." Giliran Pia buat duckface.


"Merajuklah  tu, tengok, sepatutnya Along yang merajuk hentak-hentak kaki ni tau? Bukan Pia."


"Yelah, bawaklah ni." Dia hulurkan beberapa beg ke arah Along. "Nak letak kat mana ni?"


"Bilik Alonglah."


"Hisy, inikan Zakwan punya, buat apa buat semak kat bilik Along pula?"


"Itu Along punya." Pendek jawapan Pia. Amar Zafran menganga. Biar betul?



Masuk dalam bilik, dia hempas badan ke katil, pandang beg-beg berisi barang yang Pia cakap barang dia tadi. Di tarik semua beg ke arah dia atas katil. Beg warna coklat ditarik. Huh? Belt Dunhill?? Biar betik Pia ni???

Beg warna merah pula ditarik. Wallet? Terus beg yang terakhir ditarik rakus. Kain pasang kelabu dengan hijau pucuk pisang???? Pia!!!! I'm kidding! Ya ALLAH...boleh budak ni pergi beli segala benda yang diminta luar alam tu kat dia?

Tapi malam tu juga wallet bertukar, yang lama disimpan rapi. Sebab Pia juga yang bagi, yang baru diletak di meja. Kain pasang diletak dalam beg plastik untuk diupah.Tali pinggang lama dah berganti baru tersangkut kemas di sebelah pintu bilik. Dan dialah manusia paling unik sekali, sebab malam tu dia tidur sambil tarik sengih sampai telinga.


notakaki: entri lambat tahap siput sebab kita bZZZZZ gilaaaa! Sebab tempat kerja pindah gi tempat baru..maaf sekalian (ayat macam beratus org baca entri kita...miahhaha)

Labels:

Anonymous mar_chan said...

kak keenaaaaa... nak lagiiii.. hahahaha..
"along mintak dgn kak pia macam along yang nak kawen dgn kak pia." muahaha.. ye lah tu. along nak kawen ngn pia la tuuuu. :p

 
Blogger Unknown said...

confuse la. taktau nak sokong zakwan ke along. tp mcm nak berat ke along :O

 
Blogger amirahzainal said...

baiknye along nie..
jeles kat pia sbb along suke pia. hahaha..

 
Anonymous diari neesa said...

sapa sebenarnya yg akan kawen dgn pia?jeng...heng...jeng...

 
Blogger Lieynaim mohd noor said...

ala alonh nie sayang sgt dgn pia...
walau hati 2 sakit tetap boleh senyum lagi 2.
hheheheheh semoga along tabah

 
Anonymous Anonymous said...

along tu ada hati kat pia ke? mcm je..
tq cik writer..lmbt tp i tunggu n3 ni

 
Blogger Kak Sue said...

Kak Sue rasa Along yang akan kahwin denagn Pia kan????..... betul kata Aiman ... Along minta barang macam Along pula nak bertunang dengan kak Pia kan????..... dalam hati Along mesti cakap tahu x apakan .....hehehe

 
Blogger miss L said...

senget along tdo sengih sampai telinga..hahaha...

something happen to zakwan ke nnt, then along ganti tempat dia??hehehe...

 
Blogger sAkEeNa said...

tgk dalam 2 days mcm tu.. :P

 
Blogger sAkEeNa said...

tgk sape menang..kita sokong yg itulah..hahah :D kidding.

 
Blogger sAkEeNa said...

ehhh..awak kekasih gelap amar zafran kee??sorry.. :P

 
Blogger sAkEeNa said...

jenggg...jenggg...jenggg...awak rase?

 
Blogger sAkEeNa said...

dai mmg tabah...we'll see...hihi :)

 
Blogger sAkEeNa said...

haha...kn?mcm siput...n kekura..ahahaa..

 
Blogger sAkEeNa said...

along demand lebih tu kak sue..ngengada..hahaha

 
Blogger sAkEeNa said...

nasib baik boleh tarik balik macm biasa...buatnya sengih tu tak boleh kembali ke bntuk asal..tak ke baru..hahaha

 
Blogger AnakPakZohar said...

wah, semua cakap along yang kawen dengan pia yek.. hukhuk....

kemain demand along... kalahkan orang perempuan langkah bendul.. =="

 
Blogger sAkEeNa said...

hahaha...kita tunggu... (",)

 

Post a Comment

<$CommentPager$>
<$I18NCommentAuthorSaid$>

<$BlogCommentBody$>

<$BlogCommentDeleteIcon$>
<$CommentPager$>

<$BlogItemCreate$>