Sayang sayang semua...I've to stop PIA at this point. Publisher told me to focus on my manuscript...insyaALLAH, we'll meet PIA on printed version..pray for me, pray for the great idea to come, and may ALLAH put everything at ease.. ^^v >> and insyaALLAH, the next entry will be AWAK?!
mY wOndErWaLL
WELCOME!comel tak blog baru kite??hihi...i really hope after this I'll extra spirit to update new entry...bcoz I really love this cute skin! ^^
MAY
ALLAH,bless,you
nAviGate?

Profile Blog Links Joined Credits
I am ME
writing and reading are part of me. bla..bla..bla..okayy sebab I love talking+merapu+gelak tak ingat dunia. so fullstop! ^^

FriEndS + faCebOoking
Sakeena Wonderwall

Create Your Badge
SpiLL
Daily Reads
EDNIN | DENA | Dr. CINTA | Yasmin Mogahed | 7sW

Rotten Things
April 2011 | May 2011 | June 2011 | July 2011 | August 2011 | September 2011 | January 2012 | February 2012 | March 2012 | May 2012 | June 2012 | July 2012 | August 2012 | September 2012 | October 2012 | November 2012 | December 2012 | January 2013 | April 2013 |

pia 6
pia 5
pia 4
pia 3
pia 2
pia 1
pia (prolog)
bismillahirrahmanirrahim...
hospital instruments
NEED YOUR FAVOR

mAsTerPieCe?? HAHA :P
Links

pia 7
Written at Monday, June 25, 2012 | back to top

"Abah, lepas ni memang Along dah tak boleh balik tiap-tiap minggu kot?" Amar Zafran angkat gelas tinggi tu ke mulut, air oren disisipnya sedikit. 

Encik Ahmad tengok muka dia semacam. "Dah kenapa?" Dia pandang muka Amar Zafran. Amar Zafran sengih. "Tak...kat KL sana banyak kerja bah, hari tu projek baru ada tiga, dekat Klang, Damansara dengan Puchong, dah tu pulak, rumah yang Along baru beli tu, nak kena ubahsuai."

"Owh, rumah dua unit yang Along beli tu?" Amar Zafran kelihatan mengangguk. "Tapi, ishaALLAH abah, Along balik dua minggu sekali, sebab nak jugak tengok keadaan ayah tu. Abah tau kan? Ayah tu tak berapa nak sihat?" 

Encik Ahmad mengangguk kecil. "Pia tu?" Puan Baya bersuara bila lihat suaminya mengangguk kepala. Amar Zafran tergelak kecil. "Pia tu, biaq kat dialah."

Puan Baya dah menggeleng-geleng kepala. "Itu sengaja nak cari pasallah tu." Amar Zafran tersengih.

"Tak adalah bu, Along punya projek dekat Perlis tu pun masih jalan lagi, lagipun Pia tinggal satu semester aje lagi."

"So?" Serentak suami-isteri tu bertanya. "So,bolehlah Along lawat Pia, sambil-sambil tengokkan projek  rumah teres setingkat tu."

Bihun disuap ke dalam mulut. "Ibu, ni ho-liao tau tak? Fuh! Sana tak dapat ni bihun sup utara yummeh macam ni!" Puan Baya tersenyum. Senang. "Ni, kalau Pia tau ni, Aiman pun tau ni, habislah ibu kena hentam, tak tunggu dia orang balik, kamu dah melantak dulu."

"Ala, standard la bu, budak-budak study memang macam tu, tengok Along dulu, masa kat Jepun, kan ke Along dengki bila ibu masak sedap-sedap untuk budak-budak tu? Kan? Kan?" Mangkuk bihun sup di hadapan dah makin berkurangan isinya. Dia pandang Puan Baya.

"Nak lagilah tu." Encik Ahmad bersuara. Amar Zafran dah garu kepala, abah ni...sedap kot. "HEHEHE.."

"Masuk ni dah tiga mangkuk tahu? Kamu ni bismillah ke tak? Makan macam harimau lapar." Dia pandang ibu yang dah tarik mangkuk menuju ke dapur, tambahkan bihun untuk dia. Tinggal abah dengan dia dekat meja ni.

"Along ingat kita pergi jenguklah kejap budak Aiman tu, kesian dia asyik-asyik kita pergi tengok Pia aje." Tiba-tiba dia rasa teringin nak pergi lawat Aiman hari ni.

"Eloklah tu, kalau Along tak jak tadi, memang ibu nak pergi dengan abah aje." Puan Baya muncul dari dapur menatang mangkuk bihun sup.

"Huh? Abah? Drive?" Dia pandang muka abah dia yang dah menjungkit kening berkali-kali tu. "Tak payahlah, ibu tak ingat ke abah kena speed trap masa nak jenguk Along kat KL dua tahun lepas? Kalau sekeping Along hadap lagi, ni sampai empat keping...jangan haraplah Along nak bagi abah ni bawak kereta jauh-jauh." Ibu dia dah gelak terkekeh-kekeh.

"Kalau Along jadi ibu ni, Along memang tarik balik la lesen memandu abah ni, drift atas highway apa?"

"Allah, abah pun pernah muda la, jiwa muda tu tetap ada, dulu nak lumba motor tak ada motor, sekarang kira take revenge la, tak boleh bawak motor zaman muda-mudi."

"Kan main lagi tu, abah ni kan...." Dia nampak muka abah dia dah tersenyum-senyum, dia pun gelak sekali. Sekali jumpa, memang tak sah kalau tak bergaduh main-main dengan abah. Sebab abah ni jenis suka mengusik. Rasa ceria bila abah ada dengan dia.

*****

"Lepas ni Along jarang balik sini lagi dah, Pia kena jaga diri. Makan tengahari tu jangan nak skip aje. Bila cakap degil, marah pulak." Tangan pantas memusing stereng kereta masuk ke kawasan Restoran Hanie Tomyam tu.

"Ala, kenapa pulak??" Pia mencebik. "Pasal banyak kerjalah budak oi...bukan Along sengaja taknak balik, susah jugak nak cakap dengan budak umur dua puluh tahun ni kan?"

"Along ni, Pia simbah dengan tomyam tu karang."

"Jom, makan. Along memang lapar tahap tak ingat dah ni." Dia abaikan ugutan Pia.

"Along, Pia nak ke ladies kejap, tolong jagakan beg." Pia dah bangun ke tandas, telefon bimbit di tinggal atas meja makan. Dia hanya memandang figura Pia yang tengah berjalan tu. Tiba-tiba telinga pantas menangkap bunyi telefon. Dia pandang telefon Pia atas meja. Melalak-lalak minta diangkat.

Dia capai telefon yang tengah berdering tu. RZ? Huh? "Assalamualaikum?" Salam diberi kepada si pemanggil.

"Waalaikumussalam...Sofea?"

"Eh, no..this is not Sofea. Wanna talk to her?"

"Err..yeah! May I?"

"No, she's not here, can you call back later? We're gonna have our lunch."

"Oohh..o-kay. By the way, who is this actually?"


Amar Zafran pandang telefon di tangan. Amboi! Aku pun kau nak tau siapa? "Excuse me?"

"Naa..just asking."


"I'm her bodyguard."


"What???" Suara di hujung talian kedengaran sedikit terjerit.

"Why? I mean, I was her brother,her bodyguard. Any prob?"


"N....n..no..ok, bye." Talian sebelah sana terus senyap. Dia pandang telefon. Apahal mamat ni macam terkejut beruk bila dia cakap, dia bodyguard Pia?

"Alleluia! Hello??" Amar Zafran angkat kepala. Pia dah kembali ke tempat duduk. "Someone called you just now." Pia agak terkejut. Hatinya mula rasa cuak semacam. "Oooo...so?"

"I told him to to call you back later." Kali ni Pia rasa dah tak boleh nak tahan riak muka dia, dengar perkataan 'him' tu pun dia dah tau, siapa gerangan yang telefon dia masa-masa sekarang ni.

"Thanks." Serenak ucapan tu keluar dari bibir, bila hidangan yang dipesan dah memenuhi meja makan.

"Si..siapa?" Pia dah masuk mode gagap dah. "RZ." Pendek jawapan Amar Zafran.

"Along, I've got something to confess." Dia hirup kuah tomyam campur tu perlahan, nikmatnya!

"What?" Amar Zafran sudu ikan masak tiga rasa masuk ke dalam pinggan. "Later." Amar Zafran hanya jungkit bahu. Masing-masing diam. Pia dalam hati dah berdebuk-debak. Ya ALLAH, selamatkanlah dia dan lembutkanlah hati Along kejap lagi.

Tisu serviette dicapai, dan ditenyeh pada bibir yang kemerahan. Dia sabar menanti Pia habis makan.

"Ok, your confession?"

"Janji tak marah Pia?" Pia dekatkan jari telunjuk dan jari tengah ke dada. Amar Zafran juga sama. "Janji."

"Okay...Along tau kan, RZ telefon tadi."

"Okay." Habis? "RZ is equal to Reza Zakwan. You know him right?" Muka Along dia di pandang. Dia nampak riak muka Along berubah.

"Kenal. Sangat."

"Err.. Pia..Pia dengan Zakwan tu...errr..." Amar Zafran kerutkan kening. "Err..err..err apa?" Tak fahamlah dengan bahasa Pia ni.

"You know, me and him..we..we are...you know...something like..err.."

"Enemy?"

"No! No! Err..we..now..we are.." Dia mainkan jari-jemari sendiri. "Come on Pia, don't waste my time on this." Amar Zafran menyisip air laici di dalam gelas tinggi yang masih banyak.

"We-are-couple." Lurus! Pia sedut air tembikai dalam gelas.

Uhuk! Uhuk! "What???!!!!" Kalau tadi si RZ yang terjerit, kali ni giliran dia sendiri.

Uhuk! Uhuk! Kali ni giliran Pia tersedak air. "Naa.. I mean, err..when? When? Since when?" Kalut dia betulkan soalan. Dia tengok Pia menekur ke lantai.

"Two months ago?" Perlahan bait-bait perkataan tu diluahkan dari bibir dengan berhati-hati.

"Oohh..." Pendek jawapan Amar Zafran. Menutup kejutan yang masing belum hilang. "Along, okay ke? Kalau Pia dengan Zakwan?" Teragak-agak soalan itu ditanya.

Amar Zafran tarik senyum sampai telinga. "It's okay with me, as long as he can be your leader." Hidung terasa berair dan pedih bila tersedak air laici tadi.

"Leader? You mean?"

"Yeah! Why not? If he can lead you straight to heaven? But if he cannot, just leave him, try to find someone better? Got that?" Dia pandang terus ke mata Pia yang dah berkaca-kaca bila dengar ungkapan yang keluar dari mulut dia.

"Al..long..."

"Yes?" Pendek dia bertanya. "If I can hug you, I'll hug you at this moment." Air jernih dah berkumpul dia tubir mata. Amar Zafran terdiam. Kaku. Lama-kelamaan diukir juga senyum di bibir.

"Dah...jom balik. Dah lewat." Dia bangun. Pia turut bangun. Sama-sama melangkah ke kereta yang diparkir di hadapan restoran selepas menjelaskan bil.

*****

Pembaris panjang diambil dari rak buku, kertas berwarna-warni itu dibahagi kepada empat bahagian. Dia memandang Aisha diatas katil sekilas. Sempat lagi tu minah ni melayan novel segala. Esok bukan kuiz ke?

"Wafa Aisha!" Si teman mengangkat sedikit kepala. "Anything?" Pendek dia bertanya.

"Kau tu, esok kuiz kan?? Kenapa macam rileks habisan, macam lepak kat PD je gaya aku tengok kau ni?" Pia garu kepala, sungguh santai sekali member aku ni, padahal esok subjek tahap membunuh punya kuiz, Electronic Circuits! Nak mati?

"Kau pergi mana petang tadi?" Mata Aisha masih fokus ke dada buku setebal dua inci itu. Pia urut dahi memikir.

"RZ teman aku kat library kot?"

"HAAA...betullah tu, masa tu aku study bagai nak rak tahu? Duduk dekat kubikel sorang-sorang macam orang gila, yang orang tu pulak menyengih memanjang."

"Kau kat sana jugak??" Aisha mengangguk. Masing-masing terdiam.

"Sha..."

"Hmmm...."

"Aku dah cakap dengan Along pasal relationship aku tu." Aisha yang tengah khusyuk, terus tutup buku dua inci yang tajuk dia Pia tak tahu.

"Eyyyy...meletup tak?" Teruja betul member dia ni. "Apahal aku tengok kau teruja lebih macam baru dapat result four flat ni?"

"Kau ni...."

"Along...dia okay, cuma dia nak aku pastikan yang si RZ tu, boleh lead aku." Aisha terlopong. "Itu aje?"

"Itu aje." Tapi kan, kenapa Along diam masa balik dari makan tu? Dia ingat lagi, Along tak bercakap sepatah pun dengan dia. Mungkin sebab Along memang dah senaraihitamkan si RZ tu untuk jadi brother in-law dia. Ke memang Along anti si RZ? Takpun, Along memang sakit hati lagi sebab Zakwan sentuh dia hari tu?

Telefon yang berdering tu buatkan dia tersentak. Terkejut. "Siapalah pulak yang rajin telefon ni?" Dia pandang nama si pemanggil, RZ!

"Assalamualikum..hello?"

"Waalaikumussalam..ye sayang." Talian sebelah sana bersambut.

"Kenapa?"

"Boleh turun kafe kejap tak?" Pia pandang muka jam yang terletak atas meja. Sembilan setengah minit malam. Agak lewat.

"No, sorry." Tak elok anak dara duk berdating waktu-waktu macam ni.

"O..it's okay, takpe, cuma nak bagitau, esok malam saya kena pergi Dubai, ada conference dengan branch sana."

"Oooo..okay."

"Tak rindu?"

Pia tergeleng-geleng kepala. Tapi dalam hati, berbunga aje. "Takpe, saya doakan perjalanan awak. InshaALLAH."

"Yelah...eh, lupa nak cakap. Dua minggu lepas, Along ada datang jumpa saya."

Kali ni Pia rasa nak masuk dalam lokar, kunci dari dalam. Kenapa pulak? "Along pukul awak ke?"

Reza Zakwan tergelak sebelah sana. "Tak adalah, dia siap ajak pergi minum-minum lagi. Saya pun terkejut. Tapi dia kasi amaran, suruh jaga awak elok-elok."

"Alhamdulillah..." Hanya itu, perkataan keramat itu diungkapkan dari bibir. Syukurlah, Along boleh terima Zakwan.

"Okay, gotta go now, nanti terlepas flight. Tiga jam kot nak sampai Penang."

"Okay, take care, assalamualaikum."

"You too sayang, waalaikumussalam."

Telefon diletak kembali ketempat asal. Nafas berat dihela, terasa ringan kepala dia, bila Zakwan cakap pasal Along tadi.

"Shaaa..."

"Yes!"

"Aku nak peluk kau..." Terus dipeluk erat kawan di sebelah, habis senget-benget tocang ekor kuda Aisha.

"Kenapa kau ni?" Aisha buat muka pelik. "Along...dia jumpa Zakwan..."

"Really? Habis? Patah riuk pulak?"

"Hisy! Along...dia baik aje dengan Zakwan." Leganya! "Syukurlah, maknanya lepas ni, tak adalah bom jangka tu nak berdetik sampai tinggal kosong."

Dua-dua dah ketawa. Bahagia.



Labels:

Anonymous mar_chan said...

kak keenaaaaa...
nak lagiiii.. hehehe.. :D

 
Blogger nzlyna'im said...

hahahahah along... lebiu la...heehhe

 
Anonymous miss L said...

along memendam perasaan kah???huhu...
sian along...

RZ, u better watch out...salah sket mesti kne dgn along...hahahaha...

 
Blogger sue said...

kasihan along.... sedih lah pulak .... along pendam perasaan ni... along seorang yang terlalu ambil berat tentang Pia....
RZ kalau buat x betul pada Pia rasanya patah riuk Along kerjakan.... hahaha ....

 
Blogger sAkEeNa said...

ZM: hahhahaah...yela2..tgh usaha ni

 
Blogger sAkEeNa said...

along said: lebiu tooo...ahah

 
Blogger sAkEeNa said...

tau xpe..garang along ni..nk brtumbuk je kejenya

 
Blogger sAkEeNa said...

haha...tgklah along mengamuk nnti..habislah zakwan

 

Post a Comment

<$CommentPager$>
<$I18NCommentAuthorSaid$>

<$BlogCommentBody$>

<$BlogCommentDeleteIcon$>
<$CommentPager$>

<$BlogItemCreate$>