Beg bimbit yang berisi pakaian
diletak kasar atas katil. Pia ke muka pintu, matanya meliar ke segenap ruang
rumah. Dada dah terasa berombak tahan amarah.
“Alonggggggggg!!!” Terus tuan
punya badan yang dicari dilaungkan namanya sekuat hati. Dia labuhkan punggung
ke kerusi meja makan. Pelipis di picit kuat.
Masalah negara aku ni. Along ni kan? Bukan dah
pesan ke? Jangan cari pasal dengan anak Dato’ tu? Kan dah timbul masalah.
Buatnya budak tu nak sue Along kat
mahkamah? Berzillion-zillion? Nak buat macam mana? Terjun gunung Everest? Haiz!
5 minit.
10 minit.
Tuan punya badan terpisat-pisat
keluar dari bilik. “Apahal Pia ni? Balik aje dah jerit-jerit nama Along? Rindu
sangat dah?” Kerusi meja makan di tarik.
Cucur badak segera yang berbaki, masa ibu goreng pagi tadi dicapai. Ngap!
Tiba-tiba dia terperasan muka si Zara Sofea tu dah macam tertelan badak air
sekor.
“Ni apahal macam masalah krisis
air kat Zimbabwe ni?” Ngap lagi. Dia terasa nikmat bila cucur badak yang dah
sejuk tu, meniti kerongkong turun ke perut.
“Ambil air kejap, tercekik ni!”
Langsung Pia bangun ke peti sejuk ambil air. Tuang dalam gelas tinggi. Bagi kat
Along yang muka dah memerah tercekik cucur badak.
Along capai air dari tangan Pia,
kalut. Gelas di rapatkan ke bibir. “Alhamdulillah... sikit lagi.” Pia tak
bantah. Di tuang juga air dalam gelas Along tu. Padahal rasa nak genggam gelas
tu, kasi pecah.
“Along, Pia dengar cerita Along
tumbuk someone, betul ke?” Tersembur
air yang dekat-dekat nak sampai ke kerongkong tu. Terasa pedih hidung.
“Mana Pia dengar cerita merapu
ni?” Air yang penuh di pipi dikesat dengan tangan. Sungguh dia terkejut. Macam
mana Pia boleh tau yang dia tumbuk si Reza Zakwan tu? Mad? Ahmad punya kerja
ke?
“Merapu? Tapi kan Long, mangsa
kejadian sendiri cakap dengan Pia tau?” Selamba Pia capai cucur badak yang
berbaki sebiji tu, gigit, kunyah perlahan dengan muka tanpa riak.
“Err...Along buat sikit je kot?”
“So, betullah? Along buat??!!”
Pia dah bangun dari kerusi. Muka si Amar Zafran tak tertafsir riak.
Along diam. “Sikit Along cakap?
Sampai his eyes got bruised macam
pakai Revlon punya eye shadow? Macam
tu ke Along cakap sikit?”
“Yang Pia nak bela dia sangat tu
kenapa? Pia suka dia? Pia dah fall for
him ke?” Kali ni Along bangun juga dari kerusi. Dia pulak yang hot,sebab apa?
Sebab Pia macam tengah bela mamat yang sentuh tangan dia tu.
Terbeliak mata Pia bila Along
cakap macam tu. “Hell, no!”
“Tau kenapa Pia geram sangat?
Sebab dia cakap kuat-kuat kat lobi fakulti macam ni ‘Zara Sofea...abang awak tumbuk saya kat rumah saya, dalam kereta, dan
ugut saya’. Dia cakap macam tu Long, satu lobi kat fakulti tu boleh dengar
apa yang dia cakap.”
“Pia, Along just warned him. Tu aje.” Perasaan bersalah dah mula melingkar
dalam hati.
“Pia dah pesan dengan Along kan?
Along...Pia tak kesah kalau Along nak ugut dia, tapi takkan sampai bertumbuk?”
“Bukan bertumbuk.” Pendek.
“Dah tu??”
“Along yang tumbuk dia, dan dia
lelaki yang lembik, sebab dia tak tumbuk Along balik.”
“Lantaklah! Yang Pia tahu
sekarang ni, Along dah runtuhkan kepercayaan Pia kat Along. You’ve ruined everything Along. Everything.
Fullstop. And it’s totally devastated.”
Diam. Tak berkutik walau sedikit.
Tapi dia perasan satu, muka Along macam stress sangat.
“Macam mana kalau dia sue Along?
Berjuta-juta? Along mampu nak bayar? Along sedar tak yang dia tu berpengaruh?
Setakat nak ulang-alik KL- Perlis tu macam Baling-Kulim je hari-hari naik flight?”
“Lantaklah!! Yang penting Along
dah jalankan tanggungjawab Along! Dan dia takkan berani sentuh Pia lagi.”
“Yang Along nak marah sangat ni
kenapa?” Dada Pia berombak-ombak. Tahan tangis. Sampai hati Along.
Along berdiri depan dia.
Betul-betul depan dia. Sekaki dari dia. Dan setahu dia, Along tak pernah
berdiri terlalu dekat dengan dia.
Dia menginjak sedikit ke
belakang. Along bukan muhrim dia. Along terduduk depan dia. Melutut.
“Maafkan Along kalau tu dah buat
Pia sakit hati...Along sanggup buat apa aje Pia, asalkan Pia selamat.”
Tiba-tiba si Amar Zafran terasa diri dia ah emosional lebih.
“Along tau, Along tak berhak pun...sebab
Along bukan abang kandung Pia pun kan?” Jari-jemari dilarikan di celah rambut.
“Along...”
“Ibu...abah...”
*****
Ombak yang memukul pasir pantai
direnung. Jauh. Mata dipejam rapat. Apa aku dah buat ni? Hah? Amar Zafran?
Kepala dah weng? Kanvas yang ada depan mata masih bersih. Berus di tenyeh
sedikit pada kanvas, kesan ungu cair kelihatan.
Keluhan berat dilepas.
“Arghhhh!!!!! Kau dah lebihlah Amar Zafran!! Over limit! Kau tak paham ke???” Jeritan tu membuatkan orang
sekeliling pandang dia semacam.
“Apa tengok-tengok? Nak jerit
sekali buatlah, pandang-pandang buat apa? Buat dosa?” Selamba ditanya pada
kanvas putih depan mata.
Matanya dipejam seketika...wajah
yang dia rindu menjelma depan mata. Gadis tu cantik. Sangat. Kenangan lama tu
masih kuat melekat dalam kepala.
Dia buka mata, terus berus
pelbagai saiz tu dilarikan ke atas kanvas putih yang dah tercalit warna ungu
cair tu. Sampai akhir hayat saya cintakan awak. Tak ada orang lain wak...
Dibiarkan lukisan cat minyak yang
dah siap setengah jam lalu tu kering sambil dia renung dekat-dekat nak tembus.
Gadis bertudung sekolah siap dengan lencana tu dipandang sayu.
“Sampai bila kita nak macam ni
awak?” Dan dia rasa dialah orang paling bodoh sekarang ni. Cakap dengan
lukisan. Gambar gadis bertudung yang kalau boleh hari-hari dia nak lukis, sebab
dia hanya hidup dengan benda satu tu. Kenangan terindah masa zaman dia
riang-ria dengan gadis yang jauh
dari dia sekarang.
“Kita jauh...sangat jauh...sebab
masa silam tu saya tak dapat putar balik. Sungguh. Kalau ada mesin doraemon,
mesin tu benar-benar wujud. Saya akan cakap yang saya cintakan awak. Sampai
saat nafas terakhir saya.” Perlahan bait-bait ayat tu meniti bibir.
Galaxy S II dikeluarkan dari
poket. Buang power ditekan. Sebab dah
seminggu telefon tu di matikan. Nombor teman paling rapat tu di dail.
“Assalamualaikum...hola! Bro Adi! Sibuk?”
“Tak delah, apahal? Aku tengah
membuta kot, kau telefon ni.”
“Jom pekena1 mi udang nak?”
“Hah? Wei, terbukak selera aku ni, nak makan kat mana?”
“Pantai la...aku kat pantai ni.”
“Hegeh! Awat hang tak habaq awai?”
“Amboi, sebut mi udang, teruih2 hang cakap bahasa ibunda hang
noo?”
Talian sebelah sana dah dengar
ketawa mengilai. “Gelak macam hantu.”
“Hang pun sama, kata aku, kau-aku ni kira plastik ja, nak kabuqkan3 mata oghang4 kata kita ni buleh cakap KL kan? HAHAHHAHAA!”
“Tau tak pa. Jom, nak pi dak?”
“ON, sat aku pi mandi sat noo.”
“Orait, aku tunggu kedai besa5 kita makan la nah.”
“Aye aye sir.” Telefon dimasukkan kembali dalam poket seluar khaki
berwarna coklat muda tu lepas dia off kan
balik.
*****
“Tu diaa....awat belemoih6
sangat hang ni?” Terbeliak mata Adi
tengok baju Amar Zafran bertompok-tompok.
“Benda besa la ni...adik!” Tangan
di gawangkan ke udara panggil pelayan restoran.
“Tak lain la ni, hang mesti pi melukih7 kan?”
“Tau tak pa, kan melukis tu
hilangkan stress aku ni.”
Adi mengangguk. Masalah la ni.
Tak habis-habis. “Pasai pa pulak kali ni? Haa...biaq8 aku teka, mesti adik hang kan?”
“Pandai hang kan? Tak dak
apalah...benda kecik ja.”
“Awatnya?”
“Dia marah aku...”
“Pasai?”
“Aku...” Terus dibuka hikayat
Malim Deman dekat si Adi. Lantaklah Adi nak hentam dia, nak gari dia kat sini
pun sebab dia tumbuk si Reza tu. Tak tinggal parut pun kat dia, yang dia tau,
Pia selamat. Tu aje.
“Hang pi bagi muka dia pecah tu buat apa?”
“Mana ada pecah, sikit ja kot?”
Kuah mi udang tu dihirup nikmat. “Sikit hang kata, lebam kot?”
“Sikitlah tu.” Burrpppp!
“Alhamdulillah hillazi...” Doa selepas makan dibaca. “Aku gerak balik dulu la,
sebab nak kemas barang.”
“Kemas barang?” Amar Zafran
mengangguk. Adi muka pelik. Kemas barang nak kemana?
“Pi mana?”
“Aku stay kat resort ni, dah seminggu.”
“Gila...parah hang ni.”
“Dah dia kata dia benci aku...”
Kertas yang tertulis harga mi udang untuk dua orang makan tu ditarik
masuk
poket, dia bangun berlalu ke kaunter.
“Lepaih9 tu? Hang nak duk mana pulak ni?”
“Balik rumah kot, tak pun aku stay rumah ayah Aji.” Dia berjalan
menuju ke kereta yang di parkir dekat tepi jalan sana.
Ayah Aji, ustaz yang ajar dia
mengaji masa kecil dulu. Yang selalu dia temankan kemana-mana sebab mata Ayah
Aji kena katarak sampai buta sebelah. Jadi, dia tak berapa nak nampak. Hujung
minggu wajib sehari dia stay kat
rumah Ayah Aji, sebab orang tua tu tinggal sorang. Anak-anak semua jenis tak
ambil peduli.
“Aku pun tak tau dah nak buat apa
hampa ni, tapi ni kes paling teruk kot?” Si Amar Zafran mengangguk.
“Aku chow dulu, thanks.”
“Okay, thanks jugak sebab jamu
perut aku ni.” Adi mengusap perut dia. Amar Zafran gelak.
Kereta di parkir di tempat letak
kereta resort. Kaki bergerak menuju ke chalet yang disewa. Barang-barang yang
dah dikemas dalam travel backpack
ditarik letak ke bahu.
“Adik, nak check out.”
“Dah taknak stay dah abang?”
Budak dekat kaunter tu bertanya.
“Cukup dah kot?” Dia gelak. “Err,
bang nak tanya boleh?”
“Apa?”
“Abang ni, pelukis ka? Kami dua
ni selalu tengok abang usung kanvas tu pi balik ke tepi pantai tu
hari-hari.”
“Isk, mana ada, tu nama dia hobi
masa lapang.” Senyum segaris diukir di bibir.
“Abang tak mau jual ka lukisan
tu? Kami rasa boleh bukak galeri apa, kalau abang himpun, lawa-lawa semua yang
abang lukis.” Ramah sungguh budak ni. Layan ajelah.
“Tak terniatlah pulak nak himpun
pi buat pameran, lepas tu jual pulak.”
“Boleh abang, kalau nak kami pun
boleh tolong arrange kat sini, sebab
sini banyak tourist, yang selalu
datang beli lukisan lawa-lawa macam tu.” Budak yang lagi sorang bertutur pula.
“Macam-macamlah kau orang ni,
abang mana ada duit nak sewa galeri bagai.”
“Amboi..tengok jam dengan kereta
pun tau kata kaya.” Terus terburai ketawa si Amar Zafran melayan budak penjaga
kaunter tu.
“Bagilah contact number nanti
kalau ada rezeki, abang memang nak jual semua ni, abang contact.”
“Orait!” Kad dihulur. Amar Zafran
sambut kad tu. “Eh! Eh! Bang, kejap. Lagi satu, gambar perempuan yang abang
selalu lukis cantik-cantik tu siapa?”
Hah? Yang tu pun korang teropong
ke? “Awek.” Pendek. Ringkas. Difahami.
Budak berdua tu gelak.
“Okay, chow dulu.
Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
*****
“Assalamualaikum, ayah...ayah.”
Salam diberi depan rumah papan yang bercat ungu muda tu. Dan dialah tukang cat
yang mengupah segala pekerja termasuk dia, mengecat rumah.
“Waalaikumussalam, Zafran, ayah
kat atas ni, naiklah.”
“Ayah, ayah sihat?” Ayah Aji.
Tangan Ayah Aji dicapai. Dicium.
“Ayah sihat. Kamu?”
“Sihat...ayah dah makan?” Dia
renung muka Ayah Aji sepenuh hati. Kenapalah anak-anak dia taknak ambil peduli
pasal ayah sendiri? Dia yang tak kenal bapa kandung sendiri pun sanggup jaga
Ayah Aji, walaupun sedikit pun tiada pertalian darah.
“Kenapa? Kamu nak masakkan untuk
ayah?” Lelaki berjubah putih tu bersuara. Pelahan. Kitab yang ada di atas meja
kecil di depan duduk silanya ditutup.
“Yang nama Zafran ni ayah, kalau bab
masak memang rentunglah.” Terus lelaki itu gelak perlahan. Tak sekuat Amar
Zafran.
“Kitab apa ni ayah?” Kitab
sebesar kertas A4 tu, dibelek.
“Kitab pasal hari pembalasan.
Ayah ni tulisan jawi je pandai baca.”
“Tau...nanti Zaf pi cari kat
mana-mana bagi ayah. Ni Zaf ada beli TV,esok sampai, dengan DVD player sekali.
Nanti boleh kita tengok ceramah agama dua orang.”
“Benda apa BDB tu?”
“DVD la yah, Zaf nak cakap pun
tak tahu, esok kita tengok macam mana.”
“Yelah...Zafran, banyak sangat
benda yang kamu bagi ayah, tak terbalas ayah nanti.”
“MasyaALLAH, bila yang Zaf suruh
ayah bayar balik semua. Zaf buat semata-mata kerana ALLAH,
untuk ayah.” Bahu
lelaki berjubah putih tu diusap perlahan.
“Zaf sayang ayah...sebab Zaf rasa
yang Zaf ni macam ada ayah, dua orang ayah yang terbaik kat dunia ni.” Terasa
sebab membuku di dada.
“Ayah rasa macam ayah ada...anak
yang paling menyayangi ayah, dari kecil sampai besar.” Terus dipeluk Ayah Aji
erat. Ayah...
“Jom, kita makan kat kedai depan
tu, Zaf bawa ayah, Zaf tau, ayah tunggu Zaf kan?”
“Yelah. Ayah ambil tongkat.”
“Tak payahlah, Zaf pimpin ayah,
macam dulu, macam selalu.” Dan lelaki berdua itu, mengukir senyuman manis. Ini
ayahku, sana juga ayahku...walau apa pun yang terjadi. Syukur. Kerana Engkau
memberikan yang terbaik di celah-celah masalah yang kusut ini ya ALLAH. Mereka
anugerah terindah.
P/S: Nak belajar bahasa utara???
Rujuk bawah...kalau ada yang tak paham..hihi
1.
pekena - makan,
layan...err sukar nak terangkan dengan kata-kata..ekekeke
2.
teruih – terus
3.
kabuqkan – kaburkan
4.
oghang – orang
5.
besa – biasa
6.
belemoih – waa...yang ni orang KL tak lepas lg
sebut...hihi..maksud dia COMOT.
7.
Melukih – melukis
8.
Biaq – biar
9.
Lepaih - lepas
Labels: pia
Ngaaaaaaaaa i can see where this cerita ohsem is headinggg..... x dpt nak cup along dah :'(
kak keena, msti u rse nak bling ai dgn novel tebal sbb ai demand! hahahaah peace kacang pis akk!! ngehngehngeh
sukeeeeeee >.< nak lagi! I lap along tau!!!
-joenyz menawan <3
Aloooongggg~~ i suke betul lah kalau org yg berseni2 ni. hoho..
kak keenaaaaa.... nak lagi. hoho..
along suka pia ke???no wonder dia sgt protective...hehehe...
along love pia..patut protect sgt pun..pia nie xda rASE KE..
ekeke...ckp nk sgt..silakan ambil..hahah..tumpg dia tgh free tu kn?
>
hahaha...u mint org seni ke??okay..sila brebut dgn yani..hahaha
tu awek lama along...hihi..tunggu n3 pasni..baru tau sape yg along xleh lupa tu...
pia tu jenis..errr..hmmm..unfeeling?? kot? hihi
akak , orang tak boleh dah nak teka sape hero of the story. Reza Zakwan atau Amar Zafran.
tapi saya prefer Amar Zafran. sweet habeh :D
u think?heehe...preferably la..amar zafran tu? tapi tak kerek ke? hihiih
Kak Sue rasa mesti Heronya Amar Zafran kan... sebab tengok dia cara ambil berat pada Pia x macam seorang abang ja.... kasih ku pendam dalam diam....hehehe
kak sue ni mmg terer la..mcm pia..bab2 predict ni..heheh..sbb kak sue terer.. keena bg bunga eh.. @>;----- nah! + sengih lebar kat kak sue :D hehehe
..err,amar zafran tu kacak x,ke ganteng mcm abg jiho gak?..rase nk suke dia ketat2 lar!..
that
s y i didn't describe him perfectly..kalu nk bygkan oh ji ho ke...kwon sang woo ke, ke apa jang keun seuk ke..up to you..hihih...sng cite..amar zafran can be anyone..u like.. ;D ..sila suke dia ktat eh!haaha...
Post a Comment