Sayang sayang semua...I've to stop PIA at this point. Publisher told me to focus on my manuscript...insyaALLAH, we'll meet PIA on printed version..pray for me, pray for the great idea to come, and may ALLAH put everything at ease.. ^^v >> and insyaALLAH, the next entry will be AWAK?!
mY wOndErWaLL
WELCOME!comel tak blog baru kite??hihi...i really hope after this I'll extra spirit to update new entry...bcoz I really love this cute skin! ^^
MAY
ALLAH,bless,you
nAviGate?

Profile Blog Links Joined Credits
I am ME
writing and reading are part of me. bla..bla..bla..okayy sebab I love talking+merapu+gelak tak ingat dunia. so fullstop! ^^

FriEndS + faCebOoking
Sakeena Wonderwall

Create Your Badge
SpiLL
Daily Reads
EDNIN | DENA | Dr. CINTA | Yasmin Mogahed | 7sW

Rotten Things
April 2011 | May 2011 | June 2011 | July 2011 | August 2011 | September 2011 | January 2012 | February 2012 | March 2012 | May 2012 | June 2012 | July 2012 | August 2012 | September 2012 | October 2012 | November 2012 | December 2012 | January 2013 | April 2013 |

pia 5
pia 4
pia 3
pia 2
pia 1
pia (prolog)
bismillahirrahmanirrahim...
hospital instruments
NEED YOUR FAVOR
awak?! - 4

mAsTerPieCe?? HAHA :P
Links

pia 6
Written at Tuesday, June 12, 2012 | back to top

Kaki diatur kemas ke lobi fakulti, punggung dilabuhkan di kerusi batu yang terdapat disitu. Ingat nak terus ke perpustakaan, cari bahan untuk assignment Elektronik. Bayang muka Aisha dicari. Tapi, lain pula yang dia nampak. 

"Mampus, bala dah datang." Dia tunduk menekur ke meja. Ya RABBI, janganlah si Reza Zakwan tu datang sini. Orang tengah ramai kot?

"Awak." Haish! Datang jugak ke?

"Buat apa kat sini?" Tangan mula sibuk mencari pen dan kertas, habuan menulis. kertas A4 dikeluarkan dari plastik jernih dalam fail. Tangannya mencatat sesuatu. 

"Saya datang nak jumpa awak." Spontan tangan yang berlari di dada kertas putih itu terhenti. Nak jumpa dia? Nak buat apa?

"Hmmm..." Pendek dijawab.  Aduh! Mati kutu dia rasa bila tiba-tiba bercakap baik pulak dengan mamat sorang ni.

Dia nampak jari-jemari Reza bermain sesama sendiri. "Saya nak ikut cakap Along awak." Huh?? Terus dia angkat muka. Along cakap apa?

"Along cakap apa?" Apa yang dihati terus keluar dari bibir. Lelaki itu tersenyum. "Bahagia saya bila dengar awak cakap dengan saya guna tone yang macam tu."

"What did he say?" Pia tak puas hati.

"He said, kalau nak berkawan, buat cara elok."

"Along, cakap macam tu?" Muka Zara Sofea riak tak percaya. "Sungguh ni?" Lagi sekali. 

"Yup! Jadi, saya datang nak cakap dengan awak."

Pia terasa muka dia panas. Apa yang si Reza ni nak cakap? "Apa?"

"Saya sukakan awak, dan ikhlas nak kawan dengan awak."

Gulp! Okay, sekarang nak buat reaksi apa ni Pia? Terjun tasik kat pokok sena nun? Buat bungee jump? Panjat pokok rambutan? O-la! Memang terbaik ayat kau ni Zakwan. Sekarang ni dia tak tahu nak tersengih ke? Gelak ke? Menangis ke? Ke nak tumbuk muka si Zakwan ni?

"Awak...saya memang tak boleh nak paksa awak berhenti sukakan saya pun." Diam. Pia tarik nafas, kumpul kekuatan yang ada.

"Jadi? Awak pun suka saya?" Zakwan tanya, nada tak sabar. Hisy! Macam budak-budak. "No, I mean, saya tak kisah awak nak kawan aje, tapi kalau nak lebih saya tak boleh." Terus-terang dia cakap, dia memang tak pandai langsung bab hati dan perasaan ni.

"Okay, pelan-pelan kita tengok how far this relationship will go." Pia menggeleng.

"Awak baliklah, saya tak selesa."

"Kenapa pulak?"

"Awak datang dengan Lamborghini kuning striking awak tu plus datang jumpa saya, saya tak selesa, sebab ramai orang pandang." Sungguh, rasanya satu lobi ni tengah pandang ke meja batu kat tempat dia duduk tu.

"Dia orang dengkilah tu." Zakwan mencebik. Pia rasa nak tepuk dahi. Ya QAYYUM, kenapa dengan dia ni? "Awak, kalau awak nak kawan dengan saya, saya ada syarat." Tiba-tiba idea tercetus.

"Anything for you dear." Uwekkk! Pia dah rasa nak muntah hijau dah sekarang.

"Simple. First, do not touch me. Second, if you wanna see me, please naik kereta biasa-biasa aje, paling biasa pun, itupun yang saya tak berapa approved, Evo putih tu aje. Third, saya takkan keluar dengan awak, whatever happen pun."

"Kereta biasa?? Takkan awak nak saya naik Inspira je wak?" Pia diam lagi. Susah berkawan dengan anak Dato' ni, mengalahkan anak sultan.

"I don't care, sebab saya taknak bila orang tengok awak, awak akan rasa riak, dan riak tu akan buatkan awak rasa bangga diri, dari perasaan bangga diri tu akan tercetus sifat sombong. Dan saya tak suka orang menyombong ni. Lagipun, rasa riak tu macam titik hitam kat hati awak, lagi banyak keriakan awak tu, lagi banyak titik hitam. Jangan dengan ALLAH pun awak nak riak bagai. Esok-esok, kain kafan kita sama aje, Lamborghini tu pun tak boleh bawak masuk kubur. Remember? I've gotta go." Terus buku-buku yang tersadai atas meja tu ditarik ke dada. Aisha kelihatan melambai-lambai di hujung koridor sana.

"Sofea!" Pia hanya mengerling pada si pemanggil yang tengah garu kepala tu dengan ekor mata. Lantak kaulah!

*****

Buku setebal tiga inci tu di tarik ke depan. Electronic Circuits. Mata pun dah terasa berpinar, kertas kosong ditarik dan pen dlarikan ke dada kertas. Mencatat maklumat penting.

"Sha.." Perlahan nama itu diseru. Lagi sekali di seru nama itu.

Diam.

"Wafa Aisha?" Pia berpaling, terus rasa nak tepuk dahi. Boleh minah ni pakai headphone sambil baca nota??

"Wei!" Rambut Aisha yang diikat ekor kuda ditarik. "Apa?" Aisha menggosok kepala yang terasa sengal.

"Aku rasa macam nak pengsan buat assignment ni tahu? Kau boleh pulak pasang volume full blast,kat headphone tu??"

"Duhh. Apahal nak pengsan bagai ni?"

"Assignment-ni-susah-tahu?" Sepatah-sepatah dia bertutur. Aisha jongket bahu. Paling semula menghadap buku. Pia juga berpaling. Keluhan berat dilepaskan.

"Pia..."

"Hmm..."

"Aku tanya kau jangan marah eh?"

"Apa dia?"

"Kau dengan Zakwan tu..err..dia tu...sekarang ni, siapa dengan kau?"

Pia tegak dikerusi. Soalan jenis apa ni? "Kawan." Ringkas sahaja jawapan dia.

"Kawan baik ke kawan istimewa?"

"Kau rasa?"

"Kawan istimewa..." Pia dah tergelak, terus bantal smiley warna kuning tu dicapai dan dibaling ke belakang. "Giloss! Mau aku kena hadap Lamborghini kuning striking dia tu hari-hari."

"Wei! Nota aku ni!"

"Lantaklah!" Pia sambung bacaan yang tertinggal di mukasurat 313 tu.

"Pia...." Suasana kembali hening. "Yuhuu!"

"Kau dengan Along?"

"Hah??" Terus kali ni dia berpaling. "Alongg?? Apa perkaitan aku dengan Along pulak?"

"Maksud aku, Along tau tak?" Fuhh! Ingatkan Aisha ni anggap dia dengan Along tu ada apa-apa. Pia! Kau pun satu, cubalah husnozhon sikit??

"Belum, Along tu bom jangka, salah timing boleh mengalahkan gempa kau tau?" Aisha dah tergelak.

"Ada ke samakan Along kau dengan bom?"

"Dah betul..." Suasana kembali hening.

"Sha...kau rasa Zakwan tu okay?" Tiba-tiba terlintas kat fikiran soalan macam gitu. Aisha tegak dikerusi.

Pia diam. Bibir diketap kuat. Dush! Dush! Rasa nak tumbuk dahi sendiri sekarang ni. Apa kau main keluar soalan luar kotak ni? Hah? Zara Sofea?

"Entah, sebab aku tak kenal dia kot? Macam ni ajelah Pia, aku rasa kau suka dia kan?"

"Siapa?" Sengaja Pia ajukan soalan yang jawapan dia sudah ada dalam hati tu. "Mamat satu nisbah seribu itulah." Pia tergelak.

"Macam mana nak tau aku suka dia ke tak?" Kali ni dia serius. Betul dia memang fail bab hati, perasaan, jiwa, jantung, raga segala ni.

"La, itu pun kau tanya aku? Kata pandai..." Aisha mencebik. "Katanya...macam tulah, tapi selalu aje aku gagal bab-bab gini." Pia garu kepala dengan penutup pen.

"Kau rasa jantung kau macam nak terkeluar tak? Masa nampak muka mamat tu?"

"Tak juga, kadang-kadang tu ye kut?" Aisha mengurut dagu. "Ritma jantung rasa berlari-lari di atas treadmill?"

KAHKAHKAH. "Kau ni! Lawaklah!" Pia betulkan suara. "Always..."

"Ya RAHMAN, betullah ni?" Pia bangun dari kerusi, berdiri di belakang sahabat dia tu. "Betul?"

"Yelah, kau suka Reza Zakwan? Anak Dato' Ismail tu?"

"Err...entah." Dia jungkit bahu. "Spill. Aku ada ni." Aisha mengurut bahu Pia perlahan. Dia tahu Pia tertekan.

"Dia ada tanya aku semalam, kau tau kan kes dekat lobi dua bulan lepas?" Aisha mengangguk. "Aku cakap, aku tak tahu."

"Lepas tu, aku rasa macam tak sangka pun ada, aku pun cepat sangat boleh suka dia dalam tempoh genap enam puluh hari ni." Kepala digaru lagi.

"Aku faham, kau takut penerimaan Along kan?" Pia angguk perlahan. "Tapi aku tetap dengan syarat aku tu."

"Tell him. That you are really into him. And tell Along, about your relationship. It's better than late, Along kau kan bom jangka?" Aisha menepuk-nepuk bahu Pia perlahan.

"I'm not ready yet."

"Be prepared, aku taknak Along meletup aje bila find out pasal ni." Pia rapatkan kepala ke meja. Sungguh, dia memang lemah bab-bab ni. Entah macam mana dia boleh terjatuh hati dan perasaan kat si Zakwan tu pun dia tak tahulah.

*****

+ can we meet?

- of course dear...where?

+ cafeteria, awak ada dekat sini kan?

- yup, sampai minggu depan

+ boleh?

- boleh...but for what?

Pia ketap bibir kuat. Nak cakap ke taknak ni? Nak cakap ke taknak ni? Dia tekan butang reply. Macam mana dia nak cakap dengan lelaki tu? Malunya, memang sungguh dia tak pernah bercinta. Tapi kali ni? Dia berhati-hati menekan butang pada telefon tu.

+ its about '?' last week.

- really? you've the right  anwser?

+ kinda..

- good..i'll be there after zohor?

+ okay...


DIA menarik kerusi biru yang berkusyen nipis tu untuk dilabuhkan punggung. Fuhh! Inhale...exhale...inhale...exhale... Dia memang lemahlah kalau bab-bab macam ni. Bagilah 100 presentation pun, memang dia takkan nervous plus gelabah segala. Dia sekarang rasa macam nak kena jerut leher punya perasaan. 

"Assalamualaikum..." Pia angkat muka, bila ada orang bagi salam. Dia pandang muka orang tu sedetik. Lepas tu tunduk balik.

"Waalaikumussalam...okay,straight...my answer is YES...and after this, saya taknak kita jumpa lagi. Cukup sekadar mesej dan panggilan telefon." Senafas dia bertutur. Fuh! Akhirnya.

Orang di depan langsung dia tak pandang. Angkat tote beg warna ungu gelap dia tu, terus blah. Tak sampai sepuluh langkah. Telefon bergetar, tanda mesej masuk. Dia keluarkan dari kocek seluar.

+This is the best things I've ever heard...

- really?

+ really...thanks dear...

- most welcome...

+ i'll go back this evening...tak rindu ke?

- have a safe trip...

+ you didn't answer me..

- papai.. :)

Telefon di simpan kembali ke dalam kocek seluar. Sengih terukir di bibir. Petang ni akan jadi petang paling indah dalam hidup dia. 

Tombol dipulas. Dia rebahkan diri atas katil sambil buat aksi guling-guling kiri kanan. Rasa macam nak terbang pun ada ni. Bahagianya bercinta. HAHAHA...

"Woi, dah gila?" Teguran Aisha buat dia terhenti. "HEHE."

"Gelak-gelak, kau dah kenapa? Aku tengok macam kena sampuk pun ada, macam kera dapat belacan pun ada. Tersengih-sengih...tersengih-sengih."

"Aku...Zakwan...settle."

"Hah? Cepatnya?" Pia jungkit bahu melihatkan muka Aisha yang berkerut-kerut sebab terkejut. "Kau juga yang nasihat aku semalam kan?"

"Ye ke?" Aisha mengurut dagu. "Dengan Along?"

Pia diam. "Yang tu biar dia find out sendirilah." Rasanya itu lebih baik, dari bapak rimau tu naik minyak.

"Suka hati kaulah Zara Sofea oii..janji jangan lupa aku sudah." Pia gelak. "Takkan..." Bantal smiley warna kuning tu dipeluk erat.

"Baru hari ni aku tau, kenapa kau asyik tersenyum lepas kenal dengan Ashmar." Aisha tersengih. "Haish! Kau rasa RZ tu k ke?"

Pia garu pelipis. RZ? "RZ? Siapa RZ pulak?" Dia pandang muka Aisha tak berkelip. Sila ditarik ke atas katil.

"Reza Zakwan la, panjang sangat, eloklah aku abbreviated aje." Ketawa Pia dah meletus. Aisha, ada-ada aje. "Pia...kau tak takut ke? Dengan Along?"

Pia diam. "InshaALLAH, Along okay." Dalam hati dia sangat berharap, insan yang dia pilih ini bersesuaian dengan citarasa Along. Tote bag ungu gelap tu dicapai, telefon bimbit dikeluarkan. 2 new messages. Huh? Tak dengar pun mesej bunyi.

Reza Zakwan: I love you...sayang...


Ngeee! Dia ketap bibir. Muka terasa panas, membahang. Dia skrol ke mesej kedua.

Along: oik doraemon, lusa ibu, abah, adik kecik dengan Along, pergi sana.


Kali ni dia tersengih. Rinduu! Kat ibu, abah dengan Aiman. Tak sabar. Dia biarkan kedua-dua mesej tu tanpa balasan. Tarik tuala hujung katil ke bilik mandi. Asar belum lagi!

*****

"Aku tak tahulah macam mana result sem ni, sem lima pulak tu." Pia bertutur bila kaki melangkah keluar dari dewan peperiksaan bersama Aisha. Dua-dua orang dah panas punggung kat dalam dewan tu, mujurlah jawapan semua dah dalam kepala. Tinggal kurang sejam, dia orang dah angkat tangan, tak sanggup lagi dah pandang subjek Microcontroller tu. Sumpah dia cuak tengok paper tu lama-lama.

"Kau ni, buat bekal cuak tu hari lain boleh tak? Sepatutnya ni adalah masa terbaik untuk kau pergi kelab malam. Clubbing." Kening Aisha terjongket. Pia membulatkan mata. 

"Clubbing?? Habis tu esok masuk suratkhabar, 'Dua Pelajar Wanita Bertudung di Cekup di Kelab Malam'. Elok sangatlah tu." Aisha menekan-nekan perut tahan tawa. Kaki menapak ke koridor menuju ke Kafeteria.

Tapi kaki Pia terhenti seketika. Huh? Tu bukan Along ke? Yang bersandar kat tiang tu? "Sha, tu bukan Along aku ke?" Dia cuit bahu Aisha. Aisha toleh pandang muka dia. "Takkan berpuluh tahun kau hidup, Along kau sendiri pun tak boleh nak cam?" 

"Isk betullah Along." Dia menapak ke hadapan.

"Aye aye sir!" Along pandang muka dia. Sengih. "How was that?

Dia sengih. "Pretty good. Tapi bapak membunuh soalan dia. Jom! Gi kafe, lapar!" Dia usap perut dia depan Along. Lapar kot? Buang banyak tenaga fikir jawapan kepada soalan yang tahap sikit lagi tak boleh jawab tu.

"Makan aje kerjanya. Aisha ikut sekali, Along belanja." Aisha sengih. "Tak apa ke Long? Saya ikut ni?" Sengaja si Aisha ni nak buat segan dengan Along. "Selalu tak malu pun, jomlah." Memerah muka Aisha kena bantai macam tu. "Padan muka kau, Along ni kan jenis jujur habisan."

"HAHAHA...aku langkah kanan aje ni." 

"Buat apa Along datang sini? Ada projek eh dekat-dekat sini?" Mi sup tu dihirup perlahan. Panas.

"Ada, dekat Jelutong, Ahmad kena pergi kursus dekat Jerman. Along take over la."

"Hamboi,taknak jauh pulak tempat kursus dia tu? Kursus apa?" Mi sup yang jernih seperti air paip itu di tinggalkan seketika. 

"Bukan kursus sangat la, dia macam pengenalan kepada bahan-bahan binaan, jenis, kualiti, daya tahan, something like that."

"Buat apa pulak? Bukan syarikat Along ambil bahan dari syarikat luar ke untuk projek-projek ni semua?" Aisha ringan mulut bertanya.

"Memanglah, sebab tu Along nak bandingkan kualiti bahan binaan sini dengan sana." Amar Zafran diam beberapa detik, melihat Galaxy SII di tangan.

"Allah, tak payah pergi Jerman pun. Along buat sendiri aje senang." Sengaja Pia buat lawak antarabangsa tu dekat sini. "Pia ni kan? Karang Along snap gambar tengah sumbat mi tu, upload dalam FB, baru tahu." 

"Orang nak bagi idea kot??"

"Huh?" Muka Along dah blur.

"Along, kan Along boleh buka anak syarikat yang bernaung kat bawah syarikat besar sekarang ni kan?" Amar Zafran angguk kepala sedikit, nampak berminatlah pulak.

"So, why not, Along buka aje syarikat pembekal bahan binaan tu, Pia rasa kalau macam tu, Along boleh kaut keuntungan berlipat kali ganda tau? Sebab, kalau kita beli bahan binaan dari syarikat luar ni, mahal, sebab? Sebab dia orang gunakan orang tengah untuk dapatkan bahan. And why not, alang-alang abang Ahmad ada sana, suruh aje dia usha-usha syarikat yang boleh bekerjasama untuk bekalkan bahan tu, terus dari kilang kan?"

"Pia..."

"Huh?"

"Tau tak sekarang Along rasa macam nak peluk Pia???" Pia tersedak. Aisha pun. "Apahal???"

"That was a brilliant idea tahu?" Pia sengih. "Well." Terasa hidung dia kembang kempis sekejap. "Along nak telefon Zura, suruh dia siapkan paperwork, boleh usulkan kat BOD nanti." Dia garu kepala. Sebenarnya, idea tu datang tiba-tiba aje.

"Along...Pia main-main ajelah."

"No, that's a good one. Along dah text Zura." Pia pandang Along. "Pia ni perancang ekonomi syarikat yang bijak. Tak nak kerja dengan Along ke lepas study?"

"Mengadalah Along ni." 

"Thanks, patutlah rasa macam nak sangat datang sini, rupanya ada idea bernas dari my chantek sister ni."

"See the leg la bro." Tiba-tiba Aisha berbisik, cakap nak pergi Asar. "Long, Pia nak Asar ni dengan Aisha, nak ikut tak?"

"Jom. Along letak kereta kat sana, jom sekalilah." Laju aje Pia melangkah, Aisha pun sama. Jauh juga nak menapak naik ke Masjid As-Solihin sana.

Labels:

Anonymous mar_chan said...

ahahaha.. abes lah kalau along find out nnt. mahu bertapa kat rumah ayah aji lg. huhu.. :D

 
Anonymous Anonymous said...

caring along tu cm ada something fishy....am i right?

 
Blogger Lieynaim mohd noor said...

hahahaha along find out sendiri.. lebam la RZ lagi sekali..
mau ke jerman along membawa diri

 
Blogger Kak Sue said...

... Along datang sebab rindu Pia lah....
... Pia bagitahu ja dengan along ... biar Along tahu dari mulut Pia sendiri dari Along nampak Pia dengan RZ, lagi Along kecil hati...
... Pia memang terbaikkk..

 
Blogger miss L said...

jd jugak pia ngn RZ tu rupenye...

cemane la nnt kalo along tau...huhu...

 
Blogger joenyz said...

Kak keeennaaaaa.. i was reading this rigt b4 my bio lecture... ok, saya senyumm lebar ni!!!! ngaaaaaa sya xkisah la dia ngan reza ke along.. *tp saya nak along gak* sangat ohsem ok cte ni! nak lagi!!!!!

 
Anonymous gerau said...

nak dengan along jugak! apepun keep it up! update cepat2. =D

 
Blogger sAkEeNa said...

hahaha...tau xpe..mau bertapa lg..

 
Blogger sAkEeNa said...

eh?maybe jugak...tpi along ni mybe xsedar kot?

 
Blogger sAkEeNa said...

kita tgk nnt camane..hehehe

 
Blogger sAkEeNa said...

tulah..mcm bleh pkai idea kak su ni..hihi

 
Blogger sAkEeNa said...

kita tgk reaksi along n3 depan eh?

 
Blogger sAkEeNa said...

yaALLAH...smpt lg??hahaha...ok2

 
Blogger sAkEeNa said...

awak nk along ke?ke nk pia dgn along?hihihi

 

Post a Comment

<$CommentPager$>
<$I18NCommentAuthorSaid$>

<$BlogCommentBody$>

<$BlogCommentDeleteIcon$>
<$CommentPager$>

<$BlogItemCreate$>