“Zafran...cuba kamu cerita,
kenapa kamu duduk sini dengan ayah?” Amar Zafran dah terdiam. Ustaz Azhar Idrus
yang tengah ceramah kat TV terasa bisu seketika. Adui...apa dia nak jawab kat
ayah ni? Bergaduh? Tapi takkan sampai bawak diri?
“La, ayah ni, kan selalu aje Zaf
datang tidur sini?” Mata ayah Aji masih lekat pada kaca televisyen yang baru
dibeli semalam.
“Ayah tau, tapi sekarang bukan
hujung minggu...” Jantung dia terasa tersentap bila dengar ayah cakap macam tu.
“Zaf...saja..” Tiba-tiba Galaxy S
II kedengaran menjerit-jerit. Terus di jawab tanpa lihat nama si pemanggil.
Demi elakkan soalan ayah.
“Helloooo...” Terasa macam Adi di
hujung talian sebelah sana.
“Al..long...” Amar Zafran pandang
telefon tu seketika, jelas terpapar muka Pia dekat skrin telefon. Sekarang ni
dia terasa nak ketuk kepala dia dengan tongkat ayah. Amar Zafran, ni nama dia,
keluar mulut raksasa masuk mulut naga, tahu? Lain yang dia nak elak, lain pulak
yang datang.
“Hmm...” Sungguh. Awkward sangat bila semingu dia tak
cakap dengan Pia. Masing-masing kelu.
“Mana Along pergi?” Esakan kecil
kedengaran kat sebelah sana.
“Somewhere.” Pendek.
“When will you come back?”
“Depends.” Dia mula bangun, turun ke bawah, ke laman rumah. Pangkin
bawah pokok remia tu dijadikan tempat duduk.
“Sampai hati Along, tinggal kita
orang.” Terasa juga sebak berbuku. Tapi kan...apahal pulak dia dituduh sampai
hati tinggal dia orang? Bukan Pia sendiri ke cakap, yang dia benci Along dia
ni?
“You hate me, remember?” Terpaksa speaking, sebab nanti kalau ayah dengar dia bercakap Melayu,
haruslah dia kena halau on the dot.
“Pia tak sengaja. Pia sayang
Along. Baliklah.”
“Listen...I’ve got concrete reason to punched him, he’s too much. And I
really don’t give a damn if you hate me...as long as you safe. That’s enough
for me.”
“Pia tau...”
“Good, now stop crying. And after this, I will not interfere in any of
your probs.” Kalau tu yang membolehkan Pia bahagia.
“Along marah Pia?”
“Hell no.” Pendek.
“Along tipu. Along marah.”
“I said no. It means NO.” Sengaja ditekan perkataan NO tu.
“Along sayang Pia tak?” Soalan
kasi sentap ni memanglah dia alah. Memang dia sayang adik dia yang sorang tu.
Pia ni kan? Esakan kecil dengan sedu-sedan kedengaran.
“You think?”
“Sayanglah.”
“So?”
“Along baliklah, Pia rasa macam
orang tak betul ni, tak ada orang gelak pun dalam rumah ni, macam rumah hantu
dah. Even tengok gambar Mr. Bean pun,
dia orang macam tengok cerita Harry Potter. Diam macam kayu.”
Really? Takkanlah? “Then?”
“Apa yang Along cakap kering-kering
aje ni? Bencilah!” Dia rasa nak gelak. Tapi ditahan, dia boleh bayangkan gaya
Pia cakap ‘bencilah’ tu dengan jelas. Pia dah sejuk.
“But I wanna stay here, for these few days.”
“Mana Along duduk?”
“Rumah ayah.”
“Alongggg!!!! Cheesecake la! Beratus missed calls Pia buat, rupanya Along
duduk sekangkang kera aje dari rumah.”
“Ask ibu. Ibu tahu aje. I’ve
inform her.”
“Ibuuuuu....” Terus touchscreen bertanda merah tu ditekan.
Malas nak dengar anak beranak tu bertekak. Mesti punyalah. Ingatkan Pia tahu
dia kat sini. Pandai betul ibu ni simpan rahsia.
Sengih diukir di bibir. Wargghh! Finally...off the hook. “Ingat Pia
sorang aje rasa macam tu? Along pun seminggu dah tak senyum. Setakat senyum
dengan ayah, dengan gelak dengar ceramah kat televisyen tu adalah.” Dia
bercakap sendiri.
“Fuhh!” Jari-jemari dilarikan di
celah-celah rambut. Terasa macam dada yang kena hempap pyramid Giza tu hilang
sekelip mata.
“Tu kenapa senyum sampai ke awan
tu?”
Amar Zafran mengurut dada. “Ayah
ni...terkejut Zaf.” Gila! Mau tak terkejut. Tiba-tiba ayah turun duduk sebelah
dia tanpa dia sedar. Punyalah seronok, senyum sampai awan.
“Tak ada apalah ayah.”
“Kamu dah baik dah dengan awek kamu tu?”
Apa dia?? “Huh? Awek? HAHAHA...ayah...bukanlah.” Terasa nak ketawa guling-guling sekarang ni.
“Habis?”
“Zara Sofea tu.”
“La...yeke?”
“Macam mana ayah tau, kami
bergaduh?”
“Walaupun ayah tak faham bahasa
percakapan kamu tu, tapi ayah ni tahu kamu tu bergaduh dari gaya percakapan
kamu tu Zafran, dari kecil ayah kenal kamu...”
“Sebab tulah, Zaf saayaanngggg
ayah.”
“Bila nak balik rumah?”
“Zaf duduk sini lagi tiga hari
ayah.”
*****
"Tersengih-sengih anak awak
tu kenapa?” Encik Ahmad bertanya kepada Puan Baya yang menatang air teh ke
laman rumah.
“Apa lagi, perang tamatlah tu,
dari semalam lagi sengih, sampai tengok gambar seram pun dia boleh
tersengih-sengih lagi.”
“Mana tak tumpahnya kuah, awak
dulu pun Puan Baya, kalau merajuk dengan abang habis, awak sengih sampai
telinga juga.” Teh panas disisip sedikit.
Puan Baya terdiam. “Itu kes orang
bercinta, zaman dolu-dolu la.” Puan Baya juga menghirup teh panas dalam cawan
vintage berbunga kecil tu.
“Habis, yang ni kenapa?” Encik
Ahmad dah muka pelik. “Ni bergaduh dengan Along la, abang apa tahu, asyik sibuk
ke kebun aje. Abang tahu tak yang Along tu dah seminggu duduk rumah ayah Aji dia?”
“Haa? Awak ni, itu pun tak cerita
kat saya. Insiden lepas gaduh tu meleret-leretlah ye? Abang ingat dia outstation.” Puan Baya angguk.
“Budak berdua ni, dari kecik
bawak ke besar, tak ubah-ubah. Bila Long nak balik? Dah sengih terlebih-lebih
dah tu?”
“Lusa, ni abang nak karipap ke?
Saya dah goreng, tapi takut abang tak mahu.”
“Frozen punya?” Surat khabar Kosmo semalam dicapai dan diselak muka
ke muka. Semalam punya pun tak sempat baca, asyik sibuk ke kebun aje dia. Kalau
tak ke kebun rasa badan macam tak sihat.
“Homemade.” Pendek jawapan isteri dia. Bunga kecil-kecil penghias
laman tu dibelek seketika.
“Homemade? Dah tuu...bawaklah kemari, mana abang pernah miss awak
punya karipap daging yang ho-liao
tu.” Puan Baya tergelak. Suami dia ni...kalau dengan karipap yang dibuat
sendiri tu, memang pantang...pantang jumpa.
“Yelah, saya pergi ambil.” Puan
Baya berlalu ke dalam.
“Hah...dah-dah tersengih tu,
picitkan bahu abah ni lagi bagus.”
Pia yang tengah tersengih tengok
telefon terkejut biawak. “Ya RABBI, abah
ni...terkejut Pia tahu?”
“Entah, manalah abah tahu. Kamu
terkejut ke idak, yang abah nampak
kamu tersengih macam tak makan ubat.”
“Abahhh...” Terus dia gelak. “Pia
happy, Along will come back, full house
again.”
“Kamu dua ni kan? Orang cakap,
rebus aje tali pusat kamu dua ni. Baru tak bergaduh kot, yang Along kamu pun
satu, asyik-asyik nak bertumbuk aje kerjanya. Bila abah tanya, dia boleh jawab
‘alah...bila lagi nak test Along
punya skill silat Gayung tu’, itu
ajelah kerja kamu.”
“Waaa...tengok, karipap la bah,
sedapnya.”
“Off topic pulak, abah nasihat aje, mulalah nak tukar topic, I really don’t understand you both.”
“It’s okay bah, everything was alright. No need to worry.”
Pia sumbat karipap daging tu
dalam mulut, ni kalau Along ada, karipap yang terakhir tu, konon-konon
berebutlah, sapa dapat, maknanya dia
akan dapat isteri atau suami soleh. Merapu sungguh.
“Kamu ni sukakan si Zakwan tu
ke?”
UHUK! UHUKKKK! Terus tersembur
karipap tu. Selamat. Masuk dalam cawan teh abah.
“Apa bah ni? Merepek ajelah.”
“Kalau betul pun apa salahnya,
budak tu baik tak?”
Ngee...apa abah ni? Tapi memang
dia sunyi kalau tak ada Zakwan datang mengusik dia. Rasa tak lengkap. Dah lama
, lepas Zakwan mengaku kat lobi fakulti yang Along kasi pecah muka dia tu, dia
tak nampak Zakwan. Aku suka dia ke? Ke aku rasa sunyi bila dia tak ada? Ke aku
segan nak jumpa dia lepas apa yang jadi? Haipppp! Pia, stop being ridiculous. Saja je tu Zakwan nak usik kau.
“Pia...Pia! Haluuuuu! Pia.”
Ternampak tangan di gawang depan mata. “Huh? Apa dia bah?”
“Haih, Puan Baya, dapat dah
sorang minah jenin dalam rumah ni, boleh depan-depan abang dia tak dengar apa
abang cakap?” Puan Baya tergelak.
“Bila Along nak balik ni?
Bosanlah bu.”
“Itulah, dalam orag bercerita tu,
boleh pulak dia buat tak tahu.”
Huh? Dia buat tak tahu? Bila masa
abah cakap dengan dia pasal Along? “Along?”
“Along text abah, cakap dia tak jadi balik lusa.”
“Seriously? Habis, takkan bulan depan baru nak balik??” Terasa
berang tiba-tiba.
“Menyampuk-menyampuk, abah belum
pun habis cakap...tadi abah bercerita bagai nak rak tu.” Pia dah tertahan-tahan
tengok muka abah dia. Abah... kalau bercerita reaksi muka tu macam-macam.
“Apa dia bah?”
“Along kamu balik esok. Bukan
lusa.”
Pia terlopong sekejap. Huh? Along
balik esok? Esok? “Yessss! Boleh ajak Along gi shopping!” Terlompat dia dekat kerusi batu dekat laman rumah tu.
“Haih! Anak dara, sopan sikit
loo...malu kalau orang nampak, ada ke anak dara terkinja-kinja macam kamu ni?
Nanti orang cakap ‘ee...anak Mr. Ahmad tu, ada ke terkinja-kinja kat laman
rumah?’ Nak ke?”
“Abah ni..HAHAHA...kalau bab nak predict apa orang bakal cakap, memang
johan la. Tabik spring! Toink! Toink!” Gelak ketawa jelas kedengaran.
“Jangan nak kikis Along kamu
sangat, kesian dia, kerja penat-penat nak bangunkan syarikat dia yang kecik
dulu tu.”
“Ala, bukan selalu, Pia kikis
Along pun...sebulan sekali aje. Tu pun kalau Along balik sini dari KL kan?” Ya.
Itupun kalau Along dia yang baik hati tu balik ke sini, ada urusan dekat
cawangan sini. Syarikat yang Along bangunkan dengan abang Ahmad, teman baik
dia. Dekat sini abang Ahmad yang urus, tapi Along pegang syer terbesar, Along
urus syarikat dekat KL nun.
“Padanlah sebulan sekali pun, once you shopping, sampai Along tu
senget bahu sebelah. Shopaholic.”
“Abah..kalah ibu kalau dah masuk mode berleter kan? HIHIHI.”
“Dah pergi kemas bilik Along
sana, buat kebajikan sikit sebelum kamu suruh dia belikan kamu macam-macam
esok.” Pia sengih sambil berlalu. Esok tak boleh lompat-lompat dah. Sebab esok
Along dah ada rumah. Walaupun batas aurat dah tersekat, tapi dia suka, sebab
Along ada. Along yang sangat-sangat kind-hearted
tu. Dan dia janji dengan diri dia, dia takkan marah Along lagi.
*****
“Take care, bulan depan Along balik, Along tak nak dengar orang tu
kena sentuh ke apa ke.” Along pandang muka Pia, Pia sengih.
“Thankkkksss Along, sebab dia dah tak kacau Pia dah.” Along hulurkan
tangan dekat abah. Cium tangan abah.
“Betul?”
“Betullah...Along...bulan depan
balik lama sikit eh?”
“Buat apa? Pia nak kahwin ke?”
“Hisy! Pia nak ajak Along
jalan-jalan...poket Along kan sentiasa penuh? HEHE.”
“Pernah dengar orang kena sekeh
dekat airport?” Along buat gaya nak
sekeh dia.
“Naa...” Sebenarnya, dia bukan
kikis duit Along pun, dia sendiri ada duit. Dia buat bisnes atas talian. Tapi bila
dia berkeras nak bayar, Along buat perangai keji. Macam semalam.
“Kali ni biar Pia yang bayar, Along duk diam-diam situ.” Along berdiri
tegak sebelah dia.
“Biar Along bayarlah.” Along keluarkan plactic money tu dari dompet
Timberland lusuh warna coklat tu. Dompet yang dia hadiahkan untuk Along tiga
tahun lepas. Hasil titik peluh dia sendiri buat bisnes online jual pakaian
muslimah tu.
“No, my treat, Along duk diam-diam Pia kata.” Along tengok dia geram.
Lantaklah, Pia julingkan mata dia ke atas.Along berlalu ke bahagian dalam butik
Levi’s tu.
“Jap...” Dia nampak Along berlalu ke bahagian lain.
“Pia...” Pia pusing tengok Along. Boleh dia bawak seluar denim yang
harga Rm450 sehelai tu, kalau sehelai dia sanggup lagi, tapi sampai tiga helai!
Melampau sungguh perangai keji dia.
“Kira sekali. Pia bayar eh? Thankss..”
“Al-long...” Terlopong dia dekat kaunter pembayaran tu, gila, dalam
purse ada RM600 aje kot? Takkan nak pakai kredit kad? Mau pening kepala dia
nanti.
“Pakai ni.” Kad warna perak berkilat tu dihulur ke arah Pia. Demand
sangat, tadi cakap nak bayarkan untuk Along.
“Err...”
“Ambil ajelah.”
“Yelah-yelah, selalu macam tu tau, asal Pia nak bayar aje, Along
mulalah nak buat perangai keji tu. Bencilah!” Dia jeling Along, depan adik jaga
kaunter tu.
“Orang nak belanja pun taknak kan?” Adik kaunter tu tiba-tiba tanya
Along. Amboi?
“Ha..kan?” Along tanya balik adik tu. “Gelaklah korang..”
“Merajuk ke oi? Cik Peah?” Along membuntuti dia. “Taklah, saja ja
suka.”
“Merajuklah tu.”
“Tau tak apa, Pia nak pi makan, Along duk sini.”
“La, Along pun lapar jugak. Pia belanja.”
“Betul ni? Jangan nak mengada bayar pulak.”
“Of course dear, Along nak yang mahal aje. Jom masuk sana.” Mata dia
dah terbuntang depan Dim Sum Cafe tu. Tak murah pulak tempat dia. Lantaklah,
janji perut kenyang.
“Ok kat sini?” Pia angguk aje bila Along tanya dia.
“Minah jenin ni, berangan aje.”
“Huh?” Tiba-tiba nampak muka
Along kat depan.
“Daydream? Again?”
“Ala, saja je, dah nak masuk ke?”
Dia tanya bila nampak Along dah heret luggage
dengan backpack tu.
“Ye. Jaga diri, jaga ibu, abah,
Aiman. Jeans tu jangan lupa kasi kat Aiman.” Dia angguk, rupanya jeans tu untuk
Aiman. Adik dia, yang duduk kat matrikulasi Pulau Pinang tu.
“Ye, ingat.”
“Jangan pakai pulak!”
“Ada ke? Terlondeh jugak karang,
dahla besau gabak.” Amar Zafran
gelak. “Along gerak dulu, bu, abah..Zara Sofea.”
“Take care Along.” Serentak tiga orang itu bercakap.
“Okay. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Labels: pia
yeahhh!! hahaha.. ok, best! dah sambung x roger2 pun kita. :p
heee..bes²...comel je along ngan pia ni...
uwaaaaaaaa..mmg mantap lah..
hihi...smlm dh lewat..sorry ye.. ;P
hahaha..comel ke?tpi teh truth is..saya lg comel.. :D
hihi...thanks! thanks jugak sbb every n3 ada komen awak! :D
hahaha.... baru kena pujuk sikit dah cari ke Along.....
mana Along tahan x bercakap dengan Pia..... bila hati dah suka cakap ja lah...
hihi...along..mudah sgt cair..
Post a Comment