Sayang sayang semua...I've to stop PIA at this point. Publisher told me to focus on my manuscript...insyaALLAH, we'll meet PIA on printed version..pray for me, pray for the great idea to come, and may ALLAH put everything at ease.. ^^v >> and insyaALLAH, the next entry will be AWAK?!
mY wOndErWaLL
WELCOME!comel tak blog baru kite??hihi...i really hope after this I'll extra spirit to update new entry...bcoz I really love this cute skin! ^^
MAY
ALLAH,bless,you
nAviGate?

Profile Blog Links Joined Credits
I am ME
writing and reading are part of me. bla..bla..bla..okayy sebab I love talking+merapu+gelak tak ingat dunia. so fullstop! ^^

FriEndS + faCebOoking
Sakeena Wonderwall

Create Your Badge
SpiLL
Daily Reads
EDNIN | DENA | Dr. CINTA | Yasmin Mogahed | 7sW

Rotten Things
April 2011 | May 2011 | June 2011 | July 2011 | August 2011 | September 2011 | January 2012 | February 2012 | March 2012 | May 2012 | June 2012 | July 2012 | August 2012 | September 2012 | October 2012 | November 2012 | December 2012 | January 2013 | April 2013 |

Jay-Hana 1
pia 10
pia 9
pia 8
pia 7
pia 6
pia 5
pia 4
pia 3
pia 2

mAsTerPieCe?? HAHA :P
Links

wonderwall (raya version)
Written at Wednesday, September 5, 2012 | back to top

Waseem tengah pandang aku, aku buat bangang kat depan televisyen, korek biji mata tu karang, baru dia tahu. Kenapa entah asyik tengok muka orang entah. Rimasnya! Macam duduk dalam tasik ni!

"Apa?" Aku tanya sambil mata tak beralih dari kaca televisyen. Al-Kuliyyah tajuk menarik.

"What?" Dia jungkit kening. Hekeleh mamat ni, kerek nak mampos. "Dari tadi tengok Ain kenapa?" 

"Mana ada, Ain je perasan lebih, abang tengok TV kot?" Dia kemaskan duduk di kusyen. "Kalau tengok, ni cerita apa?" Sengaja aku nak tembak dia. "Err..haa..forum perdana. Lupa tajuk dia dah..." Dia garu kepala.

"Sejak bila forum perdana ada siang hari ni? Tak tahulah pulak." Kusyen bulat kecil aku capai dalam dakapan.

"Eh? Bukan eh?" Dia garu kepala. Aku nampak dia tak senang duduk. Mesti ada kes ni. Kalau tak mana nak bertempek je dengan aku. "Abang ni kenapa? Tadi Ain kat dapur, abang  mengekor, Ain kat sini pun abang mengekor jugak. Rimas tahu?"

"Eleh, perasan, abang memang nak pergi dapur tadi, sekarang abang memang nak tengok TV." Waseem mencebik. Kalau cakap rindu cakap ajelah, macam aku tak tahu.

"ALLAH, macamlah Ain ni baru nikah semalam dengan abang, masak sangat perangai tu."

Tangan aku ditarik dan diletak atas riba. "Kalau kita baru nikah semalam kan? Abang rasa, tak adanya sayang nak menempel kat abang ni tahu?" Dia tergelak lepas aku tarik muka empat belas. Dia ni kan!

"Habis, yang ikut Ain merata tu kenapa?" 

"Abang macam risau, Ain banyak sangat berjalan pergi balik. Tak penat ke? Puasa tak hari ni?"

"ALLAH, tu ke sebabnya. Ain okaylah, puasa...baby tak meragam pun. Alhamdulillah, haritu je tinggal sehari sebab kena pergi check up."

"Tahun ni tahun kedua kita bakal beraya as a sweet wifey-hubby couple." Aku tergelak. Yela, tahun lepas aku beraya dengan dia pun dah 'sweet' dah, tahun ni pun sama, cuma tak sempat dengan orang ketiga aje.

"Lepas buka puasa kita pergi cari baju raya nak?" Aku kerutkan kening, lepas berbuka? Dah taknak pergi Terawih dah?

"Lepas berbuka ke? Lepas Terawih?"

"Haa..lepas Terawih, over excited pulak." Bahu aku diusap perlahan. "Kesian sayang kan? Selalu kena tinggal dengan abang. Boleh kira dengan jari, berapa kali aje kita berbuka sekali."

"Ain dah biasalah, tak ada apanya." Aku lentokkan kepala ke bahu dia. Ya ALLAH, damainya bila dekat dengan dia.

"Nanti kan, baby kita kira anak kacukan la eh?" Kacukan? Mai tang mana pulak dah?

"Haa?" Saja aku tanya. "Yelah, abang kan ada mix Lebanon belah abah, Melayu belah ibu, kira mix la tu."

HAHAHAH! "Mix?? Alahai, muka abang tu Melayu asli, original habisan, tang mana pulak nampak kacukan dia? Tang nama adalah Ain rasa." Tegang urat perut aku rasa bila dengar dia cakap macam tu.

"Merajuklah."

"Silakan, Ain nak ke dapur, buat asam pedas tumis ikan terubuk yang abah kirim semalam." Aku bangun untuk teruskan langkah. "Kiss pipi abang dulu, kalau tak tahun ni abang tak nak pakai sedondon."

Tu diaa ugutan jenis apa ni Ain. Jenis kanak-kanak kelas Ribena? HAHAHAHA! Tapi tak sangguplah pulak tengok muka tahan kerut dia tu. Aku ni sepatutnya merajuk lebih, berbuka sorang diri, terawih, sahur pun kadang-kadang sorang diri, dia pulak nak merajuk pasal campuran dia tu.

Aku rapatkan bibir ke pipi dia, terus dia pusing. "Haaaa..tak tau, Ain kiss bibir abang." Memerah muka aku. Ciss! Siang-siang hari pun nak menggatal dia ni. "Abang ni kan!" Aku tampar bahu dia perlahan.

"Dahlah, pergi buat kerja sana, abang nak Asar kejap. Lepas tu, turun tolong sayang."

"Thanks bi."

"Welcome lovey."

*****

"Sayang rasa warna apa sesuai?" Jari-jemari aku kemas bertaut dengan jemari dia, macam pengantin baru! HAHAHA, perasan, baru apanya, dah setahun lebih. Dah empat bulan nak masuk lima pun dalam perut ni.

"Abang suka warna apa?" Dia urut dagu yang baru lepas shave. "Silver okay? Nampak macam macho sikit kalau abang pakai, mesti budak-budak cakap, eiiiii handsomenya abang ni." Uwekk! Nak muntah aku dengar statement dia tu.

"Aah, yelah, mesti dia orang cakap, eeiiii handsomenya PAKCIK ni." HEEE! Aku tekankan perkataan pakcik tu. Ada jugak gatal dia tu. Aku cubit kecil perut dia. 

"Sayang ni, dengan budak kecik pun nak jealous ke?" 

"Duh-hai! Jom cari warna silver, layan abang ni, sampai esok malam, malam dan malam pun tak boleh habis." Aku heret dia ke khemah hujung yang menempatkan banyak baju-baju. Ada baju warna silver jugak. Kurung moden, cantik!

"Yang, awak pakai baju macam ni, tak nampak ke perut memboyot nanti?" Dia jungkit kening. Aku ketap bibir. Nak perli la tu.

"Ni semua kerja abang tau? Kalau Ain sorang tak jadi perut boyot ni." Aku bisik keras kat telinga dia. 

"Ain nak cari jubah." Dia gelak besar, sampai jalan keluar dari khemah tu pun dia gelak lagi. "Beli baju mengandung teruslah, boleh pakai sembilan bulan, untung apa. Jimat duit poket suami ni ha." Dia tepuk-tepuk poket seluar dia. Aku dah macam nak tolak dia masuk longkang punya perasaan dah.

"Fine! Ain nak pakai warna pink." HAHAHA! Sanggup ke cik abang? Nak pakai pink??

"Alaa, sayang janganlah beremosi sangat, sampai nak dera pakai warna pink pulak, jambulah abang nanti." Dia buat muka sekupang. Aku pulak buat muka bangang. 

"Cari air dulu, baru Ain ikut abang punya tema." Aku dah bercekak pinggang. Tau takut aku nak pakai warna pink. Dekat lima minit jugak aku tunggu dia datang bawa air. Memang betul-betul taknak warna pink ni.

"Esok Ain nak pergi Tesco kejap boleh? Nak beli barang buat kuih." Aku capai jari-jemari dia masa berjalan cari baju. Penatlah jugak, berat badan dah bertambah-tambah. Maka, aku dengan senangnya akan menjadi mengah.

"Sayang, nak drive alone pergi sana?" Aku mengangguk.

"Yelah, takkanlah nak suruh pakcik Mail sebelah rumah pulak yang jadi drebar?"

"Janganlah, abang tak harap sangat sayang pergi sorang. Esok abang temankanlah." Dahi aku yang dah sedia berkerut bertambah kerut.

"Lah...abang ni tak kerja ke?" Dia menggeleng. "Malam." Oh...sungguhlah, sampai sekarang aku macam tak faham lagi si doktor sorang ni punya schedule.

"Okay,abang nak silver, and you?" Langkah aku automatik terhenti depan khemah yang satu ni. "Hmmm...pink belacan?" Terus aku dengar orang ketawa besar. Orang sekeliling dah pandang ke arah dia.

"Sayang, stop it, people are staring." Aku cubit lengan dia. "Sayang, apa tu, pink belacan, never heard that."

"Itulah, mengekor orang ke dapur tahu, warna pink belacan pun tak tahu. Tu ha warna dia, macam pink, purple, peach were mix together." 

"Haih, macam-macam perkataan orang perempuan ni yang jargon bagi abang." Dia mencebik.

"Jargon ke tak tahu?" Aku capai dress yang bermanik kristal di pinggang dan dada. Longgar. Pink belacan. Beautiful.

"Boleh ke saya pakai ni kak?" Kakak tu tengok badan aku sekejap, mata Waseem meliar sekeliling khemah.

"Adik pregnant ke?" Dia pandang baby bump yang dah mula kelihatan. Aku tersenyum. "Boleh, ada tali ni, boleh longgarkan." Akak tu tunjuk demo kat aku.

"Baju melayu ada warna ni kak?" Akak tu angguk laju. "Siapa pakai?"

"Dia." Aku tarik lengan Waseem yang asyik tengok baju-baju yang bergantungan kat situ.

"Kena L ni, sebab badan dia tegap." Akak tu masuk ke dalam cari saiz. Waseem tengah kulum senyum sambil pandang aku. "Allah...toksah dok perasan sangat boleh dak?"

"Apa?" Dia tanya sambil sengih. "Eeii..perasan, akak tu cakap ajelah."

"Laa...betul kot?" Dia usap perut sendiri. "Malas Ain layan abang."

*****

"Meh abang tolong, nak tolong apa ni? Sukat susu UHT ke?" Dia capai susu HL dalam kotak tu. Buku resipi dipandang sekilas. 

"Tak payahlah, Ain boleh buat sorang ni." Aku menggeleng. Macam tak boleh harap je.

"Tak pe, okay-okay, tepung 250 gram. Susu, 150 ml, butter..butter what? Butterfingers?" Jari-jemari dia berlari di dada buku resipi. Aku tengok pun nak tergelak. Badan je besar, tapi memasak kat dapur. How sweettt, laki aku ni.

Biarlah dia nak tolong, aku arahkan pandangan balik ke butter yang aku pukul dengan gula tadi, dah kembang.

"Allah,sayang, abang pergi campurkan pulak susu dengan tepung, tak pe kan?"

"HAA??" Aku bingkas bangun. See? Baru je cakap tadi. Muka dia dah berkerut, aku pandang muka dia dengan tepung yang dah bercampur susu dengan gula tu silih berganti.

"Abang, pergi duduk sana, pergi tadarus ke?" Aku kemas tepung yang berselerak atas meja. 

"Mad at me huh?" Aku tergelak. Geleng. "Mana adalah, cuba tengok bawah tu, dia cakap masukkan satu-satu, bukan sekali harung aje. Abang ni." Dia urut pelipis. 

"Sorry..." Aku geleng kepala. 

"S'okay." Aku sengih, tayang gigi penuh, patah balik ke tempat aku. "Tapi abang rasa boleh pakai ni." Aku yang dengar ni rasa dah tak sedap hati, semacam je tu bunyi. Ada aura-aura pelik aku rasa.

"Buat apa?" Isk! Gatal sangat mulut ni pergi tanya, tahu dah tak jadi kuih kejap lagi. Aku pusing belakang, terus rasa tepung penuh kat muka, aku dah agak dah! Siap awak Amr Waseem.

Tak sampai seminit, dapur rumah dah bertukar jadi warzone, perang tepung. Habis baju dia dengan rambut aku, kuih ke Pasifik, kek ke Atlantik la jawab dia. Habis aku penuh dengan tepung, dia datang balik dengan tepung liat kat tangan.

"Naa...habis nanti! Eiii...taknaklah, pergi jauh-jauh." Dia boleh pulak tarik pinggang aku, lepas tu usap satu muka aku dengan tepung tu. Ciskek sungguh laki aku ni! Aku tegelak tengok muka dia penuh putih, nak sangat main-main.

"Dahh..habis."

"Buat rugi tepung je."

"Comotnya!" Aku mencebik.  Dia sapu tepung yang ada kat hidung dengan rambut aku. "Biarlah..."

"Jom mandi!" Aku terlopong sekejap. HAA?

Tiba-tiba aku dengar orang berdehem kuat. Terus aku berpaling. Waseem tarik pinggang aku.

"Along!" Malunya! Kak Long pun ada? Ngee! Muka dengan t-shirt yang penuh bertepung aku sapu sambil garu kepala dengan rambut penuh tepung.

"Macam mana kau boleh tiba-tiba termuncul kat sini pulak?"

"Hai...aku rasa aku tak hilang ingatan kot, yang mak cakap nak ajak kau orang pergi beli kuih ini malam?"

Terus aku tepuk dahi. Naa..bala sudah datang. "Sempatlah juga aku tengok adegan geli-menggeli kat sini tadi."

"Along tak habis-habis kan?" Aku rasa nak hentak kaki aje sekarang ni, logik tak kalau aku baling je roller tu kat kepala dia.

"Haa...cakap nak mandi tadi, pergilah." Terus muka terasa macam kena siram sos lada hitam sebotol besar. Ngeee! Yang tu pun Along dengar. Kureng!

*****

"Ibu, hulurkan sambal belacan tu, ni memang terangkat la kalau kena dengan ulam pucuk gajus ni." Waseem bersuara. Aku yang dengar ni terasa pelik. Bukan encik sorang ni tak makan ke ulam-ulam ni semua? Selalu aku aje yang bantai sorang-sorang.

"Ai...bukan kamu tak makan ke ni semua?" Abah buat muka kerut seribu, pelik. Aku lagilah, mau kalau kira, kerut-kedut aku mau dekat sejuta. Sebab aku tak teringin pulak benda-benda tu, yang aku nampak, nasi putih dengan masak lemak kegemaran dia. Terus aku capai masak lemak tu cedok masuk pinggan aku. 

"Ai...Ain, sejak bila dah pandai gemar masak lemak ni?" Abang Ziyad pulak tanya. Suapan ke mulut terhenti. Haah, kenapa eh?

"Entah." aku tayang gigi. "Pembawakan budak lah tu." Ngee...ye ke? Memang macam tu ke? Waseem dengan aku pandang sesama sendiri sebelum gelak. 

"Penatnya sayang!" Terus dia bantai berbaring atas riba aku lepas balik terawih. Aku lipat telekung letak kat sisi sambil bersandar kat sofa. Alhamdulillah, nasib baik larat lagi nak terawih. Tiba-tiba terasa ada kucupan hangat singgah kat perut aku. 

"Tak sabar nak tengok anak kita kan sayang?" Dia usap lembut baby bump yang memang dah terang-terang nampak sebab dah masuk lima bulan. Aku angguk perlahan.

"Jangan nakal macam bapak dia sudah." Aku larikan jemari di celah-celah rambut dia.

"Jangan kuat merajuk macam mak dia sudah." Terus aku tarik rambut dia. "Tengok yang, umi dah tarik rambut abi. Hisy! Baru sebut jangan merajuk, dia dah muncung dulu." Dia tarik hidung aku.

"Abang...Ain rasa macam tahun ni raya pertama, kita raya rumah mak nak?" 

"Eh,tahun lepas kan dah? Tahun ni kita raya kat rumah ibu pula kan?"

"Tapi, Ain teringin nak raya sana tahun ni. Petang kita baliklah sini. Boleh?"

"Tapi sana dah ramai, kalau sini, tinggal ibu dengan abah je pagi raya tu, abang Ziyad balik rumah mertua dia." Aku angguk lemah. Tapi teringin nak raya dengan mak! Waaaa! Air mata yang bertakung dah terasa nak gugur ke pipi. Tahan Ain..tahan.

"Senang-senang, kita raya rumah kita ajelah." Waseem cakap tanpa riak. 

"Emmm..." Pendek.

"Okaylah kalau macam tu." Terus rasa nak tolak kepala dia biar jatuh bergolek ke lantai.

"Emmm..." Aku masuk bilik air lepas tu, hamburkan semuanya kat dalam tu. Beraya kat rumah? Siapa nak datang? Kena pulak dia kerja hari tu? Tak kena duduk rumah sorang pulak aku?

*****

Telekung berbunga warna biru laut kecil tu aku sarungkan ke kepala. Telekung masa hari akad nikah dulu. Aku pandang cermin. Tiba-tiba Waseem berdiri belakang aku.

"Sayang dah ambil wuduk ke?" Aku angguk. Laa..terlupa nak butangkan baju dia.

"Meh la, Ain butangkan, terkial-kial. Selalu pakai baju melayu johor je kan? Ni nak meriah sangat pakai sulam-sulam ni ha, degil." Aku butangkan perlahan-lahan. Lepas siap aku betulkan sikit baju yang dipakai. dia capai kedua tangan aku lepas tu cium. 

"Ain ambil wuduk lain. Abang jangan nak gatal sentuh Ain ke apa. Dah nak pergi sembahyang raya ni." Pantas tangan aku di tarik. Aku pusing.

"Lupa nak mintak ampun ke?" Dia duduk di birai katil. Aku rasa nak masuk bawah katil. Okay, memang aku lupa terus. HUHU, kesian laki aku dapat bini macam aku ni. Semenjak dua menjak ni, asyik lupa aje.

Aku duduk di lantai, capai tangan dia. 

"Abang...Ain mintak ampun maaf, mintak halal dari hujung rambut sampai hujung kaki." Aku cium tangan dia, terus air jernih menitik laju.

"Abang pun, terlebih-terkurang...abang mintak maaf." Serius aku rasa sangat-sangat sedih sebab tak dapat cium tangan mak pagi Syawal ni. Aku bangun, peluk Waseem. Dia usap bahu aku lembut.

"Jom, sembahyang dulu." Aku bergegas ambil wuduk semula.


Aku bergegas ke pintu, untuk balik ke rumah, kalut cari kasut aku. Sebab nak kena isi kuih, lemang dengan ketupat palas ke dalam bekas, nak hantar kat jiran-jiran. Aku berdiri di anak tangga paling bawah.

"Cuba perlahan sikit."

"Jangan kalut sangat, jatuh nanti." 

Terus aku berpusing. Dua suara wanita yang aku kenal sangat. "Mak! Ibu!" Meluru aku buat group hug kat dia orang.

"Macam mana, boleh solat kat sini pulak?" Aku tanya sambil jalan beriringan keluar masjid. "Tanya orang depan tu, dialah yang organize semua." Waseem? 

"Abang?" 

"Dia cakap, dia kesiankan Ain, nak beraya dua-dua sekali dengan ibu, mak, ayah, abah, macam tahun lepas kan?" Aku angguk laju. Ngee...bahagianya. 

"Abang thanks." Aku cakap kat dia masa tengah bancuh air dalam water dispenser. 

"For?"

"Everything."

"Oh...tapi kena ada balasan tu." Aku nampak macam sengih nakal tergaris kat bibir dia.

"Apa?" Dia pusing sambil sengih angkat-angkat kening. "Muka tu, muka gatal kan??"

"Puasa sebulan jarang jumpa kot." Dia tetap dengan sengih macam tu. "Eiiii...dari Ain layan abang, baik Ain basuh pinggan mangkuk yang penuh atas ni." Aku sambung bancuh air.

"Ain...awak happy tak dengan abang?" Aku pusing. "Absolutely, Mr Amr Waseem." Aku sentuh rantai di leher. 

"Alhamdulillah..." 

"Alhamdulillah..."

"Janji nak bercinta sampai syurga?" Dia taut jari-jemari aku erat. "InshaALLAH...sampai Jannah..." Aku ukir senyum. 


*****

p/s: keena nk say sorrrryyyyyyy to all sebab tahu entri ni dekat2 orang nk habis mood raya dah kan? but why not..raya sebulan apa...hihihi...lepas ni insha ALLAH...PIA menyusul...thanks for keep coming to my blog..even xde n3 baru pun... :) syg awak semua...eh..ada fb follow je kt atas tu eh..sy suka rmai kawan.. :)

Labels:

Blogger miz ruha said...

keena!! suka sangat...
sayang kamu lebih la,,, :D :D

 
Blogger Hajar said...

wah, thanks sakeena. rindu kat diorang berdua ni. :)

 
Blogger sue said...

sayang sakeena.... terima untuk hadiah hari raya ni....
so sweet hubby Ain tu ya..... x sabar nak tunggu di bukukan.....

 
Blogger sAkEeNa said...

syg awak jugee.. ":D

 
Blogger sAkEeNa said...

most welcome dear..waaa...rindu eh?hihi

 
Blogger sAkEeNa said...

syg kak sue jugak! hihi...insyaALLAH..kak sue doakan eh...
:D

 

Post a Comment

<$CommentPager$>
<$I18NCommentAuthorSaid$>

<$BlogCommentBody$>

<$BlogCommentDeleteIcon$>
<$CommentPager$>

<$BlogItemCreate$>