"Kejap Zafran, ayah nak ambil baju." Ayah Aji berlalu ke bilik. "Ayah, Zaf tunggu kat pangkin bawah ajelah ye?"
"Yelah." Amar Zafran atur langkah ke pangkin bawah pohon remia. Termenung. "Ada masalah ke?" Ayah Aji ambil tempat sebelah dia. Beg kecil warna hitam berisi pakaian diletak tepi.
"Mana ada apa ayah..." Ayah Aji geleng kepala. Tak nak mengaku lagi, muka macam orang sembelit macam tu, boleh nak mengelak lagi? "Orang kalau adik nak bertunang, muka gembira, yang kamu ni...terbalik pulak?"
Amar Zafran tersentak. Mak aii! Ni nama dia, tembak tepat kepada sasaran ni. Nampak sangat ke? "Nampak sangat ke Zaf risau yah?" Dia urut-urut pipi dia, konon riak risau tu boleh dibuang.
"Ayah tak nampak risau tu...tapi..." Ayah Aji letakkan tangan tuanya ke belakang Amar Zafran sebelum mengusapnya perlahan.
"Tapi ayah nampak kamu kecewa." Tersentap tangkai jantung Amar Zafran bila dengar macam tu. "Zaf kecewa Pia bertunang?? Nonsense." Dia tergelak sekejap. "Ayah ni, boleh nampak dalam mata kamu tu, bila kamu pandang Zara Sofea tu, kamu pandang dengan penuh sayang."
Wah! Ni sudah kira tilikankah? "Memanglah Zaf sayang dia pun." Perlahan. "Betul, tapi bukan sayang seorang abang kan?" Bahunya ditepuk beberapa kali sebelum Ayah Aji bangun.
"Alhamdulillah, sampai dah." Dia matikan enjin, berkira-kira nak keluar. "Zafran..." Dia pusing balik.
"Apa dia ayah?" Keningnya dikerutkan. "Ayah nak ingatkan, walau apapun yang jadi, Zafran kena redha, Allah dah letak yang terbaik untuk hamba-hambaNYA. Kalau pun Zaf tak ada jodoh dengan Sofea, redha dan mohonlah yang lebih baik untuk Zaf, ayah yakin ALLAH dah aturkan yang terbaik untuk Zaf." Amar Zafran terkaku di kerusi duduk pemandu.
"Along, Pia cari macam nak selongkar satu rumah, kenapa lambat?" Pia berdiri depan pintu belakang rumah, rombangan pihak lelaki dah sampai sepuluh minit yang lalu. "Pia cari apa?" Dahi dah berkerut.
"Alonglah. Mana kawan Along, si Photographer bertauliah tu?" Kain disingkap sedikit kerana labuh. "Ohh...dia dah sampai dah, tengah masuk jalan kampung ni." Mata dia tak lepas dari muka bermekap tipis tu. Aku suka Pia? Zara Sofea? Ayah cakap betul ke? Dia letakkan tangan ke dada. Jantung dah terasa semacam. Inilah benda yang paling mengarut sekali kat alam ni buat masa ni. Abaikan, Amar Zafran!
"Jomlah masuk, Pia naik segan ni kalau Along tak ada. Majlis ni tak boleh jalan." Amar Zafran kerut dahi. Ni apahal pulak macam aku nak jadi tunang dia ni?
"La,
go on ajelah, pihak berwajibkan ada?" Dia maksudkan abah. Dia bukannya penting pun. "Dia orang buat pantun-memantun pulak kat depan sana, Pia dah naik pening dah. Abah tu pantun merapu. Naik keras perut Pia ni tahan gelak tau tak?"
"Haa? Abah berpantun? Biar betul ni?" Dia berjalan laju menuju ke depan, abah tersengih-sengih tengok dia.
Dia nampak papa dengan mama Zakwan, papa Zakwan sendiri jadi wakil untuk berpantun. Dia rasa nak tepuk dahi, parah kalau abah berpantun ni.
"Tadi
test aje tu, ni yang betul-betul pantun ni. Pantun dua kerat saya pandailah." Papa Zakwan berdehem sedikit. Amboi, ada
test pulak sebelum mula,
rehearsal apa?
"Riuh kicau burung kedidi, saya datang satu famili."
Servis balas dari abah. "Pagi tadi makan roti jala, hentam sajala." Riuh-rendah bunyi orang ketawa, abah ni, lawak sungguh.
"Redah malam hitam pekat, kami datang bawa hajat."
Abah servis balik. "Awat redah malam buta? Hajat nak minang siapa?" Gelak lagi. Sampai papa Zakwan pun dah gelak.
"Berhati pijak duri keman, kami nak sunting bunga di taman."
"Pijak buat apa duri keman? Kami tadah bunga setaman." Hancusss...bah, hancussss! Dia dah tergelak, boleh abah main-mainkan pantun dia orang? Entah empat hari empat malam orang tu karang, abah cantas macam tu aje.
"Kalau begitu jawapannya, kami terima seadanya."
"Alhamdulillah, itu yang keluar dari mulut abah.
Johan dah ajak budak berdua ni pergi
photoshoot, dia malam mengikut, segan nak tengok adegan-adegan yang bakal teraksi depan mata.
-Segan ke kau jealous Amar?
+Jangan nak memandai...
- Mengaku ajelah, kau suka dia kan? Sebab tu kau taknak pergi tengok.
+Aku memang taknak pergilah, ganggu dia orang nanti.
- Tipu, kau tipu hati kau sendirilah.
+Kau diam boleh tak?
-Eii..aku yang simpan segala perasaan kau tahu? Jadi aku tahulah semuanya.
+Shut up!!!!! What the pfftttttt???
- Pergilah buang semua gambar Sarah tu, sebab kau tak cintakan dia pun, kau lukis gambar dia banyak-banyak pun sebab kau nak hilangkan perasaan kau kat Pia kan? Buat-buat cinta kau mendalam konon, padahal, kau tunggu Pia kan? Kau tak sanggup kan tengok Pia bertunang?
+ Aku sangguplah bodoh!
-Bodoh? Kaulah bodoh, hey, kau ingat ayah kau tak perasan tadi, masa mama Zakwan sarungkan cincin, kau palingkan muka? Hah bodoh?
"
Shittt!" Dia tarik rambut kuat, sambil bersila atas katil.
"Astaghfirullahal 'azim. Kenapa ni Zafran?"
"Err..ayah, tak ada apa, Zaf sakit kepala." Terus dia bangun, capai tuala masuk ke bilik air. Ayah hantar dia dengan ekor mata.
*****
Tok! Tok! Tok! Pintu bilik di ketuk perlahan. "Assalamualaikum Pia, Along ni...yuhuuu!" Dia rapatkan bibir ke pintu.
"Waalaikumussalam,
anything?" Pia keluar pegang telefon bimbit di telinga. "
Am I interrupting?" Dia garu kepala.
She's talking on the phone dengan tunang tersayanglah pulak.
"
Gimme, five minutes?" Dia angguk. "Kat depan, ambil angin luar." Dia terus berlalu.
"Along, ada apa tadi cari Pia?" Pia menapak ke arah dia dengan palazo warna hitam +
t-shirt +
cardigan +
pashmina. Ringkas tapi cantik.
"Naa..
can we talk? It won't take long, just five to ten minutes?"
"ALLAH, Along tanya macam tak biasa bercakap dengan Pia." Dia dah garu kepala. "Err, takut jugak orang tu marah nanti kacau tunang dia." Dia sengih.
"Mengada, Along nak cakap apa?" Pia betulkan pashmina yang ditiup angin. "
You look glowing." Cantik, dan saya mengaku saya rasa macam nak cubit pipi awak sekarang ni Zara Sofea.
"Hisy! Merepek."
"
Happy eh?" Pia senyum pandang langit. "
Of course I'm happy."
"
I can see that from your eyes yang
shining macam Shin Chan tu." Mengusik.
"Heyp!" HAHAHA.Pia gelak. Ada ke? "Zara Sofea..." Keluhan berat dilepaskan.
"
Yes! Inche Amar Zafran Ahmad Zaki?"
"
I think this is the right time for me."
"
I didn't get it Along. Please, straight."
"Along rasa dah tiba masa untuk Along lepaskan tanggungjawab Along untuk jaga Pia selama dua puluh satu tahun ni kepada yang lebih berhak." Terasa sebak berbuku di dada, lepas ni, bukan dia lagi yang akan temankan Pia pergi mana-mana, bukan dia yang akan marah kalau Pia lewat makan. Bukan dia yang akan
take care pasal Pia, tapi Zakwan.
"Along, kenapa cakap macam tu?" Pia pandang dia dengan mata berkaca. "
I don't have any rights Pia after this. No."
"Along..."
"Along betul, kan?" Dia pandang depan, tak sanggup nak tengok muka insan kat sebelah.
"Along jauh hati dengan Pia ke?" Pia dah kesat air mata. Ya ALLAH, Pia, kalau Along halal sentuh Pia, Along takkan biar airmata tu gugur setitik pun ke pipi.
"Naa...esok Along nak balik KL tau?"
"Pia baru bertunang kelmarin. Sebab, Along jauh hati dengan Pia ke?" Sebab Along sayang Pia, Amar Zafran bersuara dalam hati. "
No, actually I have an appointment with Dr Hafeez.And got lot of worrrkkksss to settled down." Pia kesat mata yang berair dengan pashmina. "Along sakit??"
"Hisy! Ada ke doa Along macam tu, Along nak bincang pasal
eye surgery ayah tu, dia cakap ada cara untuk sembuhkan ayah." Tapi sebab lebih jelas, Along tak sanggup nak tengok Pia dengan Zakwan. Hisy! Apa kau merepek ni? Hah? Zafran? Otak tertinggal dalam almari apa kau ni?
"Ohh..
sorry..."
"S'okay" Pendek, bangun dan berlalu masuk ke dalam rumah.
*****
"Walaupun DIA tak tetapkan jodoh kamu dengan Sofea, kamu kena ingat ALLAH mungkin akan hadiahkan kamu seseorang yang lebih baik dari Sofea. Doakan agar ALLAH kuatkan hati kamu, lepaskan dia dengan kasih sayang juga." Itu pesan ayah, malam tadi. Hari ni dia dah ada di KLIA nak bertolak balik sana.
"Nah. Untuk Pia." Dia hulurkan hadiah berbalut kemas dalam kotak warna coklat keemasan tu. Pia tahan kening berkerut. Apa Along mimpi bagi hadiah ni? Tak pernah-pernah pun? Cepat dia tarik reben ungu yang mengikat kotak.
"Subhanallah, Instax Camera??? Alongg! I really wish I could hug you at this moment!" Ya Tuhan. Dia baru tengok dengan Along dekat mall masa pergi cari hantaran bertunang hari tu. Hari ni, kamera warna putih pink tu dah terletak kemas dalam kotak.
"Sukalah tu kan?" Abah kat sebelah bertanya bila tengok dia tersengih sampai telinga. "Mestilah! Eh! Abah pergi sana, ambil gambar dengan Along, ibu sekali." Abah dah pergi belakang Along, buat tanduk dari belakang. Along tak sedar sebab sibuk berbual dengan ibu. Senyap-senyap dia candid gambar Along dengan ibu abah macam tu.
"Ayah, sini dengan Zaf, Pia tolong, Along dengan ayah." Along heret Ayah Aji sekali sebab Dr Hafeez cakap, ayah boleh jalani pembedahan secepat mungkin. "Ok, satu dua tiga..." Klik! Pantas dia merakam detik-detik dengan keluarga kat tengah Lapangan Terbang Bayan Lepas ni.
"Amboi! Kan main lagi, ni yang kat sini ni tengah holding beg kau orang segala ni, taknak pulak ambil gambar??"Aiman muka bengang tahap tak keluar asap ikut telinga aje lagi, Pia terus snap gambar Aiman yang penuh beg dekat tangan.
"Pia, jaga diri, jaga famili, jaga iman, jaga amal." Amar Zafran berpesan. Pia anggukkan kepala. "You too, Mr Amar Zafran."
"Lepas ni, Along dah susah nak lawat Pia, sebab lepas ni Along banyak kerja, tanggungjawab lagi besar."
"Alaaa..." Muncung sedepa ditarik. "Mengada sangat dia ni Long, jangan di layan." Ibu bersuara. Pia sengih.
"Along..."
"Yup!"
"Jaga diri nak..." Puan Baya bersuara sayu. Amar Zafran hanya mengangguk. "InshaALLAH bu. Along pergi dulu."
"Yelah..."
"Along!" Pia jerit. "Anything??"
"Thanks for this?" Instax camera diayun ke atas. Dia nampak Along mengangguk laju.
notakaki: okay...first of all...tahu entri ni banyak berterabur...sebab puasa kot..heh! alasan kan? sorry for the late posting... :) big smile for all of you..ramadhan kareem.. may ALLAH bless...
cian along... pia nie lambat pick up... xkan xbleh rase feeling tu.. to sakeena, cepatlh update.. good job.. slamat bpuasa...
kak keena!! kak keena!! *lompat2 keriangan*
akaaakkkkk.. hissyyy.. kesian along.
meh sy teman along lah. hahahaha...
this is lovely..:)
along is soo kind..
btw,, sape sarah?
ohh and happy fasting:)
aduh sakit dada ... alongggggggggg.. kiciwaaaaa.. uwaaaaa
Along tu lamabt sangat nak meluahkan hingga Zakwan sapu dulu.... Pia dalam bertunang banyak dugaan....
kenapa macam kasiahan ja dengan Alonggggg...... huhuhu
Kesian along kak keena~~~ uhukuhuk
tak sambung ke?huhuhu
korang2...PIA saya stop kejap... hihi.. sabar eh..:)
Post a Comment