Along petang ni temankan Pia pergi tengok baju tunang eh?”
Eat Pray Love tu diletak ke tepi, sila
ditarik ke atas kerusi. Amar Zafran geleng kepala. Sila ditarik atas kusyen
selang satu tempat duduk dari Pia.
“Alah..kejap aje, Pia janji.” Dia keluarkan jari
kelingking, buat isyarat janji. Amar Zafran mencebik. “Kejap Pia tu, adalah
macam Along nak dekat tercabut kaki kan?” Nada perli.
Pia menjuihkan bibir. “Taknak sudahlah, orang ambil cab aje. Mintak tolong pun susah.”
"Bukan taknak tolonglah, Zakwan mana pulak kali
ni?" Remote controller dicapai dari meja kopi. Punat
merah ditekan.
"Dia? Sarawak, tengok projek kat sana." Amar
Zafran angkat kepala bila tiba-tiba piring berisi jeruk mempelam muda terhidang
depan mata. Yummeh! Terus dicapai jeruk tu sekeping bawak masuk mulut. Duduk
rumah ni, alamat perut akan memboyot dengan jayanya, sebab ibu akan menjamu apa
sahaja yang dia inginkan.
"Tu dah basuh tangan ke belum tu?" Amar Zafran
mengukir sengih. HEHE! "Alah, ibu ada garfu kan senang ni?" Punggung
dah melekat kat kusyen, mana dia nak bangun lagi dah.
"Dah melekatlah tu, kan? Ibu taknak ambil. Kalau Along
setuju nak temankan Pia pergi petang nanti, baru ibu pergi ambil."
Amar Zafran matikan sengihan. "Sejak bila, ibu pro
budak yang tak reti lap hingus ni?" Dia maksudkan Pia, yang
tak-reti-lap-hingus tu. "Alonggg!" Pia dah terjerit. Mau dia tak
panggil Pia macam tu, dia ingat lagi, kalau dulu, dia suruh Pia lap hingus,
mesti budak kecik bertocang dua tu, tenyeh hingus dia sampai penuh ke pipi.
"Ibu pergi ambillah, duduk dengan kau orang ni, asyik
nak bertekak aje."
"Panggil macam tu, taknak teman!" Amar Zafran
silangkan tangan.ke dada. "Ala...Alonggg....please!"
"Hentikanlah, teknik kotor Pia tu, nak tak nak Along
memang kena temankan Pia pun, nak kena batang penyapu dengan abah kalau tak
temankan?" Dia terus fokus pada skrin televisyen besar tu.
"HAHAHA!!" Pia gelak jahat. Kalau dia tau dari
awal, tak adanya dia nak buat sesi mengorat-Along-demi-kepentingan-diri tadi.
"Nah, garfunya." Ibu datang bawakan mangkuk
dengan serbuk asam + garfu kecil bermata dua. Dia capai garfu, cucuk mempelam,
cicah serbuk asam. Kunyah! Yummmeeeehhhhh! Ibu memang terbaiklah.
"Pukul berapa nak gerak?" Dia pandang muka Pia,
yang asyik dengan jeruk. "Lepas Zohorlah."
"Taulah, pukul berapa?" Sambil tu, dia buat
isyarat bagus dekat ibu yang berada di sebelah. "Dua setengah macam okay
kot?"
"Okay, tepat dua setengah, tunggu dalam kereta, lambat
seminit, tinggal." Selamba dia tuturkan ayat tu. Pia dah muka geram.
Hiash!
*****
"Yang ni okay tak?" Pia keluar dari fitting room dengan baju rona ungu cair. Amar
Zafran pandang sekilas, lepas tu geleng kepala lagi. Pia mendengus geram. Masuk
kali ni, dah lima pasang baju dicuba, tapi Along tetap dengan gelengan dia
tu.
Macam Along pulak nak bertunang dengan dia, mengalahkan
Zakwan. Nasib Along aje ada kat rumah tadi, terpaksalah dia tebalkan muka
mengajak. Kalau tak, jangan haraplah dia nak pakai idea Along tu, semua baju
serba tak kena.
Besar sangatlah, kecil sangatlah, warna masam, terang
sangat. Yang paling best. "Pia nak bagi lembu Pak Atan
kejar sekampung ke??" Alahai...dia
yang dengar Along komen pun dah rasa macam nak baling selipar kat muka dia. Cheesecake aje!
Dia masuk balik ke fitting
room, bawa baju warna hijau kecoklatan kali ini. Entah apa pendapat Along
kejap lagi. Susah betul bawa perunding imej ni sekali datang tengok baju.
"Bosannya!" Amar Zafran mengeluh di sofa, dia
bangun. Mata meliar di segenap ruang. Tiba-tiba matanya tertancap pada sehelai dress yang ringas disulam manik di bahu
dan di pinggang. Terus terjatuh hati rasanya.
"Adik, baju ni..."
"Ye? Encik suka ke? Ni baru aje siap pagi tadi."
Adik yang bernama Aida berdasarkan tag nama dia tersenyum manis. "Jual
tak?" Terus soalan tu diterjah dulu.
"Err...abang nak beli ke? Boleh nak jual, tapi jarang
orang nak beli, sebab biasanya mahal." Dia sentuh kain jenis sifon tu
lembut. Cantik! Itu aje yang bermain dalam hati dia sekarang ni.
"Saya beli." Pendek. Muktamad. Itu keputusan dia.
"Hah? Ni material dia dari Korea encik, err...harga dia
seri..."
"Saya-nak-beli-ni." Perlahan dia tunjukkan baju
pink cerah tu perlahan, dengan nada tegas.
"Ok-kay." Adik kecil molek tu, cepat-cepat tarik
patung yang bersarung baju sifon tu ke belakang. "Bagi saya dulu."
Dia minta dari adik tu.
"Al-long..." Pia keluar dengan baju warna hijau
kecoklatan. Tapi terus terbisu, sebab Along hulurkan baju warna pink cerah tu
ke arah dia.
"Suits you." Pendek aje, dia tarik baju tu
masuk ke dalam semula, pakai aje, pandang cermin, terus rahang bawah rasa
longgar sekejap. "Subhanallah...aku ke tu?" Dia tanya diri sendiri.
Cantiknya baju ni.
"Along..." Pia keluar dengan baju Along bagi
tersarung kemas di badan. Giliran Along ternganga sekejap. Cantiknya
budak-tak-reti-lap-hingus-ni. Bila masalah you
grown up Pia? And now you're getting engage pun.
"Cantiknya..bakal isteri encik." Pia dah merah
muka, Amar Zafran tergelak besar. "Adik, kalau saya nak cari isteri, saya
nak yang lawa, macam ni dikira comot, tahu?"
"Keji betullah Along ni. Ni abang sayalah." Rasa
nak terkam budak nama Aida ni hidup-hidup pun ada. "Tapi, you both looked suits
to each other, that why kita
orang ingat, couple."
Amar Zafran rasa nak tersedak, Pia pun sama. ADA KE???
"Confirm! Ni deposit, baki masa datang mekap
nanti. Boleh?" Budak-budak kat situ mengangguk. Dia tengok Along keluarkan
beberapa not seratus, bapak mahal, takkanlah mekap dengan sewa baju banyak ni?
Dia terus-terusan pandang resit di tangan Along. Chinta Bridal Boutique? Masa
kahwin taknak dah ambil kat sini.
"Berapa Along? Tadi?" Pia keluarkan purse dari tote bag. "Tak payah, tu
hadiah Along untuk Pia."
"Hadiah?" Pia muka berkerut.
"Along beli baju tu, bukan sewa." Dia berhenti
depan Curry Houz. Tolak
pintu, terus masuk. Pia masih lagi depan pintu, kaku sambil mulut
terbuka.
"Pia, hello?? Are you asking for flies to come
inside your mouth ah?"
"Along...Pia.."
"Don't talk too much, kita minum dulu."
Tote bag Pia ditarik. Takkan nak tarik tangan, mampus Pia mengamuk. Lagipun,
lepas Pia cukup umur, dia tak pernah pun sentuh Pia. Pia pun, terus pakai
tudung sampai hari ni. Yang dia tau, rambut Pia panjang. Itu sahaja. Titik.
*****
"Dah besar anak ibu...dah nak kahwin pun..ibu ingat
Along dulu." Pia tersengih. Puan Baya mengusap kepala dia atas riba.
"Macam cepat sangat tak?"
Puan Baya menggeleng. "Tak payah persoalkan tu semua,
itu kan kerja ALLAH sayang." Pia mengangguk.
Dia diam sebentar. "Pia macam kesian kat Along, Pia
pulak yang langkah bendul." Jari-jemari Puan Baya dibiarkan bermain atas
rambut ikal dia yang cecah pinggang. Along tak ada, bermaharajalelalah
jawabnya.
"Jangan nak fikir sangat, Along tu kalau boleh nak bagi
Pia yang terbaik, tahu?" Puan Baya pandang muka Pia, Pia mengangguk.
Memang pun, sampai baju tunang yang harga berapa tu pun, Along sanggup belikan
untuk dia.
"Pian nak bertunang berapa lama?" Terpacul soalan
tu dari mulut ibu dia. "Tiga bulan kot rasanya, Zakwan pun taknak
lama-lama bu, sebab dia takut, macam-macam sekarang boleh jadi kan?"
"Yelah, ibu pun setuju jugak macam tu, ingat...TUNANG
tu bukan tiket keluar sesuka hati tau?" Puan Baya tekankan perkataan
tunang tu. Pia tersenyum. InsyaALLAH bu, tak adanya.
"Ni mana abah kamu, tak balik-balik lagi dari kedai
Halim tu, cakap nak pergi sekejap aje, ni dah melarat-larat ni."
"Alah bu, bukan tak tau, situ kan abah banyak
geng!" Pia bangun, tolak rambut ke belakang, ikat dengan getah di tangan.
"Tulah pasal, ibu ni suruh beli rempah gulai ikan,
melalut-lalut menyembanglah tu." Puan Baya bangun, ke dapur, tatang popia
inti daging yang Pia siapkan ke depan. Pia sibuk sarung tudung keluar ke depan.
Seluar palazo warna biru terang tu dibetulkan sedikit.
"Assalamualaikum..." Dua beranak tu toleh ke
belakang. Encik Ahmad dah balik, jinjit beg plastik warna hijau, Pia agak ada
rempah kot dalam tu? Sebab ibu pesan rempah tadi kan?
"Abah, jumpa Pak Ajis ke?"
Encik Ahmad muka pelik. "Mana Pia tau?" Pia
mencebik. "I've sixth-sense, remember?"
"Perasan.." Encik Ahmad ambil tempat sebelah Zara
Sofea, popia tu dicapai seketul, sebelum dicicah sos.
"Elleh..."
"Mana Pia tau?" Encik Ahmad tak puas hati,
"Abah, kalau suruh pergi kedai Halim, belilah apa pun, kalau terjumpa Pak
Ajis kat warung sebelah tu, yang seminit pun jadi sejam, kan?"
"HAHAHA...Pia ni, Pak Ajis tu pelawak tau tak? Tak
senang duduk abah ni, asyik nak berdekah-dekah aje ketawa." Pia ketawa bila dengar ayat abah dia tu. Realitinya, memang Pak Ajis macam tu pun.
*****
"Wan jangan keluar mana-mana hari ni, esok nak tunang kan? Duduk rumah aje, awak tu darah manis." Zakwan tarik senyum. Mama ni, takut sangat jadi apa-apa dekat dia.
"Mama ni, risau sangatlah..." Iphone ditarik dari poket seluar. "Mau tak risau, ma ni dah warga emas tahu? Tapi nak tunggu anak yang sorang ni kahwin pun, macam nak tunggu tiang elektrik berbuah." Puan Rohaya tarik telinga anak teruna dia sedikit.
"Ma ni...ada ke?"
"Apa yang ada?"
"Tiang elektrik berbuah tu? HAHAHA...boleh tahan jugak mama ni buat lawak eh?" Zakwan tergelak. Apa punya hiperbola la mama dia ni.
"Esok nak bertolak pukul berapa?" Puan Rohaya menyoal. Tangan ligat melekat manik-manik kristal berwarna-warni atas kain net untuk dilapik buat hantaran esok. Dia pemilik butik pengantin terkenal dia sini. Makanya, semua dia nak buat sendiri untuk anak teruna dia. Pekerja yang ramai pun kira arahan mandatori, tak bagi sentuh apa-apa.
"Lepas Subuh eloklah ma, berapa kereta esok ni?" Zakwan kerutkan kening sambil perhati ibu dia lekatkan manik-manik tu. "Elok sangatlah tu, esok Pak Su, Pak Ngah, Pak Caq kamu memang confirm pergi. Kawan-kawan kamu tu? Jadi ke?"
"Omar, Eid, dengan Lee jadi, yang lain, semua ada urusan." Zakwan mencongak dalam kepala, maknanya enam keretalah konvoi esok?" Puan Rohaya mengangguk.
"Ma, pomander ball tu dah siap ke belum?"
"Yang kecil-kecil untuk hantaran ni ma dah siapkan dalam bilik tu, kejap lagi bawa keluar." Hantaran yang mama dia ubah ni, grand tahap tak hengat. Dia pun macam teruja sekejap. Cantik sungguh. Dia sengih sambil taip mesej ringkas.
+ hope everything will go as planned for tomorrow.. :)
- me too...tengah buat apa?
+tolong mama gubah hantaran ni sayang..
-eiii..anak teruna pun buat jugak ke? :P
+ni anak teruna wedding planner tahu? see the leg la...
- hahahah...apalah jadi semua hantaran tuu..
+what are u doin'?
- same...
+really? awak..can't wait to see you..nak tengok sangat baju tunang yang Along pilih tu...
-it's really...beautiful, trust me, kalau mulut awak tak ternganga esok, memang tak sah!
+ really??
-yup! awak...ada banyak kerja ni...i'll text you later? boleh?
+ boleh sayaaannggg... :)
- ye sayaaannngggg... assalamualaikum..luv you..
+waalaikumussalam..luv u too.. take care..
- you too take care... :)
+:)
Orang sebelah Utara tersengih, orang sebelah ibukota pun tersengih. Patulah orang panggil 'darah manis' pun, manis sungguh! Dua-dua kulum senyum, dalam hati, ALLAH yang tahu, betapa bersyukurnya dengan kurniaan ILLAHI atas perasaan indah itu. Ia cinta.
alooonnngggg... :D
*jatuh chenta sudahhh... haha..
alaaaaa, harap tak jadi apa2 dkt zakwan. hmmmm
alonggggggggggggg
hope mjlis pertunangan pia dn zakwan bjln lancar...
nak hapy je..
janganlah ada apa-apa terjadi pada keduanya.... along... U so sweetttt....
baek sungguh along ni...hehehe
still rase something gonna happen to zakwan...huhu
Ngaaaaa kak keena.. ciannye kat along sayang T_______T
ehh..bukan em ke??hahaha
inshaallah...xde apelah tu :)
yeeeeaa... *gedik tlg jwb bg pihak along
tengok entri lepas ni eh :)
saye pun..saye pun..hihi
mcm gula tak kak sue?hihi
tunggu n3 n3 slps ni yee.jgn miss tau
xpe along ilang em adee..hahaha
Post a Comment