Dia sampai Carlton Hotel dalam pukul 2.00 petang. Itupun singgah rumah Along dulu, Along ambil kain baju dia, sebab Along kena turun Penang seminggu, cawangan sana ada masalah katanya. Dia ke kaunter untuk check-in. Matanya meliar sekeliling lobi, mana tau kalau-kalau ada terjumpa kawan-kawan dia.
Galaxy SII ditekap ke telinga. "Assalamualaikum."
"Belakang kaulah." Terus dia pusing bila dengar Aisha cakap macam tu.
"Haish! Jom naik!" Dia tayang kad ditangan. Kaki melangkah laju ke lif. Kad disentuh pada tombol pintu bilik 302 tu pantas, lampau hijau kelihatan menyala. Terus dua orang tu masuk menonong ke dalam bilik, masing-masing nak rehatkan diri lepas perjalanan yang jauh.
" Kau kejut aku lepas Zohor nanti, aku cuti, nak baring kejap lepas kau kejut aku, kita bersiap kita turun pergi cari mapley, aku lapar tahap red dragon dah ni." Pia usap perut dia. Aisha gelak. Dia capai telekung sambil mengangguk. Pia buat gaya lompat + kuak lentang atas katil, Aisha tak habis lagi berwuduk dia dah terlena.
Kaki masing-masing dah turun dari tangga, tiba-tiba Aisha terhenti, tengok ke arah lobi. Pia terhenti juga, brek mengejut. "Tu bukan RZ ke?" Dia tunjuk ke arah sofa di lobi. Pia pandang ke arah yang ditunjuk Aisha. Mata dia membulat.
"Dia cakap nak turun JB, ada hal, tapi kenapa boleh ada kat sini pulak?"
"Dia dah balik kot?" Aisha tengah cuba nak sedapkan hati si Zara Sofea. "Tak! Baru je aku telefon 30 minit lepas, dia cakap dia tengah mesyuarat. Tapi apahal pulak ada kat sini?" Dia berbisik. Gaya agen 007. Aisha garu kepala.
Mata Pia tertancap pada susuk tubuh yang baru tiba di kalangan empat orang manusia yang tengah berbincang tu. Makhluk itu berkain singkat yang dia agak dua tiga inci aje lagi boleh menampakkan benda yang tidak sepatutnya ditunjuk. Blaus putih longgar yang dekat leher corak dia macam usus kecil bersimpul-simpul dikenakan dengan kain singkat warna biru nila. Memang mengancam habis.
Makhluk tu dilihat melabuhkan punggung sebelah RZ, masing-masing dua pasang mata ni ternganga. RAPAT GILA OKAY! Manusia lagi tiga tadi bangun tinggalkan makhluk berdua yang macam belangkas versi darat ni dekat sofa warna krim tu. Pia panas hati. Dia melangkah turun. Tapi Aisha tarik bahu dia.
"NO!" Aisha berkeras. Pia gelak. "Gilalah, kau ingat aku jenis tu ke? Aku bukan nak serang tarik-tarik rambut pun, cuma nak pergi tegur dan salam je." Dia terus turun.
"Assalamualaikum." Dia berdiri sebelah sofa yang RZ duduk. Kepala manusia tu berpaling. Memang macam baru kena renjat dengan voltan 20kV, sungguh!
"Wa..waalaikumussalam." Pia berdiri, dia cuma nak tahu, apa RZ ni akan cakap, untuk perkenalkan dia dengan gadis berkain tak cukup inci tadi.
"Err, awak buat apa kat sini?" Pia senyum. "Ada majlis esok malam.
I thought you off to JB?"
"
No, cancel." Pia rasa nak tepuk dahi saat ni + gelak guling-guling. Bodohnya nak menipu pun tak reti, alahai...pergilah belajar dulu. Takkanlah kau ni Superman pulak, tiga puluh minit sebelum ni aku telefon, takkan tiba-tiba ada kat sini pulak? Kalau nak diikutkan, tadi dia cakap dia dekat JB, nak pergi Senai pun dah lama mana, kau ni memang gagal logiklah Encik Zakwan!
"Ooo...siapa ni?" Dia dah nampak muka perempuan tu tersengih-sengih mengalahkan apa. "Ni,
m..meet my cousin, Anatasha."
"
Hi, just call me Tasha." Pia sambut huluran tangan si Anatasha. "
You ni siapa?" Pia diam. "
You better ask him." Terus dia berlalu. Bila nampak tangan si makhluk-kain-tak-cukup-inci berlabuh atas peha si Zakwan.
And he just ignore that! Macam suka aje!
"Pia, sabar okay?" Pia tengok muka Aisha. Dia sengih. "Aku okay, kalau dah tak ada jodoh aku dengan dia, aku redha." Tapi hati dia tetap terkilan sebab Zakwan sekarang dah tak macam Zakwan yang dulu. Dua-dua dah melabuhkan punggung ke sofa lobi yang jauh dari si Zakwan tadi. Sibuk bercinta kot?
"Kau betul ke okay ni?" Aisha was-was. Dia urut lembut belakang Pia. Betul ke si Zara Sofea ni okay?
"Tipulah kalau aku cakap, aku boleh redah semua ni selamba aje kan? Adalah sikit terkilan, tapi aku macam tak apa kot?" Dada terasa pedih.
"Minta dengan DIA Pia, DIA sentiasa ada." Pia angguk.
"Salah aku juga, pilih orang kelas macam tu, tak sekufu dengan aku, gaya hidup dia mungkin lain. Aku lain." Pedih lagi.
"Tak apa, kau mintalah yang terbaik dari ALLAH, kalau betul tak ada jodoh, doakan moga yang lebih baik menunggu." Dia angguk lagi.
"Aku rasa macam..." Dia terhenti sekejap.
"...
I need your shoulder..."
"
Sure..." Aisha sendiri tarik kepala Pia letak ke bahu dia. Pia menangis, sampai kering airmata, sampai terkesan di pipi dia.
"Okay, dah. Jom pergi jalan-jalan nak? Aku nak cari baju untuk malam esok."
"Boleh aje, janji perut aku yang tengah dondang sayang ni, terisi sepenuhnya dengan percuma." Aisha ucap perut dia disebalik jubah.
"Buruk lantak kau tak pernah hilang kan?" Pia mencebik. "Aku tetap aku." Ringkas, tapi buatkan Pia ketawa.
"Aku harap sangat tak terserempak dengan mamat tu lagi." Pia mengeluh berat.
"Aci kerat kukulah dia dah
check-out, mana nak berani duduk sini lagi dah." Pia angguk. Nak mati dengan aku?
Mereka berjalan dari satu kedai masuk ke kedai yang lain, cerewet habisan si Zara Sofea ni kalau bab nak memilih baju. Dia belek dress labuh dari fabrik
lycra warna hitam, tiba-tiba telefon terasa bergegar-gegar. Dia tarik dari dalam
sling bag. Dia macam dah boleh agak dah siapa. Telefon di tangan dibuka.
See?? Kan? Betul makhluk ni.
+Dear, she's my cousin...not more than that
- Do I care?
+ Sayang please?? Saya taknak kita bertengkar lagi, saya sayangkan awak
- Really? Ooo..so sweet
+ Apa yang awak tengok tadi tak betul semuanya
Pia mencebik baca mesej dari Zakwan ni, tak betul konon, bila si kain-tak-cukup-inci tu labuhkan tangan kat peha kau, kau macam nak sengih tak sengih pun ada kan? Jangan nak tipulah.
- Tapi awak macam suka je?
+ Awak ni kenapa??? Saya cakap saya tak ada apa-apalah dengan dia!
Aikk?? Pia buat muka pelik, patutnya aku yang marahkan dia, ni terbalik pula?? Pia ketap bibir, kuat! Tahan sebak yang dah berbuku.
-
Apa-apa ajelah...look, if you really got nothing to do with her, it's okay, but why? why you mad at me? Is it true? You've a crush on her? Your cousin?
+ Hei! Aku cakap tak ada, tak adalah, yang kau ni dah kenapa???
- Eh?? Hei, if you want her, go and get her, I really don't give a damn!
Pergi main jauh-jauh! Jangan datang lagi, tolonglah! Dia tekan butang OFF kuat. Dia taknak berhubung dengan sesiapa sekarang ni. Zakwan, dia berubah lepas Pia tak nak MMS gambar tak bertudung dia hari tu. Sampai sekarang si RZ tu
mood swing, kejap okay kejap tak.
"
Pia, are you okay?" Pia angguk lepas kesat mata yang berair. Dia sambung pilih baju dengan Aisha.
Lepas dua jam berjalan, dia dah dapat apa yang dia nak,
reunion yang bertemakan Color Boost tu buatkan dia pilih
sleeveless dress yang labuh sampai buku lali warna biru nila,
cardigan warna hijau gelap dengan
half-moon hijab warna merah terang. Aisha
simple dengan jubah warna ungu gelap dan tudung half-moon warna
pink.
*****
Pia rebahkan badan atas katil, penat! Dia dapat mesej dari Zakwan tadi. Tanya pasal baju nikah, sebab tinggal dekat dua bulan je lagi nak nikah. Bila dapat mesej tu, dia rasa memang betul Zakwan dengan si Anesthesia tu tak ada apa-apa. Tapi, kena mintak tolong Along lagi. Disebabkan Along ada kat rumah, sebab masalah dekat Pulau Pinang tak selesai lagi. Bolehlah dia pinjam Along dengan tambah masalah Along sekali. Hewhewhew!
Dia keluar dari bilik lepas Asar. Tengok Along sibuk dengan Asus dia kat depan televisyen. Bukan main lagi, kerja punyalah penting, tapi dia boleh dengar si Dora the Exporer tu menyanyi. Apakah abang aku ni? Dah nak kena buat filem fantasi kanak-kanak ke apa?
"Along! Hihi!" Pia ambil tempat atas sofa, Amar Zafran bersila atas lantai. Laptop Asus dia letakkan atas meja kopi, kertas-kertas warna putih bertaburan di atas meja. Pia pun pening tengok.
"Kenapa? Rindu Along?"
"Cheesecake, ada ke rindu pulak." Pia terus tengok muka Dora. Malas nak layan Along dia. Kepala tengah dok perah otak macam mana nak ajak Along teman dia pergi cuba baju nikah.
"Alongg..." Pia tergagap-gagap nak beritahu.
"Hmmm..."
"Errr..." Apasallah tak terkeluar pulak perkataan waktu-waktu macam ni?
"Apa??!" Amar Zafran kejutkan dia.
Spontan yang keluar. "Jom nikah!"
"Haaaa????" Pia tutup mulut, Along ternganga mulut.
"Ngeee...bukan-bukan, Pia sebenarnya nak ajak Along temankan Pia pergi cuba baju nikah." Dia tayang gigi penuh.
Along pandang muka dia pelik, sebelum baring atas lantai dan gelak kuat. Kurang asam Along! Pia capai kusyen besar atas lantai campak ke muka Along.
"Aiii..Pia, Pia, kalau betul Pia ajak Along tadi, on the dot dah..."
"On the dot apa??"
"On the dot Along cakap dengan abah. Anak dara dia ni kena penyakit gatal nak menikah." Dia sambung gelak lagi.
"Boleh tak ni?" Karang dia keluar kaki tangan, langsung kena pergi seorang diri nak mencuba baju.
"Hmm..Along kena tengok schedule dulu Pia, kalau sehari dua ni tak boleh rasanya, Ahmad kena turun padang selesai masalah, Along kena handle benda dekat pejabat, kalau Sabtu takpun Ahad, Along lapang kot?"
"Pia tak kiralah, Along kena juga temankan Pia."
"Ala pergi sendiri pun boleh kan?"
"Along kena ada."
"Apa perkaitan pulak baju nikah kau orang dengan Along ni?"
"Err..Zakwan dia suruh Along cuba baju bagi pihak dia."
"Haa??"
"Pleasee..."
"Along kalau setakat teman tahan lagi, tapi ni dah nak kena mencuba baju pulak, Along macam tekanan sikit."
"Along memang tak sayang Pia kan?"
"Pia ni kuat merajuk tahu??"
"Bukanlah, kalau jadi apa-apa karang??"
"Hisy! Janganlah mintak macam tu. Dahlah, nanti Along fikirkan hari apa sesuai." Amar Zafran tahan geram. Si Zakwan ni nak menikah ke? Aku yang nak menikah??
"Thank youuuuu Along!"
"Along belum decide lagilah." Pia tak membalas, dia sengih, sebabnya dia tahu yang Along akan temankan dia. Dari biarkan dia pergi sorang-sorang.
p/s : ohhhhh...masa sungguh dengki dengan saya, hahahha (alasan je kan?) sorryyy...entri lambat gila..sibuk atas urusan lain... :) moga Allah merahmati kalian semua... :) moga ALLAH memberkati kita.. aminnn
benci zakwan sgt2.... Pia, make the right choice.... Leave zakwan, he doesn't love u the same way anymore....
oh yeah,zakwan mmng xguna..tembelang da kuar...
go Along!
kena la pia nie lembab sgt... huhuhu cian aloang
zakwan kantoi sudah..tu pun nk deny lg...haisssyyy...cousin katenye...
pia, tgalkan je la zakwan tu...nikah je ngn along...kan dah t'ajak along nikah...hehehe
suka along ngan pia.. ^_^
go keena!! :)
Nak Along dengan Pia...
Pia tinggalkan ja Zakwan...
minta Allah tunjukan sifat sebenar Zakwan di hadapan Along dan Pia ... biar Along tahu perangai Zakwan .... boleh along ambil alih tugas Zakwan pulakkk.... hehehe
Please Pia usah lembut hati dgn. kek Cawan
dah nampak dia tipu Pia hidup2, dah terkantoi
pun tak nak mengaku...
Along lebih sesuai dgn. Pia..
teruskan perkahwinan, I think kek Cawan not turn up hari itu, n surelah Along jadi pengganti coz baju nikah pun Along yg. try...
Kan dah nampak macammana kek Cawan itu..
(sori... geram sangat dgn. Zakwan tu tukar ke kek cawan senang nak lenyek2..)
- MAYA -
she will inshaALLAH..
along goooo gooo..ntha si zakwan ni..dah kantoi pun.haha
ekekeke..pia suka kawan ngan siput kot?
hahaha..kan?dah ajak dah tu..
hahaha..ptutnya goo alongg..hahaha ni msti nk entri cepat kn?
ekekeke...along ni baik sangatlah..hahaha
maya: mmg ptut pun pgl dia kek cawan!
geram kan??
Akakkkk!! sy cdg akak buat scene zakwan kena langgar kereta lalu mati. hahaha. dia sangat menyibuk lah. hisssyyy.. sy nak along je ok? :D
-MK-
rindunya kat pia n along. zakwan is irritating, haha
hahaha..gile kejam!!hahhaha :P
miss u!heh! lama xnampak?? yes he is..irritating..ngaa :D
i hate zakwan. sangattt!! haha..
me toooo :P
Post a Comment