Sayang sayang semua...I've to stop PIA at this point. Publisher told me to focus on my manuscript...insyaALLAH, we'll meet PIA on printed version..pray for me, pray for the great idea to come, and may ALLAH put everything at ease.. ^^v >> and insyaALLAH, the next entry will be AWAK?!
mY wOndErWaLL
WELCOME!comel tak blog baru kite??hihi...i really hope after this I'll extra spirit to update new entry...bcoz I really love this cute skin! ^^
MAY
ALLAH,bless,you
nAviGate?

Profile Blog Links Joined Credits
I am ME
writing and reading are part of me. bla..bla..bla..okayy sebab I love talking+merapu+gelak tak ingat dunia. so fullstop! ^^

FriEndS + faCebOoking
Sakeena Wonderwall

Create Your Badge
SpiLL
Daily Reads
EDNIN | DENA | Dr. CINTA | Yasmin Mogahed | 7sW

Rotten Things
April 2011 | May 2011 | June 2011 | July 2011 | August 2011 | September 2011 | January 2012 | February 2012 | March 2012 | May 2012 | June 2012 | July 2012 | August 2012 | September 2012 | October 2012 | November 2012 | December 2012 | January 2013 | April 2013 |

wonderwall (raya version)
Jay-Hana 1
pia 10
pia 9
pia 8
pia 7
pia 6
pia 5
pia 4
pia 3

mAsTerPieCe?? HAHA :P
Links

pia 11
Written at Saturday, September 8, 2012 | back to top

Masuk hari ni genap seminggu dah dia bergaduh besar dengan Zakwan. Semua sebab Zakwan sendiri, dia dah bengang tahap naga bila Zakwan tiba-tiba mesej minta gambar dia. Part mintak gambar tu dia hadap lagi, tapi ni sampai tahap mintak gambar tak pakai tudung.What the pffftttt??


+Awak..rindu...

-Ehh?Miss you too...

+MMS gambar satu... :)

- Tak payahlah..kan dah ada sekeping kan?

+Lama...nak yang baru..

-Emmm...

+ Nak yang free hair... I teringin nak tengok rambut you sayang...

- HAHH?? Mana boleh, berdosa tahu? Tunggu kita halal dululah... :)

+Alaa...lagi dua bulan kot..nanti awak jadi isteri saya juga kan?

- No..

+Please?

- I said NO.

+ Sekeping je kot, kedekut lah, bukan luak pun!


Macam tulah mesej minggu lepas, dia pulak kena sound sebab tak bagi gambar tu, kalau dari segi logik akal, dia rasa dia yang patut mengamuk sampai bawak parang. Ni terbalik. Dah gatal sangat agaknya, dosa dia yang tanggung.

Pelipis ditekan lembut, barang-barang pelanggan yang order semalam dia dah bungkuskan, tunggu nak pos aje. Dia tak bekerja, dia hanya buat bisnes atas talian jual pakaian wanita buat masa sekarang. Galaxy SII pemberian Along dicapai, nombor Wafa Aisha dicari. Telefon ditekap ke cuping telinga.

"Assalamualaikum puan."

"Waalaikumussalam cik. Mengada kau, kenapa? Rindu aku eh?"

"Mana ada...Aisha, can we meet?"

"Mana?"

"Shitake Cafe?"Tempat lepak kegemaran dia, sushi dengan green tea dia sangat sedap! Ada wifi, tu yang penting, sambil bergebang dia boleh online.

"Aku tanya Ashmar dulu, karang dia tak bagi susah pulak."

"Wokeh! Inform me if anything."

"Baik! Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Dia senyum. Dia nak buat sesi luahan perasaan dengan Aisha, dia tak peduli. Kalau dia buat sesi luahan perasaan dengan Along, memang tinggal nyawa-nyawa ikanlah si Zakwan tu nanti.

*****

"Kenapa?" Aisha tanya lepas green tea dengan sushi kegemaran dia orang terletak elok atas meja. Pia memang tunggu masa je nak ngap, perut lapar gila kot?

"Makan dulu boleh?" Aisha mengangguk. 

"Kau mesti ada benda kan? Kalau tak mana nak ajak jumpa bagai, melainkan aku ni kaunselor tak bergaji kau? Ye dak?"

"Zakwan, aku gaduh dengan dia." Nak taknak dia memang kena cerita, sebab dia dah tak sanggup tahan dah, dada rasa nak meletup!

"Gaduh? Bunyi macam tak percaya je? Betul ke ni?" Aisha muka pelik. "Betul." Pendek.

"Sebab?" Green Tea tu disisip perlahan.

"Dia minta gambar aku free hair.

Serentak suara orang tersedak kedengaran. "Haa??" Bulat mata Aisha pandang dia. 

"Aku rasa bersalah ni."

"Kau jangan cakap, kau rasa bersalah sebab tak bagi eh?" Tangkai jantung rasa disabit, memang tu pun yang dia rasa. 

"Pia..tu syaitan, jangan mudah terhasut, sehelai rambut pun, berkoyan-koyan dosa kita dapat, inikan satu kepala." Aisha raup muka dengan tangan. 

"Aku cakap tunggu halal dulu. Dia marah aku kot?" 

"Tak betul macam tu Pia, biarkan dia, kalau dia tahu hukum, dia akan balik dekat kau."

"Dah seminggu dia diam. Aku tertekan, kenduri lagi dua bulan."

"Serahkan semua pada ALLAH, HE knows the best."

"Emmm..." Dia anggukan kepala, beban rasa ringan. "Aku nak tanya ni."

"Apa?" 

"Kau dah lain."

Aisha senyum. Manis. Aisha sekarang lain, bukan macam dulu. Aisha sekarang pakai tudung bidang enam puluh. Berjubah, berstokin.

"Pasal penampilan aku kan?" 

"Ashmar yang suruh?" Kepala tuan punya badan digeleng laju. "Aku yang nak pakai macam ni."

"Yeke? Sebab?" Dahi dia berkerut seribu. Pelik. All of sudden. She. Changed.

"Sebab aku rasa aku kena jaga maruah suami aku? Kena nampak cantik depan ALLAH. Sebab wajib tutup aurat."

Ringkas, tapi menyentap tangkai hati dia. Tutup aurat? Dia pandang tudung dia, pendek. Kaki dia, tak berstokin. Tangan dia, tiada sarung tangan. 

"Kalau kau belum kahwin?" Sengaja Aisha ditebak dengan soalan macam tu.

"InshaALLAH, tetap berubah. Sebab keinginan tu datang dari sini." Tangan Aisha ditekap ke dada. "Bukan sini." Di kepala.

"Oooh..." Muka terasa tebal berinci-inci. Ngeee! Aisha nampak cantik. Tapi dia belum sampai tahap nak bertudung labuh lagi. Tak sampai seru lagi kot?

"Jom, kita jalan-jalan, lama kan tak jalan berdua?" Aisha tiba-tiba ubah topik.

"Jom!" Laju je Pia melangkah lepas bayar di kaunter.

"Pia, pasal Zakwan tu."

"Kenapa?"

"Kalau betul dia nak gambar kau tak bertudung, jangan bagi."

"Tau."

"Tahu kan sebab dia?"

"Huh?"

"Maruah kita, aurat kita hanya untuk suami kita, mahram kita je boleh lihat rambut kita." Dia mengangguk. 

"Thanks Aisha, kau memang terbaik." Dia tarik bahu Aisha lembut. Ni nama dia, kawan sejati, susah-senang, tawa-tangis, tetap bersama dia walau macam mana sekalipun.

"Jom pergi kedai kain, aku nak beli kain buat jubah dengan tudung." Aisha tarik tangan dia masuk Euro Moda. Dia hanya mengekor.

*****

"Jane, you make sure, we'll find any local company for this project." Amar Zafran bersuara. Ringkas. Mesyuarat yang dah berlangsung lebih sejam tu berjalan lancar.

"Local company?" Seisi meeting room bertanya serentak.

"I know, benda ni akan jadi isu, tapi bila difikirkan balik, siapa yang nak bantu anak tempatan kita, kalau bukan syarikat macam kita? Saya nak orang yang bertanggungjawab untuk cari pembekal bahan mentah untuk syarikat kita, dapat cari pembekal yang boleh bagi bahan yang berkualiti tinggi."

"Kita nak cari sekitar sini aje ke?" Encik Khalid, salah seorang dari BOD, bertanya.

"Terpulang, asalkan bahan tu berkualiti, itu sahaja, dan dia mampu hasilkan bahan mentah tu dalam jumlah yang kita nak. Faham?" Jari dipatah-patahkan. Dia pandang seisi bilik. Muka semua orang nampak tegang.

"Come on, chill, saya bukan nak suruh awak semua buat benda ni secepat mungkin, saya tahu banyak deadline lain nak kena kejar. Tapi yang ni untuk company kita sendiri. So, deadline dia sampai end of this year. No worries."

"Alhamdulillah."

"Thank God."

"Syukur."

Amar Zafran tersenyum melihat tingkah seisi bilik. "Okay, back to the topic, how's the paper work Zura?" Azura di sebelah ditanya.

"Smooth, got some amendment, but I'll fix it ASAP."

"Which part?"

"Lokasi anak syarikat baru."

"Oh..awak boleh cari mana-mana gudang yang area sini, jauh sikit pun tak apa, sebab kita hanya nak buat gedung simpanan, kita sebagai orang tengah sahaja, awak kena ingat tu. Bukan kita nak buka syarikat penghasilan bahan mentah...awak cuba..." Belum sempat dia habiskan ayat lagu Soldier of Fortune kedengaran. Dia pandang seisi bilik.

"Telefon siapa?" Muka dia tegang, dia tak suka orang tak silent handphone masa mesyuarat.

"Err, I think that's yours." Azura bersuara perlahan. Dia pantas meraba isi dalam briefcase. Alahai, siapa pulak ni? Macam mana dia boleh terlupa nak tukar mod telefon dia entah. Tulah Amar, kepala letak dalam laci kat ofis nun, mana nak ingat. Huh! Dia swipe telefon tanpa lihat nama pemanggil.

"Yes, Amar Zafran speaking." Talian hujung sana diam.

"Hello..." Dia lihat nama pemanggil.

"Allah, Zara Sofea."

"Ingat dah tak kenal Pia."

"Mana ada...can you call me back in half an hour, Along tengah attend meeting ni."

"Oh, sorry okay-okay."


Habis mesyuarat, dia tunggu panggilan dari Pia, duduk di kerusi sambil rehatkan kepala yang tengah tak betul sebab tidur tak cukup.

Telefon tiba-tiba berlagu lagi. Kali ni kepala dia ada akal nak mengusik Pia. Panggilan dijawab. Suara diserakkan sedikit.

"Hello, balai polis di sini. Boleh saya bantu."

"Along??" Pia d hujung talian sana berkerut-kerut dahi.

"Along? Cik adik kepada Amar Zafran bin Ahmad Zaki ke?"

"Ye..ye saya."

"Saya ASP AZ dari Bukit Aman."

"ASP AZ? Mana Along saya?" Hujung talian berbunyi cemas.

"Ada, dai sedang bercakap dengan Zara Sofea." Suara kembali kepada asal.

"ALONG!!!!!! Tak habis-habis nak prank orang!"

"Adui, Pia pun satu, takkanlah tak boleh terjemahkan ASP AZ tu, ke ASP Amar Zafran? Adui...ni kalau Along letak telefon, buat sekali lagi pun percaya jugak ke?" Dia tergelak besar. Mata menangkap tubuh Azura masuk ke biliknya, telefon tetap di telinga.

"Mana? Sini?" Dia tanya Azura, surat yang perlu di tandatangani.

"Along cakap dengan siapa?"

"Dengan kak Zura, sayang...kenapa jeles?" Tiba-tiba dia terpanggil pulak si Pia ni sayang. Adui! Yang mulut aku ni terlebih manis pagi ni kenapa entah. Pergi tanya pulak dia jeles ke tak tu kenapa? Hilang skru ke Amar kau ni?

"Along sibuk ke?"

"Mana ada, busy je sikit."

"Eiii! Samalah tu, Along buatlah kerja dulu." Pia dihujung sana matikan talian, muka masih lagi merona merah bila Along terkeluar panggil dia 'sayang' tadi. Mana pernah Along panggil dia macam tu, sungguh. Kecil dulu, mungkin sebab Along ni memang jenis caring. Tapi bila besar dah tak ada dah. Ngee!

Amar Zafran tepuk dahi sendiri. "Bos dah ada awek ke?" Terus muka terasa nak dibawa sorok dalam laci meja.

"Hish! Ke situ pulak. Adik saya kot?"

"Yeke? Tapi panggil sayang tadi?"

"Dah-dah merapu awak tu, saya nak buat kerja ni. Ada apa-apa lagi ke?"

"Tak ada, saya keluar dululah." Azura melangkah tinggalkan dia di dalam bilik.

"Bos!" Amar Zafran berpusing. "Apa lagi?" Dia tanya.

"Muka nampak berseri betul!" Terus Amar Zafran tergelak. Macam-macam hal. Dia keluarkan balik telefon tadi.

+ Kenapa telefon? Rindu Along?

- Perasan! Along tu dah lama tak balik sini, takkan tak rindu Pia kot?

+ Kalau Along tak rindu Pia?

- Tak payah balik!

+ Kalau rindu?

- Along balik bawak Baskin Robbins 14 cawan!

+ Along pulak, patut awak, Zara Sofea, sambut Along meriah tahu?

- Haa...eloklah, nanti Pia bawak segerombolan pom-pom girl sambut Along kat airport eyhh! :P

+ Eh, kalau Along balik naik kereta?

- Tak pe, Pia bawak diorang keliling kereta Along.

+Tak balik karang!

- Tak heran!

+ Rindu Along tak??????? 

- Kalau tak rindu?

+ Along tempek muka Pia dengan tepung gomak.

- Eleh! Kalau rindu?

+ Along balik tonyoh kepala Pia dekat kolam ikan tu

- Toksah baliklah! 

Dia pandang muka telefon tu bengang. Ada ke nak tonyoh muka aku dekat kolam ikan tu?  Tak guna punya Along. Ni yang aku ni pun, sejak bila gatal sangat tanya Along rindu aku ke tak ni? Sebab Zakwan hilang? Masuk ni dah dua minggu? Ngee! Along, Pia nak kena buat sesi luahan perasaan dengan Along jugak!

Amar Zafran berpusing atas kerusi. Pia rindu dia tak balik? HAHAHA! Berbunga hati kot?

"Bos!"

"Bos!"

"Boss???" Dia berpaling terkejut. Nak terlepas telefon di tangan.

"Myrul? Bila awak masuk?" Dia bertanya pada jurutera muda tu. "Saya ketuk dekat lapan puluh lapan kali, bos tak sedar, asyik sangat tengok telefon tu. Bunga baru ke bos??"

"Hisy! Mana ada, pandai je awak ni. Kenapa?" Scroll ditarik dan diletak di meja.

"Projek kat Hulu Langat tu?" Myrul di depan tersenyum sambil mengangguk. Dia juga senyum. Tapi senyum lain. Yang boleh bawak sampai mimpi malam ni. Pia, you really made up my day. 


Labels:

Blogger joenyz said...

Kak keennaaaaa~~~~

i love amar like a love song babyyyyy.... uhuk!

Kasi kick-bla lah sama zafran tu!!!!

 
Blogger miss L said...

harap2 pia x jd kawen ngn zakuan...kehkehkeh...

 
Anonymous Anonymous said...

Bilalah si Pia ni akan sedar bhw Along dia "sayang" kat dia bukan sekadar sbg seorg abang? Bilalah along nak buat confession ni kat Pia? tak sabar ni.....

 
Blogger Lieynaim mohd noor said...

sayang along ..hahahaha.. bunga2 hati along bunga lagi hati ai bie.. heheheh

 
Blogger Anor said...

Hendaknya Pia sedar yg dia sebenarnya sayangkan Amar
bukan sebagai abang tetapi cinta sebaigai kekasih. hendak Pia dgn Along bersama ye... cepat sambung n3 baru.





















nak Pia dgn Along.

 
Blogger sAkEeNa said...

like a love songg??hahahhaa..

 
Blogger sAkEeNa said...

aah kn?mmg sume org xsuke zakwan eh?hahahaha

 
Blogger sAkEeNa said...

ngee..hahaha..sbar2..inshaALLAH

 
Blogger sAkEeNa said...

yeke?apa kata u bg sikit bunga tu kt i...ekekeke

 
Blogger sAkEeNa said...

xpe2...kita tunggu.. :)

 
Blogger Unknown said...

berbunga-bunga hati ku membacanya..
sama macam Along..
thanks keena..
really love it!! ^_^

 
Anonymous Anonymous said...

sweeeeeeeeeeeeeeetnyer..ala,nak Pia dgn Along lah.Zakwan macam ntah hape-hape dan.Sis Sakeena ni asyik guna Amar,Amr.Haish boleh jatuh dah kat nama ni dah la memang dah jatuh hati kat Amar n Amr yang sweet ni..
Keep writing sis!! suka sangat style sis

 
Blogger sAkEeNa said...

amboi..hahaha..meh sikit bunga kat kami!mau mau..

 
Blogger sAkEeNa said...

haha..thanks dear..jtuh cinta eh..yela2 nnt sis tukar nama lain pulak..ekekeke

 
Blogger Kak Sue said...

x mahu lah pia dan zakwan....
nak pia dan along juga....
sama-sama x betul....hehehe...
sambung cepat....

 
Blogger Unknown said...

nak piaaa dgn alongg ! heee , kak sakeena . sambungg cepatt ye :)

 
Blogger Unknown said...

nak pia with along...
plisssss!!^~

 
Blogger ukeeast said...

Casino | Hendon Mob, LLC | Web page - JTM Hub
Casino. We specialize in 안성 출장마사지 providing our clients the best casino entertainment experience for 강원도 출장샵 a variety of reasons. 여수 출장마사지 From our innovative and 의왕 출장안마 fast-paced 영천 출장안마

 

Post a Comment

<$CommentPager$>
<$I18NCommentAuthorSaid$>

<$BlogCommentBody$>

<$BlogCommentDeleteIcon$>
<$CommentPager$>

<$BlogItemCreate$>