Dia belum lagi baca suratkhabar, sebab hati dia dah hancur sebelum baca, kalau dia baca, mau melayang jadi debu. Dia masuk ke bilik persalinan untuk cuba baju. Baju kurung moden, cantik. Dia pandang baju tu sayu.
Dia buka pintu bilik persalinan, Along dah tunggu depan pintu. Dengan surat khabar di tangan. Sungguh, dia terkejut. Along pandang muka dia, muka sila-terangkan-dengan-lebih-jelas apa sebenarnya yang terjadi. Dia tunduk, tak berani nak tentang muka dengan Along. Dia diam, sampai keluar dari butik.
Pia berdiri di sisi kereta. Amar Zafran menyandar di badan kereta. "Pia nak putus." Tiba-tiba itu yang keluar dari mulut dia. "Pia, kenapa tak cakap awal-awal dengan Along?"
"Along rasa tu yang terbaik." Amar Zafran meraup muka sendiri. Dia rasa itu yang terbaik, dia memang tak sangka Zakwan tergamak buat Pia macam ni. Kalau ikutkan hati, dia cencang aje si Zakwan tu sampai lumat.
"Esok Pia nak ibu dengan abah pergi putuskan secara baik." Pia masuk dalam kereta.
"Pia okay?" Amar Zafran tanya.
"Okay, Pia redha sebab Pia dah mintak ALLAH tenangkan hati Pia dan bagi petunjuk jika dia bukan untuk Pia." Amar Zafran mengangguk.
"Pia baca berita tu?" Pia menggeleng. "Adib cakap, yang telefon sebelum kita datang sini, Adib."
Amar Zafran menggeleng. Serius dia memang nak cincang manusia tak guna tu. Dia sendiri terkejut. Bila Pia masuk untuk cuba baju, dia capai surat khabar hari ni. Head news tu buat dia rasa tak senang duduk.
Hati dia dah rasa tak sedap. Dia baca isi dalam, tertera nama dalam tu, yang jelas maksud dia, REZA ZAKWAN, 27 TAHUN. Terus dia bawa surat khabar tu depan bilik persalinan.
"Siapa nama pasangan khalwat dia Long?" Tiba-tiba teringat nak tanya.
Erkk! Minah kain-tak-cukup-inci tu? Anesthesia?? Dah sah masa dekat Carlton tu, nampak sangat macam Zakwan sangkut dengan minah tu.
Telefon tiba-tiba berdering kuat. Pia pandang sekilas. Zakwan!
"Zara Sofea...tu semua salah faham sayang." Suara hujung sana lembut.
"Along gurau ajelah, Zara Sofea...everything happens for a reason. ALLAH takkan saja-saja nak uji hamba Dia tau?" Pia angguk.
"Apa Datin cakap, ibu?" Dia tanya Puan Baya, tak sabar. Pagi tadi lepas subuh ibu dengan abah dah bertolak pergi KL, dia terpaksa redha walaupun abah yang bawa kereta. Dia bukannya tak tahu yang abah tu jenis yang nak speedy aje memanjang.
"Dia terima keputusan kita, dia pun tak sangka yang Zakwan nak buat macam tu." Pia tunduk. Malas nak fikir panjang. Ini takdir. Ini dugaan ALLAH. Dia kena terima. Macam Aisha cakap. Let go, I deserve someone better than him.
"Dia nak nikah dengan sepupu dia yang itulah, ibu?" Berat soalan tu keluar dari mulut. Dia nampak ibu mengangguk. Abah diam, tak bercakap sejak dia balik dari cuba baju nikah tu.
"Bukan jodoh Pia bu, abah, mungkin ALLAH letak insan yang lebih sekufu, lebih baik, inshaALLAH, untuk Pia nanti. Mungkin dia boleh bawa Pia pergi syurga?" Kuatlah wahai hati.
Pia bangun tinggalkan Puan Baya dengan Encik Ahmad, dia ke buaian di depan rumah. Cardigan + selendang satin yang menutup kepala dikemaskan bila ditiup angin.
Tiba-tiba telefon berdering, Along. Dia tahu dengar aje lagu You're In A Million - NeYo tu, dia dah tahu.
"Assalamualaikum..."
"Waalaikumussalam..."
"Pia, okay?" Pia angguk.
"Alhamdulillah." Pia senyum.
"Mana Along tau? Pia tak cakap pun?"
"Well, I can sense it. I have a sixth sense."
"ALLAH, nak jugak tu, Along bila nak balik sini?"
"Oi, Along baru jejak sini, dah nak suruh balik sana, punggung pun tak panas lagi tau?" Suara sebelah sana berbunyi.
Pia gelak. "Along, Pia ingat nak pergi holiday la, dekat PD ke dekat Langkawi ke, nak hilangkan stress."
"Eloklah tu, nak pergi dengan siapa?"
"Alone." Pendek dia jawab. "Pia betul ke ni? Ajaklah ibu dengan abah sekali."
"I need time for myself Along."
"Yelah, bila nak pergi?"
"Lusa."
"Cepatnya!"
"Agaklah, nanti apa-apa hal Pia bagitau Along."
"Yelah, assalamualaikum."
"Waalaikumussalam." Telefon kembali diletak di sisi. Tiba-tiba mug berisi milo yang berasap nipis terhulur depan mata. Dia pandang atas. Abah.
"Abah, jom naik buai, lama abah tak buai Pia ni!" Okay, memang over-plastic dia punya suara ceria tu.
"Pia, duduk sini, abah nak cakap sikit." Terus kaku tangan yang tengah pegang mug warna hijau pucuk pisang tu.
"Pia, abah percaya yang semua ni ada hikmah, ada bahagia lepas ni untuk Pia. Ada insan lain yang lebih baik untuk Pia." Semua orang cakap benda yang sama. Insan yang lebih baik.
"Bilalah masa tu kan, abah?" Dia ukir sengih sampai telinga. "Nak ke?" Abah dia pula tersengih.
"Abah jelah carikan." Encik Ahmad sengih lagi lebar. "Abah boleh aje, kawan-kawan abah tu ramai."
"Eii, taknaklah, takkanlah kawan-kawanabah pulak??" Ngeri pulak dia dengar. "Okay what? Life begins at forty."
"Eiii, tolonglah!!!" Dia rasa nak jerit. "Abah tak rasa nak tikam-tikam ke bila kawan abah tu panggil abah, 'abah'?" Encik Ahmad tergelak besar.
"Takut benar! Abah tak kejam kot, nak bagi anak abah ni kat jejaki-jejaki tu."
"Jejaki?"
"Yelah, jejaki, jejaka + tua + pangkat aki." Pia dah terhambur tawa. Abah ni. Hilarious sungguh!
"That's my daughter. I miss that laugh and smile." Pia sengih. Terima kasih ALLAH, sebab ada lagi orang yang sayangkan dia. Ni pun salah satu hikmah juga ni.
*****
Pia kuis pasir-pasir yang memutih di pesisir pantai, dia pandang terus ke depan, pulau-pulau yang kelihatan kecil terpapar depan mata. Dia senyum. Macam tak percaya, baru aje cakap dengan Along dia nak datang sini. Tup-tup dia dah ada kat Langkawi ni. Hilangkan stress melampau yang dia hadapi dua tiga hari kebelakangan ni.
Dia labuhkan punggung atas pasir putih, biarkan ombak menyentuh hujung kaki yang bersarung selipar warna merah muda tu. "Hi." Tiba-tiba suara seorang yang amat dikenali terasa dekat dengan cuping telinga. Dia berpaling. Pia rasa macam tercekik tongkol jagung.
"Kau buat apa kat sini??" Dia rasa nak jerit. "Saya nak minta maaf."
"Maaf?? Bawak ke laut la maaf awak tu." Dia bengang tiba-tiba. "
Do I have a second chance?"
"
Second chance awak dah lama berlalu, lepas saya jumpa awak dengan si Anesthesia tu."
"Awak tolonglah, kalaupun awak taknak saya lagi, tolonglah bagi saya jelaskan semuanya."
"Tak mau." Pendek. Berharap sepatah perkataan tu akan buat insan tu faham kehendak dia. Aku datang sini nak hilangkan stresslah woi! Bukan nak tambah stress lagi.
"
Please. Five minutes just enough for me." Kalau lima minit ni dia boleh buang Zakwan jauh-jauh.
Okay, let's talk.
"Okay, kat mana?"
"
My car." Zakwan bangun, Pia ikut belakang. Pia ambil tempat sebelah penumpang. Enjin kereta dihidupkan, dan terus berdesup tinggalkan pantai membiru tadi. Pia kaget. Kereta tetap terus laju meninggalkan pemandangan di belakang. Dia menoleh.
"Kau cakap lima minit aje kan? Kau nak bawak aku pergi mana ni hah??" Dia nampak Zakwan sengih. Sengih yang lain macam.
"Kau nak bawak aku pergi mana????!!!" Dia jerit, tiba-tiba pipi terasa perit. Kurang ajar! Zakwan tampar pipi dia.
"Kurang ajar! Kau berhentikan kereta ni bodoh! Berhenti!" Dia meronta. Semua emosi bercampur-campur. Air mata dah bertakung di tubir mata.
"Relaks, kalau kau taknak kena kerat lapan, kau ikut cakap aku, faham??!!" Keras suara tu bertutur, Pia meronta, kali ni lebih kuat, sebab dia nak lepaskan diri dari manusia tak guna ni. Mana Zakwan nak
drag dia pun dia tak tahu. Terminal feri kelihatan jelas depan mata. Lengannya terasa kebas sebab dicekak terlalu kuat.
Tak sampai dua jam, dia dah berdiri depan bangunan imigresen ni. Tadi masa sampai sebelah sini, ada kereta menunggu dia dan Zakwan. Yang dia agak tu kawan seangkatan si RZ ni. Ya Rahman, kau lindungilah hambaMu yang tidak berdaya ini. "Kau pergi buat
border pass." Kali ni dia memang betul-betul nak pengsan, dia bukannya bodoh kalau Zakwan dah suruh dia buat
border pass. Zakwan nak
drag dia pergi Thailand.
"Aku taknak nikah dengan kaulah!!" Dia jerit dalam kereta. Telefon bimbit dia dirampas. Kaki tangan dah menggeletar.
"Aku tunggu kat sini, kau jangan cuba nak lari, ada orang aku dah siap sedia nak tamatkan riwayat keluarga kau." Zakwan berbisik keras. Langkah dia longlai, ke kaunter untuk ambil nombor giliran.
"
Border pass encik." Dia tahan tangisan. "Zara Sofea?" Dia angguk bila namanya disebut. "Adik Amar Zafran ey?" Dahi dia berkerut sedikit. Tiba-tiba terasa macam idea dalam kepala muncul. Dia capai pensel, tulis sesuatu atas kertas yang ada di atas kaunter.
CALL MY ALONG AND TELL HIM, I'M GOING TO THAI
Kertas tu dihulur perlahan, pegawai yang memakai tanda nama Jali Subhi tu hampir bersuara. Tapi Pia terus capai border pass dan beredar.
"Zakwan please." Dia cuba merayu. "Hei, kalau aku tak boleh dapat kau, sesiapa pun tak boleh. Dan sekarang aku cuba nak dapatkan kau, sayang."
"Jahanam." Perlahan dia sebut. Tiba-tiba sehelai kain menutup hidung dia, lepas tu dia dah tak sedar apa-apa.
*****
Amar Zafran tak senang duduk, dari pagi lagi dia dah terasa tak sedap hati. Telefon digenggam erat, nombor telefon yang tertera nama Zara Sofea tu di hubungi banyak kali tapi tidak berjawab. Dia dekat KL sekarang, kalau nak balik Kedah bukan senang. Lima jam jugak tu, tapi kalau speedy macam abah, 3 jam lebih dah boleh sampai dah, tak adanya nak R&R bagai ni.
Tiba-tiba Galaxy di tangan berlagu. DIa tengok nama tu. Huh? Sekian lama menghilang mamat ni, tiba-tiba aje telefon aku, apa kes?
"Assalamualaikum." Dia bagi salam. Dia ambil tempat atas sofa dalam bilik dia di pejabat.
"Waalaikumussalam." Suara hujung talian menjawab salam.
"Ooo, hidup lagi! Apa kes?? Lama gila hilang, tup-tup hari ni telefon aku, kau kenapa ni? Kena panah petir apa semalam?" Dia bantai pemilik nama Jali Subhi tu cukup-cukup.
"Wei, sorry bro, aku agak sibuk kebelakangan ni, kursus sana, kursus sini." Dia bagi alasan.
"Kenapa kau telefon ni? Nak ajak pergi memancing ke?" Mata Amar Zafran membulat tiba-tiba.
"Hoi, ada ke? Ni aku cuma nak tanya ni."
"Apa?"
"Si, apa nama dia, Zara..Zara Safira ke apa nama adik kau tu?"
"Zara Sofea, kenapa??" Laju dia tanya bila dengar nama tu.
"Dia datang buat border pass tadi." Amar Zafran terdiam. "And she said she's going to Thai, and asked me to inform you."
"
What????" Kali ni dia bangun terus, capai kunci kereta dan terus keluar dari bilik dan jumpa Zura.
"
Book tiket untuk balik Penang sekarang." Sikit tegas suara dia kat situ.
"Hello, Jali, kau tau dia pergi dengan siapa?"
"Tak, aku tengok dia sorang, tapi aku macam pelik sebab dia cuma tulis dekat kertas suruh aku bagitau kau."
"Ya ALLAH, aku macam dah boleh agaklah, ada orang heret dia pergi sana." Amar Zafran tarik rambut dia rakus.
"Thanks Jali, sebab telefon aku."
"
Tara hal." Talian dimatikan, dia pandang Zura yang masih berdiri kaku. "
Zura, now! I need to be hurry."
"Okay-okay bos."
*****
Pia bangun, teraba-raba dalam bilik gelap yang hanya sedikit ruang untuk udara masuk tu. Dia pantas belek seluruh tubuh dia, dan alhamdulillah, dia masih berpakaian lengkap. Dalam hati, dia berterima kasih dekat Zakwan sebab tak ragut maruah dia.
Dia tadah tangan ke langit. Mohon ALLAH perkenankan segala doa dia.
"Ya ALLAH, jika dia bukan jodohku, KAU pisahkanlah kami dengan kasih sayangMU, jika ini dugaan dari dosa-dosaku, lalu aku redha, tapi janganlah kau biarkan tangannya menghancurkan maruahku, merosakkan mahkotaku yang hanya untuk tatapan suamiku. Biarkan ianya halal. Aku mohon ya RABBI, jangan kau biarkan dia bertindak mengikut nafsu. Lapangkan hati, kuatkan imanku dalam menempuh segala dugaanMu. Amin. Amin. Amin ya ALLAH." Dia raup tangan ke muka.
"Kau buat apa tu?"
Pia sengih sinis. "Doa."
"Doa apa?" Zakwan tanya pendek. Di tangan ada beg plastik warna merah. Makanan mungkin?
"Doa supaya aku dilepaskan dari cengkaman orang macam kau ni." Datar ayat tu ditutur.
"Kau tak takut?"
"ALLAH ada." Pendek. Dan tu cukup buat si Zakwan terdiam. "Ni nasi. Makanlah." Pia pandang sekilas bungkusan tu.
Dia rela berperut kosong dari makan makanan yang belum tentu halal. Dia tau, dia masih kat Danok, dan masih banyak restoran makanan halal kat sini. Tulis halal sana sini, tapi halal bukan setakat tolak anjing dengan khinzir aje. Tapi cara penyediaan, cara sembelihan. Tu semua kena ambil kira, kalau setakat buah-buahan dia hadap lagi.
"Keluarlah, aku benci nak tengok muka orang macam kau ni." Pia rasa nak jerit masa ni, sungguh hati dia sakit, memikirkan tindakan Zakwan yang sejauh ni.
"Esok pagi, kita ke masjid. Nikah."
"Kau yakin ke kita boleh nikah dengan sah?"
"Kenapa tak boleh?"
"Kau yakin ke kau tahu syarat-syarat sah nikah?" Zakwan diam. Dia tahu ke? Pia yakin, mesej dia untuk Along tu, sampai.
"Aku keluar dulu, esok aku datang bagi baju yang cantik sikit. Kita kan nak nikah?" Pia sengih sinis. You wish Zakwan. You wish.
"
May I know something?"
"
What?"
"
Why, you did all this?"
Zakwan sengih sikit. "
Love." Sepatah. Pia diam, pergi jahanamlah dengan cinta kau tu. Zakwan berlalu, tutup pintu dan kunci dari luar.
Pia duduk atas katil kusam tu, apa akan jadi untuk hari esok?
P/S: macam cepat pulak dah update kali ni..berbahagialah kau orang semuaaaa..ngahaha... :) love you all...may ALLAH bless...
jahatnye zakwan ni...haisyyyy...obses sgt...
harap2 along smpat jmpe pia...
p/s : hehehe...agk bahagia la... =)
nk lg...cpt la along dtg slmatkan zara.
suspenya...teruk betul zakwan ni,kesian pia.. wahai amar zafran cepat2 bertindak...tq sakeena ..
Along... cepat selamatkan Pia.... I know you're her hero.... cepat sikit naaa...... Lepas dah jumpa Zakwan, sila belasah dia full swing... hihihi....
huwaaaa. along cepat selamatkan pia along... zakwan nie nak lunyai gamak nya ko nie dgn along nioe.
thanks keena sebab update cepat2... ^_^
cepat along!! pia tengah tunggu tu~~~
Along cepatlah datang .... kasihan Pia..... Zakwan cara tu bukan CINTA tapi NAFSU.... rasanya Abah tahu hanya along ja yang boleh jaga Pia dengan elok.... teruskan majlis Pia dengan Along ja Abah...... sayang Abah dan Alonggg.... hehehe... sambung cepattt...
along cepat la dtg...selamatkan pia dr mangkuk zakwan tu....
hahaha..bahagia eh..tgk laentri pasni pun mcm cepat kot.. :)
along on the wayyyy kot..hahaha :D
same2..itulah jgn along pun slowmoe dh la
tolonggggg...ahahaha
tu dia..kan?geram kan?
hihi welcome dear
keena pun syg abah ngn long jeee hahah
mmg mangkuk kan dia tu?hihi
hampeh nye zakwan!main taktik kotor cam tu...ya ALLAH cepat lah lah utus kan sesape utk selamat kan pia dari manusia durjana cam zakwan tu!cian kat pia doa banyak2 ye pia,pasti ALLAH makbul kan doa orang yg teraniaya...emo akak dek hehe.
Post a Comment