Sayang sayang semua...I've to stop PIA at this point. Publisher told me to focus on my manuscript...insyaALLAH, we'll meet PIA on printed version..pray for me, pray for the great idea to come, and may ALLAH put everything at ease.. ^^v >> and insyaALLAH, the next entry will be AWAK?!
mY wOndErWaLL
WELCOME!comel tak blog baru kite??hihi...i really hope after this I'll extra spirit to update new entry...bcoz I really love this cute skin! ^^
MAY
ALLAH,bless,you
nAviGate?

Profile Blog Links Joined Credits
I am ME
writing and reading are part of me. bla..bla..bla..okayy sebab I love talking+merapu+gelak tak ingat dunia. so fullstop! ^^

FriEndS + faCebOoking
Sakeena Wonderwall

Create Your Badge
SpiLL
Daily Reads
EDNIN | DENA | Dr. CINTA | Yasmin Mogahed | 7sW

Rotten Things
April 2011 | May 2011 | June 2011 | July 2011 | August 2011 | September 2011 | January 2012 | February 2012 | March 2012 | May 2012 | June 2012 | July 2012 | August 2012 | September 2012 | October 2012 | November 2012 | December 2012 | January 2013 | April 2013 |

pia 17
pia 16
pia 15
pia 14
pia 13
pia 12
pia 11
wonderwall (raya version)
Jay-Hana 1
pia 10

mAsTerPieCe?? HAHA :P
Links

pia 18
Written at Friday, November 16, 2012 | back to top

Hari ni dah masuk hari kedua dia kat rumah Along. Along sibuk  memanjang. Dia kat rumah rasa macam nak menari tango dah, sebab bosan tahap kambing gurun. Rasanya kalau lagi empat minggu dia kat rumah macam ni, boleh trauma gamaknya.

Dia tawaf rumah lagi, kali ni dekat ruang bersebelahan ruang tamu, piano warna putih berkilat tu disentuh perlahan. Piano? Macam musykil aje tengok piano ni kat sini. Along ni bukan tak minat ke muzik-muzik ni?

Ting! Ting! Piano tu ditekan. Bunyi, bergegar satu rumah, meremang bulu roma dia rasa. Haish! Galaxy ditangan menjerit-jerit minta diangkat. Along?

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam...sayang tengah buat apa?"

"Err..." Kenapalah pakcik suka panggil saya sayang? Ngeee! Dia gosok-gosok pipi.

"Hello?"

"Aaa...ada ni, tengah nak main piano." Dush! Dush! Apahal main piano pulak ni????

"Ingat lagi?" Soalan tu buat Pia terdiam sekejap. Aah! Ingat lagi tak macam mana nak main ye?

"Entahlah, Pia macam blur je ni. Dah tinggal lama."

"Belajarlah balik. Praktis. Boleh ajar Along nanti."

"Tengoklah dulu, kena praktis lagu Twinkle Little Star balik ni."

"Lupa sampai macam tu ke? Lagu tu Along petik jari je, dah boleh main, tak payah nak tengok chord dah."

"Cett! Perasan bagus."

"Haip! Mengata suami!"

Ngee! "Alamak! Hubby, terlupa la." Dia garu kepala sambil labuhkan punggung ke kerusi putih berkilat tu.

"Main cepat apa-apa lagu bagi Along dengar, Along tengah stress ni."

"Heyya! Pergi ambil wuduk la, hilangkan stress tu." Key piano tu disentuh perlahan. Lagu apa ye yang dia ingat?

"Pleaseee!" Pia lepaskan keluhan. Galaxy diletak atas piano dengan loudspeaker dibuka. "Kejap, Pia nak fikir lagu apa yang tak kena tengok chord."

"Janji dengan Pia, lepas ni pergi ambil wuduk, rest." Manja! "Baik sayanggg!" Haish! Pipi digosok lagi.

"This song is dedicated to my stress husband." Jari-jemari dipatah-patahkan, kemudian dilarikan atas keys depan mata. Kaku sekejap, ambil mood untuk mainkan lagu kegemaran dia.

"A great songs is the songs which play with your heart and soul." Itu kata-kata Mr. Park masa dia belajar piano dulu. Dia belajar sampai grade 8, dan berhenti sebab exam piano dia clash dengan exam final semester.

Jari-jemari mula menari atas keys. Bunyi keys kedengaran, tapi tak seram macam tadi. Muzik perlahan bergema ke segenap ruang. Lagu kegemaran dia dulu, Beethoven Virus. Bila dia stress dia suka mainkan lagu ni. Sangat sedap. Mata dipejam. Hayati muzik sedia ada.

"Pia, orang stress ni, lagu rancaklah baru sedap." Terus tangan terhenti, lagu rancak?? Haish! Tadi taknak cakap, penat je dia hayati lagu.

"Along bagi suggestion lagu apa?" Amar Zafran di hujung talian ketawa kecil. "Apa-apalah, janji rancak sayang."

"Haish! Tunggu kejap. Boleh tak kejap lagi telefon balik?" Lagu apa yang encik ni suka? Lagu rancak? Lagu Adele? Tak mungkin pakcik ni suka. Lagu apa?? Tablet atas meja kopi dicapai. Youtube dibuka. Tiba-tiba Galaxy berbunyi lagi sekali. Ringtone tu! Lagu kegemaran Along.

"Assalamualaikum."  Pantas jari menaip tajuk lagu untuk chord piano. Tapi macam susah kalau tengok chord, alih-alih dia ambil keputusan, untuk hentam keromo. I can play with my ears, heart and soul, no chord needed.

"Waalaikumussalam...."

"Hear this hubby, just for you." Amar Zafran gelak. "Sounds weird bila Pia panggil Along hubby, tapi macam okay kot?"

"Diamlah! Nak orang main ke tak ni lagu ni?"

"Nak!" Ciss! Macam tak dapat lolipop je gaya. Jari-jemari dipatah-patahkan lagi sekali. "Moga berjalan lancar." Tangan kanan bergerak laju atas keys, manakala tangan kiri perlahan-lahan menekan keys. Dan terhasillah irama rancak.

"Zara...this is..this is. Is this?"

"You favorite song." Bibir bergerak perlahan menyanyikan lirik lagu tu. Bibir mengukir senyum sendiri. Ni namanya betul-betul menghayati. Keys terakhir ditekan. Dan siap dedikasi lagu untuk hubby.

"Am I, one in a million?" Bergetar suara dihujung talian.

Huh? "Err..."

"I'll take it as YES, since you're silent."

"I didn't say that." Merah terus muka. "You know how much I love that song? Especially, when someone said, I am the one, in a million. I love it more than the stars shine."

"Ufhhh, cut it off." Berbunga sangat! "Along..."

"Tau, pi solat Zohor kan?" Pia angguk. Tau pun. "Dah masuk waktu. Tak elok lengahkan solat."

"Ye, assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

*****

Sudu dicapai untuk kacau hot chocolate dalam mug berbentuk separuh hati tu. Mug lagi satu hubby punya. Bila cantum jadi bentuk hati penuh. Orang cakap, couple mug la konon-konon. Along beria nak beli masa keluar shopping beli barang-barang rumah hari tu. 

"Kita beli mug ni." Pia dah pandang muka di pelik. Beli? Mug couple? Macam mengarut je bunyi.

"Belilah, dua puluh lima ringgit aje." Kakak promoter tu mengapi-ngapi Along suruh beli mug tu. Dia diam. Ada ke mug bentuk hati tu nak beli? Haish! Ni kalau Aiman datang rumah mau setahun jadi bahan kutukan. Dia bukan apa, satu bentuk dia, satu lagi mahal sangat, sampai dua puluh lima ringgit. Gila mahal!

"Alaa...Pia, Along beli eh?"

"Ikut suka." Malas nak layan lagi. Dia nampak Along keluarkan not sepuluh tiga keping dari dompet. Dompet tu, dompet yang dia beli untuk Along hari tu kan?

"Terima kasih, kau orang ni nampak macam perfect match!" Mata Pia membulat sebentar. Perfect match? Tu nak bodek suruh beli barang lagi ke apa tu?

"Haa??" Dua-dua orang menyoal akak tu. "Yelah macam, perfect natural match." Ngee! Akak ni melampau-lampau ayat dia ye?

"Dah ada perancangan nak kahwin ke?"  Terus terasa renjatan elektrik bila tangan Along dah tarik bahu dia. "Dia isteri saya. Kami baru je nikah." Ayat tu buat Pia rasa nak sorokkan muka kat mana-mana. Malu!

"Yeke? Akak jarang jumpa orang dah kahwin beli benda-benda macam ni." Kan?? Dia dah tau dah, kerja beli benda-benda couple ni, kerja budak-budak bercinta aje. Haish!

"Nak buat macam mana kak, kami ni bukan stok loving couple macam budak-budak sekarang, bercinta pun, lepas nikah. Itu yang saya macam 'ciwi' sikit tu." Along tayang sengih. Pia paksa sengih.

"Baguslah, dari budak-budak sekarang yang dah tak tahu halal haram." Akak tu berpaling ke gerai dia.

"Hadiah untuk kau orang." Huh? Lagi sekali Pia bulatkan mata.

"Ha-diah?" Serentak perfect-match bersuara. "A'ah! Ambillah. Lagipun ni stok lama, dari akak buang baik bagi kau orang." Beg kertas yang terhulur, Along sambut. Sengih tak putus-putus dari awal sampai balik rumah.

Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Apa yang akak tu bagi ye? Mug berisi air coklat tu ditinggal atas kabinet. Kaki melangkah ke atas, cari beg warna merah darah bertulis Gift&Party Houz tu. Dia masuk bilik, nampak beg tu atas meja kecil tepi katil. Pantas dibuka.

"Haa??" Dia keluarkan t-shirt warna hitam tu, ada gambar hati separuh warna hijau pucuk pisang sebelah kanan, ni baju perempuan. Lagi sehelai ditarik keluar. Bentuk hati separuh dengan warna yang sama sebelah kiri. Ngeee! Dia cuba cantumkan, maka terhasillah...bentuk 'love' besar warna hijau pucuk pisang. Oooo...that so cute!

"Buat apa tu?" Terus t-shirt tu dibaling ke tingkat bilik. Dia urut dada.

"Bagilah salam dulu! Terkejut orang tau tak?"

"Assalamualikum, sayang." Muka dipaling ke arah lain. "Waalaikumussalam, hubby."

"Sayang masak apa hari ni?" Pia herotkan bibir. Tak reti panggil nama saya ke encik suami? Nama saya Zara Sofea, bukan sayang.

"Tak cakap, nak balik awal, mana Pia masak." Dia tunduk, dia nampak Amar Zafran dah pergi ke hujung katil. Capai t-shirt hitam yang dibaling Pia tadi. Senyum terukir lepas tengok t-shirt tu.

"Lengan pendek, saiz kecil." Memang kecil pun saiz baju tu, tak bolehlah dia nak berangan pakai keluar rumah.

"Pia pakai baju nilah malam ni, kita jadi stok loving couple. Nak pakai keluar rumah, lengan pendek kan? Kita pakai baju ni, nak?"

"Kenapa Pia nak kena pakai pulak?"

"Zara, please?" Amar Zafran buat muka comel. Ngee! Yelah-yelah! "Yelah! Pergilah mandi dulu, orang nak turun masak ni." Dia bangun elangkah ke pintu.

"Bi nak hot choc, sayang buatkan eh?" Bi??? Kahkahkahkahkah! Sungguh geli urat perut dia dengar Along bahasakan diri dia bi, stand for hubby.

"Sayang, hear me?" Dia sengih sambil tutup pintu.

*****

Ni kali ketiga dia dengar Along pasang tu dari workstation dia. Bacaan ayat suci Al-Quran terasa bergema ke segenap ruang atas. Nanti dia nak pinjam CD tu dari Along. Dia turun ke bawah, taknak ganggu Along buat kerja. Dia tau Along memang tersangatlah sibuk lepas majlis kenduri hari tu. 

Mug bentuk hati tu dicapai. Serbuk coklat dituang ke dalam periuk kecil, susu UHT dikeluarkan dari peti sejuk. Madu dicapai dan disudu masuk ke dalam periuk kecil. Dia kacau bancuhan sambil berselawat. Ibu cakap, nak masak apa-apa pun untuk suami, biar ikhlas. Mulakan dengan bismillah dan selawat, agar apa yang masuk ke dalam perut suami tu ada berkatnya.

Tokk!! Tokk!! Pintu diketuk perlahan. "Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam, tuan punya bilik bersuara. "Masuk sayang."

"Kenapa tutup CD tu?" Dia letakkan hot chocolate atas meja besar dalam bilik tu. "CD?"

"A'ah, tadi dengar orang menga..." Dia berpaling. "...ji." Dia nampak Along tengah tutup Al-Quran. "Orang mengaji?" Pia anggukan kepala. "Along tak pasang CD apa-apa pun." Dia nampak Amar Zafran berjalan ke arah meja kecil warna hitam sebelah katil sambil genggam erat Al-Quran ke dada. Kemudian punggung dilabuhkan ke sofa. Pia ambil tempat di sebelah.

"You're the one who recite Quran just now?" Teragak-agak soalan tu keluar dari bibir dia. "Is it true?" Dia nampak Amar Zafran anggukan kepala. Perlahan. "Mana Along belajar baca macam tu?" Macam dia selalu dengar dari CD. "Ayah Aji." Dia rasa nak tepuk dahi saat ni jugak. Macam manalah dia boleh lupa yang si Along ni memang belajar mengaji dengan ayah?

"Speak about him, how was the surgery?"

"Went smooth, alhamdulillah. Rasanya minggu depan dah boleh buka balutan kot?" Sehari lepas kenduri, ayah dah kena pergi hospital, jalani pembedahan untuk pulihkan penglihatan dia.

"Along...err..hubby, boleh tak ajar Pia?"

"Sayang nak bi ajar apa?"

"Ajar mengaji?"

"Bolehhhh." Riak ceria terpapar kat wajah Amar Zafran. "Betul?"

"Tersangat betul." Terus dia rangkul lengan Along, sambil lentokkan kepala. "Manja!" Hidung dia dicuit. Dia gosok balik hidung dia.

"Bila nak mula?" Pia jungkit bahu. "Malam ni? Boleh?" Laju anggukan jawapan dari encik suami. Dia bergegas ambil wuduk, sebelum mengenakan tudung dan pantas Quran tafsir dari bilik utama dicapai. Rehal kayu warna coklat keemasan tu dicapai juga.

"Better late than never." Sebab dia nak belajar tajwid balik, dia nak baca kitab suci tu dengar bertartil. InsyaALLAH.

"Bismillahirrahmanirrahim..." Bacaan memenuhi ruang bilik, encik suami tersenyum suka.


*****

"Mana remote?" Along ambil tempat sebelah dia. "Buat apa?" Dia hulurkan remote ke arah Along. "Malam ni bola, kaum Hawa sila ke tempat tidur masing-masing ya." Ciss! Macam mana dia boleh lupa yang si Amar Zafran ni addicted bola?

"Apa yang best sangat bola tu entah." Dia tarik sila atas sofa, Amar Zafran jeling. "Pergilah buat-buat air ke, bawak-bawak makanan ringan ke? Baru seronok tengok bola, dia jadi ala-ala tengok wayanglah." Pia mencebik. Amar Zafran tersengih. 

"Yelah." Dia bangun. Pisang, plain yogurt, susu UHT, dengan ais di letak berdekatan pengisar. Semua bahan dicampur, gelas tinggi dicapai, bahan-bahan dikisar tadi dituang masuk ke dalam gelas. Hershey's Chocolate Syrup dicapai, dibuat lingkaran halus atas krim. Siap! Dua gelas.

"Here, banana smoothies plus chocolate syrup on the top."

"Haa?" Gelas dicapai. Amar Zafran ternganga sekejap. Banana Smoothies? Macam beli kat kedai woo! Gila sedap. Memang heaven bila isteri sendiri yang buat, yang temankan tengok bola. Dia kerling sebelah, nampak Pia tengah sudu baki banana smoothies masuk mulut. Idea mengarut mula timbul masa-masa ni, dia tahu Pia malu bila duduk dekat dengan dia, perlahan dia bergerak sikit untuk makin dekat. Tup! Kepala diletakkan atas bahu Pia.

Pia tengok muka Amar Zafran yang nampak lena kat atas bahu dia. Ambil kesempatan ye? "Eh! Come on! Come on! Yeahhhhh! Goalllllllll!" Dia jerit. "Goolllllll!" Amar Zafran bingkas, terus jerit perkataan gol . Kemudia berpaling ke sebelah tengok muka tak berdosa isteri dia. Dia pandang televisyen semula, tak gol?? "Mana gol pun. Penyokong je sorak lebih tadi." Dia terus sudu banana smoothies masuk mulut dengan muka tak beriak.

"Sayanggg..." Amar Zafran duduk balik, Pia dah tau, mesti ada je benda si Amar Zafran ni nak buat. Terus dia buka persoalan dan kemusykilan dia. "Along, husnuzhon tu apa?"

"Huh? Husnu-what?"

"Husnuzhon." Pendek, dia dengar dalam radio pagi tadi. 

"Husnuzhon...oh, maksud dia bersangka baik." Terus dia genggam tangan Pia. Gulp! Jelas dia nampak Pia telan liur, takut sangat!

"Bersangka baik?"

"Hurmm, bersangka baik, contoh macam bila Pia tengok orang ni, mengandung, dekat pusat pemulihan akhlak, kita jangan anggap dia tu penzina, kita kena bersangka baik tentang sesuatu perkara. Benda yang kita tak tahu, kita tak boleh anggap orang tu berdosa." Dia tarik nafas sekejap.

"Macam yang Along cakap, si gadis yang mengandung yang dekat pusat pemulihan akhlak tu, mungkin dia dah diperkosa tanpa kerelaan dia, mungkin juga berlakunya kes sumbang mahram yang dia sendiri pun taknak benda tu jadi atas diri dia. Kita sebagai manusia, tak berhak jatuhkan hukuman atas seseorang tu melainkan ALLAH, sebab tu kita kena bersangka baik tentang sesuatu perkara."

"Faham?" Hidung dia dicuit. "Faham." Macam biasa Pia gosok balik hidung dia. 

"Bola dah nak habis, sorry Pia kacau Along."

"Along tak kisah pun, janji Pia kacau dengan niat baik. Kalau merengek minta belikan teddy bear ke apa ke, tu memang Along kisah, nak kena denda." Pia sengih. 

"Lepas ni cerita apa eh?" Amar Zafran bersuara bila perlawanan bolasepak tamat. "Tak payah, baik pergi tidur, esok jangan nak mengadu dengan Pia, sakit kepala, mata lebam bagai eh?"

"Baik doktor."

"Good."

"Sayang doktor."

Gulp. "...." Diam.


footnote: saya kurang sihat until now...doakan saya cepat sembuh. :) have a nice day. Moga ALLAH berkati kita. Amin!

Labels:

Blogger joenyz said...

Kak keena <3 ok i was smiling all the way through this. it was lovely and awesome till max too :)

N yes, i am damn sorry kalu saya paksa kak keena hapdet lagik :) get well soon kak keena sayang :)

 
Blogger miss L said...

suweet je dorg ni...hehehe...tuka pun panggilan...no longer along...

harap2 keena cepat sihat... =)

 
Anonymous kiki said...

n3 belajar bercinta ye...hehehe
sweet sgt

 
Blogger fromfrirsttoFB said...

Kak keena paggil la along abang pls. Nnpk matang skit. Klu pia pula sayang/ zara/pia hehe. Pls pls. Mwahhh!!

 
Blogger norihan mohd yusof said...

sweet sesangat dek...hubby(along)zara(sayang)berkekalan bahgia hingga hujung nyawa... cian nye kat u dek,muge cepat sihat n rajin makan ubat n sukses dlm berkarya dek.

 
Blogger Kak Sue said...

Cinta lepas kahwin terbaikkk.... besttt...
So sweet bila Along bahasakan diri dia BI.... hehehe
Pia kena belajar menerima Bi ok.... Sayang Pia...
Bi Pia boleh menyejukkan hati ni.... boleh cair... hehehe

 
Blogger sAkEeNa said...

hahaha...dah lega lamaaaa dahhhh...thanks for your dua' i miss you la yani

 
Blogger sAkEeNa said...

errr...huhu..mcm susah je nk tukar..:)

 
Blogger sAkEeNa said...

hihi..yela kot...eh your name reminds me of someone name kiki.. :)

 
Blogger sAkEeNa said...

err insyaALLAH.... :)

 
Blogger sAkEeNa said...

akak thanks sangat2..hihi :)

 
Blogger sAkEeNa said...

hahhaha...akak..tak taula sweet ke hapa..adeiii.lama gila kot xupdate ni...mcm skill tak berasah pun ada ni.. ")v

 

Post a Comment

<$CommentPager$>
<$I18NCommentAuthorSaid$>

<$BlogCommentBody$>

<$BlogCommentDeleteIcon$>
<$CommentPager$>

<$BlogItemCreate$>