Sayang sayang semua...I've to stop PIA at this point. Publisher told me to focus on my manuscript...insyaALLAH, we'll meet PIA on printed version..pray for me, pray for the great idea to come, and may ALLAH put everything at ease.. ^^v >> and insyaALLAH, the next entry will be AWAK?!
mY wOndErWaLL
WELCOME!comel tak blog baru kite??hihi...i really hope after this I'll extra spirit to update new entry...bcoz I really love this cute skin! ^^
MAY
ALLAH,bless,you
nAviGate?

Profile Blog Links Joined Credits
I am ME
writing and reading are part of me. bla..bla..bla..okayy sebab I love talking+merapu+gelak tak ingat dunia. so fullstop! ^^

FriEndS + faCebOoking
Sakeena Wonderwall

Create Your Badge
SpiLL
Daily Reads
EDNIN | DENA | Dr. CINTA | Yasmin Mogahed | 7sW

Rotten Things
April 2011 | May 2011 | June 2011 | July 2011 | August 2011 | September 2011 | January 2012 | February 2012 | March 2012 | May 2012 | June 2012 | July 2012 | August 2012 | September 2012 | October 2012 | November 2012 | December 2012 | January 2013 | April 2013 |

pia 20
pia 19
pia 18
pia 17
pia 16
pia 15
pia 14
pia 13
pia 12
pia 11

mAsTerPieCe?? HAHA :P
Links

pia 21
Written at Friday, January 25, 2013 | back to top

Pia atur langkah ke almari warna putih besar dalam bilik tu, buka pintu almari dia hairan, mana pergi kemeja Amar Zafran yang berlambak-lambak kat dalam tu, dia ada juga seterika dalam lima enam helai minggu lepas, tapi sekarang semua dah hilang? Rasanya baru aje kot dia cuci baju tu semua. 

Dia pusing, nampak Amar Zafran sibuk dengan tab di tangan. Mengalahkan Menteri Kewangan gaya tu, alih-alih dia pergi kejap lagi sibuk main Angry Birds, tekanan sungguh. "Along..." Dia panggil. Amar Zafran khusyuk lagi.

"Along!" Dia duduk bersimpuh atas katil, lepas tu tarik tab dari tangan Amar Zafran.

"Laa, lagi satu level aje, bagilah balik." Amar Zafran bangun, duduk bersila atas katil. "Orang panggil buat tak tahu je?" Dia buat muka stress. Kan? Tak ada kerja lain, main Angry Birds aje kerja dia kalau menghadap tab ni.

"Kenapa?"

"Mana baju-baju Along dalam almari tu semua? Kosong!" Baju kemeja Along sangat-sangat banyak, dan almari tadi, yang dia buka tu, semua harta benda Along. Almari dia bersebelahan almari Along. Tapi tak sebesar Along punya almari, nasiblah bilik ni besar, kalau tak memang sempitlah.

"Ooo..semua hantar dobi." Pia ternganga sekejap. Baju tu semua hantar dobi?

"Buat apa? Kan Pia dah cuci semua kemeja, t-shirt, slack, semua baju Along kan?" Macam kecil hati pun ada juga. Apa? Tak cuci ke aku basuh baju tu?

"Bukan, Along hantar pergi iron."

"Ya ALLAH, Along, Pia kan ada, buat apa hantar pergi dobi semua tu?"

"Banyak sangatlah nak kena seterika, sayang." Dia letakkan kepala atas riba Pia.

"Along, membazir tu kan amalan syaitan. Seronoklah dia orang tengok Along hantar berkoyan-koyan pergi seterika kat dobi sana. Dekat rumah Pia tak ada buat apa, Pia boleh gosokkan kot?"

"Along taknak susahkan Pia." 

"Along cakap macamlah Pia ni tak pernah gosokkan baju Along kan?" Dia tak kisah pun banyak mana baju Along, dah tugas dia jaga kebajikan Along, Along sekarang bukan abang angkat dia, Along sekarang dah status suami dia. Ngee! Memanglah kalau dalam sebulan tu, Encik Amar Zafran ni takkan pernah pakai baju yang sama, hari-hari baju lain-lain, tapi dia bukannya teruk pun kalau nak basuh-seterika-simpan baju tu dalam almari. Saja je kan?

"Okay-okay, lepas ni tak hantar lagi dah."

"Good, dah bangun, dahlah berat!" Dia turun dari katil, melangkah ke pintu.

"Nak pi mana?"

"Turun bawah. Anything Mr. Zafran?"

"Hot chocolate please??" Mata berair ditayang untuk Zara Sofea. Pia geleng kepala sambil senyum. dah jadi kebiasaan dia, untuk buat hot chocolate takpun banana smoothies kat rumah ni.

*****

Cucur jagung dicapai dan dicicah sos cili. Yummeh! Kalau hari-hari macam ni boleh gemuk kot? Kenapalah bini aku ni masak sedap sangat?

"Along.."

"Hmmm..." Dia jawab perlahan bila Pia panggil.

"Along kan, pernah tak ada crush masa zaman kanak-kanak dulu?"

Diam. Malas nak menjawab. Ni apa kes pulaklah tengah sedap-sedap makan cucur jagung tanya pasal crush pulak ni? Dia buat pekak.

"Along! Pia tanya ni!"

"Yang tiba-tiba keluar soalan pelik-pelik tu kenapa?"

"Ala...jawab ajelah, saja nak tahu." Pendek. Dia tengok Pia capai cucur tu seketul. "Ada...." Dia pandang muka Pia yang tengah khusyuk kunyah cucur sambil tangan peluk kepala beruang besar warna coklat. Comel!

"Ada? Cerita! Cerita! Nak dengar!"

Dia dah kerut dahi. Ni kenapa tiba-tiba ni? Pelik sungguh. "Puan Zara, rasanya kalau orang lain dah cemburu kot? Bila dengar pasal crush-crush suami dia ni?"

"ALLAH, zaman kanak-kanak je pun. Bukannya zaman orang tua sekarang ni."

"Pia nak cakap Along tua eh?" Dia dah dekatkan muka dia. Muka Pia automatik memerah. Suka sungguh kalau bab nak mengusik Zara Sofea ni.

"Naaaa..mana ada, cepatlah." Muka dia ditolak. Malu tak habis-habis.

"Okay, budak tu sebaya Pia aje. Masa Along tingkatan lima, dia baru darjah enam." Terlopong sekejap mulut Pia.

"Along biar betul, mesti dia gorgeous gila kan? Tu yang Along boleh suka dia tu." Dia kerling Pia yang dah tarik sila. Menarik sangat ke?

"Gorgeous? Alahai! Kanak-kanak tu, mana boleh pakai term gorgeous." Dia dah nak tergelak.

"Apa-apa ajelah."

"Tak gorgeous, comot adalah, tapi comel. Pakai tudung pun selekeh." Dia sengih. "Betul ke? Habis sekarang, Along still ada perasaan dengan dialah?"

"Kenapa nak tau?"

"Sebab nak taulah."

"Ada..." Terus rasa lengan dicubit. "Aii..cakap tak jeles dengan kanak-kanak?"

"Mana ada!" Dia gelak besar bila tengok Pia dah tarik muncung. "Along bergurau ajelah, yang tanya Along sangat, Pia tu? Ada crush jugak kan?" Dia sengih nakal.

"Mana adalah, Pia tak pernah pun jatuh-jatuh hati, jiwa, raga segala ni masa zaman kanak-kanak." Tu dia, punyalah menafikan fakta yang dia dah tahu.

"Alah...tak payah nak menipulah, Along taulah."

"Along tau? Haa..kalau tau cakaplah siapa?" Pia dah jungkit-jungkit kening.

"Ala, yang tulis AL-AMIN besar-besar tu? Bukan crush nama dia, siap bentuk hati lagi? Warna pink, ingat Along tak tau?"

"AL-AMIN? Hati? Pink?" Dia angguk.

"Tengok buat lupalah pulak. Cikgu maktab yang ajar matematik tu. Pia darjah lima kot masa tu?" Dia sambung makan cucur. Selamba. Tiba-tiba terasa lengan dipukul, agak kuat sampai berbekas.

"Apa pukul Along ni?"

"Along, yang tu Pia tulis dalam diari Pia kot?"

"Eleh, padanlah, tulis diari biarkan terbuka atas meja belajar, gatal anak pakcik Ahmad ni."

"Along! Jerk! Habis Along baca semualah?" Muka dah merah tak tahu nak letak mana. "Tak adalah, yang tu aje Along nampak. Ni Along nak nasihat ni, lain kali tulis diari tu, biarlah kat tempat yang tersorok, orang tak nampak, ni ada ke tulis kat meja belajar tengah-tengah rumah. Abah pun nampak tau, Along pulak yang tolong cover."

"Ngeee! Bencilah!"

"Bencilah!" Dia ejek balik. "Comel sangat Pia buat macam tu." Pia muncungkan bibir. Dia sengih, sambil sambung tengok rancangan hiburan kat depan.

*****

Bunny slipper disarung ke kaki. Hari ni nak bersenam kat mini gym kat bawah. Kononnya, tapi terus mata melekap kat televisyen, tengok rancangan gosip-gosip artis. Tiba-tiba dia terdengar seseorang yang yang diajukan soalan pasal bertudung menjawab 'saya tunggu seru'. Dalam masa yang sama dia terfikir. Tunggu seru? Habis kalau seru tak sampai? Ajal dulu yang sampai macam mana? Setahu dia menutup aurat tu wajib. Walaupun dia tutup tak sempurna, tapi sarung kaki + tudung menutupi dada tu dia memang amalkan. Bersarung kaki itupun selepas dia putus dengan Zakwan dulu.

"Haish! Musykil sungguh saya." Alat kawalan jauh dicapai sebelum TV ditutup. Dia bangun, dari penat memerah otak kenapa ramai orang cakap macam tu, baik dia pergi masak. Galaxy di atas kaunter dicapai, taip sesuatu.

+Assalamualaikum...

-Waalaikumussalam

+Hubby, balik makan tengahari tak?

-Balik, sayang masak apa?

+Tak tau lagi...Along nak makan apa?

-Along makan aje apa-apa, jangan masak banyak sangat, tak elok membazir

+Baik inche.

-Sayang Pia...

Dia terus diam bila baca mesej tu. Haish! Along ni kan, kalau sehari tak bagi muka aku macam kena sos cili, memang tak sah kan? Terus dia buka peti ais, tengok ada apa yang boleh dimasak. Alih-alih, dia pilih untuk masak tomyam campur. Macam teringinlah pulak.

"Assalamualaikum..." Terasa suara tu dekat dengan telinga. Terus jantung dia hilang rentak. Encik ni kan, suka macam tu. "Waalaikumussalam. Awal balik?" tangan sibuk nak kemas sinki yang berselerak. Segan nak menghadap tuan punya suara.

"Rindu." Kalaulah saat ni dia tengah makan peha ayam, automatik dah terlekat kat kerongkong. Dia kerling tangan Amar Zafran yang tengah elus bahu dia lembut.

"P..Pia dah siap masak, Along nak makan sekarang ke lepas Zohor?" Amar Zafran menyandar di sinki. Pia sedar Amar Zafran tengah pandang dia. Haish! Tahan muka Pia! Jangan memerah kat sini!

"Yang muka Pia merah tu kenapa?" Tangan dia yang tengah susun pinggang atas rak dicapai. Ngee!

"Mana adalah, pergilah sana Zohor cepat, tak elok kan lewat-lewatkan waktu solat." Ceewah! Baru aje baca sebenarnya semalam. Tips-tips solat sempurna.

"Iye?" Tangan dia dua-dua dah dalam genggaman Along. "Encik Amar Zafran..."

"Yes, Puan Zara Sofea."

"Pergi solat dulu, nanti Pia cakaplah kelebihan-kelebihan tu." Tapak tangan besar gabak milik Amar Zafran dicapai dan dikucup lembut. Silalah pergi! Jantung saya tengah berlari-lari atas treadmill ni tahu?

"Iye..." Pantas senyuman terukir sebelum figura tu berkemeja kelabu tu naik ke atas. Terus dia garu kepala. Macam manalah nak hilangkan perasaan yang suka mengkucar-kacirkan ritma jantung ni? Fuhh! Dia urut dada sendiri.

*****

Amar Zafran sudu tomyam masuk mulut macam tak pernah nampak tomyam empat tahun. "Along, jangan makan cepat sangatlah, makan perlahan-lahan."

"Ops! Terlupa." Lantas dikunyah isi ayam dengan nasi tu perlahan-lahan. "Along, Pia nak tanya sikit boleh?"

"Pasal?" 

"Macam ni, tadi Pia ada dengarlah, orang tu tany hamba ALLAH ni, bila dia nak bertudung. Dan hamba ALLAH tu cakap, dia tunggu seru. Pia nak tanya Along, tutup aurat tu kena ada seru ke?" Telur dadar dikepit dengan penyepit dan dimasukkan dalam pinggan.

"Ada, memang ada seru."

"Iye? Seingat Pia tutup aurat tu bukan wajib ke?" Ke dia yang tak tahu menahu? Nak kata cetek agama, tak adalah sampai bab-bab senang pun dia tak tau.

"Sayang, seru tu memang ada, tapi seru tu turun bersama kitab suci Al-Quran, dulu lagi. Seru yang mewajibkan menutup aurat ni. Ada dalam ayat surah Al-Ahzab."

"Surah Al-Ahzab?"

"O Prophet, tell your wives and your daughters and the women of the believers to bring down over themselves (part) of their outer garments. That is more suitable that they will be known and not be abused. And ever ALLAH Forgiving and Merciful, Al-Ahzab (33:59)."

"A'ah Pia pernah dengar, ustazah selalu bacakan ayat tu masa sekolah dulu."

"See, dari situ pun kita dah tahu, dah boleh interpret ayat tu, senang sangatlah nak faham, tak payah bahasa bunga-bunga pun. Tapi bila dah syaitan dok asyik cakap, alah tutup buat apa, tayanglah. Kalau tutup macam mana lelaki nak suka? Dari bisikan-bisikan tulah yang jadi tak kena tu. Padahal orang bijak pandai macam dia orang ni, tahu je kot hukum."

"Itulah, moga hamba ALLAH tu diberikan hidayah oleh ALLAH."

"Benda yang ALLAH suruh ni ada hikmah dia, bukannya saja-saja ALLAH nak suruh kita tinggalkan laranganNYA, kira kita ni manusia diberi akal untuk berfikir, kita boleh fikir kot? The pros and the contras." Amar Zafran senyum.

"Macam nilah, makan nak kena perlahan-lahan, sebab apa? Sebab takut tercekik." Dia perli Amar Zafran sebab tadi makan laju sangat. 

"Haa...itulah pasal, nak-nak kan sepatutnya kita ni makan kongsi aje satu pinggan. Tau sebab apa,?Sebab berkat yang ALLAH turunkan tu kalau dikongsi boleh dirasai, kalau tak percaya, esok kita cuba. Walaupun benda tu sikit, tapi kenyang betul." Mata dikenyit. Pia tunduk hadap pinggan. Segannya.

"Along betul-betullah."

"La, betullah ni, kalau Pia duduk kat sekolah pondok. Dia orang memang amalkan makan dalam satu dulang ni, dalam satu dulang adalah dalam lima orang. Kongsi."

"Betul ke?"

"Betul, sayang." Tengok! Ton suara tu boleh lain sikit tak? Nak romantik sangat tu kenapa?

"Dah sudah?" Pia angguk. Amar Zafran tadah tangan baca doa habis makan.

*****

"Along, Pia sakit kepalalah, ada ubat tak?" Amar Zafran pandang muka comel kat sebelah yang dah lentokkan kepala kat bahu dia. 

"Tak payah ubatlah, tak elok ubat tu penahan sakit aje, kalau Pia boleh tahan, Pia tahan." Dia elus lembut rambut lurus sampai ke pinggang tu.

"Tapi kann...dia punya sakit tu macam nak hentak-hentak kepala kat dinding aje."

"Migrain?"

"Tak tau..." Terus dia tarik kepala tu ke atas riba dia. Mata Pia membulat. Drastik sangat ke tindakan dia ni? "Syhh...dok diam-diam, Along picitkan kepala." Pia diam, sampai dia tengok mata terbuka separuh, nak tidurlah tu.

"Ehemmm!" Terus dua-dua pandang ke belakang sofa. Pia bingkas bangun. Ibu dengan abah dah tersenyum panjang.

"Bi..bila ibu dengan abah sampai?" Serentak dua orang tu bertanya.

"Baru aje, bagi salam tak ada orang jawab, pintu tak bertutup, kami redah ajelah. Tengok-tengok orang tu sibuk bercinta." 

"Abah ni...orang sakit kepalalah." Pia memuncung. "Tak ada apalah bah, saja Along picitkan kepala Pia, nak migrain kot?" 

"Yeke? Habis sekarang dah legalah?" Aiman tanya. Dia tengok Pia gigit bibir. "Dahhh! Orang nak naik kemas bilik untuk semua tidur nanti. Amar Zafran garu kepala bila tengok Pia naik tergesa-gesa dengan muka sos tomato dia.

"Err..abah, ibu, Aiman sihat?" Kaki di atur ke pintu depan sebelum dengar jawab balas ketiga-tiga figura tu. "Tu nak kemana tu?? Kita orang tak cakap apa-apa pun." Puan Baya bersuara. "Err..tengok pintu depan bu, dah kunci ke belum." 

Dia masuk balik lepas lima minit. Macam mana terlupa tutup pintu tadi? Bahaya betul. "Jomlah, kita jemaah sekali kalau belum Isya'?"

"Eloklah tu."

Lepas ambil wuduk, semua pakat-pakat berkumpul di bilik solat. "Rapatkan saf, betulkan saf." Dia bersuara sebelum laungkan iqamat. Suasana sunyi kecuali terdengar alunan surah Al-Insyirah dari bilik yang menempatkan lima orang hamba ALLAH tu.

*****

"Pia nak sambung belajar tau abah." Suara dia ceria kedengaran.

"Iye? Kat mana? Jangan jauh-jauh dahlah Pia, tinggal Along sorang-sorang nanti. Tanggungjawab tak boleh abai tau?" Dia angguk bila Puan Baya cakap macam tu.

"Mesti dekat-dekat aje ibu. Tengok gaya makhluk dua orang ni, memang dah macam belangkas kot? Mana boleh berenggang." Dia tendang kaki Aiman bawah meja. Adik dia ni kan? Memanglah.

"Along sendiri yang tak bagi Kak Pia jauh." Along pulak cakap. "Bila keputusan permohonan tu keluar sayang?" Masing-masing pandang muka Amar Zafran. Tengok! Sayang lagi. Ngee! Jadi bahanlah dia.

"Sayang??" Pakat serentak semua. Dah agak dah. "Err..Eh! Tambah lagi abah, nasi tu kenapa makan sikit sangat? Kejap lagi kita pergi ronda-ronda, Along bawak, hari ni Along cuti." Fuhh! Dia rasa nak urut dada saat ni. 

"Bila keluarnya Pia?" Abah sambung tanya.

"Dua minggu lagi kot?"

"Ooo...dah tak lambatlah ye?"

"Kak Pia sambung course apa?"

"Business Management?" Ayat penyata ke apa ni dia tak tahulah. "Tu dia! Larinya course kak Pia dengan diploma itu hari." 

"Rasanya tak boleh cope kalau engineering lagi." Amar Zafran tersengih. "Bolehlah mintak kerja dengan Along lepas habis belajar nanti."

"Berapa tahun?" Ibu tanya. "Empat." 

"Lama jugak tu."

"Emm lama, nasib baik ulang-alik." Dia pandang Along. Macam pelik aje bunyi tu.

"Macam pelik aje bunyi tu Long?" Aiman ni kan? Nak aje dia sumbat mulut tu dengan gelas kaca ni.

"Tak adalah Along rindu sangat." Perlahan ayat tu ditutur dekat dengan telinga dia. Hanya dia yang mampu dengar.  Pia terus baca doa habis makan, dan ke sinki, kalau dilayan ni, mahu sampai esok tak habis-habis.


p/s: Assalamualaikum.....ngeee! Sorry! Jangan marah! Hehe...terlalu sibuk dengan perkara penting... :) harap entri ni cukup panjang kot...alhamdulillah...siap jugak! :) have a nice day people...may ALLAH bless...

keep smiling...keep sedekah...

Labels:

Blogger Lieynaim mohd noor said...

hahhaha... bila la pia nie nak paggil along abng... jgn kempunan sudah la along

 
Blogger hk said...

ahhhh...bestlah along nie...romatic..bertanggungjawab..gentleman..cair seh!!!

 
Blogger joenyz said...

:') sweet. like sejuta kali!

 
Anonymous Anonymous said...

suka2x...

 
Anonymous Fieza Kadir said...

woooo...bile nk ade smbungan nie.. xsabo nie...

 
Anonymous Anonymous said...

bila mau sambung? Huk2

 

Post a Comment

<$CommentPager$>
<$I18NCommentAuthorSaid$>

<$BlogCommentBody$>

<$BlogCommentDeleteIcon$>
<$CommentPager$>

<$BlogItemCreate$>