Sayang sayang semua...I've to stop PIA at this point. Publisher told me to focus on my manuscript...insyaALLAH, we'll meet PIA on printed version..pray for me, pray for the great idea to come, and may ALLAH put everything at ease.. ^^v >> and insyaALLAH, the next entry will be AWAK?!
mY wOndErWaLL
WELCOME!comel tak blog baru kite??hihi...i really hope after this I'll extra spirit to update new entry...bcoz I really love this cute skin! ^^
MAY
ALLAH,bless,you
nAviGate?

Profile Blog Links Joined Credits
I am ME
writing and reading are part of me. bla..bla..bla..okayy sebab I love talking+merapu+gelak tak ingat dunia. so fullstop! ^^

FriEndS + faCebOoking
Sakeena Wonderwall

Create Your Badge
SpiLL
Daily Reads
EDNIN | DENA | Dr. CINTA | Yasmin Mogahed | 7sW

Rotten Things
April 2011 | May 2011 | June 2011 | July 2011 | August 2011 | September 2011 | January 2012 | February 2012 | March 2012 | May 2012 | June 2012 | July 2012 | August 2012 | September 2012 | October 2012 | November 2012 | December 2012 | January 2013 | April 2013 |

pia 18
pia 17
pia 16
pia 15
pia 14
pia 13
pia 12
pia 11
wonderwall (raya version)
Jay-Hana 1

mAsTerPieCe?? HAHA :P
Links

pia 19
Written at Friday, December 7, 2012 | back to top

"Sana sikit." Pia mengesot sedikit dari tempat duduk bila Amar Zafran ingin ambil tempat duduk bersebelahan dia.

"Siapa?" Reader's Digest bulan lepas diselak perlahan. Tadi dia nampak Amar Zafran bercakap di telefon.

"Ibu, dia cakap hujung minggu ni tak payah balik." Pia tutup Reader's Digest. Kenapa ibu tak bagi balik? Peliknya.

"Itu sudah pelik, kenapa pulak? Bukan ibu dengan abah ke yang beria suruh balik hujung minggu ni?"

"Well, seems like they already changed their mind. They asked me, to bring you somewhere for honeymoon." Selamba ayat ditutur, kerlingan dihantar ke sebelah, muka dia tetap selamba. Muka Pia jangan cakaplah, memang blushing, walaupun cahaya televisyen aje yang menerangi ruang sofa sekarang ni.

"Auch! Sakitlah!" Tiba-tiba terasa pinggang dipiat. Ni boleh kebas ni, lebam tak payah cakaplah, sejak bilalah jadi ketam pulak Zara oi!

"Tu Along yang mengada kan?" Jari telunjuk ditala ke muka Amar Zafran. "Sakit kot? Baik pergi cari ubat letak, kalau tak ni mesti lebam punya." Dia urut kawasan yang dicubit. Haish! Memang sungguh pedih. 

"Actually, hujung minggu ni, dia orang nak datang sini, stay sini seminggu, Aiman cuti minggu depan."

"Oh...baguslah, happening sikit rumah ni." Dia bosan asyik cakap sorang-sorang bila Amar Zafran keluar pergi kerja.

"Bi pun suka jugak, sebab sayang boleh layan Bi elok-elok tak adanya nak menggetu macam ni."

"Siapa suruh cari pasal sangat, kerja bertimbun-timbun ada hati nak pergi honeymoon konon, silap-silap Pia yang kena tinggal." Dia gosok pipi yang terasa panas bila Amar Zafran panggil dia sayang. Memang lidah boleh tergeliat kalau nak ubah panggilan ni, tapi dia memang kena praktis sebab ibu nak datang sini, kalau tak mesti kena bising.

Dia pandang sebelah lama. Tiba-tiba teringat sesuatu. " Bi, esok kita pergi AEON, nak beli barang dengan sayur."

"Ooo..reti pulak panggil Bi, Bi..." Pia muncungkan bibir. "Tengok muka Along, macam nak cakap sayang Along tu kenapa?" Amar Zafran tanya. Muka tetap dihala ke paparan Samarinda depan mata.

"Memang nak kena kan??" Tangan dia dah buat gaya sepit ketam. Amar Zafran menjauh. "Buat apa beli sayur?"

"Orang nak buat bibimbap." Selamba dia cakap. Bibimbap, dia dah lama teringin nak buat, bukan susah pun. Senang sangat. Itu pun teringin sangat nak buat lepas tengok drama Korean tadi, dia memang gila cerita Korea dari dulu lagi, dari dia mula belajar piano.

Motif? Piano dengan Korean Drama + Korean Foods sebab, Mr. Park. Guru piano dia asal dari sana, banyak resipi dia belajar dengan Mr. Park. Dan sebab Mr. Park jugalah dia belajar tengok drama Korea, sebab nak mantapkan lagi sebutan Hangul,  tambah dengan nak tengok persekitaran dekat sana yang cantik! Teringin nak pergi!

"Bibimbap?" Mata Amar Zafran membulat. Pia tolak pipi Amar Zafran. Lawak sungguh! "Along sebut bibimbap macam umum alien turun Bumi apa kes?"

"Just wondering, what is that thing actually."

"Korean food."

"Ceh! Tak habis-habis Korea dia tu."

"Nak teman ke taknak ni? Taknak Pia pergi sendiri je?"

Angguk. "Lepas Bi balik kerja. Boleh?" Pia mengangguk.

"Along takut jadi lauk Melayu je karang, bibimbap ke apa jadinya kita tengok esok." Dia terkekeh-kekeh ketawa. Pia bercekak pinggang. Jari ketam mula menggetu Encik Hubby.

"Auch! Zara hands up!" Amar Zafran pegang kedua-dua belah pergelangan tangan dia dan diangkat ke atas. Automatik, terasa kejutan elektrik. Amar Zafran sengih. Hidung Pia ditarik lembut. Gulp! Liur ditelan. Dia memang lemah kalau bab-bab macam ni, Along ni kan? Sengaja.

*****

"Bean sprout, done! Seaweed, done! Hot pepper paste, done! What else? Hurmm..." Checklist dalam Galaxy di tandakan.

"Along, sesame oil and sesame seeds." Troli diheret ke barisan depan. Botol-botol tersusun kemas depan mata dibelek satu persatu. "Sesame oil, sesame oil..." Jari telunjuk dihalakan ke rak. Mencari. Tiba-tiba ada botol terhulur depan mata. Sesame oil!

"Thanks!" Dia berpaling. Dia pandang encik di sebelah yang menghulur botol.Macam kenal. Dia teringat tiba-tiba. What a coincidence!

"Ooo...seon-saeng-nim!" Teruja. "Park-shii, an-nyeong-ha-shim-nikka!" Kepala ditundukkan sedikit.

Dia pandang encik suami kat sebelah, dahi dah berkerut-kerut, dia pandang balik encik di hadapan. Ini adalah guru piano dia dulu.

"Ooo..So-pee-ah? An-nyeong-haseyo!" Itu nama yang Mr. Park panggil dia dulu. Sofea jadi So-pee-ah. Sebut laju-laju kalau di Melayukan, macam Peah pun ada. HAHAHAHA!

"Oh-raen-man-ee-da." Mr. Park tersenyum. "Ne." Pendek. 

"An-nyeong-ha-seut-seum-ni-kka?"

"Gwaen-chan-ah. You still can speak Hangul very well."

"Really? It's been long since I didn't attend the grade exam."

"Ne. So, who is this?" Mr. Park tunjuk ke arah insan di sebelah. Pia garu kepala. Lupalah pulak nak kenalkan.

"My husband. Along, this is Mr. Park, that I told you before. Mr. Park this is Amar."

"Nice to meet you." Pia tersenyum. "Mr. Park, how about some coffee? My treat?" Dia pelawa. 

"Sounds good.

*****

Cappucino dalam cawan disisip perlahan. "So, you move here?" Mr. Park mengangguk. "I made it, bringing up the music, I've my own academy."

Pia ternganga. Itu cita-cita Mr. Park masa dia belajar dulu. Nak ada akademi dia sendiri. "U-wa! Chu-kha-ham-nee-da!"

"Gamsa-ham-nee-da." Pia anggukan kepala tanda hormat. "I told her before, If you're really want something in your life, go chase after it in earnest way, and one day you'll get it. With all the huge efforts, it'll worth it."

Amar Zafran tersenyum. Dia dah boleh buat konklusi yang Mr. Park ni berjiwa besar, tak mudah putus asa. 

"You're very lucky to have her, as your wife. She's a gifted person, for her talent, passion, addiction and spirit in music. She's my favorite student now and then."

"Your compliment is too high for me. I'm not that special." Muka dah memerah. "I'm frustrated when you didn't came up for the last time." Pia garu kepala. Nak buat macam mana? Clash habis kot jadula peperiksaan akhir dia. "Jwe-sohng-ham-nee-da." Rasa bersalah pulak. "Sesame oil." Dia nampak mata Mr. Park melirik ke arah bungkusan plastik atas meja. Pia tersengih. "Ohh, Park-shii, I wanna try to make bibimbap."

"Really? No wonder, you're looking for sesame oil." Pia gelak. Naik berpinar biji mata kalau cari tadi tak jumpa.

Rasanya dah dekat sejam dia berbual sambil Along tukar-tukar kad perniagaan lagi. Lama sungguh, nak masuk Maghrib dah. "Along singgah surau dekat sini dululah, lewat ni nak balik rumah, karang tak sempat Maghrib pulak."

"Ne." Pendek. "Perlilah tu, dengki tak reti cakap Korea kan? I learnt from him, and extra classes before."

"Haih! Bibimbap pun lembab sangat nak siapnya, makan anginlah jawabnya." Lagi sarkastik sedas dari Amar Zafran.

"Esok Pia buatkanlah." Keinginan nak melempang orang terasa membuak-buak dengan tiba-tiba. Haish!

*****

"Cuba rasa..." Chopstick dihulur, mangkuk merah depan mata dipandang. Amar Zafran tengok rupa bibimbap depan mata. Cantik! 

"Terus gaul ke apa ni? Ni telur mentah ke ni? Tak payah letak apa-apa?" Pia tatang dulang berisi sup ayam dengan isi ayam yang dicarik-carik.

"You can eat with this, masukkan dalam mangkuk, gaul je semua." Amar Zafran mengikut, sup panas tu dimasukkan dalam mangkuk. kacau semua sekali, doa makan dibaca, dan suap. Mata dia membulat, sambil sengih dan angguk kepala.

"Thumbs up for this! Yummeh!" Dia tegakkan kedua-dua ibu jari. "Thanks!" Pia bangun sambil letakkan tangan ke dada dan tunduk sedikit.

"Pia, memang suka bibimbap ke?" Sambil sudu bibimbap masuk mulut, dia bertanya.

"Betul, bukan bibimbap je, macam-macam lagi makanan dia orang yang sedap-sedap, kebanyakannya berkhasiat. Banyak sayuran, tau kan Pia suka sayur?" Amar Zafran mengangguk.

"Pernah dengar tak ayat ni?"

"Ayat apa?" 

"Kita adalah apa yang kita makan?"

"Pernah."

"Kita bermula dengan makanan tahu? Berkhasiat benda yang kita makan, sihatlah kita, kalau benda kita makan tu tak sihat, kita pun automatik tak sihat. Sebab apa yang kita makan akan jadi darah daging kita. Tahu?"

"Tau..."

"Lagi satu, sumber apa yang kita makan tu mesti dari sumber yang halal, sumber halal ni bukan tolak anjing dengan khinzir aje dalam bahan-bahan tu, tapi cara pembuatan, cara sembelihan, kalau sembelihan yang dibuat tak sempurna, maka makanan yang kita nampak halal contohnya ayam tu, tak boleh makan tahu? Jadinya haram."

Pia mengangguk. "Sebab tu semua yang Pia beli semalam ada perakuan halal." Dia sengih.

"Sebenarnya, apa yang Along nak sampaikan kat sini, kalau kita makan benda tak elok, perangai kita pun jadi tak elok, and vice versa." Pia diam sekejap, jenuh dia nak memikir.

"Okay, nak senang. Pia cuba tengok, when someone get drunk. Dia mesti act macam orang tak waras kot? Entah dia pergi buat apa masa tu pun, dia takkan sedar."

"Itu memang kemestianlah."

"Itulah yang Along nak cakap ni, macam mana dia boleh mabuk tu?"

"Alkohol. Period."

"Good, you got the point." Terus dia sambung sudu sayuran dalam mangkuk tu masuk mulut.

Pia diam, I got the point, you're what you eat. The good or bad, depends on yourself Zara. Mangkuk kosong dibawa ke sinki untuk dibasuh.

"Bila kita makan kita tak tahu sumber, sumber yang syubhah, sumber yang haram, hari kita boleh jadi hitam, boleh jadi lupa, malas nak abdikan diri untuk Sang Pencipta."

"Syubhah?" Dalam kepala dia dah terbayang perkataan subahat. Lebih kurang aje bunyi.

"Syubhah ni maksud dia meragukan, yakni benda yang kita rasa was-was. Benda yang status dia buat kita ragu-ragu,contoh dia macam makanan. Takpun senang cerita sumber duit yang kita guna seharian. Halal ke rezeki kita tu, syubhah ke rezeki kita tu, haram ke rezeki kita tu?" Pia rasa urat kepala dia berpintal-pintal dah. Haish! Contoh mudah yang Along bagi pun dia susah nak mencerna.

"Tak faham?" Amar Zafran angkat gelas ke sinki. "Kurang jelas encik."

"Macam nilah, contoh syubhah ni, macam Pia kenal orang tu, orang tu ada buka disko, dalam masa yang sama dia buka kilang buat belacanlah konon-konon."

"Contoh tu boleh senonoh sikit tak? Motif belacan dengan disko?"

"Haip!" Hidung dia ditarik.

"Okay, kita tau duit disko ni haram kan?" Angguk. "Duit kilang belacan sah-sahlah okay kalau dia guna duit dari rezeki halal masa buka kilang. Satu hari, dia buat kenduri, Pia pun berbondong-bondong pergi. Tapi masa yang sama Pia fikir, dia ni buat kenduri guna duit hasil apa? Disko ke kilang?"

"Hmmm...meragukan tu." Dia gosok dagu, lepas tu capai sarung tangan getah untuk cuci pinggan.

"See, itulah yang dinamakan syubhah, dan macam duit yang diguna, kalau bercampur tu pun kita kira syubhah jugak, sebab tak tau mana datang sumber tu." Pia anggukan kepala.

"Along, mana Along belajar semua ni?" Mangkuk yang disabun dihulur ke arah Amar Zafran untuk dibilas. Dia dengan Along mesti bekerjasama punya kalau bab-bab mengemas ni. Sebab utama dia, nak latih Along berdikari. Boleh buat kerja rumah kalau-kalau in case dia tak ada. Dan encik suami yang kepala gila-gila ni akan menyanyi lagu Wonderpets dengan jayanya tanpa rasa bersalah sebab menyakitkan gegendang telinga dia.

"Belajar apa?"

"Everything, about life."

"Books, experience, people, tazkirah, kuliyyah, and the most important, you've to live if you wanna learn about life. These two things we're knotted together. Live and life. It's bonding."

"Sounds like motivator." Dia nampak jelingan Along, tapi dia buat tak tahu. Walaupun sebenarnya dia ambil tahu. Live and life, it's bonding.

*****

Amar Zafran buka sila atas katil dalam workstation Pia, sengaja Pia beli katil tu, kalau buat kerja, terasa nak meniarap, dia boleh duduk situ. Pia capai pen warna-warni dalam bekas seramik atas meja putih tu, tab diletak tepi. Sketch book berkulit tebal ditarik dari dalam laci meja. Helaian pertama yang penuh dengan doodles comel diselak, helaian kedua yang putih bersih terpapar depan mata. Pen mata bola dilarikan di dada kertas.


notes for today:-
Syubhah- meragukan / was-was
* mean= keraguan mengenai sesuatu perkara, tidak yakin dengan kesahihan sesuatu yang membuatkan hati terasa ragu. 

footnote: you've to live if you wanna learn 'bout life. Live and life, it's bonding.

credit: encik hubby... :)



"Pia, buat apa?" Amar Zafran tengok Pia tengah khusyuk mencatat sesuatu. "Nota untuk bekalan hari 'esok'." Dia tutup sketch book yang dah berwarna-warni tu, sebabnya untuk dia baca balik apa yang ditulis, kalau main warna biru aje semua, memang taklah dia nak membaca.

"Pia..." Amar Zafran panggil lagi. Dia macam dahaga pulak. "Yee..." Pia jawab sambil semak e-mel pesanan dari atas talian butik dia, zarasofeaonlineboutique.

"Hot chocolate please? Takpun banana smoothies ke?" Pia berpaling, laju. "Along, sekarang pukul, 12.30 tengah malam, banana smoothies apanya, jangan nak mengada sejuk tu."

"Yelah-yelah, apa-apa yang Pia rasa sedap." Dia nampak Pia bangun sarung cardigan keluar dari bilik. Dia tersengih.

Sepuluh minit.

"Your hot chocolate, Bi." Pia letak mug berasap nipis tu atas meja, dia kembali ke meja dia. Duduk atas kerusi. "Pia..."

"Hmmm...."

"Pia tak terasa nak sambung belajar ke?" Amar Zafran masih larikan tangan dia atas tablet di tangan.

"Teringin, tapi kewangan tak kukuh kot? Nak sambung-sambung degree ni."

"Lupalah tu."

"Lupa apa?" Amar Zafran bangun, pegang kedua-dua belah bahu Pia dari belakang. "I'm your husband, and you're my responsibilities, sayang." Perkataan tu perlahan menerobos masuk cuping telinga dia.

"Err...Pia..."

"Yes or no? Dari duduk rumah aje? Baik apply, sekarang kan permohonan tengah buka, sampai hujung minggu ni, Pia cubalah minta, kot-kot dapat tak adalah bosan memanjang, sampai menyanyi sorang-sorang."

"Menyanyi sorang-sorang?"

"La, auntie sebelah ni cakap." Menyakat. "Alongg....." Dia buat gaya sepit ketam. Amar Zafran yang tengok dah terasa pedih. "Tak..tak, Along tipu je."

"Yes or no?" Dia tanya diri dia sendiri. "Along..."

"Esok ikut Along pergi beli nombor pin." Terus dia rangkul lengan Amar Zafran yang tengah berdiri di sebelah. "Manja!" Dia pandang muka Amar Zafran bila dengar perkataan manja tu, lidah dijelir. "Biarlah."

"Sayang Along." Tiba-tiba keluar perkataan tu. Terus tangan dirungkai. Ngee! Apasal dulu bila dia cakap dia sayang Along, aci muka tembok je, sekarang ni tembok dah runtuh ke? Dia dah rasa muka dia berbogel sampai Along boleh nampak urat-urat darah dia sekarang ni.

"Err..ehemm...sayang jugak." Amar Zafran terus pusing balik ke katil tempat dia buat kerja. Buat-buat sibuk belek kertas kerja. Pia sibuk belek tab, walaupun main angry birds aje. Sibuk sungguh masing-masing. Pia gosok pipi perlahan. Amar Zafran sengih sendiri. 

Tiba-tiba dengar bunyi mesej. Pia capai Galaxy kat sebelah. 

Esok pukul lapan pagi...

Mesej? Dia pun segan dah nak bercakap dengan Along. Haish!

Okay..

Mesej ringkas dibalas, sebelum dia bangun perlahan balik ke bilik untuk tidur. Dia nampak Along sibuk lagi, taknak kacau. 



footnote: waaa.....lamanya tak berupdate kan? kan? all these while, sangat sibuk, sorry for any inconvenience, sorry for a long waiting...hope it worth it... :) may ALLAH bless..ngee lupa nk letak translation last night..ni update:

1- seon-saeng-nim - greet for teacher...
2- an-nyeong-ha-shim-nikka - greet in formal way..
3- Oh-raen-man-ee-da- lama xjumpa
4- An-nyeong-ha-seut-seum-ni-kka? - how r u?\
5- Gwaen-chan-ah - i'm fine
6- Jwe-sohng-ham-nee-da. - sorry...
7- ne - yes

Labels:

Anonymous kiki said...

tdo bilik asing2 ke?
just curious.....hopefully not

 
Anonymous Anonymous said...

waahh..comel je along ngan pia...trubat trus rindu dkat amar...:)

 
Blogger miss L said...

hehehe...pia cam kekok2 je panggil along, bi...

 
Blogger hk said...

waaa...akhienya sempat jugak baca new entry ni di bumi winter sonata.. ada entri bab2 korea gitewww... feeling lebih2 la sikit...tapi x leh pulak la makan bibimbap kat sini..non halal

 
Blogger idA said...

comelnya mereka kan..nampak tersangatlah bahgianya..that's d word for E3 ni

 
Blogger sAkEeNa said...

if you read after they moved in...rasanya tak kot... :)

 
Blogger sAkEeNa said...

hahahha..sorry..lambat... :)

 
Blogger sAkEeNa said...

hahaaha...i pun kekok nk tulis..haish

 
Blogger sAkEeNa said...

really???awk buat apa kt sanaaa??????jelesnya..hahahah..truee..sbb byk guna non halal..tpi for halal recipe..ada je..guna sayuran
+ ayam..daging...chicken broth..egg.. :D yummeh

 
Blogger sAkEeNa said...

hahahah...itulah..bhgia je kot.. :) thanks 4 reading. \^O^/

 
Blogger norihan mohd yusof said...

aduhai...suami pembimbing n pelindung yg teramat lh romantik n penuh bahgia.......agar syurga didunia n akhirat bakal milik this couple...

 
Blogger Kak Sue said...

... Semoga bahagia yang dicari terus mendapat NUR dari yang Maha Esa... terutama dapat En Hubby yang banyak membimbing ke arah Cahaya keberkatan.... so sweetttt...

 
Blogger fromfrirsttoFB said...

Guna abg la. Bi tu abit weird. Huhu

 
Blogger miz ruha said...

comelnya mereka... suka sangat... thanks keena... ^_^

 
Blogger Nadzipah said...

Bibimbap biasanya di shik-dang (restaurant / kedai makan) di Korea ni, mereka letak sayur dan telur saja. Ada juga chamchi bibimbap (tuna bibimbap). Yang ini boleh je makan.

Kalau pergi shik-dang macam kimbap cheon-guk atau kimbap nara, boleh saja mahu makan chamchi jjigae, chamchi deok-pap semua tu. Kiranya makanan based on seafood boleh la makan.

Ataupun boleh ke Itaewon, ada kedai Arab yang sediakan koreans food di sana. :')

Maaf, terpanjang pula.

 
Blogger sAkEeNa said...

its ok..nice information actually..it true ada tuna bibimbap?ngee... :)

 
Blogger sAkEeNa said...

huhu...akak thanks.. :)

 
Blogger sAkEeNa said...

insyaALLAH..akan so sweet hihihi

 
Blogger sAkEeNa said...

err...actually..same goes to me..and i decide to used along je ngn Pia...

 
Blogger sAkEeNa said...

awak juga comel MR..thanks for supporting me.. :)

 

Post a Comment

<$CommentPager$>
<$I18NCommentAuthorSaid$>

<$BlogCommentBody$>

<$BlogCommentDeleteIcon$>
<$CommentPager$>

<$BlogItemCreate$>