Sayang sayang semua...I've to stop PIA at this point. Publisher told me to focus on my manuscript...insyaALLAH, we'll meet PIA on printed version..pray for me, pray for the great idea to come, and may ALLAH put everything at ease.. ^^v >> and insyaALLAH, the next entry will be AWAK?!
mY wOndErWaLL
WELCOME!comel tak blog baru kite??hihi...i really hope after this I'll extra spirit to update new entry...bcoz I really love this cute skin! ^^
MAY
ALLAH,bless,you
nAviGate?

Profile Blog Links Joined Credits
I am ME
writing and reading are part of me. bla..bla..bla..okayy sebab I love talking+merapu+gelak tak ingat dunia. so fullstop! ^^

FriEndS + faCebOoking
Sakeena Wonderwall

Create Your Badge
SpiLL
Daily Reads
EDNIN | DENA | Dr. CINTA | Yasmin Mogahed | 7sW

Rotten Things
April 2011 | May 2011 | June 2011 | July 2011 | August 2011 | September 2011 | January 2012 | February 2012 | March 2012 | May 2012 | June 2012 | July 2012 | August 2012 | September 2012 | October 2012 | November 2012 | December 2012 | January 2013 | April 2013 |

pia 22
pia 21
pia 20
pia 19
pia 18
pia 17
pia 16
pia 15
pia 14
pia 13

mAsTerPieCe?? HAHA :P
Links

pia 23
Written at Wednesday, April 17, 2013 | back to top

"Hai awak!" Dia berjalan laju, apa kenalah budak-budak dekat sini? Mak ayah hantar sini suruh belajar, dia orang sibuk nak mengurat, cari kekasih semua. Tak fahamlah dia. 

"Awak! Tunggu! Kita pergi dewan sama-sama." Terasa budak lelaki tu mengejar dia. Langkah dibuka lagi lebar. Ya Rabbi! Kau permudahkanlah urusan seharianku... Laju lagi dia melangkah.

"Sombong!" Dia abaikan aje bila budak tu cakap macam tu. Habis? Kau kejar aku macam nak rompak aku, takkan aku nak terhegeh-hegeh pulak? Dia ingat sangat pesan Along. Ingat sangat. I'm married

"Ana, kau kat mana?" Telefon dilekap di telinga. "Aku kat belakang kau." Terus dia pusing, nampak Adelia Hana tengah merapati dia. "Ya Allah, yang kau berdiri terpacak kat sini kenapa?" Adelia Hana, yang ringkasnya dia panggil Ana bertanya. "Ada budak kejar aku tadi." Dia mengurut dada. Ana hanya geleng kepala.

"Kau ni, pakai minyak senyonyong apa?" Terus Pia rasa nak tergelak. "Gila, aku tonyoh jugak muka kau kejap lagi. Aku ni minyak wangi pun tak pakai tahu?" Ana dah tergelak. "Beb, jomlah, ada baki sepuluh minit je ni." Terus dia heret tangan si Ana, laju menuju ke dewan. Mampus! Kalau fasilitator yang diktator gila tu nampak ada budak lewat.

"Malam ni, aku nak buat aktiviti, setiap kumpulan aku akan panggil seorang untuk buat tugasan. Faham?" Semua pakat-pakat diam. "Kumpulan 1, Omar Alfian. Kumpulan 2....bla..bla...bla..." Dia diam, malas mahu mendengar. "Kumpulan 4, Zara Sofea." Gulp! Dia telan liur, nama aku ke tu? Semua ahli kumpulan pandang muka dia. Dia hanya senyum. Konon rileks gila, sebab ingat tugasan biasa.

"Semua yang aku panggil datang ke depan, setiap tugasan yang ada dalam kotak ni lain-lain. Kau orang kena ambil sekeping. Ia bernombor, dan nombor yang kau orang dapat akan menentukan jenis tugasan kau orang." Pia hanya diam. Jangan pelik-pelik dahlah. Kalau pelik sat lagi, memang takkannya aku buat.

Dia capai sekeping kertas dari dalam kotak kecil warna putih tu, dibuka dan tertera nombor 11. Dia balik ke kumpulan. Duduk. "Kalau pelik-pelik saya tak akan buat, macam mana?"

Ahli kumpulan diam. "Saya sanggup pikul apa je akibat dia, kalau tugasan tu boleh memalukan."Minggu orientasi ni, bukan minggu untuk memalukan orang. Dia tengok budak bilik sebelah tu kena menari tango, sorang-sorang. Tak kisahlah, buatlah tugas yang mencabar minda sikit. Budak tu sikit lagi je nak menangis dia tengok, dan budak tu tak buat. Dan dia rasa dia akan dapat task yang lebih-lebih kurang juga. Memalukan.

"Nombor 11, datang depan." Dia nampak budak-budak fasi tu bawa keluar lampu pendaflour, dan  dia dah boleh agak apa dia nak kena buat. Tiup lampu tu sampai padam.

Dia pandang muka fasi yang tengah bagi arahan kat dia. Sungguh, muka segak, tatasusila haram. "Saya taknak buat." Tenang. "Apa dia??" Melengking. "Saya-takkan-buat-ni." Dia tunjuk ke arah lampu tu.

"Habis kau sanggup tanggung akibat?" Dia mengangguk. "Saya akan tanggung akibat bagi ahli kumpulan saya sekali." Tenang lagi. Dia bukan tak nak buat. Tapi semua fasi ni ingat ni adalah tugasan budak sekolah yang baru masuk asrama. Sanggup ke biarkan orang gelakkan kita.

Beberapa orang berbisik. "Sebelum kau tau apa denda dia, kau ada benda ke nak cakap?" Kedengaran suara tu kuat, bergema dalam dewan yang serba luas. "Ada."

"What??" Dia anggukkan kepala. Saya tak takut awak pakcik. "Saya tahu semua ni gurauan semata, tapi encik fasi pernah dengar tentang gurauan yang berlebihan?" Masing-masing dilihat diam.

Dia menarik nafas dalam-dalam. "Bergurau tak salah, tapi bergurau yang berlebihan dengan tujuan mengaibkan dan memalukan seseorang di khalayak macam ni, boleh mengundang dosa."

"Ini tugasan." Salah seorang bersuara.

"Saya tau, tapi boleh kan buat tugasan atau gurauan lain, yang boleh eratkan silaturrahim ke tingkatkan perpaduan ke, ALLAH suka macam tu, pahala pun dapat. Rasulullah S.A.W pun pernah bergurau, tapi gurauan baginda ada batas. Bukan yang macam ni. Kami semua dah besar, Maisara tadi yang kena menari tu malu, dia menangis. Kesian dia." Tenang dia bertutur. Semua diam. Dia merujuk budak yang kena menari tango tadi. Budak tu dahlah jenis pakai tudung labuh segala. 

"Kau boleh balik tempat kau." Encik fasi yang marah-marah tadi bersuara. "Maaf, kalau benda yang saya cakap, sakitkan hati sesiapa. Ketawa dengan gurau senda tu boleh, tapi ketawa yang lebih-lebih pun boleh mematikan hati."

"Dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: Janganlah kamu banyak ketawa kerana sesungguhnya banyak ketawa itu mematikan hati. Hadis riwayat Al-Tirmidzi." Perlahan dia balik ke tempat dia. Seisi dewan diam. "Kau orang boleh bersurai awal malam ni." Semua bersorak. Pia senyum, sekurang-kurannya dia dah selamatkan maruah budak-budak selepas dia, dari diaibkan.

*****

"Mamat tu muka dah macam apa je." Ana bersuara. Tudung dikepala dicampak atas katil. "Macam apa, apa?" Kelam sekejap dengan ayat penyata si Ana tu. "Mamat yang menengking-nengking tulah, menyampah aku."

Pia tersengih. "Aku tak kisah dia nak marah, sebab aku tahu, tu kira macam benda yang perlu dia buat masa-masa orientasi ni. Tapi itulah, cara tu tak betul."

"Apa yang kau cakap sampai boleh balik awal kita ni?" Dia sengih lagi. "Adalah...sikit-sikit." Malas nak buka cerita panjang-panjang. Dia bukan pembaca hikayat pun. Haha!

"Aku nak isyak, malam ni nak tidur awal sikit. Kau?" Ana menggeleng. "Aku cuti." Pia hanya mengangguk. "Aku pergi ambil wuduk kejap." Angguk lagi.

Selesai isyak, dia aminkan doa. Lepas tu, cabut telekung dan luruskan badan atas katil. Subhanallah, nikmatnya. Rasa mata nak terpejam dalam jangka masa dua saat.

"Sofea.." Dia berpaling, nampak Ana tengah hadap muka dia dari meja belajar.

"Kenapa?"

"Kau memang tak pernah tinggal sembahyang ke?" Pia bangun. Duduk atas katil. Kenapa pulak budak ni?

"Pernah...dulu, waktu jahil dulu."

"Kenapa kau tanya?"

"Kau tak rasa ke sembahyang tu membebankan?" Pia terkejut. "Tak pun, sebenarnya kalau kita hitung balik, dua puluh empat jam sehari tu, tak luak pun kalau kita spend masa kat solat tu sepuluh minit aje setiap kali solat."

"Aku, selalu aje tinggal. Selalu sangat." Pia urut dada. "MasyaALLAH, Ana, aku pun dulu macam tu, tapi bila difikirkan balik, ALLAH dah bagi kita macam-macam nikmat, tapi kita ni hamba dia takkan nak buat tak tau?"

"Kenapa sembahyang tu penting?" Dia nampak Ana ketap bibir.

"Hurmm...macam mana ye nak terangkan. Solat ni tiang agama. Tau kan?" Dia kena berhemah, bak kata Along, nak tegur orang ni bukan boleh main taram aje.

Angguk. "Kenapa ye kita panggil sembahyang ni tiang?" Pia diam.

"Macam ni ajelah, nak tanya kau, boleh tak kita buat rumah tanpa tiang?" Ana menggeleng. Okay! Good girl. "Macam solat jugak. Solat ni asas untuk semua amalan kita, macam tiang konkrit la untuk bangunan besar kita. Kalau tiang konkrit pun tak kukuh, runtuhlah bangunan tu."

"Kurang jelas." Pia diam, memikir lagi. "Okay, macam ni, kalau seribu tahun pun kita beramal, tapi tak solat, ibarat rumah tanpa tiang, amalan kita tak disokong oleh solat yang jadi pengukuh untuk semua amalan kita, amalan ni ibarat dinding dengan lantai. Kalau tak ada tiang macam mana nak buat dinding dengan lantai? Kan?"

Ana raup muka. "Sungguh, aku ni pakai je tudung, tapi tang sembahyang tu aku buat endah tak endah je." Air mata dah terbit laju. "Tak apa, kalau buat mula-mula terpaksa pun, tak apa, nanti belajar ikhlaskan hati." Pia senyum. Dalam masa yang sama dia bersyukur dapat Along, sebab Along yang banyak ubah hidup dia.

"Paling susah nak buat, subuh dengan isyak, subuh aku selalu terlepas, isyak tertidur sebab letih."

"Kau tau tak solat yang dua tu, yang paling besar pahala dia. Rasulullah S.A.W pun pernah bersabda pasal solat subuh dengan isyak ni tau?" Dia ingat lagi waktu Along kejutkan dia bangun Subuh masa dia tengah 'cuti'.


"Pia, bangunlah, subuh sayang." Terasa badan digoyang-goyang. Malasnya, dia kan cuti? "Hmm..."

"Bangun Pia, pernah dengar tak sabda Rasulullah S.A.W yang berbunyi macam ni: "Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat isyak dan subuh. Seandainya mereka tahu apa makna di dalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak. (Muttafaqun Alaih)"

"Tahu, tapi Pia 'cuti'." Rasa nak tekup muka dengan bantal. Malunya, mana pernah dia cerita dia cuti dekat orang lain selain ibu.

"La, kenapa tak cakap?" Dia nampak Along garu kepala. Tapi dia bangun juga. Bangun awal tu kan membuka pintu rezeki? Orang putih pun cakap, an early bird will catch a big worm. Ye kan? Itupun diambil dari kita orang Islam juga rasanya.


"Kau sempat lagi berangan kan?" Dia dah tergelak. Haha! Kantoi la pulak. "Mana ada..." Dia capai pen dengan stick notes. Hadis tu ditulis dengan kemas atas kertas warna ungu cair tu, dan dilekatkan di board kecil dekat meja Ana.

"Dah, jom tidur." Dia dah berbaring atas katil. "Sofea..." Pia pusing. "Ya.."

"Nanti aku dah boleh sembahyang, kita jemaah sama-sama ya?" Pia tersenyum. Hati senang. "InsyaALLAH, kita sama-sama berubah jadi lebih baik."

*****

Dah seminggu dia dekat sini, hari ni hujung minggu, dia dah janji dengan Along nak balik rumah.  Minggu orientasi baju je habis. Barang dikemas. "Ana, kau balik tak?" Ana cuma pandang dia. "Malaslah nak kena gerak pergi stesen bas."

"Ooo..lupa." Galaxy dicapai. Tertera nama Encik Hubby kat situ. Dia keluar dari bilik. "Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Pia dah siap? Along nak keluar pergi ambil. Macam tak sabar aje ni." Dia rasa nak gelak. "Amboi! Macam dah setahun tak jumpa. Apalah Along ni." Terdengar suara hujung sana tergelak besar.

"Rindu." Muka dah terasa tukar warna merah. Tiap kali Along cakap macam tu, mesti dia rasa malu gila! Haish! Pipi digosok perlahan. "Along, boleh tak kita pergi hantar Ana kat stesen bas? Dia nak balik kampung jugak rasanya."

"Boleh je." Terus dia bagi salam, masuk dalam bilik. "Ana, kau nak balik?" 

"Apahal kau tanya macam tu?"

"Aku boleh hantarkan ke stesen bas."

"Betul ke ni?"

"Betullah, cepat siap." Laju Ana capai beg dengan baju sikit masukkan dalam beg dia. "Jom!"

"Semangat kau eh?" Dia tergelak. "Siapa tak rindu famili weh." Pia tergelak sama.

"Kita tunggu sini jelah. Kejap lagi ada orang datang ambil." Baru nak labuhkan punggung, dah nampak kereta warna putih tu berhenti dekat dengan kolej.

"Lajunya. Dah sampai, jom." Dia berjalan menuju ke kereta. "Masuklah." Pintu belakang dibukakan untuk Ana. "Segannya."

"Mengada, masuk je, kau jadi mak datin hari ni." Terkekeh-kekeh dia ketawa. Dia buka pintu depan. Tangan dihulur. Capai dan cium, Along cium dahi dia. Terus rasa nak masuk dalam laci dekat dashboard ni. Ngee! Along ni, lupa apa Ana duduk kat belakang. Dia kerling Ana yang dah berkerut kening. Abaikan ajelah.

"Along rempit ke datang sini?" Amar Zafran dah tergelak.

"Sayang Along eh?" Pipi terasa ditarik. "Along ni!" Merajuk gayanya. Padahal saja, rindu Along. Haha! Dia tak perasan ada orang kat belakang tengah pening fikir pasal dia.

Setengah jam lepas tu, bumbung stesen bas tu dah kelihatan. "Dah nak sampai Ana. Nak aku temankan beli tiket ke?" Dia pandang Ana dekat belakang.

"Tak payahlah, ni kira besar rahmat ni kau hantar aku datang sini."

"Benda kecik jelah." Dia keluar dari perut kereta, capai tangan Ana, dan berpelukan seketika. "Dua hari je wei." Pia tergelak bila Ana cakap macam tu.

"Take care. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

"Cakap terima kasih dengan Along kau." Pia hanya mengangguk.

*****

"Sedapnya bau!" Terasa kepala Along dah elok terletak atas bahu dia. "Pi duduk jauh sana, Pia tengah masak ni." Muka rasa macam kena wap gulai ketam dengan nenas. Memerah. Haish! Kenapalah bila Along dekat aje, muka ni mesti nak kena rasa macam kebas?

"Ala, orang nak manja aje, seminggu kut Pia kat sana, tak tentu arah hidup Along ni." Dia tersengih.

"Tau.."

"Ha, kan? Tau kan? Mana Pia tau?"

"Eh, Pia punya instinct kuat, boleh tau kata Along tak terurus bila nampak kain baju tak berbasuh penuh dalam bakul, lantai tak bersapu, pinggan tak berbasuh, baju tak..." Belum sempat ayat dihabiskan, terasa bibir ditarik. "Auch! Sakitlah!" Dia gosok bibir yang dah kena tarik tadi.

"Berleter kat suami tu berdosa tahu?" Darah terasa menyerbu ke muka. Dia ni, kadang-kadang memang terlupa sungguh yang Amar Zafran sebelah dia sekarang ni, suami dia, bukan Along yang dulu lagi dah.

"Tau, bukan berleter, Pia dah buat semua dah. Saja nak kenakan Along." Dia rasa bersalah pulak. Terlepas cakap. Bukan berleter. "Along tau, Pia sayang Along kan?" Nakal bunyi suara Amar Zafran tu.

"Eii, mengadalah! Pergi duduk depan sana, tak pun tolong Pia potongkan puding roti bakar tu." Dia cakap dengan muka yang dah tukar jadi warna pink.

"Yelah, Along potongkan, ni masak macam ramai aje nak makan ni?"

"Along yang suruh masakkan gulai ketam, sambal petai dengan udang, puding roti bakar kan?" Malam tadi lepas isyak, terus disebutnya senarai menu hari ni. Buat-buat lupa pulak pakcik ni.

"Ye? Macam tak perasan pulak."

"Jangan nak cakap Along bagi tau Pia masa tengah mamai semalam, takkanlah lepas isyak terus mamai kut?" Sibuk tangan mengikis petai sebelum dipotong dan direndam dengan asam keping dan garam. Ibu cakap, kalau tak buat, nanti masa taruk dalam sambal, petai jadi warna hitam. Tak cantik.

"Saja, rindu nak usik Pia." Perlahan suara tu menerobos masuk ke telinga dia. Olala..Along memang suka bagi jantung Pia melompat-lompat kan? Haish!

"Ni kenapa muka merah ni?"

"Mana ada, ni bahana potong cili kering, lepas tu tenyeh dekat muka ni ha." Saja cipta alasan. "Bunyi tu macam menipu je."

Eh? Mana tau? Abaikan ajelah. "Along, bawakan pinggan, gelas dengan air yang Pia dah bancuh dalam peti ais tu letak dekat depan. Kalau Along jadi pengacau kat sini, tengahari esok baru kita boleh makan tau?" Pergilah...pergilah! Orang tak senang duduk ni. Muka asyik nak pakai pemerah pipi aje.

"Macam tak suka aje Along kat sini." Merajukkah encik? Dia nampak Amar Zafran pusing. "Orang tua, kalau merajuk. Ya ALLAH, buruk benar." Saja dia mengapi-api.

"Apa??" 

"Mana ada..." Dia teruskan basuh udang dan berselawat, sebelum nak dituang dalam kuali.

"Zara Sofea." Muka Amar Zafran dah mendekat. Terus automatik, tangan yang tengah basuh udang melekap ke pipi encik suami. Pia dah nak tergelak, tutup malu sekali. Along ni, nasib baik ibu dengan abah dekat kampung. Kalau dekat sini. Habislah. Tujuh keturunan dia kena bahan.

"Sayanggg....orang baru lepas mandi kut?" Air paip yang mengalir deras disapu ke muka. Hilangkan bau udang yang hanyir ya amat tu.

"La, tengok gaya Along tadi, macam nak mandi air udang je, Pia bagilah." Selamba toya aje dia sambung basuh udang dan terus dituang dalam kuali yang penuh dengan kuah sambal tumis.

"Pia memang nak kena kan?" Amar Zafran berdiri rapat di sebelah. "Eh, ni dah bawa air ke depan belum ni?" Riak muka ditahan agar tak memerah. Boleh tak awak berhenti berdegup macam nak melompat keluar cik jantung?

"Tukar topik eh?"

"Along jangan nak cubit Pia eh!" Sekali pakcik ni cubit, boleh lebam. Belajar mana entah.

"Tak, Along nak buat lain sikit kali ni."

"Buat apa??" Aura merapu dah terasa dekat dengan hati dah ni.

"Adalah...." Amar Zafran kenyitkan mata sambil jungkit kening. "Tak payah!" Laju dia jalan ke kabinet, capai mangkuk jernih untuk masukkan sambal yang hampir siap.

"Pergi sanalah." Ditolak tubuh yang berdiri tegak sebelah dia dengan siku. "Yelah, yelah, lepas makan ajelah Along balas dendam..." Bunyi merapu tu tetap kedengaran. Adalah tu benda dia nak buat yang merepek-repek. Yang boleh buat muka dia pakai pemerah pipi. Ngeri betul!

"Dah bawa ni, Pia nak ambil gulai ketam." Mangkuk kaca berisi sambal petai dengan udang dihulur. Dia capai gulai yang dah lama siap sebelum masing-masing makan tengahari dengan aman damai.

*****

"Esok Pia dah nak balik kan? Along sunyi lagilah."Hari tu cakap nak pergi tengok Pia hari-hari kononnya?" Pia lentokkan kepala ke bahu orang sebelah. Bahagia! Haha!

Rambut terasa dibelai lembut. "Along sibuklah sayang, dua minggu ni asyik nak kena balik malam-malam aje. Tak sempat kut tengok Pia."

"Along, Pia okay je kut?"

"Memanglah, masalahnya Along ni yang tak okay. Macam tak boleh hidup kalau tak nampak muka Pia." Amar Zafran pandang muka dia. Dia masih tengok muka televisyen.

"Hisy! Tak elok Along cakap macam tu, ALLAH kan ada? Along hidup bukan sebab Pia, sebab ALLAH." Terasa hidung dicuit. Bahu dia dielus lembut. "Tau, tapi bukan dari segi pengisian dalaman tu, tapi dari segi nak survive bila tak ada Pia, Along kan macam tak berapa pandai urus diri?"

"Aah, habis masa Pia tak ada? Along makan apa je?"

"Apa lagi, lepak mapley la." Pia tergelak. "Pergilah makan kat hotel nun. Sedap sikit." Saja nak mengusik, dia tahu Along memang tak suka sangat membazir.

"Buat apa? Membazir, baik duk mapley, tengok bola pun layan apa, skrin besar. Duk hotel mana nak ada tayang perlawanan bola segala." Dia tepuk-tepuk bahu Amar Zafran. "Tabiklah Along."

"Awak tu patut bersyukur dapat suami macam abang ni ha, perancang ekonomi yang bijak apa." Kening dijungkit beberapa kali. Pia mencebik. "Abang?" Amar Zafran mengangguk.

"Kenapa? Okay apa, macam best aje bunyi."

"Abang?" Dia rasa nak tergelak pun ada sebut perkataan yang sepatah ni. Ngeri aje bunyi dia. "Abanglah." Amar Zafran merapat. Pia dah rasa nak sorok belakang sofa sekarang ni. Malunya!

"Pia malu dengan Along ke?" Muka dah kebas. Ungu dah muka dia agaknya. Ngee! "Along suka..." Membulat mata dia bila dengar macam tu. Haish! Janganlah tengok saya macam tak pernah tengok saya pakcik!

"Comel! Bila muka Pia merah macam tu." Dush! Dush! Kenapalah darah kat seluruh badan aku ni nak berkumpul kat muka aje kerjanya? Dia pandang muka Amar Zafran, zupp! Terasa menusuk ke hati. Suara orang gelak besar kedengaran. "Along ni!" Lengan encik suami ditampar lembut.

"Malu seorang isteri tu bagus tahu? Sebab malu dengan iman ni kira seiringan, kalau hilang sifat malu tu, hilanglah iman. Bukan kalau dah nikah, boleh buang semua sifat malu tu sebab kita dah halal kan? Tapi hakikatnya orang lelaki ni lagi suka kalau isteri dia malu-malu." Amar Zafran pandang Pia di sebelah yang dah sorok muka dibalik bahu dia.

Pia angkat kepala. Betulkan duduk, buat macam biasa. Teringat sabda Rasulullah S.A.W pasal malu.

Dari Abu Hurairah R.A berkata, Rasulullah S.A.W bersabda: Keimanan itu mempunyai lebih dari tujuh puluh cabang, dan sifat malu itu satu dari cabang keimanan. (Riwayat Muslim)

Bukan dia buat-buat, tapi memang dia malu. Mungkin sebab dulu Along mana over-treat dia macam ni. Sebab bukan muhrim. Ke? Tapi kan...kenapa jantung dia macam nak melompat keluar bila Along buat benda yang boleh bagi dia macam pakai pemerah pipi?

Kepala kembali dilentok ke bahu orang sebelah. Tangan orang sebelah kembali mengelus rambut dia. Ya ALLAH, kau kekalkanlah kemesraan ini agar kebahagiaan yang kami miliki kekal abadi dengan rahmat dan kasih sayangMU. Amin. Perlahan doa itu dilafaz dalam hati.

*****

"Baru sampai?" Ana bertanya. Dia hanya mengangguk. "Dah makan?" Ana menggeleng. "Belum? Kalau belum, jom makan dengan aku, aku ada bawa nasi dua bungkus dengan gulai ayam ni." Dia tunjuk beg atas meja.

"Kau beli kat mana?" Ana tengok pelik. Takkan beli kat kedai beg cantik sangat kut? "Aku masak kat rumah tadi."

"Kau masak? Waa...ada ciri-ciri isteri mithali kau ni!" Ditepuk perlahan bahu Pia. Pia sengih. Bungkusan nasi dihulur. Bekas berisi gulai ayam dibuka. Bau semerbak keseluruh bilik.

Ana mulakan menyuap nasi ke dalam mulut. "Sofea, kalau aku tanya jangan marah eh?" Dia sengih. "Kenapa?" Pia teruskan suap nasi masuk ke mulut.

"Kau balik rumah, mak ayah kau ada dekat sinilah?"

Dia geleng. Aura soalan luar orbit dah terbayang dalam kepala. "Tak. Dia orang dekat kampung."

"Oo..yang ambil kau hari tu, siapa?"

"Along?"

"Aah, Along, dia abang kau eh?"

Pia diam, rasa macam tahu je soalan nak keluar dari mulut si Adelia Hana ni. "Kenapa kau tanya?" Perlahan dia cedok kuah gulai ayam tu, tuang atas nasi.

"Kau dengan dia memang rapat macam tu ke? I mean, memang kau orang jenis salam cium tangan, dahi semua ke?"

Uhuk! Uhuk! Tersedak. Mug berisi air suam dicapai. Ngee! Dah agak dah, itu yang si Ana ni nak tanya.

"Err...kita makan dulu, lepas ni kita cerita panjang, boleh?" Ana pantas mengangguk.

Dia habiskan nasi, pergi cuci tangan, lepas tu masuk duduk atas katil. Tunggu Ana habiskan nasi dia.

"Ana..." Dia bersuara bila nampak Ana duduk di birai katil. "Ye..."

"Apa yang kau nampak hari tu, Along tu..."

"Dia kenapa?" Jari-jemari dah bermain sesama sendiri. "Dia, suami aku." Mata Ana membulat.

"Kau..dengan dia, jangan buat lawak eh?" Pia geleng. "Aku tak buat lawak pun. Serius ni." Dia tayang jari yang tersarung cincin bermata satu tu.

"Habis? Kenapa kau panggil dia Along?"

"Heee...tu? Sebab dia dulu abang aku."

"Kau ni, berbelit-belit pulak, boleh ke kahwin kalau dia abang kau?"

"Eh! Bukan, dia anak angkat mak aku, abang angkat aku. Maksud aku, mak aku bela dia dari kecil."

"Boleh pulak kau kahwin dengan dia?"

"Panjang cerita dia..." Dia kerling jam. Sebelum ambil keputusan untuk cerita dari awal sampai akhir macam mana dia boleh nikah dengan Along.

"Habis kira kau dengan dia macam cerita-cerita sekarang yang main kat televisyen tu la?"

"Cerita apa?"

"Kahwin paksa?" Tergelak besar Pia. "Bukanlah..."

"Habis tu?" Ana dahi dah berkerut. Pelik. "Aku terima dia, sebab ALLAH bagi aku petunjuk, dia yang terbaik untuk aku."

"Ooo..kira bercinta lepas kahwin la ni?" Kening Ana terjungkit. Muka Pia dah memerah. "Err...entah." Tak tahu nak cakap, apa dia rasa sekarang. Apa perasaan Along sekarang. Sebab belum pun setengah tahun dia hidup bersama-sama dengan Along dekat rumah tu.

"Tapi aku dengarlah, bercinta lepas kahwin tu, lagi elok sebenarnya." Pia mengangguk. "Aku tengah belajar." Ana dah muka nak mengusik. "Janganlah tengok macam tu, aku cakap betul ni, aku tengah belajar."

"Aku tak cakap apa pun..." Ana menggeleng sambil tersengih.

"Dah, jom Asar." Ana mengangguk. Rasa macam rindu pulak dekat Along. Wah! Pia cakap semalam tak kisah konon. Ni apa ni? Dah pandai rindu pulak? Haish! Pipi digosok berkali-kali, hilangkan perasaan yang tak tentu arah ni.


notes: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KelebihansolatlimawaktuterutamaSubuh/Article

footnotes: i need to stop at this point. InsyaALLAH...kita jumpa dalam versi bercetak.. :)

Labels:

Blogger eija said...

gud luck...:)

 
Blogger Unknown said...

2nd baby??? seronoknya!!!
menunggu versi cetak... :)
tahniah and gud luck keena... ^_^

 
Anonymous Anonymous said...

Tidakkkklkkkk...

 
Blogger Unknown said...

Cepatan plsssss! ;)

 
Blogger Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

 

Post a Comment

<$CommentPager$>
<$I18NCommentAuthorSaid$>

<$BlogCommentBody$>

<$BlogCommentDeleteIcon$>
<$CommentPager$>

<$BlogItemCreate$>