Sayang sayang semua...I've to stop PIA at this point. Publisher told me to focus on my manuscript...insyaALLAH, we'll meet PIA on printed version..pray for me, pray for the great idea to come, and may ALLAH put everything at ease.. ^^v >> and insyaALLAH, the next entry will be AWAK?!
mY wOndErWaLL
WELCOME!comel tak blog baru kite??hihi...i really hope after this I'll extra spirit to update new entry...bcoz I really love this cute skin! ^^
MAY
ALLAH,bless,you
nAviGate?

Profile Blog Links Joined Credits
I am ME
writing and reading are part of me. bla..bla..bla..okayy sebab I love talking+merapu+gelak tak ingat dunia. so fullstop! ^^

FriEndS + faCebOoking
Sakeena Wonderwall

Create Your Badge
SpiLL
Daily Reads
EDNIN | DENA | Dr. CINTA | Yasmin Mogahed | 7sW

Rotten Things
April 2011 | May 2011 | June 2011 | July 2011 | August 2011 | September 2011 | January 2012 | February 2012 | March 2012 | May 2012 | June 2012 | July 2012 | August 2012 | September 2012 | October 2012 | November 2012 | December 2012 | January 2013 | April 2013 |

pia 21
pia 20
pia 19
pia 18
pia 17
pia 16
pia 15
pia 14
pia 13
pia 12

mAsTerPieCe?? HAHA :P
Links

pia 22
Written at Wednesday, April 3, 2013 | back to top

Pashmina berbunga kecil warna ungu tu ditarik menutupi dada. Selebihnya dipinkan di kepala. Dia pandang melalui cermin, nampak encik suami tengah menggeleng-geleng kepala. Dia mencebik, dress labuh longgar tu dibetulkan sedikit. Dia labuhkan punggung dibirai katil. Amar Zafran betulkan duduk sebelah dia.

"Kenapa pandang Pia macam tu?" Sarung kaki warna hitam tu dicapai dan disarungkan ke kaki. Dia dah biasakan diri dia bersarung kaki atau dia akan rasa tak selesa bila rasa macam orang pandang kaki dia.

"Pia pakai gincu?" Dia geleng. "Bedak asas?" Geleng lagi. "Err..blusher?" Geleng lagi dan lagi. "Along tak payah nak risau bagai, Pia ni mekap-mekap memang tak reti. Kalau Pia reti pun, Pia takkan mekap kalau nak keluar-keluar ni." Dia capai sarung kaki lagi sebelah.

"Apasal taknak mekap pulak?" Amar Zafran buat muka pelik. Pia dah tarik pipi dia. "Sebab wanita ni, kalau nak bertabarruj, hanya untuk suami aje. Ada faham ka encik?" Kepala digeleng-gelengkan.

"Sikit juga faham."

"Dah merapu, jom, Pia nak cari barang nanti lambat." Dia bangun capai sling bag warna ungu dari meja solek.

"Baik puan. Pia nak cari barang apa aje? Punyalah mengada nak Along temankan." Jari-jemari bertangkup kemas. "Pia mana ada kenderaanlah, tadi nak naik teksi, Along jugak yang tak bagi kan?"

"Alah, kereta Along ni kan ada?" Dia nampak tangan encik suami melekap kat bumbung kereta warna putih tu. "Ni? Kereta ni?" Membulat bebola mata dia. "Dah tu?"

"Gilalah, takkan nak pergi mini market depan tu pun nak bawak kereta Along yang ni. Calar sikit beribu-riban nak kena keluar duit bayar balik." Dia kerling kereta tu. Besi apalah yang dia orang pakai nak buat kereta ni, cukai jalan aje dah berkoyan-koyan duit nak kena keluar, macam air paip.

"Sayang nak beli apa aje?" 

"Ingat nak beli siap-siap toiletries, alat tulis, buku sikit, baju, makanan, tudung..."

"Amboi, macam banyak aje bunyi tu?" Amar Zafran hidupkan enjin kereta. Panaskan dulu. "La, bila lagi nak pow suami sendiri ni? Sekarang je masa yang sesuai."

"Kena pergi bank dulu gaya Pia cakap tu. Empat ribu cukup, nak buat belanja kejap lagi?" Sarkastik sungguh bunyi dia. "Eh! Kenapa empat ribu, kenapa tak lapan ribu aje?"

"Lapan? La, baik genapkan aje jadi sepuluh, hujung bulan ni bolehlah kita makan megi hari-hari."

"Aah, macam cun jugak idea Along tu." Bahu insan ber T-shirt putih tu ditampar. "Sakitlah sayang." Amar Zafran gosok bahu dia. "Pia ada je duit simpanan, nak beli barang-barang ni semua."

"Tak payah, tu tanggungjawab Along sediakan kelengkapan semua, Pia nanti pergi belajar aje." Kereta bergerak keluar dari pagar rumah. "Baik encik!"

******

"Mesti ke duduk hostel satu semester?" Soalan tu ditanya pada insan berbaju kemeja longgar kotak-kotak tu. Amar Zafran dah rasa nak hilang skru dah bila dapat tahu cik isteri nak duduk hostel satu semester. Satu semester tu sama dengan lima bulan lebih kurang, lima bulan sama dengan dua puluh minggu lebih kurang, dan dua puluh minggu tu sama dengan seratus empat puluh hari campur tolak.

"A'ah, hari tu hubby jugak cakap kan? Kira halallah pergi jenguk Pia hari-hari kat hostel tu." Amar Zafran rasa nak cekik batang leher sendiri. Patutnya dia cakap tak payah duduk hostel sebelum ni.

"Tarik baliklah ayat tu. Memanglah, tapi kalau hari Along tak boleh pergi tengok macam mana?" Dia tarik muka. Pia dongak atas sambil julingkan mata.

"Pia okay aje kot?" Pia jungkit bahu. "Along bukan cakap pasal Pia, Along cakap pasal Along sendiri." Boleh meroyan tak agak-agak kalau Pia tinggal dia lima bulan ni?

"Pasal Along? Kenapa pulak?" Dahi dah berkerut seribu. 

"Kalau Along rindu?" Perlahan ayat tu keluar dari bibir. Pia diam tak berkutik. "Err...Aaa.." Amar Zafran pandang ke arah luar. Cermin yang menghalang ruang dalam Tutti Frutti dari luar sana dipandang sepi. Sesekali tuan punya badan kat depan dikerling, G-E-L-A-B-A-H! Ni kira trick aje kot nak mengusik. 

Tiba-tiba terasa tangan dia disentuh. "Along...satu semester tu sekejap aje, pejam celik dah habis satu semester."

"Setengah tahun tau sayang, Along nak kena duduk rumah tu sorang-sorang, tak kesian ke?" Dia tarik muka. "ALLAH, macamlah sebelum ni tak pernah duduk sorang kan?" Jari jemari tu dilihat masih bermain dengan tangan dia. Keciknya tangan Pia ni. Dia genggam erat. Terus jari-jemari dengan tuan-tuan dia sekali kaku. 

"Along, Pia nak mintak izin Along duduk sana. Sebab Pia nak mudahkan kerja Pia, Pia taknak menyusahkan Along. Lagipun cara belajar dia orang tak sama dengan masa Pia ambil diploma dulu."

"Along boleh aje hantar hari-hari." Dia dah gaya macam budak tiga tahun. Patutlah Pia tanya dia, macam manalah keadaan dia bila Pia pergi sambung belajar. Macam nilah gaya dia, belum pergi lagi kot? Dah macam orang tak betul. 

"Along tak bagi?" Muka depan tu tanya dengan nada bergetar. Sedih ke Puan Zara Sofea?

Nafas dihela. Inhale, exhale. Inhale, exhale. "Along izinkan." Pendek tapi payah. "Along betul ke ni?"

"Betul."

"Alhamdulillah. Tapi kalau Along tak redha, tak ikhlas, Pia tak boleh pergi." Dia nampak roman muka Pia berubah.

"Taklah, tapi janji dengan Along beberapa benda." 

"Apa dia?" Pia sudu aiskrim masuk mulut. "Janji dengan Along, cuma semester ni aje." Angguk. "Janji dengan Along lagi, jangan cari orang lain." Angguk lagi sekali. "Jaga diri, jaga iman, jaga amal..." 

"...jaga maruah Along, jaga maruah Pia." Zara Sofea kedengaran menyambung, dia dah tergelak. Pandai Pia sambung, sebab hari-hari itu yang ditutur sebelum pergi kerja.

"Pia janji, insyaALLAH." 

*****

Dia labuhkan punggung di atas pangkin. Pohon remia yang rendang, redup menghalang cahaya matahari. Lamanya tak balik kampung. Rindunya! Dipetik beberapa biji buah remia yang muda untuk dicecah garam. Ya ALLAH nikmatnya! 

"Kamu ni mengalahkan orang mengandung." Tercekik dia rasa, terus gelas jus oren tu dicapai. "Mana adalah ibu, Pia memang teringin sungguh nak makan buah remia ni, kat sana jangan haraplah nak dapat." 

"Kenapa Pia nak duduk hostel jugak?" 

"Pia taknak susahkan Along, lagipun Along dah izinkan Pia duduk sana. Satu semester aje." 

"Ibu ni bukan nak halang, tapi kamu duduk sana nanti jangan nak buat perangai pelik-pelik pulak. Ibu tahu, jiwa kamu tu muda lagi Zara Sofea. Tapi kamu kena ingat, status kamu tu sebagai isteri orang."

"InsyaALLAH bu, tak adanya semua tu. InsyaALLAH, Pia jaga semua, agar tak jadi fitnah."

"Eloklah macam tu. Bila pergi sana?"

"Lagi tiga minggu rasanya lebih kurang. Along mana bu?" Dari tadi tak nampak kelibat Amar Zafran lepas dia solat Zohor. "Tu, kat tepi parit sana, dengan abah. Pancing ikan."

"Bonding time lah konon-konon!" Dia jerit. "Jeles ke?" Pia mencebik. "Ni namanya having a quality time as a good leader of a family." Tu dia, abah kalau sesekali keluar tu, ayat dia bukan main lagi.

"Quality time sangatlah, setakat pancing kat parit tu, Pia sebelah mata aje dah dapat ikan sepat." Pisau kecil ditala ke arah buah remia putik, dan dicecah garam, tak adanya rasa masam lagi dah. Dia redah aje, sebab sedap sangat.

"Amboi, gaya bercakap Pia tu macam pernah pancing kat lubuk, kan abah?" Amar Zafran bersuara sambil peluk bahu abah dia. Pia mencebik. Setakat duduk atas bangku kecil tu sambil pegang pancing dia pun boleh.

"Memanglah, orang pergilah laut ke? Sungai ke? Kolam pancing ke? Tak thrill langsung, pancing kat parit, apalah."

"Alah, janji dah setimba ikat sepat benua ni penuh, Pia juga yang suruh ibu buat pekasan nanti." Amar Zafran menyambung. Pia betulkan tudung dia, Puan Baya sibuk mencicah buah remia. "Ibu, mengalahkan orang mengandung!" Puan Baya tergelak.

"Habis kamu duduk hostel ni, cuti ajelah balik rumah Along?" Dia pantas geleng kepala. "Every weekend." Mana boleh pakcik tu duduk sendiri aje. Memang taklah. Wajib dia kena balik.

"Eloklah, tanggungjawab sebagai seorang isteri ni tak boleh buat main, kalau Along nak makan apa ke, suruh apa ke, Pia kena buat." Dia angguk. Kalau nak tahu selok-belok rumah tangga, walaupun rumah dia tak ada tangga, tanyalah Puan Baya. Semua dia boleh jawab.

"Tau ibu..."

"Selalu buat apa aje kat rumah sana rutin dia? Tengok televisyen macam malam tu?" Automatik muka dia merona. Adakah? Haish! Malunya tertangkap macam tu. Alonglah ni, tak tutup pintu. "Selalu siang macam biasalah, Pia kemas rumah-cuci baju-lipat kain-masak-tidur-tunggu Along balik makan."

"Then?"

"Petang riadah kejap, malam lepas Maghrib mengaji dengan Along."

"Mengaji?"

"A'ah, Pia mengaji balik dari mula, sebab dah lama tinggal. Along ajarkan." Puan Baya nampak tersenyum, senang hati. "Alhamdulillah kalau macam tu."

"Ibu..."

"Apanya?" Dia dah letakkan kepala atas riba Puan Baya. "Teringin nak makan bihun suplah." Puan Baya tersenyum. "Kat sana tak ada bihun sup ke?"

"Adaa..tapi kan? Bihun sup tu warna putih, letak taugeh, letak kacang, kangkung. Tak sedaplah, Pia suka bihun sup utara, warna kuning, sup daging, sambal kicap + sambal merah. Memang umphh! Nak-nak yang ibu buat."

"ALLAH, cakap ajelah, ibu tolong buatkan bihun sup, teringin nak makan, ini membebel-bebel kenapa?"

"Ibu jugak yang tanya tadi kan?" Puan Baya tergelak sambil urut-urut bahu dia. Tiba-tiba dengar suara orang menyampuk. "Esoklah bu, Along belikan bahan-bahan, lama ni tak menghadap bihun sup ibu." Encik ni suka menyampuk kan?

"Abang pun dah lama tak makan." Abah pulak bersuara.

"Iyelah, esok saya buatkan."

"Ni, siang ikan sepat ni, proses buat pekasam kat anak manja awak tu." Puan Baya mengangguk.

*****

"Along rasa nak buat nota, tulis besar-besar lepas tu tepek kat dahi Pia." Amar Zafran capai gelas atas rak. Jus oren yang baru diperah tu dituang masuk dalam gelas.

"Tulis apa bendanya?" Pia capai lagi sebiji gelas atas rak, jus timun dituang masuk dalam gelas. Disisip sedikit. Dia suka jus timun berbanding oren, tak tahu kenapa.

"SAYA ISTERI ORANG" Dia letak gelas.

"Elok sangatlah tu, bila Along nak buat? Pia rasa ikat kat leher lagi elok kut?" Pia jungkit kening. Amar Zafran tergelak.

"Sayang..." Bahu Pia dielus lembut. Pia kerling. Along ni kan? Adalah benda tu. "Kenapa?" Kening dijungkit.

"Jangan pandang lelaki lain tau?" Kan? Dah agak dah. "Habis kalau pensyarah lelaki pun kira tak boleh pandang dia jugaklah masa dia mengajar?"

"Tengok keadaanlah, kalau dia baya-baya Along ke, tak pun muda dari Along ke, tu memang kena hati-hati. Sebab Along takut, dia orang terpikat dengan Pia." Pia dah tergelak. Akulah pakcik sorang ni, sungguhlah cemburu mengalahkan apa aje.

"Along, kalau Pia rasa nak mengurat orang lain, Pia tak nikah dengan Along tahu?" Nampak lelaki tu tersengih sendiri. Garu kepala. "Yelah, walaupun Along ni kira macam agak berusialah kan, tapi Pia ni terima aje." Sengaja mengusik.

"Apa dia??"

"Apa?" Pia buat tak tahu. "Puan Zara Sofea..." Suara tu dah bergetar. Dan dia dah angkat punggung, lari naik atas, kalau tak kena tarik pipi, mesti kena cubit. Sakit oo pakcik ni cubit, mengalahkan sepit ketam!

*****

Pintu kereta warna putih tu ditutup perlahan, dia berdiri tepi kereta, Along kat sebelah direnung. Rasa simpati tiba-tiba terasa melimpah-limpah keluar macam coklat tumpah ke ladang gandum dah gaya. Sebab pagi tadi, pukul tiga pagi, baru Along sampai rumah. Sekarang ni, pukul tujuh pagi, dia dah terpacak depan dewan ni, untuk urusan pendaftaran. Along sempat tidur sejam lebih aje.

Fail plastik yang bertulis 'Hold Me Tight' tu ditarik rapat ke dada, sebelum tangan sebelah kanan terasa hangat dalam genggaman orang sebelah. Dia senyum. Muka letih Amar Zafran tu buat dia rasa nak sengih sampai malam, sebab nak bagi encik suami hilang perasaan letih, konon dia ada killer smile. Dia angkat kepala, nampak banyak mata-mata kat situ tengah pandang dia. Kenapa? Ada aku buat salah ke? Dia pandang Along balik, Along pandang dia balik. 

"Kan Pia dah cakap, jangan nak naik kereta ni, seganlah." 

"Pia..takkan nak naik yang satu lagi? Lagi orang hairan, nanti orang cakap, Along ni sugar daddy Pia pulak."

"Hisy! Merepek!" Lengan Amar Zafran dipukul. "Betullah, Along mana ada kereta lain lagi dah."

"Yelah-yelah."

"Niat kita yang penting Pia, Along tak pernah rasa riak, bangga, nak menunjuk-nunjuk. Tak pernah pun, hati kita kena bersih. Kalau niat kita tak betul, tu yang nak rasa kembang hidung tu." Pia dah tergelak tang ayat kembang hidung tu. Adakah?

"Jomlah, awal kita masuk, awal habis, nanti boleh pergi makan tengahari sama-sama." Dia bersuara. Amar Zafran mengangguk sambil menyinsing lengan kemeja.

Sungguhlah dia rasa nak buat-buat sakit perut aje sekarang ni. Nombor giliran kat skrin tu tak bergerak-gerak dekat-dekat 10 minit dah. Malas nak tunggu, Along tunggu kat luar, kalau ada sekarang ni jugak dia dah buat bahu encik tu jadi bantal. Ngee! Betul-betul mencabar keimanan aku ni. Dia rasa dekat 2 jam dah dia dalam dewan ni. Ni kira step last, tapi dia punya masa nak tunggu tu, macam tunggu tiang elektrik berbuah gayanya.

"Dua empat lapan lapan, kaunter lima." Suara perempuan yang dah diprogramkan tu memanggil-manggil. Nombor dia! Dia bangun dengan rasa dan gaya nak melompat dah. Gila tak seronok, kebas punggung dah, sejam kut tunggu!

"Selesai!" Itu yang terluah bila keluar dari dewan. Galaxy dikeluarkan dari sling bag.

+ Hubby, done! :)
- Abang kat kereta. :)
+ Eeiii...abang??
- Abanglah...macam best je bunyi
+Kahkahkah.. Along, serius? Lawak okayy
-Jom pergi makan.
+Ai ai sir!

Dia sengih sambil pandang Galaxy tu sambil tergeleng-geleng kepala. Dan. BUKK! Kepala terus rasa ting-tong sekejap. Mak ai! Malunya, boleh pergi langgar pokok ni kenapa??? Yang kat universiti ni pun, tak ada tempat lain ke nak tanam pokok? Kat tepi dewan ni juga nak ditanamnya. Okay! Salahkan pokok pula, diri sendiri jalan tak tengok depan, salahkan makhluk ALLAH yang satu ni pula.

"Are you okay miss?" Mata Pia dah membulat. Ada orang nampak? Serius?

"Err, okay!" Pantas kaki diatur ke tempat letak kereta. Malunya! Tapi baru dua tapak. "Excuse me! Miss!" Dia terhenti. Loghat Inggeris pekat lelaki itu sukar difahami. Dalam hati, encik ni bukan Melayu, walaupun dia tak tengok muka encik tu.

"Yours!" Fail bertulis 'Hold Me Tight' dihulur. Ngee. "Thanks. I didn't notice that." Dia tunduk. "Keith Harris, and you?" Fail tu dicapai. Keith Harris?

"Thanks." Dia senyum. Ikhlas. Dan berlalu. Orang tu senyum balik. Ya, dia ingat pesan Along, cukuplah sekadar itu, Keith Harris.

"Lamanya, takkan dari dewan datang sini dua kilometer kut?" Pia sengih. "Ada benteng pertahanan kat luar dewan tadi." Amar Zafran hanya menggeleng.

"Jom, makan, lapar!" Sungguh perut dia dah berkeriut-keriut minta diisi ni.

"Yelah." Kereta meluncur laju meninggalkan tempat meletak kereta tu.

*****

"Sayang..." Pia pusing, sebak dah terasa berbuku. "Along, don't." Sungguhlah mata Amar Zafran berkaca-kaca sekarang ni, serupa buat drama Korea dah. Tangan lelaki itu dicapai. Digenggam erat.

"Along, five months, only five months." Telapak tangan Amar Zafran diusap lembut. Ini adalah drama. Drama air mata. Kan? "Hmm..."

"Hujung minggu ni Pia balik." Sengih semanis gula dipamer. "Janji?" Dia hanya mengagguk dengan sengih yang tak luntur.

"Pia pergi dulu?" Tangan dihulur. "Jaga diri, jaga iman, jaga amal.."

"Jaga maruah Pia, jaga maruah Along." Amar Zafran picit hidung dia. "Sakitlah."

"Menyampuk cakap orang." Pia cuma tayang sengih. Air mata cuba ditahan. "Along sayang Pia." Automatik memerah muka dia. Haish! Boleh cakap perkataan lain tak? Ngee!

"Hmm..assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Beg roda diheret ke arah kolej kediaman. Tanpa berpaling. Dia tau, kalau dia pusing, automatik air mata dia berderai jatuh. Tabahkan hati, teruskan jalan. Sampai depan pintu bilik yang bertulis 103 dia bagi salam. Nampak tubuh badan seseorang tengah berbaring atas katil. Awal sungguh.

"Waalaikumussalam, masuklah." Dia senyum pada insan yang dah bangun duduk atas katil tu. "Zara Sofea." Tangan dihulur.

"Adelia Hana." Pendek, dan gadis berambut pendek tu senyum. Dia senyum lagi. "Course apa?" Budak tu tanya. "Business Management. Awak?"

"Samalah kita, asal mana?" Tangan dia kalut keluarkan baju dari dalam beg. "Kedah, awak?"

''Jauhnya, saya Selangor, Tanjung Karang."

"Oo..saya asal Kedah, tapi duduknya dekat sini aje, 20 minit dah sampai rumah." Pengyangkut baju dikeluarkan, dan baju-baju pantas disusun dalam lokar. Alat tulis diletak atas meja. "Dekatlah, saya pula yang jauh jadinya."

"Petang ni ada ceramah kan?" Budak tu tanya. Dia mengangguk. "Ada, lepas Asar. Ada penyapu?"

"Ada, kat luar. Nak buat apa?" Pia capai penyapu diluar. "Nak buat apa?"

"Nak sapulah, nak hampar tikar, selesa, lepas tu bersih nak buat tempat solat." Cekap tangan dia menyapu. Penyodok dicapai. Dia capai tikar buluh dan karpet kecil yang dibawa dari rumah. Itupun Along yang ingatkan dia. Budak tu diam dari tadi. Pia dah rasa tak selesa. "Kenapa?"

"Tak ada apalah, aku nak rehat kejap."

"Kau dah solat zuhur?" Budak tu angguk. Pia hanya jungkit bahu. Dia cakap 'aku' dengan 'kau'. Pia hanya mengikut aje.

Galaxy dalam beg berbunyi, tak lain dan tak bukan, encik suami yang telefon. "Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Suara hujung talian sana, serak. "Along...jangan cakap kat Pia yang Along menangis bagai?" Dia dapat kesan. "Naa...mana adalah."

"I can sense it from here. Don't lie." Patutnya dia yang menangis bagai, sebab dia ni perempuan, dan ini adalah pelik bila, Along. Lelaki. Menangis. Tak pelik ke?

"Sunyi rumah ni Pia tak ada. Along rindu. Along kena makan kat kedai lepas ni. Along..."

"Along, baru setengah jam Pia kat sini tahu?"

"Tau..."

"Along, hujung minggu ni kan Pia balik? Cakap aje Along nak makan apa, Pia buatkan nanti." Nada memujuk. "Betul?"

"Ye..."

"Okay, nanti Along senarai menu."

"Tudia, nak senarai tu." Bukan main lagi encik ni. "Assalamualaikum sayang."

"Waalaikumussalam." Telefon dipandang dengan muka macam baru letak pemerah pipi sekilo.



footnote: okayyy..entri yang dah berbulan, baru siap. sorry ye korang...saya selesema, saya sibuk...saya nak pergi pesta buku..~lalalalalala..jom jumpa! hihi ^^, 

Labels:

Anonymous Anonymous said...

yeay! Akhirnya dah update! Ohoi,senangnya hati..dapat jumpa pia+along lagi

 
Anonymous Fieza Kadir said...

sgt rindu pd pia n along.. hooooo... n sgt gembire dpt lepaskn rindu pd waseem n ain.. dh bli dh novel tu...

 
Blogger miz ruha said...

oh!! rindunya kat along dan pia... thank you very much keena...

alaa~~ tak dapat pergi pesta buku... huhu~~

 
Blogger joenyz said...

kak keena. fyi i started to hate that keith harris. saya team along!

 

Post a Comment

<$CommentPager$>
<$I18NCommentAuthorSaid$>

<$BlogCommentBody$>

<$BlogCommentDeleteIcon$>
<$CommentPager$>

<$BlogItemCreate$>