pia 7
"Abah, lepas ni memang Along dah tak boleh balik tiap-tiap minggu kot?" Amar Zafran angkat gelas tinggi tu ke mulut, air oren disisipnya sedikit.
Encik Ahmad tengok muka dia semacam. "Dah kenapa?" Dia pandang muka Amar Zafran. Amar Zafran sengih. "Tak...kat KL sana banyak kerja bah, hari tu projek baru ada tiga, dekat Klang, Damansara dengan Puchong, dah tu pulak, rumah yang Along baru beli tu, nak kena ubahsuai."
"Owh, rumah dua unit yang Along beli tu?" Amar Zafran kelihatan mengangguk. "Tapi, ishaALLAH abah, Along balik dua minggu sekali, sebab nak jugak tengok keadaan ayah tu. Abah tau kan? Ayah tu tak berapa nak sihat?"
Encik Ahmad mengangguk kecil. "Pia tu?" Puan Baya bersuara bila lihat suaminya mengangguk kepala. Amar Zafran tergelak kecil. "Pia tu, biaq kat dialah."
Puan Baya dah menggeleng-geleng kepala. "Itu sengaja nak cari pasallah tu." Amar Zafran tersengih.
"Tak adalah bu, Along punya projek dekat Perlis tu pun masih jalan lagi, lagipun Pia tinggal satu semester aje lagi."
"
So?" Serentak suami-isteri tu bertanya. "
So,bolehlah Along lawat Pia, sambil-sambil tengokkan projek rumah teres setingkat tu."
Bihun disuap ke dalam mulut. "Ibu, ni
ho-liao tau tak? Fuh! Sana tak dapat ni bihun sup utara
yummeh macam ni!" Puan Baya tersenyum. Senang. "Ni, kalau Pia tau ni, Aiman pun tau ni, habislah ibu kena hentam, tak tunggu dia orang balik, kamu dah melantak dulu."
"Ala,
standard la bu, budak-budak
study memang macam tu, tengok Along dulu, masa kat Jepun, kan ke Along dengki bila ibu masak sedap-sedap untuk budak-budak tu? Kan? Kan?" Mangkuk bihun sup di hadapan dah makin berkurangan isinya. Dia pandang Puan Baya.
"Nak lagilah tu." Encik Ahmad bersuara. Amar Zafran dah garu kepala, abah ni...sedap kot. "HEHEHE.."
"Masuk ni dah tiga mangkuk tahu? Kamu ni bismillah ke tak? Makan macam harimau lapar." Dia pandang ibu yang dah tarik mangkuk menuju ke dapur, tambahkan bihun untuk dia. Tinggal abah dengan dia dekat meja ni.
"Along ingat kita pergi jenguklah kejap budak Aiman tu, kesian dia asyik-asyik kita pergi tengok Pia aje." Tiba-tiba dia rasa teringin nak pergi lawat Aiman hari ni.
"Eloklah tu, kalau Along tak jak tadi, memang ibu nak pergi dengan abah aje." Puan Baya muncul dari dapur menatang mangkuk bihun sup.
"Huh? Abah?
Drive?" Dia pandang muka abah dia yang dah menjungkit kening berkali-kali tu. "Tak payahlah, ibu tak ingat ke abah kena
speed trap masa nak jenguk Along kat KL dua tahun lepas? Kalau sekeping Along hadap lagi, ni sampai empat keping...jangan haraplah Along nak bagi abah ni bawak kereta jauh-jauh." Ibu dia dah gelak terkekeh-kekeh.
"Kalau Along jadi ibu ni, Along memang tarik balik la lesen memandu abah ni,
drift atas
highway apa?"
"Allah, abah pun pernah muda la, jiwa muda tu tetap ada, dulu nak lumba motor tak ada motor, sekarang kira
take revenge la, tak boleh bawak motor zaman muda-mudi."
"Kan main lagi tu, abah ni kan...." Dia nampak muka abah dia dah tersenyum-senyum, dia pun gelak sekali. Sekali jumpa, memang tak sah kalau tak bergaduh main-main dengan abah. Sebab abah ni jenis suka mengusik. Rasa ceria bila abah ada dengan dia.
*****
"Lepas ni Along jarang balik sini lagi dah, Pia kena jaga diri. Makan tengahari tu jangan nak skip aje. Bila cakap degil, marah pulak." Tangan pantas memusing stereng kereta masuk ke kawasan Restoran Hanie Tomyam tu.
"Ala, kenapa pulak??" Pia mencebik. "Pasal banyak kerjalah budak oi...bukan Along sengaja taknak balik, susah jugak nak cakap dengan budak umur dua puluh tahun ni kan?"
"Along ni, Pia simbah dengan tomyam tu karang."
"Jom, makan. Along memang lapar tahap tak ingat dah ni." Dia abaikan ugutan Pia.
"Along, Pia nak ke
ladies kejap, tolong jagakan beg." Pia dah bangun ke tandas, telefon bimbit di tinggal atas meja makan. Dia hanya memandang figura Pia yang tengah berjalan tu. Tiba-tiba telinga pantas menangkap bunyi telefon. Dia pandang telefon Pia atas meja. Melalak-lalak minta diangkat.
Dia capai telefon yang tengah berdering tu. RZ? Huh? "Assalamualaikum?" Salam diberi kepada si pemanggil.
"Waalaikumussalam...Sofea?"
"
Eh, no..this is not Sofea. Wanna talk to her?"
"
Err..yeah! May I?"
"
No, she's not here, can you call back later? We're gonna have our lunch."
"
Oohh..o-kay. By the way, who is this actually?"
Amar Zafran pandang telefon di tangan. Amboi! Aku pun kau nak tau siapa? "
Excuse me?"
"
Naa..just asking."
"I'm her bodyguard."
"What???" Suara di hujung talian kedengaran sedikit terjerit.
"
Why? I mean, I was her brother,her bodyguard. Any prob?"
"N....n..no..ok, bye." Talian sebelah sana terus senyap. Dia pandang telefon. Apahal mamat ni macam terkejut beruk bila dia cakap, dia
bodyguard Pia?
"Alleluia! Hello??" Amar Zafran angkat kepala. Pia dah kembali ke tempat duduk. "
Someone called you just now." Pia agak terkejut. Hatinya mula rasa cuak semacam. "Oooo...so?"
"
I told him to to call you back later." Kali ni Pia rasa dah tak boleh nak tahan riak muka dia, dengar perkataan 'him' tu pun dia dah tau, siapa gerangan yang telefon dia masa-masa sekarang ni.
"
Thanks." Serenak ucapan tu keluar dari bibir, bila hidangan yang dipesan dah memenuhi meja makan.
"Si..siapa?" Pia dah masuk mode gagap dah. "RZ." Pendek jawapan Amar Zafran.
"
Along, I've got something to confess." Dia hirup kuah tomyam campur tu perlahan, nikmatnya!
"
What?" Amar Zafran sudu ikan masak tiga rasa masuk ke dalam pinggan. "
Later." Amar Zafran hanya jungkit bahu. Masing-masing diam. Pia dalam hati dah berdebuk-debak. Ya ALLAH, selamatkanlah dia dan lembutkanlah hati Along kejap lagi.
Tisu serviette dicapai, dan ditenyeh pada bibir yang kemerahan. Dia sabar menanti Pia habis makan.
"Ok,
your confession?"
"Janji tak marah Pia?" Pia dekatkan jari telunjuk dan jari tengah ke dada. Amar Zafran juga sama. "Janji."
"Okay...Along tau kan, RZ telefon tadi."
"Okay." Habis? "RZ is equal to Reza Zakwan.
You know him right?" Muka Along dia di pandang. Dia nampak riak muka Along berubah.
"Kenal. Sangat."
"Err.. Pia..Pia dengan Zakwan tu...errr..." Amar Zafran kerutkan kening. "Err..err..err apa?" Tak fahamlah dengan bahasa Pia ni.
"
You know, me and him..we..we are...you know...something like..err.."
"
Enemy?"
"
No! No! Err..we..now..we are.." Dia mainkan jari-jemari sendiri. "
Come on Pia, don't waste my time on this." Amar Zafran menyisip air laici di dalam gelas tinggi yang masih banyak.
"
We-are-couple." Lurus! Pia sedut air tembikai dalam gelas.
Uhuk! Uhuk! "
What???!!!!" Kalau tadi si RZ yang terjerit, kali ni giliran dia sendiri.
Uhuk! Uhuk! Kali ni giliran Pia tersedak air. "
Naa.. I mean, err..when? When? Since when?" Kalut dia betulkan soalan. Dia tengok Pia menekur ke lantai.
"
Two months ago?" Perlahan bait-bait perkataan tu diluahkan dari bibir dengan berhati-hati.
"
Oohh..." Pendek jawapan Amar Zafran. Menutup kejutan yang masing belum hilang. "Along, okay ke? Kalau Pia dengan Zakwan?" Teragak-agak soalan itu ditanya.
Amar Zafran tarik senyum sampai telinga. "
It's okay with me, as long as he can be your leader." Hidung terasa berair dan pedih bila tersedak air laici tadi.
"
Leader? You mean?"
"
Yeah! Why not? If he can lead you straight to heaven? But if he cannot, just leave him, try to find someone better? Got that?" Dia pandang terus ke mata Pia yang dah berkaca-kaca bila dengar ungkapan yang keluar dari mulut dia.
"Al..long..."
"
Yes?" Pendek dia bertanya. "
If I can hug you, I'll hug you at this moment." Air jernih dah berkumpul dia tubir mata. Amar Zafran terdiam. Kaku. Lama-kelamaan diukir juga senyum di bibir.
"Dah...jom balik. Dah lewat." Dia bangun. Pia turut bangun. Sama-sama melangkah ke kereta yang diparkir di hadapan restoran selepas menjelaskan bil.
*****
Pembaris panjang diambil dari rak buku, kertas berwarna-warni itu dibahagi kepada empat bahagian. Dia memandang Aisha diatas katil sekilas. Sempat lagi tu minah ni melayan novel segala. Esok bukan kuiz ke?
"Wafa Aisha!" Si teman mengangkat sedikit kepala. "Anything?" Pendek dia bertanya.
"Kau tu, esok kuiz kan?? Kenapa macam rileks habisan, macam lepak kat PD je gaya aku tengok kau ni?" Pia garu kepala, sungguh santai sekali member aku ni, padahal esok subjek tahap membunuh punya kuiz, Electronic Circuits! Nak mati?
"Kau pergi mana petang tadi?" Mata Aisha masih fokus ke dada buku setebal dua inci itu. Pia urut dahi memikir.
"RZ teman aku kat library kot?"
"HAAA...betullah tu, masa tu aku study bagai nak rak tahu? Duduk dekat kubikel sorang-sorang macam orang gila, yang orang tu pulak menyengih memanjang."
"Kau kat sana jugak??" Aisha mengangguk. Masing-masing terdiam.
"Sha..."
"Hmmm...."
"Aku dah cakap dengan Along pasal relationship aku tu." Aisha yang tengah khusyuk, terus tutup buku dua inci yang tajuk dia Pia tak tahu.
"Eyyyy...meletup tak?" Teruja betul member dia ni. "Apahal aku tengok kau teruja lebih macam baru dapat result four flat ni?"
"Kau ni...."
"Along...dia okay, cuma dia nak aku pastikan yang si RZ tu, boleh lead aku." Aisha terlopong. "Itu aje?"
"Itu aje." Tapi kan, kenapa Along diam masa balik dari makan tu? Dia ingat lagi, Along tak bercakap sepatah pun dengan dia. Mungkin sebab Along memang dah senaraihitamkan si RZ tu untuk jadi brother in-law dia. Ke memang Along anti si RZ? Takpun, Along memang sakit hati lagi sebab Zakwan sentuh dia hari tu?
Telefon yang berdering tu buatkan dia tersentak. Terkejut. "Siapalah pulak yang rajin telefon ni?" Dia pandang nama si pemanggil, RZ!
"Assalamualikum..hello?"
"Waalaikumussalam..ye sayang." Talian sebelah sana bersambut.
"Kenapa?"
"Boleh turun kafe kejap tak?" Pia pandang muka jam yang terletak atas meja. Sembilan setengah minit malam. Agak lewat.
"No, sorry." Tak elok anak dara duk berdating waktu-waktu macam ni.
"O..it's okay, takpe, cuma nak bagitau, esok malam saya kena pergi Dubai, ada conference dengan branch sana."
"Oooo..okay."
"Tak rindu?"
Pia tergeleng-geleng kepala. Tapi dalam hati, berbunga aje. "Takpe, saya doakan perjalanan awak. InshaALLAH."
"Yelah...eh, lupa nak cakap. Dua minggu lepas, Along ada datang jumpa saya."
Kali ni Pia rasa nak masuk dalam lokar, kunci dari dalam. Kenapa pulak? "Along pukul awak ke?"
Reza Zakwan tergelak sebelah sana. "Tak adalah, dia siap ajak pergi minum-minum lagi. Saya pun terkejut. Tapi dia kasi amaran, suruh jaga awak elok-elok."
"Alhamdulillah..." Hanya itu, perkataan keramat itu diungkapkan dari bibir. Syukurlah, Along boleh terima Zakwan.
"Okay, gotta go now, nanti terlepas flight. Tiga jam kot nak sampai Penang."
"Okay, take care, assalamualaikum."
"You too sayang, waalaikumussalam."
Telefon diletak kembali ketempat asal. Nafas berat dihela, terasa ringan kepala dia, bila Zakwan cakap pasal Along tadi.
"Shaaa..."
"Yes!"
"Aku nak peluk kau..." Terus dipeluk erat kawan di sebelah, habis senget-benget tocang ekor kuda Aisha.
"Kenapa kau ni?" Aisha buat muka pelik. "Along...dia jumpa Zakwan..."
"Really? Habis? Patah riuk pulak?"
"Hisy! Along...dia baik aje dengan Zakwan." Leganya! "Syukurlah, maknanya lepas ni, tak adalah bom jangka tu nak berdetik sampai tinggal kosong."
Dua-dua dah ketawa. Bahagia.
Labels: pia

pia 6
Kaki diatur kemas ke lobi fakulti, punggung dilabuhkan di kerusi batu yang terdapat disitu. Ingat nak terus ke perpustakaan, cari bahan untuk assignment Elektronik. Bayang muka Aisha dicari. Tapi, lain pula yang dia nampak.
"Mampus, bala dah datang." Dia tunduk menekur ke meja. Ya RABBI, janganlah si Reza Zakwan tu datang sini. Orang tengah ramai kot?
"Awak." Haish! Datang jugak ke?
"Buat apa kat sini?" Tangan mula sibuk mencari pen dan kertas, habuan menulis. kertas A4 dikeluarkan dari plastik jernih dalam fail. Tangannya mencatat sesuatu.
"Saya datang nak jumpa awak." Spontan tangan yang berlari di dada kertas putih itu terhenti. Nak jumpa dia? Nak buat apa?
"Hmmm..." Pendek dijawab. Aduh! Mati kutu dia rasa bila tiba-tiba bercakap baik pulak dengan mamat sorang ni.
Dia nampak jari-jemari Reza bermain sesama sendiri. "Saya nak ikut cakap Along awak." Huh?? Terus dia angkat muka. Along cakap apa?
"Along cakap apa?" Apa yang dihati terus keluar dari bibir. Lelaki itu tersenyum. "Bahagia saya bila dengar awak cakap dengan saya guna tone yang macam tu."
"What did he say?" Pia tak puas hati.
"He said, kalau nak berkawan, buat cara elok."
"Along, cakap macam tu?" Muka Zara Sofea riak tak percaya. "Sungguh ni?" Lagi sekali.
"Yup! Jadi, saya datang nak cakap dengan awak."
Pia terasa muka dia panas. Apa yang si Reza ni nak cakap? "Apa?"
"Saya sukakan awak, dan ikhlas nak kawan dengan awak."
Gulp! Okay, sekarang nak buat reaksi apa ni Pia? Terjun tasik kat pokok sena nun? Buat bungee jump? Panjat pokok rambutan? O-la! Memang terbaik ayat kau ni Zakwan. Sekarang ni dia tak tahu nak tersengih ke? Gelak ke? Menangis ke? Ke nak tumbuk muka si Zakwan ni?
"Awak...saya memang tak boleh nak paksa awak berhenti sukakan saya pun." Diam. Pia tarik nafas, kumpul kekuatan yang ada.
"Jadi? Awak pun suka saya?" Zakwan tanya, nada tak sabar. Hisy! Macam budak-budak. "
No, I mean, saya tak kisah awak nak kawan aje, tapi kalau nak lebih saya tak boleh." Terus-terang dia cakap, dia memang tak pandai langsung bab hati dan perasaan ni.
"Okay, pelan-pelan kita tengok
how far this relationship will go." Pia menggeleng.
"Awak baliklah, saya tak selesa."
"Kenapa pulak?"
"Awak datang dengan Lamborghini kuning
striking awak tu
plus datang jumpa saya, saya tak selesa, sebab ramai orang pandang." Sungguh, rasanya satu lobi ni tengah pandang ke meja batu kat tempat dia duduk tu.
"Dia orang dengkilah tu." Zakwan mencebik. Pia rasa nak tepuk dahi. Ya QAYYUM, kenapa dengan dia ni? "Awak, kalau awak nak kawan dengan saya, saya ada syarat." Tiba-tiba idea tercetus.
"
Anything for you dear." Uwekkk! Pia dah rasa nak muntah hijau dah sekarang.
"
Simple. First, do not touch me. Second, if you wanna see me, please naik kereta biasa-biasa aje, paling biasa pun, itupun yang saya tak berapa
approved, Evo putih tu aje.
Third, saya takkan keluar dengan awak,
whatever happen pun."
"Kereta biasa?? Takkan awak nak saya naik Inspira je wak?" Pia diam lagi. Susah berkawan dengan anak Dato' ni, mengalahkan anak sultan.
"
I don't care, sebab saya taknak bila orang tengok awak, awak akan rasa riak, dan riak tu akan buatkan awak rasa bangga diri, dari perasaan bangga diri tu akan tercetus sifat sombong. Dan saya tak suka orang menyombong ni. Lagipun, rasa riak tu macam titik hitam kat hati awak, lagi banyak
keriakan awak tu, lagi banyak titik hitam. Jangan dengan ALLAH pun awak nak riak bagai. Esok-esok, kain kafan kita sama aje, Lamborghini tu pun tak boleh bawak masuk kubur.
Remember?
I've gotta go." Terus buku-buku yang tersadai atas meja tu ditarik ke dada. Aisha kelihatan melambai-lambai di hujung koridor sana.
"Sofea!" Pia hanya mengerling pada si pemanggil yang tengah garu kepala tu dengan ekor mata. Lantak kaulah!
*****
Buku setebal tiga inci tu di tarik ke depan. Electronic Circuits. Mata pun dah terasa berpinar, kertas kosong ditarik dan pen dlarikan ke dada kertas. Mencatat maklumat penting.
"Sha.." Perlahan nama itu diseru. Lagi sekali di seru nama itu.
Diam.
"Wafa Aisha?" Pia berpaling, terus rasa nak tepuk dahi. Boleh minah ni pakai headphone sambil baca nota??
"Wei!" Rambut Aisha yang diikat ekor kuda ditarik. "Apa?" Aisha menggosok kepala yang terasa sengal.
"Aku rasa macam nak pengsan buat assignment ni tahu? Kau boleh pulak pasang volume full blast,kat headphone tu??"
"Duhh. Apahal nak pengsan bagai ni?"
"
Assignment-ni-susah-tahu?" Sepatah-sepatah dia bertutur. Aisha jongket bahu. Paling semula menghadap buku. Pia juga berpaling. Keluhan berat dilepaskan.
"Pia..."
"Hmm..."
"Aku tanya kau jangan marah eh?"
"Apa dia?"
"Kau dengan Zakwan tu..err..dia tu...sekarang ni, siapa dengan kau?"
Pia tegak dikerusi. Soalan jenis apa ni? "Kawan." Ringkas sahaja jawapan dia.
"Kawan baik ke kawan istimewa?"
"Kau rasa?"
"Kawan istimewa..." Pia dah tergelak, terus bantal
smiley warna kuning tu dicapai dan dibaling ke belakang. "Giloss! Mau aku kena hadap Lamborghini kuning
striking dia tu hari-hari."
"Wei! Nota aku ni!"
"Lantaklah!" Pia sambung bacaan yang tertinggal di mukasurat 313 tu.
"Pia...." Suasana kembali hening. "Yuhuu!"
"Kau dengan Along?"
"Hah??" Terus kali ni dia berpaling. "Alongg?? Apa perkaitan aku dengan Along pulak?"
"Maksud aku, Along tau tak?" Fuhh! Ingatkan Aisha ni anggap dia dengan Along tu ada apa-apa. Pia! Kau pun satu, cubalah
husnozhon sikit??
"Belum, Along tu bom jangka, salah
timing boleh mengalahkan gempa kau tau?" Aisha dah tergelak.
"Ada ke samakan Along kau dengan bom?"
"Dah betul..." Suasana kembali hening.
"Sha...kau rasa Zakwan tu okay?" Tiba-tiba terlintas kat fikiran soalan macam gitu. Aisha tegak dikerusi.
Pia diam. Bibir diketap kuat. Dush! Dush! Rasa nak tumbuk dahi sendiri sekarang ni. Apa kau main keluar soalan luar kotak ni? Hah? Zara Sofea?
"Entah, sebab aku tak kenal dia kot? Macam ni ajelah Pia, aku rasa kau suka dia kan?"
"Siapa?" Sengaja Pia ajukan soalan yang jawapan dia sudah ada dalam hati tu. "Mamat satu nisbah seribu itulah." Pia tergelak.
"Macam mana nak tau aku suka dia ke tak?" Kali ni dia serius. Betul dia memang
fail bab hati, perasaan, jiwa, jantung, raga segala ni.
"La, itu pun kau tanya aku? Kata pandai..." Aisha mencebik. "Katanya...macam tulah, tapi selalu aje aku gagal bab-bab gini." Pia garu kepala dengan penutup pen.
"Kau rasa jantung kau macam nak terkeluar tak? Masa nampak muka mamat tu?"
"Tak juga, kadang-kadang tu ye kut?" Aisha mengurut dagu. "Ritma jantung rasa berlari-lari di atas
treadmill?"
KAHKAHKAH. "Kau ni! Lawaklah!" Pia betulkan suara. "Always..."
"Ya RAHMAN, betullah ni?" Pia bangun dari kerusi, berdiri di belakang sahabat dia tu. "Betul?"
"Yelah, kau suka Reza Zakwan? Anak Dato' Ismail tu?"
"Err...entah." Dia jungkit bahu. "
Spill. Aku ada ni." Aisha mengurut bahu Pia perlahan. Dia tahu Pia tertekan.
"Dia ada tanya aku semalam, kau tau kan kes dekat lobi dua bulan lepas?" Aisha mengangguk. "Aku cakap, aku tak tahu."
"Lepas tu, aku rasa macam tak sangka pun ada, aku pun cepat sangat boleh suka dia dalam tempoh genap enam puluh hari ni." Kepala digaru lagi.
"Aku faham, kau takut penerimaan Along kan?" Pia angguk perlahan. "Tapi aku tetap dengan syarat aku tu."
"
Tell him. That you are really into him. And tell Along, about your relationship. It's better than late, Along kau kan bom jangka?" Aisha menepuk-nepuk bahu Pia perlahan.
"I'm not ready yet."
"
Be prepared, aku taknak Along meletup aje bila
find out pasal ni." Pia rapatkan kepala ke meja. Sungguh, dia memang lemah bab-bab ni. Entah macam mana dia boleh terjatuh hati dan perasaan kat si Zakwan tu pun dia tak tahulah.
*****
+ can we meet?
- of course dear...where?
+ cafeteria, awak ada dekat sini kan?
- yup, sampai minggu depan
+ boleh?
- boleh...but for what?
Pia ketap bibir kuat. Nak cakap ke taknak ni? Nak cakap ke taknak ni? Dia tekan butang reply. Macam mana dia nak cakap dengan lelaki tu? Malunya, memang sungguh dia tak pernah bercinta. Tapi kali ni? Dia berhati-hati menekan butang pada telefon tu.
+ its about '?' last week.
- really? you've the right anwser?
+ kinda..
- good..i'll be there after zohor?
+ okay...
DIA menarik kerusi biru yang berkusyen nipis tu untuk dilabuhkan punggung. Fuhh! Inhale...exhale...inhale...exhale... Dia memang lemahlah kalau bab-bab macam ni. Bagilah 100 presentation pun, memang dia takkan nervous plus gelabah segala. Dia sekarang rasa macam nak kena jerut leher punya perasaan.
"Assalamualaikum..." Pia angkat muka, bila ada orang bagi salam. Dia pandang muka orang tu sedetik. Lepas tu tunduk balik.
"Waalaikumussalam...okay,straight...my answer is YES...and after this, saya taknak kita jumpa lagi. Cukup sekadar mesej dan panggilan telefon." Senafas dia bertutur. Fuh! Akhirnya.
Orang di depan langsung dia tak pandang. Angkat tote beg warna ungu gelap dia tu, terus blah. Tak sampai sepuluh langkah. Telefon bergetar, tanda mesej masuk. Dia keluarkan dari kocek seluar.
+This is the best things I've ever heard...
- really?
+ really...thanks dear...
- most welcome...
+ i'll go back this evening...tak rindu ke?
- have a safe trip...
+ you didn't answer me..
- papai.. :)
Telefon di simpan kembali ke dalam kocek seluar. Sengih terukir di bibir. Petang ni akan jadi petang paling indah dalam hidup dia.
Tombol dipulas. Dia rebahkan diri atas katil sambil buat aksi guling-guling kiri kanan. Rasa macam nak terbang pun ada ni. Bahagianya bercinta. HAHAHA...
"Woi, dah gila?" Teguran Aisha buat dia terhenti. "HEHE."
"Gelak-gelak, kau dah kenapa? Aku tengok macam kena sampuk pun ada, macam kera dapat belacan pun ada. Tersengih-sengih...tersengih-sengih."
"Aku...Zakwan...settle."
"Hah? Cepatnya?" Pia jungkit bahu melihatkan muka Aisha yang berkerut-kerut sebab terkejut. "Kau juga yang nasihat aku semalam kan?"
"Ye ke?" Aisha mengurut dagu. "Dengan Along?"
Pia diam. "Yang tu biar dia find out sendirilah." Rasanya itu lebih baik, dari bapak rimau tu naik minyak.
"Suka hati kaulah Zara Sofea oii..janji jangan lupa aku sudah." Pia gelak. "Takkan..." Bantal smiley warna kuning tu dipeluk erat.
"Baru hari ni aku tau, kenapa kau asyik tersenyum lepas kenal dengan Ashmar." Aisha tersengih. "Haish! Kau rasa RZ tu k ke?"
Pia garu pelipis. RZ? "RZ? Siapa RZ pulak?" Dia pandang muka Aisha tak berkelip. Sila ditarik ke atas katil.
"Reza Zakwan la, panjang sangat, eloklah aku
abbreviated aje." Ketawa Pia dah meletus. Aisha, ada-ada aje. "Pia...kau tak takut ke? Dengan Along?"
Pia diam. "InshaALLAH, Along okay." Dalam hati dia sangat berharap, insan yang dia pilih ini bersesuaian dengan citarasa Along. Tote bag ungu gelap tu dicapai, telefon bimbit dikeluarkan.
2 new messages. Huh? Tak dengar pun mesej bunyi.
Reza Zakwan:
I love you...sayang...
Ngeee! Dia ketap bibir. Muka terasa panas, membahang. Dia skrol ke mesej kedua.
Along:
oik doraemon, lusa ibu, abah, adik kecik dengan Along, pergi sana.
Kali ni dia tersengih. Rinduu! Kat ibu, abah dengan Aiman. Tak sabar. Dia biarkan kedua-dua mesej tu tanpa balasan. Tarik tuala hujung katil ke bilik mandi. Asar belum lagi!
*****
"Aku tak tahulah macam mana result sem ni, sem lima pulak tu." Pia bertutur bila kaki melangkah keluar dari dewan peperiksaan bersama Aisha. Dua-dua orang dah panas punggung kat dalam dewan tu, mujurlah jawapan semua dah dalam kepala. Tinggal kurang sejam, dia orang dah angkat tangan, tak sanggup lagi dah pandang subjek Microcontroller tu. Sumpah dia cuak tengok paper tu lama-lama.
"Kau ni, buat bekal cuak tu hari lain boleh tak? Sepatutnya ni adalah masa terbaik untuk kau pergi kelab malam. Clubbing." Kening Aisha terjongket. Pia membulatkan mata.
"Clubbing?? Habis tu esok masuk suratkhabar, 'Dua Pelajar Wanita Bertudung di Cekup di Kelab Malam'. Elok sangatlah tu." Aisha menekan-nekan perut tahan tawa. Kaki menapak ke koridor menuju ke Kafeteria.
Tapi kaki Pia terhenti seketika. Huh? Tu bukan Along ke? Yang bersandar kat tiang tu? "Sha, tu bukan Along aku ke?" Dia cuit bahu Aisha. Aisha toleh pandang muka dia. "Takkan berpuluh tahun kau hidup, Along kau sendiri pun tak boleh nak cam?"
"Isk betullah Along." Dia menapak ke hadapan.
"Aye aye sir!" Along pandang muka dia. Sengih. "How was that?"
Dia sengih. "Pretty good. Tapi bapak membunuh soalan dia. Jom! Gi kafe, lapar!" Dia usap perut dia depan Along. Lapar kot? Buang banyak tenaga fikir jawapan kepada soalan yang tahap sikit lagi tak boleh jawab tu.
"Makan aje kerjanya. Aisha ikut sekali, Along belanja." Aisha sengih. "Tak apa ke Long? Saya ikut ni?" Sengaja si Aisha ni nak buat segan dengan Along. "Selalu tak malu pun, jomlah." Memerah muka Aisha kena bantai macam tu. "Padan muka kau, Along ni kan jenis jujur habisan."
"HAHAHA...aku langkah kanan aje ni."
"Buat apa Along datang sini? Ada projek eh dekat-dekat sini?" Mi sup tu dihirup perlahan. Panas.
"Ada, dekat Jelutong, Ahmad kena pergi kursus dekat Jerman. Along take over la."
"Hamboi,taknak jauh pulak tempat kursus dia tu? Kursus apa?" Mi sup yang jernih seperti air paip itu di tinggalkan seketika.
"Bukan kursus sangat la, dia macam pengenalan kepada bahan-bahan binaan, jenis, kualiti, daya tahan, something like that."
"Buat apa pulak? Bukan syarikat Along ambil bahan dari syarikat luar ke untuk projek-projek ni semua?" Aisha ringan mulut bertanya.
"Memanglah, sebab tu Along nak bandingkan kualiti bahan binaan sini dengan sana." Amar Zafran diam beberapa detik, melihat Galaxy SII di tangan.
"Allah, tak payah pergi Jerman pun. Along buat sendiri aje senang." Sengaja Pia buat lawak antarabangsa tu dekat sini. "Pia ni kan? Karang Along snap gambar tengah sumbat mi tu, upload dalam FB, baru tahu."
"Orang nak bagi idea kot??"
"Huh?" Muka Along dah blur.
"Along, kan Along boleh buka anak syarikat yang bernaung kat bawah syarikat besar sekarang ni kan?" Amar Zafran angguk kepala sedikit, nampak berminatlah pulak.
"So, why not, Along buka aje syarikat pembekal bahan binaan tu, Pia rasa kalau macam tu, Along boleh kaut keuntungan berlipat kali ganda tau? Sebab, kalau kita beli bahan binaan dari syarikat luar ni, mahal, sebab? Sebab dia orang gunakan orang tengah untuk dapatkan bahan. And why not, alang-alang abang Ahmad ada sana, suruh aje dia usha-usha syarikat yang boleh bekerjasama untuk bekalkan bahan tu, terus dari kilang kan?"
"Pia..."
"Huh?"
"Tau tak sekarang Along rasa macam nak peluk Pia???" Pia tersedak. Aisha pun. "Apahal???"
"That was a brilliant idea tahu?" Pia sengih. "Well." Terasa hidung dia kembang kempis sekejap. "Along nak telefon Zura, suruh dia siapkan paperwork, boleh usulkan kat BOD nanti." Dia garu kepala. Sebenarnya, idea tu datang tiba-tiba aje.
"Along...Pia main-main ajelah."
"No, that's a good one. Along dah text Zura." Pia pandang Along. "Pia ni perancang ekonomi syarikat yang bijak. Tak nak kerja dengan Along ke lepas study?"
"Mengadalah Along ni."
"Thanks, patutlah rasa macam nak sangat datang sini, rupanya ada idea bernas dari my chantek sister ni."
"See the leg la bro." Tiba-tiba Aisha berbisik, cakap nak pergi Asar. "Long, Pia nak Asar ni dengan Aisha, nak ikut tak?"
"Jom. Along letak kereta kat sana, jom sekalilah." Laju aje Pia melangkah, Aisha pun sama. Jauh juga nak menapak naik ke Masjid As-Solihin sana.
Labels: pia

pia 5
“Zafran...cuba kamu cerita,
kenapa kamu duduk sini dengan ayah?” Amar Zafran dah terdiam. Ustaz Azhar Idrus
yang tengah ceramah kat TV terasa bisu seketika. Adui...apa dia nak jawab kat
ayah ni? Bergaduh? Tapi takkan sampai bawak diri?
“La, ayah ni, kan selalu aje Zaf
datang tidur sini?” Mata ayah Aji masih lekat pada kaca televisyen yang baru
dibeli semalam.
“Ayah tau, tapi sekarang bukan
hujung minggu...” Jantung dia terasa tersentap bila dengar ayah cakap macam tu.
“Zaf...saja..” Tiba-tiba Galaxy S
II kedengaran menjerit-jerit. Terus di jawab tanpa lihat nama si pemanggil.
Demi elakkan soalan ayah.
“Helloooo...” Terasa macam Adi di
hujung talian sebelah sana.
“Al..long...” Amar Zafran pandang
telefon tu seketika, jelas terpapar muka Pia dekat skrin telefon. Sekarang ni
dia terasa nak ketuk kepala dia dengan tongkat ayah. Amar Zafran, ni nama dia,
keluar mulut raksasa masuk mulut naga, tahu? Lain yang dia nak elak, lain pulak
yang datang.
“Hmm...” Sungguh. Awkward sangat bila semingu dia tak
cakap dengan Pia. Masing-masing kelu.
“Mana Along pergi?” Esakan kecil
kedengaran kat sebelah sana.
“Somewhere.” Pendek.
“When will you come back?”
“Depends.” Dia mula bangun, turun ke bawah, ke laman rumah. Pangkin
bawah pokok remia tu dijadikan tempat duduk.
“Sampai hati Along, tinggal kita
orang.” Terasa juga sebak berbuku. Tapi kan...apahal pulak dia dituduh sampai
hati tinggal dia orang? Bukan Pia sendiri ke cakap, yang dia benci Along dia
ni?
“You hate me, remember?” Terpaksa speaking, sebab nanti kalau ayah dengar dia bercakap Melayu,
haruslah dia kena halau on the dot.
“Pia tak sengaja. Pia sayang
Along. Baliklah.”
“Listen...I’ve got concrete reason to punched him, he’s too much. And I
really don’t give a damn if you hate me...as long as you safe. That’s enough
for me.”
“Pia tau...”
“Good, now stop crying. And after this, I will not interfere in any of
your probs.” Kalau tu yang membolehkan Pia bahagia.
“Along marah Pia?”
“Hell no.” Pendek.
“Along tipu. Along marah.”
“I said no. It means NO.” Sengaja ditekan perkataan NO tu.
“Along sayang Pia tak?” Soalan
kasi sentap ni memanglah dia alah. Memang dia sayang adik dia yang sorang tu.
Pia ni kan? Esakan kecil dengan sedu-sedan kedengaran.
“You think?”
“Sayanglah.”
“So?”
“Along baliklah, Pia rasa macam
orang tak betul ni, tak ada orang gelak pun dalam rumah ni, macam rumah hantu
dah. Even tengok gambar Mr. Bean pun,
dia orang macam tengok cerita Harry Potter. Diam macam kayu.”
Really? Takkanlah? “Then?”
“Apa yang Along cakap kering-kering
aje ni? Bencilah!” Dia rasa nak gelak. Tapi ditahan, dia boleh bayangkan gaya
Pia cakap ‘bencilah’ tu dengan jelas. Pia dah sejuk.
“But I wanna stay here, for these few days.”
“Mana Along duduk?”
“Rumah ayah.”
“Alongggg!!!! Cheesecake la! Beratus missed calls Pia buat, rupanya Along
duduk sekangkang kera aje dari rumah.”
“Ask ibu. Ibu tahu aje. I’ve
inform her.”
“Ibuuuuu....” Terus touchscreen bertanda merah tu ditekan.
Malas nak dengar anak beranak tu bertekak. Mesti punyalah. Ingatkan Pia tahu
dia kat sini. Pandai betul ibu ni simpan rahsia.
Sengih diukir di bibir. Wargghh! Finally...off the hook. “Ingat Pia
sorang aje rasa macam tu? Along pun seminggu dah tak senyum. Setakat senyum
dengan ayah, dengan gelak dengar ceramah kat televisyen tu adalah.” Dia
bercakap sendiri.
“Fuhh!” Jari-jemari dilarikan di
celah-celah rambut. Terasa macam dada yang kena hempap pyramid Giza tu hilang
sekelip mata.
“Tu kenapa senyum sampai ke awan
tu?”
Amar Zafran mengurut dada. “Ayah
ni...terkejut Zaf.” Gila! Mau tak terkejut. Tiba-tiba ayah turun duduk sebelah
dia tanpa dia sedar. Punyalah seronok, senyum sampai awan.
“Tak ada apalah ayah.”
“Kamu dah baik dah dengan awek kamu tu?”
Apa dia?? “Huh? Awek? HAHAHA...ayah...bukanlah.” Terasa nak ketawa guling-guling sekarang ni.
“Habis?”
“Zara Sofea tu.”
“La...yeke?”
“Macam mana ayah tau, kami
bergaduh?”
“Walaupun ayah tak faham bahasa
percakapan kamu tu, tapi ayah ni tahu kamu tu bergaduh dari gaya percakapan
kamu tu Zafran, dari kecil ayah kenal kamu...”
“Sebab tulah, Zaf saayaanngggg
ayah.”
“Bila nak balik rumah?”
“Zaf duduk sini lagi tiga hari
ayah.”
*****
"Tersengih-sengih anak awak
tu kenapa?” Encik Ahmad bertanya kepada Puan Baya yang menatang air teh ke
laman rumah.
“Apa lagi, perang tamatlah tu,
dari semalam lagi sengih, sampai tengok gambar seram pun dia boleh
tersengih-sengih lagi.”
“Mana tak tumpahnya kuah, awak
dulu pun Puan Baya, kalau merajuk dengan abang habis, awak sengih sampai
telinga juga.” Teh panas disisip sedikit.
Puan Baya terdiam. “Itu kes orang
bercinta, zaman dolu-dolu la.” Puan Baya juga menghirup teh panas dalam cawan
vintage berbunga kecil tu.
“Habis, yang ni kenapa?” Encik
Ahmad dah muka pelik. “Ni bergaduh dengan Along la, abang apa tahu, asyik sibuk
ke kebun aje. Abang tahu tak yang Along tu dah seminggu duduk rumah ayah Aji dia?”
“Haa? Awak ni, itu pun tak cerita
kat saya. Insiden lepas gaduh tu meleret-leretlah ye? Abang ingat dia outstation.” Puan Baya angguk.
“Budak berdua ni, dari kecik
bawak ke besar, tak ubah-ubah. Bila Long nak balik? Dah sengih terlebih-lebih
dah tu?”
“Lusa, ni abang nak karipap ke?
Saya dah goreng, tapi takut abang tak mahu.”
“Frozen punya?” Surat khabar Kosmo semalam dicapai dan diselak muka
ke muka. Semalam punya pun tak sempat baca, asyik sibuk ke kebun aje dia. Kalau
tak ke kebun rasa badan macam tak sihat.
“Homemade.” Pendek jawapan isteri dia. Bunga kecil-kecil penghias
laman tu dibelek seketika.
“Homemade? Dah tuu...bawaklah kemari, mana abang pernah miss awak
punya karipap daging yang ho-liao
tu.” Puan Baya tergelak. Suami dia ni...kalau dengan karipap yang dibuat
sendiri tu, memang pantang...pantang jumpa.
“Yelah, saya pergi ambil.” Puan
Baya berlalu ke dalam.
“Hah...dah-dah tersengih tu,
picitkan bahu abah ni lagi bagus.”
Pia yang tengah tersengih tengok
telefon terkejut biawak. “Ya RABBI, abah
ni...terkejut Pia tahu?”
“Entah, manalah abah tahu. Kamu
terkejut ke idak, yang abah nampak
kamu tersengih macam tak makan ubat.”
“Abahhh...” Terus dia gelak. “Pia
happy, Along will come back, full house
again.”
“Kamu dua ni kan? Orang cakap,
rebus aje tali pusat kamu dua ni. Baru tak bergaduh kot, yang Along kamu pun
satu, asyik-asyik nak bertumbuk aje kerjanya. Bila abah tanya, dia boleh jawab
‘alah...bila lagi nak test Along
punya skill silat Gayung tu’, itu
ajelah kerja kamu.”
“Waaa...tengok, karipap la bah,
sedapnya.”
“Off topic pulak, abah nasihat aje, mulalah nak tukar topic, I really don’t understand you both.”
“It’s okay bah, everything was alright. No need to worry.”
Pia sumbat karipap daging tu
dalam mulut, ni kalau Along ada, karipap yang terakhir tu, konon-konon
berebutlah, sapa dapat, maknanya dia
akan dapat isteri atau suami soleh. Merapu sungguh.
“Kamu ni sukakan si Zakwan tu
ke?”
UHUK! UHUKKKK! Terus tersembur
karipap tu. Selamat. Masuk dalam cawan teh abah.
“Apa bah ni? Merepek ajelah.”
“Kalau betul pun apa salahnya,
budak tu baik tak?”
Ngee...apa abah ni? Tapi memang
dia sunyi kalau tak ada Zakwan datang mengusik dia. Rasa tak lengkap. Dah lama
, lepas Zakwan mengaku kat lobi fakulti yang Along kasi pecah muka dia tu, dia
tak nampak Zakwan. Aku suka dia ke? Ke aku rasa sunyi bila dia tak ada? Ke aku
segan nak jumpa dia lepas apa yang jadi? Haipppp! Pia, stop being ridiculous. Saja je tu Zakwan nak usik kau.
“Pia...Pia! Haluuuuu! Pia.”
Ternampak tangan di gawang depan mata. “Huh? Apa dia bah?”
“Haih, Puan Baya, dapat dah
sorang minah jenin dalam rumah ni, boleh depan-depan abang dia tak dengar apa
abang cakap?” Puan Baya tergelak.
“Bila Along nak balik ni?
Bosanlah bu.”
“Itulah, dalam orag bercerita tu,
boleh pulak dia buat tak tahu.”
Huh? Dia buat tak tahu? Bila masa
abah cakap dengan dia pasal Along? “Along?”
“Along text abah, cakap dia tak jadi balik lusa.”
“Seriously? Habis, takkan bulan depan baru nak balik??” Terasa
berang tiba-tiba.
“Menyampuk-menyampuk, abah belum
pun habis cakap...tadi abah bercerita bagai nak rak tu.” Pia dah tertahan-tahan
tengok muka abah dia. Abah... kalau bercerita reaksi muka tu macam-macam.
“Apa dia bah?”
“Along kamu balik esok. Bukan
lusa.”
Pia terlopong sekejap. Huh? Along
balik esok? Esok? “Yessss! Boleh ajak Along gi shopping!” Terlompat dia dekat kerusi batu dekat laman rumah tu.
“Haih! Anak dara, sopan sikit
loo...malu kalau orang nampak, ada ke anak dara terkinja-kinja macam kamu ni?
Nanti orang cakap ‘ee...anak Mr. Ahmad tu, ada ke terkinja-kinja kat laman
rumah?’ Nak ke?”
“Abah ni..HAHAHA...kalau bab nak predict apa orang bakal cakap, memang
johan la. Tabik spring! Toink! Toink!” Gelak ketawa jelas kedengaran.
“Jangan nak kikis Along kamu
sangat, kesian dia, kerja penat-penat nak bangunkan syarikat dia yang kecik
dulu tu.”
“Ala, bukan selalu, Pia kikis
Along pun...sebulan sekali aje. Tu pun kalau Along balik sini dari KL kan?” Ya.
Itupun kalau Along dia yang baik hati tu balik ke sini, ada urusan dekat
cawangan sini. Syarikat yang Along bangunkan dengan abang Ahmad, teman baik
dia. Dekat sini abang Ahmad yang urus, tapi Along pegang syer terbesar, Along
urus syarikat dekat KL nun.
“Padanlah sebulan sekali pun, once you shopping, sampai Along tu
senget bahu sebelah. Shopaholic.”
“Abah..kalah ibu kalau dah masuk mode berleter kan? HIHIHI.”
“Dah pergi kemas bilik Along
sana, buat kebajikan sikit sebelum kamu suruh dia belikan kamu macam-macam
esok.” Pia sengih sambil berlalu. Esok tak boleh lompat-lompat dah. Sebab esok
Along dah ada rumah. Walaupun batas aurat dah tersekat, tapi dia suka, sebab
Along ada. Along yang sangat-sangat kind-hearted
tu. Dan dia janji dengan diri dia, dia takkan marah Along lagi.
*****
“Take care, bulan depan Along balik, Along tak nak dengar orang tu
kena sentuh ke apa ke.” Along pandang muka Pia, Pia sengih.
“Thankkkksss Along, sebab dia dah tak kacau Pia dah.” Along hulurkan
tangan dekat abah. Cium tangan abah.
“Betul?”
“Betullah...Along...bulan depan
balik lama sikit eh?”
“Buat apa? Pia nak kahwin ke?”
“Hisy! Pia nak ajak Along
jalan-jalan...poket Along kan sentiasa penuh? HEHE.”
“Pernah dengar orang kena sekeh
dekat airport?” Along buat gaya nak
sekeh dia.
“Naa...” Sebenarnya, dia bukan
kikis duit Along pun, dia sendiri ada duit. Dia buat bisnes atas talian. Tapi bila
dia berkeras nak bayar, Along buat perangai keji. Macam semalam.
“Kali ni biar Pia yang bayar, Along duk diam-diam situ.” Along berdiri
tegak sebelah dia.
“Biar Along bayarlah.” Along keluarkan plactic money tu dari dompet
Timberland lusuh warna coklat tu. Dompet yang dia hadiahkan untuk Along tiga
tahun lepas. Hasil titik peluh dia sendiri buat bisnes online jual pakaian
muslimah tu.
“No, my treat, Along duk diam-diam Pia kata.” Along tengok dia geram.
Lantaklah, Pia julingkan mata dia ke atas.Along berlalu ke bahagian dalam butik
Levi’s tu.
“Jap...” Dia nampak Along berlalu ke bahagian lain.
“Pia...” Pia pusing tengok Along. Boleh dia bawak seluar denim yang
harga Rm450 sehelai tu, kalau sehelai dia sanggup lagi, tapi sampai tiga helai!
Melampau sungguh perangai keji dia.
“Kira sekali. Pia bayar eh? Thankss..”
“Al-long...” Terlopong dia dekat kaunter pembayaran tu, gila, dalam
purse ada RM600 aje kot? Takkan nak pakai kredit kad? Mau pening kepala dia
nanti.
“Pakai ni.” Kad warna perak berkilat tu dihulur ke arah Pia. Demand
sangat, tadi cakap nak bayarkan untuk Along.
“Err...”
“Ambil ajelah.”
“Yelah-yelah, selalu macam tu tau, asal Pia nak bayar aje, Along
mulalah nak buat perangai keji tu. Bencilah!” Dia jeling Along, depan adik jaga
kaunter tu.
“Orang nak belanja pun taknak kan?” Adik kaunter tu tiba-tiba tanya
Along. Amboi?
“Ha..kan?” Along tanya balik adik tu. “Gelaklah korang..”
“Merajuk ke oi? Cik Peah?” Along membuntuti dia. “Taklah, saja ja
suka.”
“Merajuklah tu.”
“Tau tak apa, Pia nak pi makan, Along duk sini.”
“La, Along pun lapar jugak. Pia belanja.”
“Betul ni? Jangan nak mengada bayar pulak.”
“Of course dear, Along nak yang mahal aje. Jom masuk sana.” Mata dia
dah terbuntang depan Dim Sum Cafe tu. Tak murah pulak tempat dia. Lantaklah,
janji perut kenyang.
“Ok kat sini?” Pia angguk aje bila Along tanya dia.
“Minah jenin ni, berangan aje.”
“Huh?” Tiba-tiba nampak muka
Along kat depan.
“Daydream? Again?”
“Ala, saja je, dah nak masuk ke?”
Dia tanya bila nampak Along dah heret luggage
dengan backpack tu.
“Ye. Jaga diri, jaga ibu, abah,
Aiman. Jeans tu jangan lupa kasi kat Aiman.” Dia angguk, rupanya jeans tu untuk
Aiman. Adik dia, yang duduk kat matrikulasi Pulau Pinang tu.
“Ye, ingat.”
“Jangan pakai pulak!”
“Ada ke? Terlondeh jugak karang,
dahla besau gabak.” Amar Zafran
gelak. “Along gerak dulu, bu, abah..Zara Sofea.”
“Take care Along.” Serentak tiga orang itu bercakap.
“Okay. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Labels: pia

pia 4
Beg bimbit yang berisi pakaian
diletak kasar atas katil. Pia ke muka pintu, matanya meliar ke segenap ruang
rumah. Dada dah terasa berombak tahan amarah.
“Alonggggggggg!!!” Terus tuan
punya badan yang dicari dilaungkan namanya sekuat hati. Dia labuhkan punggung
ke kerusi meja makan. Pelipis di picit kuat.
Masalah negara aku ni. Along ni kan? Bukan dah
pesan ke? Jangan cari pasal dengan anak Dato’ tu? Kan dah timbul masalah.
Buatnya budak tu nak sue Along kat
mahkamah? Berzillion-zillion? Nak buat macam mana? Terjun gunung Everest? Haiz!
5 minit.
10 minit.
Tuan punya badan terpisat-pisat
keluar dari bilik. “Apahal Pia ni? Balik aje dah jerit-jerit nama Along? Rindu
sangat dah?” Kerusi meja makan di tarik.
Cucur badak segera yang berbaki, masa ibu goreng pagi tadi dicapai. Ngap!
Tiba-tiba dia terperasan muka si Zara Sofea tu dah macam tertelan badak air
sekor.
“Ni apahal macam masalah krisis
air kat Zimbabwe ni?” Ngap lagi. Dia terasa nikmat bila cucur badak yang dah
sejuk tu, meniti kerongkong turun ke perut.
“Ambil air kejap, tercekik ni!”
Langsung Pia bangun ke peti sejuk ambil air. Tuang dalam gelas tinggi. Bagi kat
Along yang muka dah memerah tercekik cucur badak.
Along capai air dari tangan Pia,
kalut. Gelas di rapatkan ke bibir. “Alhamdulillah... sikit lagi.” Pia tak
bantah. Di tuang juga air dalam gelas Along tu. Padahal rasa nak genggam gelas
tu, kasi pecah.
“Along, Pia dengar cerita Along
tumbuk someone, betul ke?” Tersembur
air yang dekat-dekat nak sampai ke kerongkong tu. Terasa pedih hidung.
“Mana Pia dengar cerita merapu
ni?” Air yang penuh di pipi dikesat dengan tangan. Sungguh dia terkejut. Macam
mana Pia boleh tau yang dia tumbuk si Reza Zakwan tu? Mad? Ahmad punya kerja
ke?
“Merapu? Tapi kan Long, mangsa
kejadian sendiri cakap dengan Pia tau?” Selamba Pia capai cucur badak yang
berbaki sebiji tu, gigit, kunyah perlahan dengan muka tanpa riak.
“Err...Along buat sikit je kot?”
“So, betullah? Along buat??!!”
Pia dah bangun dari kerusi. Muka si Amar Zafran tak tertafsir riak.
Along diam. “Sikit Along cakap?
Sampai his eyes got bruised macam
pakai Revlon punya eye shadow? Macam
tu ke Along cakap sikit?”
“Yang Pia nak bela dia sangat tu
kenapa? Pia suka dia? Pia dah fall for
him ke?” Kali ni Along bangun juga dari kerusi. Dia pulak yang hot,sebab apa?
Sebab Pia macam tengah bela mamat yang sentuh tangan dia tu.
Terbeliak mata Pia bila Along
cakap macam tu. “Hell, no!”
“Tau kenapa Pia geram sangat?
Sebab dia cakap kuat-kuat kat lobi fakulti macam ni ‘Zara Sofea...abang awak tumbuk saya kat rumah saya, dalam kereta, dan
ugut saya’. Dia cakap macam tu Long, satu lobi kat fakulti tu boleh dengar
apa yang dia cakap.”
“Pia, Along just warned him. Tu aje.” Perasaan bersalah dah mula melingkar
dalam hati.
“Pia dah pesan dengan Along kan?
Along...Pia tak kesah kalau Along nak ugut dia, tapi takkan sampai bertumbuk?”
“Bukan bertumbuk.” Pendek.
“Dah tu??”
“Along yang tumbuk dia, dan dia
lelaki yang lembik, sebab dia tak tumbuk Along balik.”
“Lantaklah! Yang Pia tahu
sekarang ni, Along dah runtuhkan kepercayaan Pia kat Along. You’ve ruined everything Along. Everything.
Fullstop. And it’s totally devastated.”
Diam. Tak berkutik walau sedikit.
Tapi dia perasan satu, muka Along macam stress sangat.
“Macam mana kalau dia sue Along?
Berjuta-juta? Along mampu nak bayar? Along sedar tak yang dia tu berpengaruh?
Setakat nak ulang-alik KL- Perlis tu macam Baling-Kulim je hari-hari naik flight?”
“Lantaklah!! Yang penting Along
dah jalankan tanggungjawab Along! Dan dia takkan berani sentuh Pia lagi.”
“Yang Along nak marah sangat ni
kenapa?” Dada Pia berombak-ombak. Tahan tangis. Sampai hati Along.
Along berdiri depan dia.
Betul-betul depan dia. Sekaki dari dia. Dan setahu dia, Along tak pernah
berdiri terlalu dekat dengan dia.
Dia menginjak sedikit ke
belakang. Along bukan muhrim dia. Along terduduk depan dia. Melutut.
“Maafkan Along kalau tu dah buat
Pia sakit hati...Along sanggup buat apa aje Pia, asalkan Pia selamat.”
Tiba-tiba si Amar Zafran terasa diri dia ah emosional lebih.
“Along tau, Along tak berhak pun...sebab
Along bukan abang kandung Pia pun kan?” Jari-jemari dilarikan di celah rambut.
“Along...”
“Ibu...abah...”
*****
Ombak yang memukul pasir pantai
direnung. Jauh. Mata dipejam rapat. Apa aku dah buat ni? Hah? Amar Zafran?
Kepala dah weng? Kanvas yang ada depan mata masih bersih. Berus di tenyeh
sedikit pada kanvas, kesan ungu cair kelihatan.
Keluhan berat dilepas.
“Arghhhh!!!!! Kau dah lebihlah Amar Zafran!! Over limit! Kau tak paham ke???” Jeritan tu membuatkan orang
sekeliling pandang dia semacam.
“Apa tengok-tengok? Nak jerit
sekali buatlah, pandang-pandang buat apa? Buat dosa?” Selamba ditanya pada
kanvas putih depan mata.
Matanya dipejam seketika...wajah
yang dia rindu menjelma depan mata. Gadis tu cantik. Sangat. Kenangan lama tu
masih kuat melekat dalam kepala.
Dia buka mata, terus berus
pelbagai saiz tu dilarikan ke atas kanvas putih yang dah tercalit warna ungu
cair tu. Sampai akhir hayat saya cintakan awak. Tak ada orang lain wak...
Dibiarkan lukisan cat minyak yang
dah siap setengah jam lalu tu kering sambil dia renung dekat-dekat nak tembus.
Gadis bertudung sekolah siap dengan lencana tu dipandang sayu.
“Sampai bila kita nak macam ni
awak?” Dan dia rasa dialah orang paling bodoh sekarang ni. Cakap dengan
lukisan. Gambar gadis bertudung yang kalau boleh hari-hari dia nak lukis, sebab
dia hanya hidup dengan benda satu tu. Kenangan terindah masa zaman dia
riang-ria dengan gadis yang jauh
dari dia sekarang.
“Kita jauh...sangat jauh...sebab
masa silam tu saya tak dapat putar balik. Sungguh. Kalau ada mesin doraemon,
mesin tu benar-benar wujud. Saya akan cakap yang saya cintakan awak. Sampai
saat nafas terakhir saya.” Perlahan bait-bait ayat tu meniti bibir.
Galaxy S II dikeluarkan dari
poket. Buang power ditekan. Sebab dah
seminggu telefon tu di matikan. Nombor teman paling rapat tu di dail.
“Assalamualaikum...hola! Bro Adi! Sibuk?”
“Tak delah, apahal? Aku tengah
membuta kot, kau telefon ni.”
“Jom pekena1 mi udang nak?”
“Hah? Wei, terbukak selera aku ni, nak makan kat mana?”
“Pantai la...aku kat pantai ni.”
“Hegeh! Awat hang tak habaq awai?”
“Amboi, sebut mi udang, teruih2 hang cakap bahasa ibunda hang
noo?”
Talian sebelah sana dah dengar
ketawa mengilai. “Gelak macam hantu.”
“Hang pun sama, kata aku, kau-aku ni kira plastik ja, nak kabuqkan3 mata oghang4 kata kita ni buleh cakap KL kan? HAHAHHAHAA!”
“Tau tak pa. Jom, nak pi dak?”
“ON, sat aku pi mandi sat noo.”
“Orait, aku tunggu kedai besa5 kita makan la nah.”
“Aye aye sir.” Telefon dimasukkan kembali dalam poket seluar khaki
berwarna coklat muda tu lepas dia off kan
balik.
*****
“Tu diaa....awat belemoih6
sangat hang ni?” Terbeliak mata Adi
tengok baju Amar Zafran bertompok-tompok.
“Benda besa la ni...adik!” Tangan
di gawangkan ke udara panggil pelayan restoran.
“Tak lain la ni, hang mesti pi melukih7 kan?”
“Tau tak pa, kan melukis tu
hilangkan stress aku ni.”
Adi mengangguk. Masalah la ni.
Tak habis-habis. “Pasai pa pulak kali ni? Haa...biaq8 aku teka, mesti adik hang kan?”
“Pandai hang kan? Tak dak
apalah...benda kecik ja.”
“Awatnya?”
“Dia marah aku...”
“Pasai?”
“Aku...” Terus dibuka hikayat
Malim Deman dekat si Adi. Lantaklah Adi nak hentam dia, nak gari dia kat sini
pun sebab dia tumbuk si Reza tu. Tak tinggal parut pun kat dia, yang dia tau,
Pia selamat. Tu aje.
“Hang pi bagi muka dia pecah tu buat apa?”
“Mana ada pecah, sikit ja kot?”
Kuah mi udang tu dihirup nikmat. “Sikit hang kata, lebam kot?”
“Sikitlah tu.” Burrpppp!
“Alhamdulillah hillazi...” Doa selepas makan dibaca. “Aku gerak balik dulu la,
sebab nak kemas barang.”
“Kemas barang?” Amar Zafran
mengangguk. Adi muka pelik. Kemas barang nak kemana?
“Pi mana?”
“Aku stay kat resort ni, dah seminggu.”
“Gila...parah hang ni.”
“Dah dia kata dia benci aku...”
Kertas yang tertulis harga mi udang untuk dua orang makan tu ditarik
masuk
poket, dia bangun berlalu ke kaunter.
“Lepaih9 tu? Hang nak duk mana pulak ni?”
“Balik rumah kot, tak pun aku stay rumah ayah Aji.” Dia berjalan
menuju ke kereta yang di parkir dekat tepi jalan sana.
Ayah Aji, ustaz yang ajar dia
mengaji masa kecil dulu. Yang selalu dia temankan kemana-mana sebab mata Ayah
Aji kena katarak sampai buta sebelah. Jadi, dia tak berapa nak nampak. Hujung
minggu wajib sehari dia stay kat
rumah Ayah Aji, sebab orang tua tu tinggal sorang. Anak-anak semua jenis tak
ambil peduli.
“Aku pun tak tau dah nak buat apa
hampa ni, tapi ni kes paling teruk kot?” Si Amar Zafran mengangguk.
“Aku chow dulu, thanks.”
“Okay, thanks jugak sebab jamu
perut aku ni.” Adi mengusap perut dia. Amar Zafran gelak.
Kereta di parkir di tempat letak
kereta resort. Kaki bergerak menuju ke chalet yang disewa. Barang-barang yang
dah dikemas dalam travel backpack
ditarik letak ke bahu.
“Adik, nak check out.”
“Dah taknak stay dah abang?”
Budak dekat kaunter tu bertanya.
“Cukup dah kot?” Dia gelak. “Err,
bang nak tanya boleh?”
“Apa?”
“Abang ni, pelukis ka? Kami dua
ni selalu tengok abang usung kanvas tu pi balik ke tepi pantai tu
hari-hari.”
“Isk, mana ada, tu nama dia hobi
masa lapang.” Senyum segaris diukir di bibir.
“Abang tak mau jual ka lukisan
tu? Kami rasa boleh bukak galeri apa, kalau abang himpun, lawa-lawa semua yang
abang lukis.” Ramah sungguh budak ni. Layan ajelah.
“Tak terniatlah pulak nak himpun
pi buat pameran, lepas tu jual pulak.”
“Boleh abang, kalau nak kami pun
boleh tolong arrange kat sini, sebab
sini banyak tourist, yang selalu
datang beli lukisan lawa-lawa macam tu.” Budak yang lagi sorang bertutur pula.
“Macam-macamlah kau orang ni,
abang mana ada duit nak sewa galeri bagai.”
“Amboi..tengok jam dengan kereta
pun tau kata kaya.” Terus terburai ketawa si Amar Zafran melayan budak penjaga
kaunter tu.
“Bagilah contact number nanti
kalau ada rezeki, abang memang nak jual semua ni, abang contact.”
“Orait!” Kad dihulur. Amar Zafran
sambut kad tu. “Eh! Eh! Bang, kejap. Lagi satu, gambar perempuan yang abang
selalu lukis cantik-cantik tu siapa?”
Hah? Yang tu pun korang teropong
ke? “Awek.” Pendek. Ringkas. Difahami.
Budak berdua tu gelak.
“Okay, chow dulu.
Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
*****
“Assalamualaikum, ayah...ayah.”
Salam diberi depan rumah papan yang bercat ungu muda tu. Dan dialah tukang cat
yang mengupah segala pekerja termasuk dia, mengecat rumah.
“Waalaikumussalam, Zafran, ayah
kat atas ni, naiklah.”
“Ayah, ayah sihat?” Ayah Aji.
Tangan Ayah Aji dicapai. Dicium.
“Ayah sihat. Kamu?”
“Sihat...ayah dah makan?” Dia
renung muka Ayah Aji sepenuh hati. Kenapalah anak-anak dia taknak ambil peduli
pasal ayah sendiri? Dia yang tak kenal bapa kandung sendiri pun sanggup jaga
Ayah Aji, walaupun sedikit pun tiada pertalian darah.
“Kenapa? Kamu nak masakkan untuk
ayah?” Lelaki berjubah putih tu bersuara. Pelahan. Kitab yang ada di atas meja
kecil di depan duduk silanya ditutup.
“Yang nama Zafran ni ayah, kalau bab
masak memang rentunglah.” Terus lelaki itu gelak perlahan. Tak sekuat Amar
Zafran.
“Kitab apa ni ayah?” Kitab
sebesar kertas A4 tu, dibelek.
“Kitab pasal hari pembalasan.
Ayah ni tulisan jawi je pandai baca.”
“Tau...nanti Zaf pi cari kat
mana-mana bagi ayah. Ni Zaf ada beli TV,esok sampai, dengan DVD player sekali.
Nanti boleh kita tengok ceramah agama dua orang.”
“Benda apa BDB tu?”
“DVD la yah, Zaf nak cakap pun
tak tahu, esok kita tengok macam mana.”
“Yelah...Zafran, banyak sangat
benda yang kamu bagi ayah, tak terbalas ayah nanti.”
“MasyaALLAH, bila yang Zaf suruh
ayah bayar balik semua. Zaf buat semata-mata kerana ALLAH,
untuk ayah.” Bahu
lelaki berjubah putih tu diusap perlahan.
“Zaf sayang ayah...sebab Zaf rasa
yang Zaf ni macam ada ayah, dua orang ayah yang terbaik kat dunia ni.” Terasa
sebab membuku di dada.
“Ayah rasa macam ayah ada...anak
yang paling menyayangi ayah, dari kecil sampai besar.” Terus dipeluk Ayah Aji
erat. Ayah...
“Jom, kita makan kat kedai depan
tu, Zaf bawa ayah, Zaf tau, ayah tunggu Zaf kan?”
“Yelah. Ayah ambil tongkat.”
“Tak payahlah, Zaf pimpin ayah,
macam dulu, macam selalu.” Dan lelaki berdua itu, mengukir senyuman manis. Ini
ayahku, sana juga ayahku...walau apa pun yang terjadi. Syukur. Kerana Engkau
memberikan yang terbaik di celah-celah masalah yang kusut ini ya ALLAH. Mereka
anugerah terindah.
P/S: Nak belajar bahasa utara???
Rujuk bawah...kalau ada yang tak paham..hihi
1.
pekena - makan,
layan...err sukar nak terangkan dengan kata-kata..ekekeke
2.
teruih – terus
3.
kabuqkan – kaburkan
4.
oghang – orang
5.
besa – biasa
6.
belemoih – waa...yang ni orang KL tak lepas lg
sebut...hihi..maksud dia COMOT.
7.
Melukih – melukis
8.
Biaq – biar
9.
Lepaih - lepas