"Along..." Kain telekung yang tersarung ditanggalkan. Dia ambil tempat sebelah Amar Zafran.
" Amar Zafran pandang Pia kat sebelah. Tiba-tiba terasa kepala Pia dah terlentok kat bahu dia.
" Amar Zafran tersenyum sikit. "
" Agak tak faham di situ. "
" Pia senyum sikit. "
" Itu yang Amar Zafran sambung. "
" Kepala Pia diusap lembut. Amar Zafran ni sayangkan awak, Zara Sofea. InsyaALLAH.
Pia jejak anak tangga atas sekali, tiba-tiba bau kurang menyenangkan menusuk hidung. Tajam, nafas terasa sesak. Bau rokok! Bilik utama diterjah, tapi tak ada sesiapa.
Workstation Along pula diterjah. Kat sini, dia nampak Amar Zafran membelakangi dia, memandang tingkap.
"
Al-long..."
"Pia..."
Ashtray atas meja dicapai, puntung rokok yang masih tinggal separuh ditenyeh.
"Along,
smoking?" Teragak-agak dia bertanya. Tapi soalan tu dijawab dengan senyuman.
"
Along...I hate smokers." Amar Zafran tunduk. "
I know." Amar Zafran labuhkan punggung atas sofa.
"
You better quit, and since when you're smoking Along?"
"Zaman
study dulu, pengaruh kawan-kawan kot? Jiwa muda lagi masa tu konon-konon." Pia ambil tempat di sofa, sebelah Amar Zafran.
"Along, abah tau?" Anggukan lemah ditunjuk. Abah tahu, itu pun sebab dia tertinggal kotak rokok dalam bilik. Lepas tu, abah bagi amaran, jangan nak merokok depan abah, depan adik-adik, depan ibu. Dia pegang janji tu, sebab itulah benda yang paling bodoh dia pernah buat sampai sekarang.
"Pia tak pernah nampak pun?" Kotak rokok Malboro warna putih tu dicapai, dibelek, gambar ngeri kat depan tu dipandang. Tak ngeri ke dia orang ni?
"Along, berhentilah. Pia tak suka. Lagipun, fatwa dah keluarkan yang merokok tu haram. Nak tak nak Along kena tinggal." Dia mengeluh, kecewa. Sebab dia baru tahu, Along seorang perokok. Dan dia benci perokok.
"Entahlah Pia, mungkin tak ada orang nak
push Along suruh tinggal benda-benda ni semua." Dia genggam erat tangan Amar Zafran.
"
Hubby...promise me?" Dia pandang muka Amar Zafran. "
Promise." Tangan Zara Sofea yang tengah erat menggenggam tangan dia dikucup lembut. "InsyaALLAH, tapi Pia kena tolong." Sengihan lebar ditayang. "
I will."
"Kenapa Pia tak pernah nampak pun Along merokok sebelum ni?"
"Tu sebab, Along taknak Pia benci Along."
"Habis, takkan nak suruh sayang pulak kalau dah merokok, nak peluk cium sambil lompat katak, bila dapat tau yang Along merokok?"
"Habis sekarang ni bencilah?"
"
Fifty-fifty." Lepas dia cakap, terus mulut ditekup. Erk!
Fifty tu benci, habis lagi
fifty tu kau nak cakap apa pulak Zara???? Haish! Dia kerling sebelah, nampak encik suami tengah depangkan tangan ke penyandar sofa dengan gaya seronok-tak-tentu-hala.
"Pia nak turun buat
hot chocolate, Along nak?" Amar Zafran pandang muka dia. Dia dah pusing arah lain. Encik janganlah pandang saya macam tu,
I'm melting! Ngee! Mulut aku ni kena pakai penapis kot, asyik nak keluar ayat bikin malu diri sendiri saja. Aigoo! "Nak." Itu jawapan yang dia dengar. Cepat-cepat dia keluar dari bilik. Haish! Kedua-dua tangan dikibas kemuka. Panas!
*****
"Along, harini kita pergi klinik." Dia capai kasut dengan stokin hitam atas meja. Dihulur ke arah Amar Zafran. "Pia, you don't need to do this, Along boleh ambil sendiri kot? Pia bukan orang gaji kat sini, sayang."
"Along ingat tau? Tengahari lepas Zohor."
"Pia telefonlah ingatkan Along." Tangan dihulur, bersambut. Klinik, ya klinik untuk berhenti merokok. Pia yang daftarkan dia untuk ke sana. Bersungguh-sungguh Pia nak dia berhenti merokok, dia pun tak tahu macam mana dia boleh terjebak dengan rokok ni semua. Mungkin masa tu, ingat merokok ni macho. Tapi, sekarang ni, bila nak bernafas pun terasa sesak dada, tu namanya baru 'macho'. Haish! Amar, what you've done? Your 'macho' gone long since your first cigar.
"Along gerak dulu."
"Ye...assalamualaikum."
"Waalaikumussalam...jangan lupa solat, jangan lupa mengaji, jaga maruah diri, jaga maruah Along." Dia angguk sambil tersenyum. Setiap hari sebelum Along pergi, Along akan ingatkan dia semua tu, dia dah boleh hafal dan amalkan.
Kaki ditala ke bilik stor, berdekatan dapur. Hari ni, hari untuk mengemas rumah sebelum pergi klinik nanti. tiba-tiba dia perasan lukisan berdekatan tangga, yang dibingkaikan.
"Macam kenal aje lukisan ni?" Dia pandang lukisan cat air, berlatarbelakangkan kawasan pesisir pantai yang membiru. Dengan belon udara panas di langit, dengan dua orang kanak-kanak.
"Kenapa Pia lukis gambar belon udara ni ada budak dua orang?" Lukisan itu ditarik dari tangan dia.
"La, yang tu Along, kat sini sebelah sini Pia." Dia tunjuk dengan jari. "Along tak nak naik dengan Pia."
"Along kena jugak, sebab Pia nak tunjuk Along apa yang orang jarang dapat tengok." Pia tersenyum sumbing.
"Apa yang jarang tengok?"
"Pia nak bawa Along tengok bumi."
"Bumi?"
"Ibu cakap, Bumi ni indah, Allah ciptakan dengan cukup sempurna, nak-nak lagi kita dapat tengok dari atas, semuanya, cantiknya ciptaan Allah tu." Dia bertutur. Walaupun dia baru berusia 11 tahun masa tu, tapi dia tahu, itu yang dia paling teringin nak buat sepanjang dia hidup.
"Pia kecik lagi, tunggulah dah besar sikit Along temankan Pia, Along janji."
"Janji?"
"Janji." Jari kelingking diangkat tinggi. Janji kanak-kanak.
"Along janji.." Dia tersedar bila perkataan tu meluncur keluar dari mulut. Haish! Melamun. Dia sentuh cermin yang melindungi lukisan tu. Ini lukisan dia, tapi mana Along dapat dia tak tahu. Lukisan yang dia lukis masa dia darjah lima dulu. Masa dia teringin sangat nak naik belon udara panas, yang sampai harini dia tak dapat naik lagi. Along simpan untuk apa? Tunaikan janji dia? Merapulah Pia, Along mungkin dah tak ingat benda apa yang dia janji tu. Dia teruskan dengan mengemas rumah.
"Pusat Rawatan Islam As-Syifaa'?" Dia belek web tu satu persatu. Lepas habis mengemas tadi, dia melepak dekat gazebo ni, lepaskan lelah. Sambil-sambil cari rawatan alternatif untuk encik suami berhenti merokok. "Ada rawatan untuk berhenti merokok?" Dia keluarkan Galaxy dari poket seluar dia. Simpan nombor pusat rawatan Islam tu.
"Boleh ajak Along nanti." Milo panas disisip sedikit. Penghilang dahaga.
*****
Lendir jernih pekat keluar dari hidung dengan mulut Along, Pia urut-urut pangkal leher encik suami. Banyaknya lendir, gayung warna merah tu suku penuh dengan lendir pekat tu. Ustaz cakap, tu tanda-tanda ketagihan rokok Along. Sampai pagi tadi, orang tak ramai, cepatlah dia dapat jumpa ustaz.
Hanya air dalam botol mineral 1.5 liter itu sahaja yang digunakan untuk rawat Along. Ayat suci Al-Quran dibaca dan dihembus ke dalam botol sebelum Along minum. Dan efek dia, sekarang nilah. Sampai meleleh-leleh air mata Along dia tengok.
"Air ni dah dibacakan dengan doa, minum pagi dengan malam, mulakan dengan selawat dengan niat untuk menyembuhkan, lagi dua minggu datang balik, insyaALLAH, saya akan bagi lagi air ni."
"Terima kasih ustaz." Amar Zafran menghulur tangan. "Tetapkan hati untuk berubah, insyaALLAH, dengan izin ALLAH, kita dapat tengok hasil dia nanti." Bahu Amar Zafran ditepuk beberapa kali, Pia melangkah keluar.
"Along rasa macam fresh sikit sekarang ni." Hidung ditenyeh-tenyeh. Pia pandang sambil senyum. Alhamdulillah. Pia mencebik bila terasa tangan dia dicapai. "Eii, tenyeh-tenyeh hidung dia pegang tangan orang pulak. Tak senonoh sungguh perangai tu."
"Biarlah." Pendek. "Pia dah isi UPU?" Pia mengangguk.
"Bila result keluar?"
"Entah. Tengoklah nanti, Pia tanya Aisha."
"Pia mintak dekat je kan?"
"A'ah. Dekat Johor."
"Jauhlah tu."
"Dekatlah, dekat Johor kan?"
"Zara Sofea..." Suara tu dah bergetar amaran. "Ye, ye Pia mintak dekat je. Dekat sini aje, tak jauh pun."
"Bagus, kalau duduk hostel pun, Along kira halal la tiap-tiap hari pergi melawat kan?"
"Tu dia, takkanlah sampai tiap-tiap hari?"
"Habis? Ehemm.." Dia berhenti sebentar sebelum Pia ditarik lebih dekat. "...kalau Along rindu?"
Muka dah terasa berbahang. Apalah pakcik ni, timbulkan soalan macam tu pagi-pagi ni?
"Kita singgah masjid dulu, Along nak rehat sampai Zohor kejap lagi." Pia mengangguk.
*****
Kaki diatur ke pintu sebelah penumpang, Along dah sedia tunggu dalam kereta, beg telekung diletak di belakang tempat duduk. "Lamanya kalau orang perempuan bersiap."
"Bukan bersiaplah, Pia tertidur."
"Tidur??? Tak heranlah Pia tak jawab telefon Along yang lapan puluh lapan kali tu."
"Agak-agaklah, masuk kali keempat tu Pia dah terjaga dah. Cuba jangan menipu sangat bunyinya?" Dia nampak Amar Zafran tersengih.
"Pia..." Muka tetap ditala ke tingkap kereta. "Hmm..."
"Pia sayang Along?" Rasa nak tercabut tali pinggang keledar tu bila dengar soalan luar orbit Along yang sungguh out of the blue tu.
"Sayang." Pendek. "Bukan, maksud Along, Pia sayang Along?"
"Pia dah jawab kan?"
"No, I mean, sayang." Haish! Apa kau merapu ni Amar Zafran?
"Astaghfirullahal'azim..." Sebelah tangan diraup ke muka. "Pia...Pia boleh terima Along dalam hidup Pia?" Dia pandang muka cik isteri di sebelah. Pia pandang muka dia balik. Sambil senyum. "Pia ikut janji ALLAH." Amar Zafran tersenyum.
"Along, macam manalah kalau Pia duduk hostel kan?"
"La, macam belajar dululah, tempat je lain-lain."
"Tu Pia tau, yang Pia tanya sekarang ni, Along."
"Apa kait dengan Along pulak, Pia yang nak belajar bukan Along, takkan nak heret Along duduk hostel pulak? Tak ke pelik manusia-manusia tu pandang kita nanti? Tak pernah dibuat orang, suami-isteri duduk hostel. Rumah punyalah besar, buat apa Along nak pergi duduk sana pulak?"
"Ya RABBI, Along merepek apa ni? Pia taulah, tapi Along tu, macam mana, how you'll survive without me? Apa nak jadi dengan rumah tu? Berhabuk ke nanti? Nak-nak dekat dapur tu, kan?"
"Ooo..salah eh?"
Sengih dibuat-dibuat sengaja ditayang. "Taklah, Along semua betul, mana ada salah." Pia diam, Amar Zafran juga diam sambil tersenyum.
"I'll miss you, I'll miss your banana smoothies."
"Come again?"
"I said I'll miss your comot face."
"Menyampah." Dia dengar, dan dia sengaja buat-buat tak dengar. Tapi sengihan tiba-tiba terukir di bibir dengan sendirinya.
p/s: i know, this might be not worth a long wait..but i'm trying..tolak ketepi semua ke'busy'an saya untuk ini...yang dah bersawang..konon-konon entri new year..hahahaha :D, sooryyyyy...mian-ham-needa! may ALLAH bless!