Sayang sayang semua...I've to stop PIA at this point. Publisher told me to focus on my manuscript...insyaALLAH, we'll meet PIA on printed version..pray for me, pray for the great idea to come, and may ALLAH put everything at ease.. ^^v >> and insyaALLAH, the next entry will be AWAK?!
mY wOndErWaLL
WELCOME!comel tak blog baru kite??hihi...i really hope after this I'll extra spirit to update new entry...bcoz I really love this cute skin! ^^
MAY
ALLAH,bless,you
nAviGate?

Profile Blog Links Joined Credits
I am ME
writing and reading are part of me. bla..bla..bla..okayy sebab I love talking+merapu+gelak tak ingat dunia. so fullstop! ^^

FriEndS + faCebOoking
Sakeena Wonderwall

Create Your Badge
SpiLL
Daily Reads
EDNIN | DENA | Dr. CINTA | Yasmin Mogahed | 7sW

Rotten Things
April 2011 | May 2011 | June 2011 | July 2011 | August 2011 | September 2011 | January 2012 | February 2012 | March 2012 | May 2012 | June 2012 | July 2012 | August 2012 | September 2012 | October 2012 | November 2012 | December 2012 | January 2013 | April 2013 |

pia 23
pia 22
pia 21
pia 20
pia 19
pia 18
pia 17
pia 16
pia 15
pia 14

mAsTerPieCe?? HAHA :P
Links

awak?! - 4
Written at Monday, September 19, 2011 | back to top

"Hani, sini, aku ada beli keropok lekor tadi." Aku yang tengah kuyu mata, rasa macam nak tidur ni, terus jadi segar bugar dengar perkataan keropok lekor tu.Penat baru balik kerja belum hilang lagi sepenuhnya dari badan aku ni.

"Terharunya aku dengan kau ni Mimi, dah sibuk nak kahwin pun sudi lagi jamu aku keropok lekor ni." Terus aku buka sila dekat meja kopi tu. Satu keropok lekor nipis rangup tu aku gigit sedikit. Rasa dia tak usah cakap la, memang berbaloi-baloi!

"Kau memang, asal aku belanja je terharu la kau, kan?" Aku pusing tengok dia sambil sengih sampai ke telinga dengan keropok lekor yang masih digigit. 

"Ish! Burok nau aku tengok muka kau buat macam tu Hani." Yana sambung. Aku buat tak layan je.

"Pinjam riba kau." Aku terus letak kepala atas riba Yana, best sungguh, macam letak kepala atas tilam empuk! Haha! Mesti Yana bengang dengan aku kalau aku cakap dengan dia macam ni.

"Uih! baru lepas makan terus landing kau ye? Bertuah punya kanak-kanak." Tapi dia tetap duduk macam tu, tak ubah pun dia punya koordinat, kira halal la tu aku tidur atas riba dia.

"Cerita apa yang tengah main ni?" Aku tengok cerita orang putih tu baru nak mula.

"Final Destination 4." Dua-dua jawab serentak.

"Euwww...nasib keropok lekor dah selamat masuk perut, kalau tak mau tujuh keturunan aku tak makan keropok lekor sebab tengok movie ni." Budak berdua tu dah terkekeh-kekeh gelakkan aku. Eleh! Macamlah aku tak tau yang si Yana seminggu tak makan burger. Si Mimi pulak seminggu tak minum air masak sebab tengok Final Destination 1-3.

Tengah seronok aku layan scene accident kereta dekat litar tu, handphone aku melalak-lalak mintak diangkat. Aku pandang skrin Blackberrry Torch tu sayu. 

"Ya...tolong?" Aku pandang muka Yana mintak simpati.

"Siapa?" Dia angkat kening. 

Aku tunjuk nama dekat skrin yang bertulis Disturbia. Yana dah pasang gelak habisan. Dia kenal sangat dengan Disturbia kat skrin telefon aku tu.

"Hello, assalamualaikum." Yana buka loudspeaker.

"Waalaikumussalam, Encik Adi, nak cari Hani ke?"

"A'ah, dia ada?"

"Ada, tengah mandi, nak cakap dengan dia ke? Saya pergi panggil?" Aku dah terjojol-jojol biji mata, marahkan si Yana tu. Cakaplah aku tengah tidur ke apa ke, yang membolehkan aku tak jawab panggilan dia mangkuk!

"Eh! Tak payah, just tell her that I'm waiting for her outside." Aku rasa nak lari masuk dalam almari sekarang ni. Si Disturbia tu tunggu aku kat luar? Mimi dah menghendap dari balik langsir, konon dia tu sesumpah, warna boleh tukar sama dengan warna langsir. Aku pejam mata rapat. Apa lagi??

"Okay! Waalaikumussalam..." Blackberry Torch dah sampai balik kat tangan aku.

"Kau pergi cakap aku mandi buat apa?" Bengang je aku. "Cakaplah aku tengah tidur ke, apa ke?"

Yana sengih. "Kalau tak aku nak cakap kau tengah memerut sebab makan julap, tapi tak sampai hati pulak rasanya." Aku jeling dia.

"Apa orang tua tu nak?" 

"Urgent, pergi siap, dia tunggu kat luar."

Aku panjat tangga geram. "Marah ke cik kak?" Aku geleng.

"Aku bengang dengan si Disturbia tu la, tak habis-habis!"

"Jangan marah...nanti sayang..." Aku buat gaya nak muntah! 

Aku dengar gelak tawa riang gembira minah dua orang tu kat bawah. Mengalahkan langsuir!

"Selamat berlatih bersabar." Aku angkat kasut nak baling kat muka dua orang tu, tapi cepat je dia orang mengelak.

*****

"Awak tahu tak berapa lama saya tunggu??" Aku baru berdiri tepi kereta dah kena sound. Hekeleh dia ni, macamlah tak pernah lambat. At least bagi la aku hint ke apa ke? Sampai separuh jalan takpun semeter dari rumah dia bagitau ke? Ni tak. Tup-tup dah ada tercongok kat depan rumah ni.

Aku pusing balik arah pagar, aku memang dah malas ni, jangan sampai aku masuk balik dalam rumah karang. Sampai esok pagi pun aku tak keluar lagi dah.

"Heyp! Sini!" Aku pusing balik arah kereta.

"Saya tengah mandi, syok-syok beraromaterapi dalam bathtub, yang bos datang kacau tu buat apa?"

"Bathtub?"

"Apa?? Ingat rumah kecik macam kita orang ni tak mampu pakai bathtub ke?" Memang tak mampu, sedih...hukhukhuk. Aku taram tipu je. Sebab dah bengang kan?

"Saya tak cakap pun." Pendek je. Bikin panas ni, aku terasa nak memberikan suatu perasaan yang hari-hari aku rasa kat dia ni. Okay tak?

"Kita gerak pergi makan dulu, lepas tu baru bincang."

"Bincang?"

"Pasal projek Bayu Idaman yang berkonsepkan eco-green tu."

Aku angguk je. Sungguh aku penat ni, terkuap-kuap aku tahan kantuk. Lastly, aku menguap aje mengalahkan badak air.

"Awak ni, menguap mengalahkan badak air!Baru pukul 10.30." Ada sambungan bebelan dia belakang tu ye?

"Apa bos? Bos bengang takleh jumpa mata air?" Saja aku buat pekak! Lagipun, tengah lalu kawasan bukit, automatik barometer telinga aku tak stabil.

"Rally cap kapak la awak ni."

"Oooo...nak minyak cap kapak, ada bos, kejap." Masa nilah aku nak mebengangkan dia secara halus.

"Malas nak layan orang pekak macam awak ni." Intonasi dia dah ada aura-aura bengang.

"Saya memang takde kakak bos!"

Aku ketuk-ketuk kepala aku saja buat aksi.

"Kita makan kat sini!" Haha! Dah tau macamana rasa bengang kan bos? Best tak rasa bengang bos?

"Okay je, saya pun dah muak makan nasi bos."

"Hilang terus pekak awak ni ye, bila nampak McD?"

"Bos payung la bos, saya ada 4 ringgit je dalam purse." Aku buat bangang dengan isu pekak tu.

"Awak kerja sini, bayar bil makan awak sendiri kejap lagi." Aku buat isyarat ok, patah balik nak tunggu dalam kereta.

"Sinilah! Payunglah ni!" Kira aku merangkap jadi assistant penting la ni. Kena mintak up gaji ni.

Aku jalan masuk dengan muka selamba terus cari tempat duduk.

"Bos, belikan sekalilah." Selamba aku arahkan dia.

"Awak ni...."

Tak sempat dia sambung aku dah sambung dulu. " Jangan marah...nanti saya balik rumah, bos kena jual!"

"Hisy! Nak apa ni??" Whoa! Macam tak perasan je orang keliling, cakap kuat-kuat eh?

"Spicy Chicken McDeluxe, with cornetto sundae and apple pie." Apa lagi? Alang-alang dia nak payung aku ni. Hurmm!

"Lagi?" Intonasi menyindir kedengaran. Haha!

"Ahah! Plus one large fries!"

"Ambil kesempatan la tu." Aku kulum senyum bila dia dah tarik muka. Ooo...baru aku tau, ada perasaan jugak dia ni ye?

Dia datang balik lepas 10 minit, orang tak ramai, senang kerja. Dia keluarkan dokumen alah dari beg dia.

"Jap-jap bos!" Aku buat-buat terkejut.

"Kenapa awak ni??" Dia sekali dah terjerit.

"Makan dululah bos! Lapar ni." Aku buat muka kesian.

"Yelah! Karang bebel-bebel cakap saya ni itulah inilah..." Aku dengan selamba letakkan cili sos kat burger, terus ngap! Dia tengok je aku.

"The taste was different...emmm...delicious, tasty...nice." Dia tengok muka aku sambil dengar aku bercakap.

"Apa yang lainnya?"

"Bos letak racun eh?"

"Awak nak kena lempang??" Aku sengih.

"Taklah, rasa dia lain sebab bos belanja!" Aku terkekek-kekek gelak.

"Awak ni kan..dah, habiskan, nanti pukul 2 pagi saya hantar awak balik baru tau! Esok pagi-pagi lepas subuh awak pergi kerja, nak??" Aura bos dah datang balik la tu. Dengki sungguh nak tengok aku bersenang-lenang.

"Apa dia?"

"Apa? Apa yang apa?"

"Bos nak bincang pasal apa ni, takkan bos nak bincang pasal majlis kahwin bos 4 tahun akan datang kot?"

"Boleh tak jangan nak sakitkan hati saya?" Sambil selongkar briefcase dia.

"Boleh, asalkan bos pun taklah menyakitkan hati saya."

"Awak dah study pasal projek ni?" Aku angguk.

"Ada jugak sikit lagi nak habis, pasal MFI (Money Flow Index) tu belum lagi."

"Good, ni draf simple untuk projek tu, untuk buat awak senang faham." Dokumen setebal 15 mukasurat tu aku ambil. Huih! Macam orang korporat pulak aku malam-malam ni, sambil gigit burger sambil tengok file. Sibuk betul!

"Eco-green concept mean, every aspect should be Eco-friendly, so every raw materials and single products yang kita booking from suppliers must be Eco friendly. Right?"

"Yes...and you've to finish your MFI for this project ASAP, do you copy?" Do you copy?? Memang gaya pun dah macam rejim tentera laut, tak heran la kalau selalu kena marah tu.

"Yes boss!"

*****

Labels:

awak?!- 3
Written at Monday, June 20, 2011 | back to top

"Aku rasa bos kau tu anti perempuan kot Yana?" Aku cakap kat dia masa kita orang tengah hadap breakfast kat kafe kat bangunan ofis Yana ni, kira merangkap bangunan ofis aku jugak la mula harini.

"Kau ni, tak habis-habis anti bos aku tu." Dia sedut milo panas dia. Aku sedut teh o limau aku.

"Nak buat macamana? Dah dia anti aku dulu." Aku main jungkit bahu je.

"Dah dari kau kutuk bos kita tu, baiklah kau doa banyak-banyak mintak kau ni tenang hati hari first masuk kerja ni." Aku sengih. Sumbat mi goreng dalam mulut.

"Awal lagi ni, toilet jom?" Aku ikut Yana ke toilet hujung kafe. 

Nak masuk pintu sini semua kena pakai access card punya. Nasib baik Yana bagitau aku dulu, kalau tak aku main serbu je masuk tandas tu, buat tebal muka aku saja. Tu pun dia ajak aku buat kat kaunter lobi kat bawah sana nun. Aku punya tempat kerja level 5, semua bangunan ni ada 10 tingkat. Kafe kat level paling bawah.

"Dah sampai." Aku nak langkah masuk. Tapi Yana sempat sekat.

"Apahal kau? Kalau nak jadi sentri ke pak guard ke, baik kau tak payah kerja sini, main sekat-sekat pulak."

"Apanya, aku nak bagi nasihat baik ni." Aku tengok dia. Mulut dia terkumat-kamit.

"Kau nak mandrem aku ke Ya?" Dia jeling aku.

"Aku baca doa. Kau langkah masuk kaki kanan dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim...." Aku ikut je cakap dia.

"Kau kenapa?" Tapi betul jugaklah apa yang minah ni suruh aku buat.

"Dah kau anti-bos, bos anti-kau, baik kau baca doa dulu." Aku tergelak.

"Thanks Ya. Aku macam seram sejuk je nak lapor diri kat manusia yang nama bos tu." Yana gelak. 

"Gelak apa ni? Suka sangat?" Aku terdiam. Pusing belakang. Sengih tayang gigi putih aku.

"Sorry bos, tak perasan bos sampai." Yana cakap.

"Takda hal, morning."

"Morning." Aku tiba-tiba berdiri tegak. Macam prebet dalam barisan je gaya.

"Cuak aku der.." 

"Tengok dia, aku tak nampak pulak apa hal sangat dia anti kat kau, aku tengok ok je?" Yana urut dagu dia.

"Dah aku nak pergi bilik dia, nak lapor diri."

"Yelah, aku nak pergi tempat aku, fail-fail yang bertimbun tu, aku je yang nak kena semak, tak boleh orang tolong."

"Habis, dah kau je akauntan kat sini. Kan?" Dia garu kepala.

"Dah, selamat menghadap bos aku ye Cik Hani, kalau kau rasa dia ok, bolehlah kau masuk line."

"Tolonglah, tak kuasa aku." Aku kibaskan tangan kat muka.


*****

Aku ketuk pintu kaca kat depan.

"Masuk."

"Pagi bos." Aku berdiri depan dia.

"Ada masalah ke?" Terus dia tanya lepas tengok muka aku 2 saat. Sah dia ni ada masalah ingatan, baru 2 hari lepas suruh aku lapor diri pagi ni. Hello! Dah lupa ke?

"Saya ingat saya kena lapor diri, masuk kerja hari ni. Tak kena ke bos?" Aku perli dia.

"Saya ingatlah, awak ingat saya ni tua sangat ke nak lupa? Awak baca agreement ni dulu, lepas tu sign."

Aku punya belek surat perjanjian untuk tandatangan sebelum mulakan kerja baru aku hari ni. Dekat-dekat 5 minit jugak. Tebal kot!

"Awak ni membaca ke, mengeja satu-satu??" Aku angkat muka. Elok je aku angkat pen nak turunkan tandatangan aku. Dia dah menengking. Tak sabar sungguh!

"Aikk bos?? Tadi suruh saya baca, saya baca pun salah? Kalau orang masuk masuk pertandingan bercerita pun tak habis lagi 10 minit bos, panjang sangat!" Orang macam ni jangan di layan. Kalau layan, sah-sah aku pun jadi macam dia, nak marah orang je semedang.

"Pandai awak bercakap kan?" Aku senyum sinis. Nasiblah Hani! Dah dapat kerja kan? Redah jelah.

"Memanglah, saya bukan bisu pun." Aku tayang gigi kat dia. Mata dia dah macam nak terkeluar tengok gaya aku. Eleh! Plumbum punya bos. Gila kerek!

"Dah??" Ni aku musykil. Agaknya dia ni tekanan tak ada awek kot? Nak cakap 'dah' tu pun sampai nak terkeluar anak tekak agaknya.

"Dah bos!" Dia bangun sambil teliti surat perjanjian tadi.

"Okay. Awak boleh mulakan kerja sekarang." Aku duduk lagi kat kerusi dalam bilik dia.

"Apa tunggu lagi?"

"Tak..saya tunggu jugaklah kot-kot bos nak tunjuk bilik untuk saya. Takkan saya nak buat kerja sebilik dengan bos kot?" Aku tanya dengan muka tak bersalah.

"Awak dah gila ke apa?"

"Taklah, bukan saya yang gila." Nak je aku cakap. Tapi bos tu yang gila! Suka nak marah orang!

"Tu bilik awak!" Dia tunjuk bilik kaca sebelah bilik dia. Dekat sangatlah!

"Ni taknak kenalkan saya dengan staf kat sini ke?" Aku tanya lagi. Karang nak mintak tolong susah pulak.

"Yelah!" Muka tak pernah senyum. Agaknya kalau dia senyum dia takut aku gila setengah mati kot kat dia. Choy! Ingat aku ni terdesak sangat ke?

"Jom." Aku ikut je belakang dia.

"Guys!" Dia tepuk tangan. Semua orang tengok muka aku. Aku sengih.

"This is our new Project Engineer, she'll take over Hakim's job."

"Nama siapa?" Kakak yang sorang tu tanya.

Aku nak buka mulut. "Ir.."

"Panggil dia Hani." Aku jeling sebelah. Amboi-amboi! Suka jantung dia ja nak suruh orang panggil aku Hani. Bila aku bagi mandat entah?

"Aaa..Hani." Terus aku salam dengan semua staf perempuan, yang lelaki aku anggukkan kepala tanda respek kat dia orang. Aku orang baru kot, tak payah nak berlagak.

*****

"How's here?" Masuk hari kedua aku kerja baru dia nak tanya aku okay ke tak?

"Okay..semua orang baik..." Tapi ada sorang yang suka bagi ayat yang selalu je nak bagi gegendang telinga aku rosak.

"Kerja?" Aku tengah hadap fail projek dekat Alam Megah tu, katanya, Hakim sempat urus separuh jalan je.

"Okay." Aku teliti satu persatu benda dalam tu, dia dah duduk depan aku, atas kerusi.

"Yang awak ni tak reti ke, bila bercakap tu tengok muka saya? Saya ni bos awak tau?" Aku tarik nafas. Tutup fail. Lepas tu letak dua-dua tangan atas meja.

Aku pandang muka dia, tak berkelip. Dia tengok keliling bilik aku. Tak puas hati tang mana entah.

"Kenapa awak tengok saya macam tu?" Kali ni aku rasa nak tepuk dahi.

"Dah bos suruh saya tengok muka bos, bila saya tengok, tak pulak bos bercakap."

"Tengok saya bila saya bercakap je." Muka macam tapir masuk longkang. Cemberut je semedang. Aku ni kira paksa rela je ngadap muka dia yang tak reti senyum tu.

Agaknya senyum dia tu manis sangat, jadi dia sedekahkan kat mak dia, suruh buat bancuh air. Serius! Dia tak pernah senyum dengan aku, walaupun sebelum tu dia tengok handset sambil senyum sampai telinga pun.

Aku pandang fail balik. Sambung teliti fail tu sampai bawah. Dia masih tak berganjak dari kerusi empuk depan aku. Apa dia ni? Rimaslah!

"Saya ingat bilik bos kat sana." Perlahan aku cakap sambil hirup cappucino dalam mug.

"Yang awak nak perli saya tu kenapa?" Dia bangun. Tarik pintu terus balik bilik dia. Sawan kot? Aku tanya je, bukan halau pun (halau cara halus je).

Tak sampai pun 2 minit, telefon dah berdering. " Sah mamat midlife crisis ni." Aku angkat.

"Masuk bilik saya!"

"Sekarang ke bos?"

"Taklah esok pagi."

"Okay." Aku letak telefon. Malas nak bertekak. Buat kering air liur aku je.

Seminit lepas tu, telefon berdering lagi sekali. "Hello."

"Kenapa awak tak masuk bilik saya?"

"Bos kan cakap eso..." Aku tepuk dahi, yang aku pun betul sangat kenapa entah.

"Saya ke saan sekarang!" Aku bangun. Terus keluar pergi bilik dia.

"Ya bos?"

"Have a seat." Cakap pun tak tengok muka aku. Agaknya muka aku ni macam mak tiri dia yang sebaya aku tak? Sebab tu dia asyik nak marah aku je? Kan? Agak-agak kalau aku bagi alasan ni kat Yana dia boleh terima tak?

"Thanks." Aku tarik kerusi duduk depan dia.

Betulkan tudung aku yang dah senget benget. "Ada apa bos panggil saya?" Tak lain tak bukan mesti nak maki aku kan?

Dia betulkan duduk, hirup kopi panas yang Alice bancuhkan kejap tadi kot? "Ada kerja yang bermasalah?" Dia cakap sambil pegang cawan kopi kat tangan. Fuh! Gaya korporat je lebih, tatasusila aku bagi 1/10 je.

"So far, belum jumpa apa-apa masalah, I just need to arrange all the job yang Hakim tinggal untuk mudahkan saya bos."

"Alice dah bagi ke senarai orang-orang yang awak perlu contact untuk projek separuh jalan yang Hakim tinggal tu?"

"Dah dapat, tapi..."

"Tapi apa? Segan nak contact sebab tak kenal? Awak ingat ni zaman sekolah ke nak kenal mengenal dulu??" Ciss! Mak aku pun tak pernah menengking macam tu tau tak?

"Bos,I mean, I have to study all the information about the project before I can proceed to another step.Don't I?"

"Lepas ni saya nak awak tengok balik apa yang Hakim tinggal, projek tu dah tergendala sekarang."

Lagi-lagi nak sound aku sebelum sempat aku bagi penerangan. Kalau bertanding nak jawatan Menteri Penerangan, aku gerenti kena reject awal, sebab aku rasa dia ni jenis tak suka penerangan dari orang.

Tba-tiba je telefon atas meja dia berbunyi. Aku tengok gaya dia tekan pelipis kepala tu macam taknak jawab telefon je. Ke tak dengar?

"Telefon bos?" Aku tunjuk telefon yang dah melalak-lalak minta diangkat.

"Saya taulah! Habis takkan mesin photostat pulak yang bunyi?" Aikk?? Kena sound lagi aku? Aku urut dada. Sabar Hani!

"Ye Yana? Laporan bulan lepas ada masalah? Datang jumpa saya." Telefon di letak.

Lima minit. " Eh?? Kau pun ada kat sini?" Aku angguk.

"Please have a seat Yana." Lembutnya bercakap bila dengan Yana tu, ala-ala laut je. Dengan aku ni macam kena panah petir tekak dia tu kalau bercakap.

*****

"Okay harini?"Aku geleng. 

"PenatlahYa, aku kena teliti balik projek Alam Megah tu. Tergendala." Aku tekan pelipis! Ya RABBI, sakit pulak kepala ni.

"Ya..."

Yana bangun angkat kepala aku. Picitkan. "Kau stress ke? Dah lama aku tak tengok kau nak migrain macamni?" 

Angguk. "Mana aku nak menghadap fail-fail macam-macam jenis tu. Mana nak tadah telinga dengar bos berucap dengan penuh 'kasih-sayang' dekat aku?" Aku rasa tertekan ni!

"Aku pun pelik la, kenapa dengan kau angin dia boleh berubah ikut kelajuan cahaya?" Dia urut dagu sendiri.

"Kan? Aku rasa macam aku ni muka macam mak tiri dia yang sebaya aku kot?" 

"Hisy! Setahu aku, bapak dia baik je." Dia tampar bahu aku.

"Kau itulah, semua aku cakap tak betul. Baik kau spy bos tu, mana tau betul ke tekaan aku tu? Kan?" Aku tekan lagi kepala yang berdenyut. Alahai! Dapat MC kan bagus?

"Hani, aku rasa kan?" Aku angkat kening.

"Mende?"

"Aku rasa dia tu..."

"Midlife crisis comes early?" 

"Bukanlah!" 

"Habis?" 

"Aku rasa dia sengaja nak uji kesabaran kau kot? Tak pun nak cri calon menantu baru untuk mak dia?" 

"Teori yang mula-mula tu boleh pakai lagi, tapi yang kedua tu aku rasa kau hilang skru. Tak ke bila dia marah tu, aku rasa macam nak lari?"

"Mana tau?"

"Jangan ni buat spekulasi kau yang selalunya tak betul tu." Dia sengih. Aku bangun. Terasa nak lelapkan mata dalam bilik terus.


Labels:

awak?!- 2
Written at Saturday, June 4, 2011 | back to top

Bruno Mars- Talking to the Moon berlagu riang. Mak! Kejap-kejap! Aku betulkan tudung Arini yang aku pakai. Kerongsang besar aku pinkan di di bahu sebelah kiri dengan kanan. 

"Assalamualaikum! Mak!" Sambil aku kerling jam. 6.50 pagi. Gila awal! Semangat kot nak pergi interview.

"Waalaikumussalam, dah siap?"

"Dah mak, lepas Subuh terus siap, mak doakan Hani ye mak?"

"Yelah, hati-hati drive abah pesan." Aku sengih tiba-tiba.

"Yelah, insyaALLAH." 

Mau abah tak pesan aku macam tu? Dulu pernah sekali masa zaman sekolah, abah perasan aku merempit tak ingat dengan Jedi, anak Pak Mat Talam (sebab ayah dia jual tepung talam, nama dia dah macam tu orang panggil) lepas balik sekolah. 

Lepas tu, terus abah tarik balik lesen aku naik motor pergi sekolah. Tak pasal-pasal aku pakai driver pergi sekolah, maksud aku, abah aku sendiri dengan volunteer hantar dengan ambil aku. Padan muka aku kan?

*****

Semua fail-fail kat tangan aku pegang erat. Yana tunjuk aku kaunter sekretari dia punya bos. Sekretari  bos dia yang nama Alice tu tunjukkan bilik besar gabak kat hujung sebelah kiri. Aku dah cuak semacam je. Tak sedap hati kot?

Pintu kaca depan mata aku ketuk dua kali.

"Come in." Suara lelaki kat dalam menyahut. Aku langkah masuk.

"Where's my black coffee?" Tiba-tiba je tanya. Kopi?? Aku tunjuk muka sendiri, aku ni nak datang interview jadi project engineer ke nak jadi tea lady ni? Betul ke Yana ni? Aku perhati sekeliling. Nampak cawan kertas yang biasa orang isi kopi.

"Err, on your right side." Bos si Yana tu still pandang kertas kat meja. Tekun gila. Main raba-raba je cari kopi dia. Buta ke apa bos Yana ni?

"Thanks." Dia senyum kat kertas yang berselerak atas meja. Isk! Aku jalan lagi dekat, nak jenguk untuk pastikan yang dia tu betul-betul buta ke tak. Konfius aku ni.

"So, apa agenda hari ni?" Isk, tak pulak aku tengok tulisan braille kat kertas ni, semua main print out je segala. Aku dekatkan muka ke meja.

"Err..." Terkial-kial aku nak menjawab. Sambil tengok-tengok segala dokumen atas meja dia yang macam sarang memerang liar tu.

"Alice?!" Dia angkat kepala. Aku pun angkat kepala jugak.

"Whoa! awak siapa?"

"Err..I thought I'm gonna have an interview with you sir." Terkejut aku. Fuh!! Aku patah balik ke pintu.

"Interview??" Muka pelik.

Yana kau jangan macam-macam Yana! Betul ke ni? Kalau tak betul aku saman malu kang! Dia dah buat muka pelik macam satu haram pun dia tak tau.

"Oh! Yeah! Untuk Project Engineer tu kan? Come, please have a seat!"Punyalah lama dia fikir sebelum jawab. Aku rasa bos si Yana ni ada masalah ingatanlah.

"Thank you sir." Aku tarik kerusi. Duduk.

"Resume?" Aku hulur bagi dia bila dia tanya.

"Iris Hannani binti Ismail." Aku angguk. Muka dia semacam bila sebut nama aku.

"Awak yakin ke boleh take over kerja Hakim?" Aku angguk laju. Ni apahal tanya aku macam singa jantan takde bini ni?

"I'll prove it, if you give me a chance sir." Interview apa entah, terus tanya aku boleh ke take over kerja ex-engineer dia tu. Aku ni prepare baik punya, yang tu je dia tanya? Macam sengaja nak sakitkan hati aku je?

"Ada pengalaman?!" Ciss! Sunggah tak bertatasusila. Wei! Taman depan sana pun boleh dengarlah suara tu! Nak je aku cakap kuat-kuat bagi dia dengar.

"Ada, 3 tahun di MalQis Architecture as a project engineer." Dia belek resume aku.

"Kenapa berhenti." Aku teragak-agak nak menjawab ke tak.

"Sexual harrassment sir!" Semua nak tau, nak tau apa lagi? Aku nak cerita ni.

"Ooo...dah kahwin belum?" Aku geleng. Soalan, ni nak tanya aku single ke complicated ke, in a relationship ke? Taknak tanya? Akaun FB aku taknak tau?

"Okay, bila awak boleh mula kerja?" Aku diam.

"Tu tanda saya dah dapat job ni ke apa tu?" Dengan innocent nya aku tanya.

"Nak kerja ke taknak ni?" Aku angguk laju.

"Mestilah nak!" 

"Bila?"

"Harini?" Gila semangat.

"Tak payah, esok baru mula." Aku rasa nak tampar laju-laju. Tadi tanya. Bila aku jawab dia pulak yang jawab.

"Err...what should i call you sir?" Tanyalah, takkan sampai mati nak panggil dia sir, sir.

"Abang." 

"Pardon?" Telinga aku tersumbat ke, dia yang tersilap cakap?

"Dah tu, panggil boslah! Nak panggil apa lagi?" Sekarang ni aku rasa macam, encik ni pernah hidup zaman komunis!

"Baik bos!" 

"Ye."

"Boleh saya keluar?" Dia angguk.
 
Aku bangun, tolak kerusi lepas tu keluar. Tapi macam tak best je bos ni. Boleh migrain aku hari-hari kalau menghadap muka dia tu.

*****

"Ya, bos kau tu garang gila!" Yana tengok aku pelik.

"Apasal kau tengok aku macam tu?"

"Tak, yang kau ni betul ke? Bos aku tu friendly gila kau cakap garang?"

"Yelah, yang dia soal aku macam askar pencen tu kenapa? Ngeri kot!" 

"Kau ni, betul ke bos aku tu?" Aku angguk.

"Nama dia?"

"Izz Wajdi la, nama macam baik je, tatasusila, haram!" 

"Isk! Aku pulak yang konfius dengan kau ni Hani." 

"Habis?" Dia dah cari handphone dia dalam beg. Main-main kejap. Hulur kat aku.

"Apa ni?" 

"Kau tengok, yang pakai baju light green tu ke yang interview kau tadi?"

"A'ahlah Ya, kenapa?"

"Bila masa dia dah jadi hot-tempered ni?" Aku jungkit bahu.

"Yelah, dahlah aku masuk, terus tanya aku, mana kopi dia." Yana dah gelak. 

"Hani, dia tak pernah tinggikan suara dengan kita orang tau?" 

"Dia period kot? Hah! Takpun gaduh dengan awek dia." 

"Isk! Dia mana ada awek, dia tu duda anak satu." Aku petik jari.

"Hah! Mesti dia gila talak kan?"

"Wei! Kau ni! Wife dia meninggal dua tahun lepaslah, nak gila talak apanya?" Aku garu kepala.
"Err, kenapa?"
"Masa lahirkan anak dia." Aku diam. Dah sudah, yang dia nak marah tu kenapa pulak?

Yana dah terhegeh-hegeh bukakan pagar rumah. Aku masuk parking dekat porch. Alang-alang aku dah kat company dia, aku tumpangkan dia balik sekali.

Labels:

awak?! -1
Written at Sunday, May 29, 2011 | back to top

"Yana!" Aku pekik dari ruang tamu.

"Apa kes jerit macam orang hilang skru kau ni? Sawan?"

"Buatkan milo?" Aku sengih dari sofa, tengok dia atas bar stool kat dapur. Muka mintak gula-gula 10 sen.

"Yelah, aku kan mak angkat kau kat sini kan?"

"Ala Ya, macam tak biasa." Aku tengok lagi surat khabar kat tangan. 1klassifieds tu aku renung dekat-dekat nak tembus.

"Kau nampak muka Van Diesel ke kat paper tu Hani?" Aku bulatkan satu iklan dengan marker merah sebelah kiri. Logik tak kalau aku hempuk je kepala aku kat frame gambar konvo aku dalam bilik nun?

"Aku rasa dah dekat 88 iklan aku bulat, 60 daripada tu aku pergi, satu haram pun dia orang tak panggil aku." Milo panas yang Yana hulur aku sambut.

"Cik Peah, logiklah sikit, kan ke baru 2 hari kau berhenti kat dari syarikat tu?"

"Yeke? Aku rasa macam dah berkurun aku terperap kat sini, dah macam dalam Gua Musang dah kau tau?"

"Kau ni, tekanan tak habis." Aku tengok mug dia dah separuh kosong. Cepat betul si Yana ni minum. Aku pandang milo yang berasap nipis kat meja. Capai, terus hirup. Gila sedap!

"Kau tak apalah, bos kau gila punya baik. Tak gatal 18 tahun ke atas macam aku kena tu, trauma kau tau tak?" Traumatik aku tak habis lagi ni.

Yelah, elok je aku sampai pagi tu, aku masuk pantri nak bancuh nescafe, tiba-tiba Encik Malik tu masuk (bos gila seks aku la ni). Tak bercakap apa terus ambil mug dia. 

Tiba-tiba aku rasa ada benda terkena punggung aku. Mula abaikan je, sebab ingat tak sengaja kan? Tapi buat kali kedua, terus aku pusing, backhand insan tak bertamadun tu. Sengal punya bos. Apa lagi, terus aku ke meja, taip surat resign. Tak ada gaji pun tak apa, janji aku tak kena sexual harassment tu hari-hari kan? tua ganyut pun nafsu macam nafsu kuda! Ciss!

"Ya, macamana ni?" 

"Macamana apa?"

"Kerja!"

"Belum rezeki kau la tu."

"Aku rasa aku kena mandi bunga la Ya."

"Syirik kut kau ni, kut ye pun, pergilah mintak air tawar ke buang sebaldi, bersiram, sekali dengan MyVi-to kau kat luar tu."

"Apahal kaitan dengan kereta aku pulak?"

"Mana tau kereta kau bawak bala ke?"

"Hisy! Cakap pandai, macam ustazah, yang kau pergi percaya bala tu apa kes? Mau geng dengan kerajaan langit kau ni."

"Mintak simpang kut kerajaan langit!" Aku dah tergelak dengan Yana atau nama betul dia ikut kad pengenalan Liyana binti Farid tu.

"Assalmualaikum." Ada orang ketuk pintu, takde manusia lain la tu, tu mesti Mimi.

"Mimi! Waalaikumussalam."

"Kau ni muka rezeki betullah!" Aku terjerit. Tiba-tiba je KFC bucket dah tersadai atas meja.

"Kau orang tu muka tak cukup zat je manjang. Ni ha, Zul belanja."

"Kau dinner dengan dia ke mek?"

"Mak dia sekali, aku shopping barang kenduri tadi."

"Oh, kau tak join ke ni?"

"Mestilah nak! Ingat perut kau orang je pandai gurindam? Perut aku tak?" Kita orang sengih atas sofa.

Masing-masing dah penat malam tu, kerja nak tidur je, semua pakat bantai tidur depan TV je. Perut kenyang suka tidur mati kan? Teruk betul, 3 ketul kut ayam aku habiskan.

*****

Aku tengah mandi bila telefon kat luar tu keluarkan lagu Unintended- Muse. Ni mesti Yana!

"Hello! Hah!" Laju aku telefon dia bila keluar bilik air. Yelah 6 misscalled kut? Maunya jadi apa-apa?

"Makcik, assalamualaikum!" 

"Hehe, waalaikumussalam."

"Apa hal? Kau kena loteri apa, tak pernah-pernah waktu lunch telefon aku?"

"Mulut...aku rasa kut kau nak terkejut kena loteri."

"Apahal pulak aku?"

"Yelah, kau nak kerja tak?"

"Mestilah nak!" Aku rasa bibir aku dah ke telinga. Yana! Kau bestlah!

"Esok kau datang interview!" 

"Kau ni logiklah sikit, kat mana tu?" 

"Kat company akulah, mana lagi."

"Aku taulah, kau dekat company, maksud aku kerja tu kat mana? Position dia apa?"

"Ya Rabbi! Hani! Kau ni sejak bila otak kau lambat proses ni? Kerja tu kat company aku kerja ni, jurutera projek la!" 

"Hah! Habis si Hakim yang bijaksana tu?"

"Resign!" 

"Kau buat lawak ke apa, mamat berlagak nak mati tu resign Ya?"

"Ada aku cakap ni lawak antarabangsa ke mek?"

"Taklah. Apasal resign pulak?"

"Dia kena cekup semalam, kat hotel. Taknak rosakkan reputasi syarikat, bos aku baru nak fire, dia dah resign dowh."

"Eh, Ya, balik ni cerita la. Kredit aku nak habislah." 

"Yelah, assalamualaikum."

"Ye, waalaikumussalam."

Aku duduk kat sofa, habis layan Skyline yang aku download, aku tutup laptop, baring kat sofa. Tiba-tiba je terlelap. Eh! Bukan, tak sedar bila aku terlelap, bukan tiba-tiba.

"Biarlah abang yang jadi mak!" 

"Kau ni kenapa? Kau kan lelaki? Jadi ayahlah!"

"Hani kan perempuan tapi tomboy, jadilah ayah!"

"Hoi lembut! Aku tak nak, aku taknak lah! Kau nak main ke tak ni?" 

"Taknaklah!" Bahu aku ditolak.

"Hoi!" Aku tolak bahu dia, tapi pisau 20 sen di tangan tertoreh ke dada budak 5 tahun lebih tua tu.

"Ampun!" Aku peluk lutut. Bila tengok baju dia dah terkoyak dan berdarah.

"Allah! Astaghfirullah." Aku urut dada. Terdiam sekejap. Dah bertahun mimpi tu tak bertandang. Apasal hari ni bertandang pulak? Ni mesti kes tengok Repo semalam, sampai termimpi-mimpi. Terus aku bangun pergi bilik air. Dah Asar pun.

p/s: cerita baru..vote eh..tak tau korang suke ke tak..=)

Labels: